24 December 2010

Bon Voyage, Jejaka Kelantan Murtad..!

Bukan, ini bukan kes JAIS atau MAIK atau JAKIM atau apa-apa sahaja badan yang seangkatan dengannya menyerbu premis-premis yang disyaki mengadakan aktiviti-aktiviti yang mencurigakan.

Ini juga bukan kes mana-mana lelaki Muslim Melayu yang keluar daripada agama kerana ingin menikahi perempuan Kaukasia yang berkulit putih gebu dan bermata hijau.

Bukan.

Maaflah sekiranya anda kechiwa. Ini bukanlah belog sensasi yang cari makan dengan menyuapkan anda dengan cerita-cerita panas berani mati.

Sebenarnya, sayalah jejaka Kelantan murtad itu. *koff koff*

Sabar sabar. Sebelum anda terjatuh ke belakang daripada kerusi empuk di opis atau tersedak susu rendah lemak yang anda minum sebagai sarapan pagi, lebih baik saya jelaskan dahulu.

Saya ini berdarah Kelantan juga, sebanyak lima puluh peratus. Inche Papa dilahirkan di Kota Bahru, Kelantan dan Puan Mama pula by right adalah seorang warganegeri Perak. Maka secara otomatiknya itu membuatkan saya lima puluh peratus berdarah Kelantan dan lima puluh peratus lagi berdarah Perak lah kan..?

Namun saya tetap dengan bangganya mengaku diri saya ini sebagai anak jati Kolompo yang cukup bergaya dan penuh tatasusila. Eh.

Tak tahu nak komen apa. Errr... ;p [Kredit Gambar]
Walaupun saya ada darah Kelantan yang mengalir dalam diri saya, malangnya lidah saya tidak pula mengamalkan dasar asimilasi bersepadu. Maka secara azalinya saya memang tidak reti untuk berkata-kata dalam telor Kelantan. Atau dalam bahasa mudahnya, kecek Kelate.

Dan oleh sebab itu saya telah dilabel sebagai Kelantan murtad. Orang yang ada darah dan bau-bau Kelantan, tetapi tidak mengerti untuk menuturkan lingua franca mereka.

Saya boleh faham apabila ada orang yang mengecek Kelate dengan saya (walaupun kadang-kadang menyebabkan dahi saya berkerut-kerut dan tangan saya menggaru-garu kepala yang tidak gatal) tetapi jarang sekali saya sendiri yang akan mengecek; khuatir orang pula yang tidak faham dengan apa yang saya tuturkan! Wahahaha.. ;D

Sekiranya saya cuba juga untuk kecek, selalunya, hampir lapan puluh tiga [perpuluhan] lima lima peratus, saya akan ditertawakan oleh kerana ke-fake-an bunyi kecek Kelate saya. Cis.

Dan selalunya apabila saya memberitahu rakan-rakan atau kenalan yang saya ada kampung di Kelantan, ramai daripada mereka seperti tidak percaya sambil membuat muka Ripley's Believe It or Not. Peluh kecil.  

Arakian saya redha sahajalah saya ini seorang anak muda Kolompo yang kacak dan bergaya, yang ada darah Kelantan tetapi tidak reti untuk menuturkan bahasa ibundanya. Wah!

Oh mengapa saya menceritakan semua ini kepada anda..? Kerana pada malam ini selepas habis kerja, saya bersama keluarga akan pulang ke Kota Bahru untuk menziarahi nenek saya yang sudah tua, di samping menghadiri walimah sepupu saya di sana. 

Maka akan bermulalah episod orang-orang Kelantan beramai-ramai mengecek Kolompo pula, sebagai tanda simpati dan memahami mereka terhadap saya! Wahahaha.. ^_^"

Kami akan ke sana menaiki penerbangan Udara Asia (Baca: AirAsia). Oh saya benci menaiki AirAsia dan lebih benci untuk ke LCCT. Ok probably tidaklah seteruk RyanAir di UK, tetapi masih tidak suka menaikinya. Mungkin sebenarnya tidak suka pada perangai rakyat Malaysia yang berebut-rebut macam nak naik bas mini.

Oh tuhan kurniakanlah kekuatan pada hambaMu ini... 


Tapi kalau macam ni gayanya, saya lebih rela naik Udara Asia! [Kredit Gambar]

Justeru saya mungkin tidak berkesempatan untuk menghapdet belog ini sehingga hari Isnin nanti. Jika anda rindu pada saya (tidak mengapa, saya tidak berkecil hati sekiranya anda muntah hijau), bacalah post-post saya yang terdahulu ok? Dan mungkin ada sedikit kejutan untuk anda semua para pembaca yang setia lagi bergaya! ;)

Selamat hari Jumaat dan selamat juga bercuti hujung minggu! Oh doakan saya selamat pergi dan kembali, Insha-Allah..

Wassalaam. Roger and out!


-gabbana-

10 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 24/12/2010, 18:36  

semoga selamat pergi dan pulang...have fun!!

IMANSHAH 24/12/2010, 20:19  

wahaha
mat kelantan haha..sorry cikgu takde kat sana..kalau tak boleh mengeteh

clarky 25/12/2010, 00:17  

uuui tu dia sama la kite haha!!
ehem.
eh eh meh la baca kisah aku race di texas pulak.
hihi :p

shahjiehan 25/12/2010, 07:50  

nk banner yang mana? yang gerak2 tu ke? klo yang tu font ikot tamplate blog kite

ismahsaibudin 25/12/2010, 12:17  

wahh kite same. tapi sy hanye 33.33333% je orang kelantan, manakale 33.333333% orang perak dan sebahagian lagi orang SELANGOR!! yEARGHHHH!!!! Sebab lahir kat selangor. haha BOLEH TAK?

Inche gabbana 27/12/2010, 09:24  

enonimus: terima kasih. nntikan post saya selepas ini untuk menceritakan pengalaman saya yg sememangnya fun! hohoho..

Inche gabbana 27/12/2010, 09:25  

cikgu: haha.. next time la. boleh melawat Inche W sekali.. ^^

(ntah igt ntah idak sapa dia Inche W tu.. hehe..)

Inche gabbana 27/12/2010, 09:25  

clarky: haha.. dah baca dah! anda ni sungguh kaya dengan imaginasi..! hehe..

Inche gabbana 27/12/2010, 09:25  

shajiehan: haah, yg gerak2 tu la.. ooohh.. nnt saya dulu. thanx..! ;)

Inche gabbana 27/12/2010, 09:26  

zFi: hahaha.. kalau mcm tu kita exactly sama la..! except that saya lahir di kolompa..! hehehe.. ^^

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP