23 November 2010

Tahniah! Anda Pengikut Berani Mati Yang Ke-100!

Petang semalam saya menulis post 'Jika Saya Hendak Tubuhkan Parti Politik Pasti Sudah Kalah Teruk,' di mana di dalam post ini saya seakan-akan mengeluh dan mengomel tentang jumlah pengikut yang tidak seramai blog lain. Juga jumlah komen dan 'saya suka blog ini!' yang tidak begitu memberansangkan.

Alahamdulillah, selepas post itu ditulis, saya menerima respon yang sangat positif daripada para pembaca setia belog ini. Antaranya N, Cikgu Imanshah, Inche Abibas, Fikri , Yann dan 2 orang anynomous. Respon dan galakan mereka menjadikan saya bertambah bersemangat dan teruja untuk terus menulis. Terima kasih anda! ;)

Hakikatnya, mana mungkin saya mengeluh dan mengkomplen. Pertamanya, kerana belog ini tidaklah seberapa jika hendak dibandingkan dengan belog-belog hebat yang lain. Belog ini tidak punya apa-apa. Maka saya tidak layak untuk berasa down dan hampa. Malah saya perlu berusaha lebih gigih lagi untuk menjadikan belog ini sangat-sangat bermanfaat buat semua!

Keduanya, mana mungkin saya tidak bersyukur apabila saya mempunyai para pengikut dan pembaca setia yang sungguh cool dan bergaya seperti anda semua..?? ;D Wahaha.. Saya tidak tahu bagaimana saya boleh mengekspresikan perasaan terima kasih dan penghargaan saya buat anda semua. Tanpa anda, tiadalah belog ini. Tanpa anda, siapalah Inche gabbana!

Anyway, pada nota kaki saya ada menyatakan yang saya sedang menanti siapakah yang cukup bertuah/malang untuk menjadi pengikut setia berani mati yang ke seratus. Dan semalam, selepas pulang dari makan malam bersama keluarga, saya menghadap atas peha (Baca: Laptop ;p) saya seperti biasa. Dan saya terkejut melihat angka jumlah pengikut saya sudah pun mencecah seratus! Woohhooo...! Eh silap. Alhamdulillah.. Hihihi..

[Kredit gambar]

Mungkin pada beloger tegar yang lain, angka seratus tidak ada apa-apa bagi mereka. Picisan sahaja. Tetapi, bagi saya, ia cukup bermakna! Wahaha..

Oleh itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan buat ryu noriko/farah (tidak dapat dipastikan yang mana satu) kerana telah berjaya menjadi pengikut berani mati belog ini yang ke seratus..!! *clap clap clap* Saya harap anda tidak akan menyesal nanti! Hihihihi..

Dan pastinya untuk anda semua, ya anda, yang sedang membaca post ini, terima kasih juga..! Terima kasih kerana terus setia membaca walaupun belog ini amatlah dhaif dan hina. Terima kasih. Anda menjadikan kehidupan sehari-hari Inche gabbana lebih bermakna!

Yang ikhlas dan tulus (dan bergaya!),

-gabbana-

 ALL THE BEST untuk semua calon SPM seluruh negara yang akan mula menjawab kertas peperiksaan pada hari ini. Khusus buat para pelajar sekolah Bintang, semoga bintang-bintang akan bekerlipan cerah dan terang pada tahun ini! ;) Semoga Allah mempermudahkan urusan anda semua, biidznilah. Selamat maju jaya!

14 Caci Maki Puji Muji:

Mohammad Aiman 23/11/2010, 12:46  

tahniah tahniah .. wahahaha

Inche gabbana 23/11/2010, 14:38  

-___-" Aiman, nampaknya anda sudah dirasuk oleh cara gelak Inche gabbana..! hehe..

IMANSHAH 23/11/2010, 16:37  

i pengikut yg ke berapa uols??

ghuraba' 23/11/2010, 19:20  

tiada ape yg perlu dirisaukan inche gabbana..saya tetap menjadi peminat setia blog ini wlpun dah lame rasenye x meninggalkan comment;)..lebih senang menjadi silent reader plak..hehehehhe

teruskan menulis.tulislah dari hati.kerana itu yg paling ikhlas;)

Inche gabbana 24/11/2010, 08:38  

cikgu: tak penting cikgu pengikut keberapa. yg lebih penting cikgu dah mengikuti saya! wahaha.. terima kasih! ^^

Inche gabbana 24/11/2010, 08:39  

ghuraba': ;) itulah, sudah lama saya tidak mendengar khabar berita anda. alhamdulillah, anada masih hidup rupanya... hehehe..;p

terima kasih atas nasihat itu! IAllah saya akan pegang!

Anonymous 24/11/2010, 13:53  

saya pun suka jadi silent reader, dan menggunakan identiti sbg anon :P

Anonymous 24/11/2010, 14:00  

see..told u so..ramai je silent2 reader anda yang sungguh low profile..kep up the good work..May Allah bless you..

Inche gabbana 24/11/2010, 15:19  

anonymous I: haha.. ye, by now, sy dah tahu ramai rupanya silent reader belog ini. terima kasih, sgt terharu.. ;)

Inche gabbana 24/11/2010, 15:19  

anonymous II: ;) ye, saya pon baru tahu. mekaseh. terus doakan saya.. ^^

Anonymous 27/11/2010, 11:31  

betoi tu.saya jugak silent reader. angka yg tersurat tidak semestinya menggambarkan apa yang tersirat. ahaks! teruskan menulis.

SN 28/11/2010, 11:34  

huh...tahniah2
ramai gak silent reader inche gabbana...
termasok la sy ni...
bace blog ni dah satahun
baru skrg rajen post comment~~huhu

Inche gabbana 28/11/2010, 21:38  

enonimus: hihihi.. mekaseh bebanyak..! ;)

Inche gabbana 28/11/2010, 21:38  

SN: uih, dah setahun...? terharu terharu~

mekaseh ye SN. sgt menghargainya..! ;)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP