15 December 2010

Bila Saya Cakap Hey, Anda Cakap Hoy!

Di Sekolah Bintang dahulu, saya merupakan seorang pembahas Bahasa Melayu sekolah. Mungkin ada yang sudah mengetahuinya melalui post ini. Jadi di dalam post ini saya nak bercerita tentang satu pengalaman menarik saya ketika berbahas dahulu. 

Sebelum itu izinkan saya mengomel sedikit tentang sejarah saya menyertai bahas. Ketika itu saya di tingkatan satu. Masih kecil berhingus tetapi comel. Eh. Saya telah dipanggil oleh Cikgu Umaimah untuk uji bakat sempena dengan Pertandingan Bahas Empat Penjuru. Pertandingan ini khas untuk sekolah-sekolah berasrama penuh di Perak dan ketika itu ada empat sekolah berasrama penuh sahaja di Perak. Sebab itulah ia dipanggil Empat Penjuru. Ada faham..? Wahahaha..

Nak dijadikan cerita, entah macam mana saya terpilih untuk mewakili sekolah, bersama-sama dengan seorang lagi rakan, Syafiq Mazlan. Tahun itu, pertandingan tersebut dianjurkan di Kolej Melayu Kuala Kangsar. Alhamdulillah, kami berjaya menjuarai pertandingan bahas tersebut walaupun para pembahas dari Sekolah Bintang tidaklah sehebat mana. Mungkin para hakim agak pening ketika membuat keputusan. Hohoho...

Anda bayangkan. Perlawanan akhir kami bertemu dengan pasukan MCKK di MCKK dan kami menjuarainya. Haruslah cari pasal kan..? Meletup-letuplah dewan pertandingan akhir tu! Wakakaka.. 

Pengalaman saya berbahas di MCKK itulah yang menjadikan saya lebih bersemangat dan teruja untuk terus berbahas. Juga antara sebab bagaimana saya boleh terus bertahan di Sekolah Bintang. Kira macam motivasi jugalah lebih kurang. Oh saya memang amat ketagihan berbahas..!

Telah banyak sekolah yang telah saya (dan pasukan) lawan. Bukan lawan bergusti ye. Lawan mulut (dan gaya tangan!) sahaja. Wahahaha.. Antaranya MCKK, Semesti, Seratas, SHAH Pekan, SDAR, Sains Dungun, Sains Johor dan Mat Jiwa. Saya pon tak ingatlah detail bagi setiap perlawanan. Tetapi berlawan dengan MCKK memang selalu. Dan kadang-kadang kami berlawan sambil berkawan mesra (Baca: Perlawanan Persahabatan). Oh sungguh ironi.

Banyak juga pertandingan yang telah saya sertai. Dan yang paling utama sudah tentunya Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri. Sedihnya, sepanjang saya berbahas untuk pasukan Sekolah Bintang, kami tidak pernah berjaya untuk memegang dan menjulang piala itu. Kali terakhir Sekolah Bintang menjulang trofi Piala Perdana Menteri adalah pada tahun 1996. Itu adalah antara impian saya sepanjang bersekolah di Sekolah Bintang yang hancur berkecai, tidak kesampaian untuk dicapai. Kempunan. 

Saya cuba mencari gambar trofi Piala Perdana Menteri. Tetapi ini sahaja yang terbaik.. [Kredit Gambar]

Namun saya sangat bersyukur kerana baaaaanyyyyaaak sangat pengalaman berguna yang saya timba sepanjang menjadi seorang pembahas. Kalau nak disebutkan satu-persatu di sini, alamatnya saya kensel teruslah tulis post ini. Hihihi.. Dan banyak juga berkenalan dengan pelbagai jenis manusia sepanjang saya berbahas. Kiranya memang suatu pelaburan yang amat menguntungkan la masuk berbahas ni. Sumpah saya tak bohong.

Dan antara pengalaman menarik (seriyes menarik tak tipu!) yang saya dapat ketika berbahas adalah ketika saya berbahas untuk Pertandingan Bahas Piala Dato' Abdul Shukor, piala yang dinamakan sempena salah seorang Pengarah Pendidikan Malaysia. Ketika itu pertandingan tersebut masih dibuka untuk sekolah-sekolah berasrama penuh, maka Sekolah Bintang adalah antara sekolah yang menyertainya.

Ceritanya begini.

Saya tak berapa ingat ketika itu saya di tingkatan dua atau tiga. Ketika itu pertandingan tersebut dianjurkan di Sekolah Raja Perempuan Ipoh. Ya, sebuah sekolah yang pelajarnya semua berjantina perempuan. Dan saya, seorang anak muda yang baru sahaja akil baligh, datang pula dari sekolah yang bintang-bintangnya jantan belaka, anda faham sahajalah perasaan saya ketika itu. Berkecamuk. *koff koff*

Hari itu kami bertemu dengan para pembahas Sekolah Raja Perempuan Ta'yah, Ipoh. Sebuah lagi sekolah perempuan semua (Baca: All girl). Tetapi sekolah itu adalah sekolah agama makanya pastilah mereka lebih sopan dan berbudi bahasa. Eh boleh ke macam tu? 

Tajuk perbahasan pada hari itu adalah lebih kurang begini: 

"Penganjuran Temasya Sukan Bertaraf Antarabangsa Menyebabkan Masalah Sosial Berleluasa Di Kalangan Masyarakat."

Kami bertindak sebagai pembangkang dan saya bertindak selaku Pembangkang Ketiga, posisi kegemaran saya yang enak sekali. Wah! Dan sebagai pembangkan yang begitu jujur dan setia pada tugas kami, haruslah kami membantai dan menghentam tajuk tersebut secukup rasa..! Wahahaha..

Detik paling berharga dan kontroversi di perlawanan itu adalah apabila saya bangun untuk memberi hujahan balas (ketika bangun memberikan izin laluan juga cukup bergaya, tapi itu cerita lain). Saya tak ingat apa asal-usulnya, tapi kalau tak silap saya, ketika itu saya sedang menjawab izin laluan yang diberikan oleh pasukan lawan. 

(Eh sebelum itu, anda semua fahamkah dengan konsep dan format pertandingan bahas Bahasa Melayu ni..? Erk. Kalau tak faham, buat-buat faham sahajalah ok? Wahaha.. Anda memang kool!)

Ikuti babak-babak tersebut (yang saya cuba nak ingat) dengan penuh teliti dan bersopan santun:

Saya: (Bertanya kepada salah seorang pembahas pihak lawan) Anda pernah menonton acara sukan bertaraf antarabangsa di televisyen? 

Cik Adik Pasukan Lawan: Pernah.

 Saya: Dan anda masih bertudung? 

Cik Adik Pasukan Lawan: Ye (membuat muka pelik). 

Saya: Lihatlah Tuan-Tuan dan Puan-Puan. menteri kita di barisan kerajaan masih lagi bertudung, masih lagi bersopan dan berbudi bahasa walaupun dia pernah menyaksikan pertandingan sukan bertaraf antarabangsa. Nah! Mana mungkin penganjuran bertaraf antarabangsa bisa menyebabkan masalah sosial di kalangan masyarakat! Tuan Yang Dipertua.. 

Ketiga-tiga Pembahas Serentak: Izin Laluan Yang berhormat. Izin laluan..!

Dan of koz la saya tidak menghiraukan izin laluan mereka dengan penuh selamba dan bergaya! Hihihi..

Ok, kalau anda hanya mendengar babak itu sahaja, pasti anda rasakan pelik dan hujah saya seolah-olah tidak intelek. Hahaha.. Anda kena berada di situ pada hari itu untuk mengetahui dan memahami cerita sebenar. Pasti menarik! Kalaulah ada mesin masa Doraemon. ^__^"

Dan saat-saat yang paling mendebarkan dan dinanti-nantikan sudah tentunya ketika keputusan hendak diumumkan. Dan yang membuatkan ia lebih mendebarkan adalah kerana para hakim selalunya akan pergi berbincang di tempat lain dan ketika itu, kedua-dua pasukan kerajaan dan pembangkang ditinggalkan untuk bertentang mata. Ketika itu para pembahas pasukan Ta'yah semuanya muka macam nak makan budak! Cuak weh! Hehe.. Ok itu hanya rekaan. Saya pon tak ingat apa yang jadi ketika itu.

Akhirnya setelah beberapa lama dan puas bertentang mata (walaupun masing-masing malu-malu kucing dan buat-buat tak nampak sahaja), para hakim akhirnya masuk semula ke dalam tempat pertandingan. Ok, masa untuk keputusan diumumkan.

Yang Dipertua Dewan: Saya umumkan dahulu pembahas terbaik untuk sesi perbahasan kali ini. Pembahas terbaik jatuh kepada XXX daripada pihak XYZ. (Ya Ampun saya dah lupa! Tapi rasanya saya lah tu kot..! Wahahaha.. ;D)

Dengan ini, dewan memutuskan, usul kita yang bertajuk "Penganjuran Sukan Bertaraf Antarabangsa Menyebabkan Masalah Sosial Berleluasa Di Kalangan Masyarakat" ditolak.

Dewan bergema dengan tepukan. Oh apabila usul ditolak, itu maknanya kemenangan adalah milik pihak pembangkang. Dan dalam cerita ini, itu juga bermakna kemenangan berpihak pada pasukan Sekolah Bintang. Senyum.

Pasukan Bahas Bahasa Melayu adik-adik Sekolah Bintang, bersama jurulatih kesayangan yang superb, Ummi Noridah. [Kredit Gambar]

Oh cerita tidak habis di sini. Anda tahu apa yang berlaku selepas itu? Saya telah dicampak keluar oleh para pelajar Sekolah Ta'yah daripada tingkat empat bangunan Sekolah Raja Perempuan Ipoh. Saya rasa itulah yang mereka mahu lakukan. Haha..

Begini. Selepas pertandingan itu, kami sepasukan ke kantin sekolah untuk berehat dan menikmati sedikit hidangan ringan. Tidak lama selepas kami menjamah, tiba-tiba segerombolan para pelajar Sekolah Ta'yah menuju ke arah Kami. Uih, apa ini? Adakah mereka mahu meminta tandatangan daripada kami..? Peluh besar.

Anda tahu apa yang berlaku...?

Saya telah dimarahi oleh mereka, mengatakan tidak patut saya mengatakan seperti yang saya katakan tadi (sila rujuk dialog di atas). Kata mereka itu urusan peribadi, mana boleh kaitkan memakai tudung dengan isu seperti itu. Haruslah saya tergamam. Yang lebih menakutkan, hanya saya seorang sahaja yang dihentam mereka. Rakan-rakan sepasukan saya yang lain semuanya terselamat daripada serangan ngeri itu.

Saya cuba juga mempertahankan diri dengan membuka langkah silat Cekak Ustaz Hanafi. Eh. Saya cuba juga mempertahankan diri dengan mengatakan itu hanya pertandingan dan saya tidak memaksudkannya. Namun mereka tetap kelihatan marah dan tidak berpuas hati dengan penjelasan saya. Akhirnya saya meminta maaf dan mujurlah saya tidak dibelasah oleh mereka. Hohoho..

Begitulah cerita saya. menarik bukan..? Hihihi.. Pengajaran daripada cerita ini..? Mulut jangan terlalu laser ketika berbahas..! Bak kata orang bijak pandai, 'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata-kata buruk padahnya!' Padan muka.

Oh saya rindu banget untuk berbahas.!

-gabbana- 

Teruskan menyumbang bakat dan buah fikiran anda di Projek Kemanusiaan Abad Ini! ;) 

27 Caci Maki Puji Muji:

hmdnzr 15/12/2010, 11:21  

oahahhaa. januari ini ada agm debat. ada mocking sekali! tidak sabar rasanya nak mocking. bahahhaa. oh dah lama juga tak berdebat.
gabbana kami suka masa izin laluan.
"silakan.*pause kejap* silakan duduk yang berhormat"

lepas dah lama sedikit mereka tak beri izin laluan kami akan berkata.
"kami inginkan celahan, tetapi nampaknya terdiam mereka disana tanda bersetuju dengan kami!"
bahahaha.


ahaha. bak kata si senior
"debat bukanlah sebuah pertandingan untuk memperlihatkan siapa lagi hebat siapa lagi pandai. tetapi ianya adalah sebuah perkongsian ilmu."

rindu juga nak berdebat. =(

Anonymous 15/12/2010, 14:06  

best, sryes best bahas
tmbh2 ppm ngn uia

baca post nie, rindu la plak zaman zaman dulu :)

Inche gabbana 15/12/2010, 15:44  

inche hamdan: wah! anda juga seorang pembahaskah..?? woot woot..! ^^

hahaha.. ya saya tahu! tapi gaya2 itu sudah ketinggalan zamanlah..!

nanti kita adakan pertandingan bahas antara belogers nak..?? hehehe.. ;)

Inche gabbana 15/12/2010, 15:44  

safuan: haah, UIA pon best. tapi saya sempat setahun je ngan UIA, sbb time tu UIA baru je organise debate.

Haah, rindu sgt sgt sgt... ;(

Anonymous 15/12/2010, 16:37  

saya tak join pun.
biasa la, qabil lil-taghyir

AL 15/12/2010, 18:00  

abg adam:over nyer perempuan2 ta'ayah tu.entah ape2 sgt perangai mcm tu.hahah.btw,abg g la train budak2 bahas kat STAR tu.blom ada team yg mantap untuk next year.tolong la turun eh.hehe

fifi 15/12/2010, 18:19  

adesss.. menggamit memori sungguh la..

maza 15/12/2010, 18:20  

br pertama kali jejak kali ke sini semalam..lawak2 gak entrynya...tp berisi...ada jugak sy tergelak sorang2..hehehe..skolah STAR rupanya..hebat2..hehee...dulu2 penah pergi perak lawt abg kat mckk...tulis lagi, blh baca tmbhkan pengalaman hdp drpd org lain..:)

incik neng 15/12/2010, 18:34  

walupon matneng bukan kipas-susah-mati debat, tapi aku jelas sekali ape yang kau cube sampaikan haha pasal bas skolah kite satu hale tuju ik3
bahas memang terbaik dari ladang abaq ang

xx 15/12/2010, 19:37  

sy t'sengih je baca post ni sbb sy bdk taa'yah..yeah..rindu zaman taa'yah.
kami bkn over..cuma..biasala tu zaman budak2.x matang lg kot.

arissa myana 16/12/2010, 07:23  

oh my.. i was kinda speechless when reading :p haha

the best part, kes budak taayah... ini memang kontroversi. eheee let bygone be bygone bak kata org :)

cheers 4 all the good things in life ---> most importantly 4 what He has taught us and yet to show us to :)

Anonymous 16/12/2010, 08:26  

nak tumpang...
http://matconfident.blogspot.com/2010/12/siapa-kau-pilih-nak-imamkan-jenazah-kau.html

Inche gabbana 16/12/2010, 09:13  

enonimus I: maaf, kurang faham komen anda... ^__^"

Inche gabbana 16/12/2010, 09:14  

farid: hahaha.. chill chill. baca komen xx tu. hehe..

bese lah, zaman muda remaja dulu. sume darah muda lagi.. hihihi..

yg saya pon satu, gatal sgt mulut cakap mcm tu sapa suruh..? ^__^"

Inche gabbana 16/12/2010, 09:15  

fifi: anda seorang pembahas jugakah..? ;)

Inche gabbana 16/12/2010, 09:16  

maza: termia kasih. saya amat menghargai kunjungan anda. sebar2kanlah mana yg baik.

"ballighuni walau a-yah.."

;)

Inche gabbana 16/12/2010, 09:16  

neng: haha.. sama lah macam aku bukan kipas-susa-mati bola mata keranjang itu..! wakakaka..

terigt naik bas sesama g ppm. weh cepatlah balik...!

Inche gabbana 16/12/2010, 09:17  

xx: hahaha.. rilek ah. saya pon faham juga. masing2 masih kanak2 ketika itu.. hehe..

saya ada seorang cikgu juga bekas pelajar ta'yah. dia seorang yg sgt kool..! ;)

Inche gabbana 16/12/2010, 09:18  

arissa myana: anda juga seorang pembahas dahulu..?

btol2. memori dulu2 hanya utk digelak-gelakkan dan bukan didendam-dendamkan..! ;)

cheers!

Inche gabbana 16/12/2010, 09:19  

enonimus II: ^^"

Anonymous 16/12/2010, 17:38  

saya setuju sangat dengan tindakan pelajar ta'yah tu.cool sebenarnya wlpn agak emosi, sebab kadang2 lelaki ni mmg kena di'sound' sekali sekala bila mereka melampaui batas.

walaupun itu sekadar pertandingan, but it shows how ppl thnk, who they are...

Inche gabbana 17/12/2010, 08:53  

enonimus: terima kasih enonimus. dalam byk2 komen andalah satu2nya yg agak unik.

berani. syabas! ;)

arissa myana 17/12/2010, 10:57  

mnjawab persoalan pembahas sekolah.. officially not.. ;) hah-ha buat scr underground aja. erk.

mari belajar melalui hidup dan pengalaman lalu. :) alam itu kan kitab yang terbuka luas? hatta dlm perut lrt pun banyak mutiara yang dapat dikutip andai kita betul2 melihat.

Allah hu'Alam

Inche gabbana 17/12/2010, 20:57  

ooooohhhh.. ;)

betul betul betul. sgt setuju!

terima kasih atas peringatan itu! ^^

-Nur- 19/12/2010, 09:35  

haha..sy nak tergelak..ingta balik memori zaman sekolah..pihak lawan x kasi buat izin laluan..nak marah sangat,kami tiga3 bercacang sampai dia akhirnya srrender..
actually nak marah sebb dia kata saya monyet!!apelah..
haha..
btw,masuk bahas adalahs esuatu yang lucu sebebanrnya..nak2 selepas habis bertandang..ingat baliklah apa yang berlaku sebelum itu..

debat or bahas sebenarya bukan nak bertanding sangt,lebih pada nak matikan hujah lawan..macam yang kamu buat..
dapat kalahkan mckk?Fulamak..hebat2..zaman sy dulu,affendilah yang paling top...selalu masuk majalah

Inche gabbana 20/12/2010, 08:38  

aysya: woah anda juga pembahas..? cool! anda sekolah di mana dahulu..?

hahaha.. betul betul. mcm rasa sgt bongkak dan best bila berjaya matikan hujah lawan dan mereka terdiam! hihihi..

affendi..? sapa pulak tu..? ^^"

Anonymous 04/06/2012, 03:00  

skrg ni team debate sekolah bintang anda da power da...team bi pon...tpi sye rse IG ni mase berdebat mest nakal ni..

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP