30 November 2010

Inche gabbana Yang Suka Bercereka

Salaam semua. Apa khabar anda di sana? Saya harap semua-semuanya baik-baik sahaja. =)

Ok sedikit skema di situ.

Hari ini saya agak sibuk sebenarnya. Dari pagi hinggalah ke pukul 11.30 tadi, la ni barulah ada masa untuk berehat sebentar. Dan macam-macam karenah manusia yang saya kena hadapi. Sabar ajelah...

Anyway, bulan ni saya berjaya pecah rekod. Buat pertama kalinya saya tulis post lebih daripada tiga puluh kali. Ini bermakna, average saya tulis post sekali sehari. Wah! Terlalu rajin di situ. Sudah tiada kerja lain yang lebih berfaedahkah untuk dibuat..?? ^^"

Anyway lagi sekali, sebenarnya, saya ada suatu rahsia. Dan rahsia ini tidak akan jadi suatu rahsia lagilah setelah saya memberitahu anda semua. Tetapi memandangkan anda semua adalah pembaca yang cool dan bergaya, maka saya tanpa segan silunya akan memecahkan rahsia tersebut kepada anda.

Begini.

Saya sebenarnya amat suka bercerita dan bercereka... Wah! Bagaimana..?? Suatu rahsia yang amat besar bukan..?? Kalah rahsia-rahsia yang dibocorkan oleh WikiLeaks seperti yang saya tulis semalam. Wahahahaha.. ;D

Ok sila jangan ambil batu lesung atau tukul besi untuk dibaling kepada saya. Hehe.. Sabar sabar. Saya ada penjelasannya. Sebelum ini anda mungkin sudah dapat meneka yang saya amat gemar mengkisahkan sesuatu peristiwa atau perkara melalui teknik penceritaan. Tetapi itu hanyalah sangkaan anda sahaja. Kini saya sudah pon mengkompemkannya untuk anda.. Hehe..

Ya betul dan tepat sekali di situ. Saya memang suka bercerita. Sama ada secara lisan atau penulisan. Kalau saya bersama rakan-rakan saya, dan ada gossip-gossip terbaru yang perlu diceritakan kepada mereka, maka saya akan bercerita dengan penuh bersemangat, siap dengan gaya-gayanya sekali. Dan tidak jarang air liur tersembur keluar dengan gembiranya. Wahahaha..

Mungkin beginilah keadaannya apabila saya mula bercerita. Hihihi.. [Kredit Gambar]

Selalunya saya akan mendapat kepuasan apabila saya berjaya menceritakan sesuatu peristiwa dan kejadian dengan yakin dan jelas. Saya percaya rakan-rakan dan odiens saya turut berpuas hati dengan gaya dan jalan penceritaan saya. *clap clap clap* Dan setiap kali saya diberi peluang untuk berceramah pon, saya akan banyak bercerita bagi mengelakkan odiens saya melancong ke Afrika atau India. 

Dan dalam penulisan saya sendiri, saya suka untuk menyelitkan cerita-ceritu legenda urban atau Hikayat Karut Marutwangsa untuk menambah perisa. Yalah, sedapkah makan tomyam tanpa rasa pedas dan masam atau kari tanpa garam? Sila jawab. Sebab itu di dalam segmen tazkiyyah khususnya, saya sedaya upaya mencari idea untuk menggarap mesej yang cuba hendak saya sampaikan melalui teknik penceritaan. Kerana saya yakin, dengan cara itu, mesej yang hendak saya semaikan dapat diterima dengan lebih baik.

Jika anda perasan, banyak juga Hadis Nabi SAW yang menggunakan teknik penceritaan bagi menyampaikan mesej. Contohnya, hadith Ghulam yang feymes itu. Atau pon cerita tiga orang pemuda yang terperangkap di dalam gua. Oh saya tidaklah mahu bercerita dengan panjang lebar kandungan hadis-hadis yang dimaksudkan. Point saya, kaadng-kadang mesej dapat disampaikan dengan lebih berkesan apabila disampaikan dalam bentuk penceritaan.

Tetapi tengok tempat jugalah. Apabila anda punya masa dan kumpulan odiens yang tertentu, maka teknik penceritaan lebih menarik dan rancak untuk digunapakai. Tetapi sekiranya anda dalam keadaan yang terdesak, urgensi, di mana mesej perlu disampaikan dengan segera, takkanlah anda nak bercerita pulak kan..?? Contohnya, apabila rakan anda mengalami kemalangan dan anda perlu memaklumkan hal tersebut kepada keluarganya. Takkanlah anda nak berkata begini, 

"Pak Cik, tadi kami menaiki kereta Satria berwarna merah keperangan. Kemudian kami melalui suatu kawasan yang penuh dengan rimbunan daun hijau luas mata memandang, sambil lembu-lembu bertompok hitam sedang makan rumput dengan tenang.."

Gedebuk. Jangan salahkan saya sekiranya ayah kawan anda itu memberi anda pelangkung secara percuma. Hihihi..

Hakikatnya, memang manusia suka akan penceritaan. Mereka lebih mudah menyerap sesuatu mesej apabila ia disampaikan dalam bentuk penceritaan. Tetapi janganlah anda lupa pula untuk menerangkan apakah mesejnya di akhir cerita anda. Kalau tidak, syok dengar cerita sahajalah. Pengajarannya? Buat biskut coklat sahajalah.

Saya yakin kalau proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah diserapkan dengan lebih banyak unsur penceritaan dalam semua subjek, pasti para pelajar akan lebih berminat untuk belajar. Saya pasti subjek seperti Sejarah dan Pendidikan Islam akan menjadi lebih rancak dan bergaya. Tetapi ada hadnyalah. Kalau asyik nak bercerita, bagaimana mahu habiskan silibusnya? Peluh besar. Dan cerita yang dipilih mestilah benar-benar unik, menarik dan berbeza. Janganlah dalam subjek Sejarah cerita kancil dan buaya yang dipilih, dalam subjek Geografi pon kancil dan buaya juga watak utamanya! Hampagas sungguh.

Ok, cukup setakat itu. Saya kena sambung bekerja semula.

Tetapi sebelum itu, saya anda hadiah istimewa untuk anda semua. Sebenarnya, saya memang ada rahsia dan sekarang saya akan beritahu anda dengan penuh sopan santun dan berbudi bahasa.

Jeng jeng jeng..

Dahulu ketika darjah enam, saya pernah mewakili negeri Selangor ke Pertandingan Musabaqah al-Quran Peringkat Kebangsaan dalam kategori bercerita kisah-kisah al-Quran. Ketika itu ia dianjurkan di negeri Perlis Indera Kayangan. Walaupun saya tidak berjaya memenangi tempat tiga teratas, namun saya amat berpuas hati dan bersyukur kerana diberi peluang sekali seumur hidup itu.

Beginilah lebih kurang ketika saya masuk pertandingan bercerita dolu-dolu. Tapi saya pastinya lebih bergaya! Wahahaha.. ;D [Kredit Gambar]

Kali ini betul-betul rahsia bukan..? Saya tidak mungkin membohongi anda. =)

Mungkin lain kalilah saya akan bercerita pula tentang kisah itu. Terkenang memori lama pula. Senyum gembira. 

Selepas pertandingan itu, saya tidak menoleh ke belakang lagi. Sejak itu, saya tidak boleh berhenti daripada bercerita dan bercereka..! Wahahaha.. ;)

-gabbana-

15 Caci Maki Puji Muji:

meowwmania 30/11/2010, 15:46  

hehe..best!

teruskan bercerita dan bercereka ;)

Anonymous 30/11/2010, 15:50  

ok, no wonder sangat best :)

ps: saya pun suke merahsiakan identiti jugak :P

Inche gabbana 30/11/2010, 17:24  

meowwmania: mekaseh byk2. mekaseh kerana terus setia membaca dan mengomel. eh memberikan komen. ;)

Inche gabbana 30/11/2010, 17:24  

enonimus: mekaseh kepada anda juga.

hahaha.. saya tak kisah jgn risau. ;)

IMANSHAH 30/11/2010, 18:43  

rupanya kita sama, musabaqah saya waktu itu di Sabah....seronok pertama kali naik belon

itachi 30/11/2010, 21:09  

wah..patutla :)
pg td di lect hall,bila doctor menerangkn tajuk OCD, sy t'ingt inche gabbana.. :D

Inche gabbana 01/12/2010, 09:19  

cikgu: wah btol ke..? time tu cikgu derajah berapa..??

belon..?? haha.. seb baik saya tahu belon tu apa.. hehe..

Inche gabbana 01/12/2010, 09:19  

itachi: o__O anda amik course apakah..?

itachi 01/12/2010, 13:13  

medic.now in psychological block.doakn smga dipermudahkn segala urusan:)

Anonymous 01/12/2010, 14:00  

patut la kalau buat cerita,selalu lebih2...hohohoho...xpe2 i like :)
mmg teknik penceritaan ni bagus utk perkembangan minda dan perasaan... teringat zaman dulu,mmg suka cerita balik ultraman,power rangers n suria baja itam kat sekolah-siap dgn gaya sekali,baru real... hohoho..kenangan memang indah walaupun pahit :P

Mohammad Aiman 01/12/2010, 20:23  

inche gabbana, ada rasa nak masuk Blog Pilihan Malaysia? wahaha

Inche gabbana 02/12/2010, 12:49  

itachi: Woah, budak medik rupanya.. bagus bagus. belajar pandai2 ye..! ;D

Inche gabbana 02/12/2010, 12:50  

enonimus: Wahaha.. anda sgt animated! sy boleh bygkan bagaimana anda bergaya dan bercerita..! (tetapi saya bygkan anda tanpa mukalah sbb saya tidak kenal anda siapa! hehehe.. ;p)

Inche gabbana 02/12/2010, 12:51  

aiman: Belog pilihan malaysia..? tak kisahlah, yg penting belog saya tetap menjadi pilihan di hati para pembaca setia saya..! ^^

Anonymous 10/08/2012, 00:48  

tahniah,anda punya bakat bercereka.
walaupon tak mendengar anda bercerita,namun tatkala membaca kisah-kisah anda,'audiens' dah dapat bayangan cerita anda.
lagipun,ramai yang membesar dengan cerita sebenarnya;))

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP