10 December 2010

Projek Kemanusiaan Abad Ini

Anda tahu saya amat suka bercerita bukan? Eh tak tahu? Kalau tak tahu sila baca post ini. Hihihi.. Kali ini saya bukan sahaja hendak bercerita, tetapi saya mahu pergi selangkah lebih jauh lagi.

Saya ada satu teori. Yang mana perempuan aka Puan-Puan Hawa adalah lebih beremosi dan penuh kasih sayang dalam tulisan mereka. Yang lelaki aka Inche-Inche Adam pula, lebih kreatif tetapi kadang-kadang agak kering dan terlalu seteret powed (Baca: Straigh forward. Wahahaha.. ;p) dalam penulisan mereka. Tapi kedua-duanya kreatif dan ada pendekatan tersendiri dalam menulis.

Jadi saya ada satu projek. Projek untuk menguji teori saya ini. Tetapi projek ini tidak akan berjaya tanpa bantuan dan kerjasama daripada anda semua, para pembaca yang budiman.

Begini.

Kita semua akan bersama-sama mengarang sebuah cerita pendek, berdasarkan kreativiti dan idea bernas masing-masing. Caranya begini.

Saya akan tetapkan satu tema untuk cerita pendek tersebut. Setiap orang yang ingin menyertai projek ini akan tinggalkan satu komen di dalam post ini berserta SATU ayat untuk melengkapi cerita tersebut. Saya ulangi. Setiap orang hanya dibenarkan meninggalkan SATU/SEBARIS/SEPOTONG AYAT sahaja dalam satu-satu masa. Tetapi dibolehkan untuk mengomen berapa banyak kali yang anda suka. 

Setiap komen yang ditinggalkan, mestilah menyambungi ayat yang sebelumnya. Dan setiap komen juga mesti menyatakan sama ada anda yang mengomen adalah seorang lelaki atau perempuan dengan menulis huruf 'L' atau 'P' setiap kali sebelum ayat anda. Sekiranya anda tidak menyatakan jantina anda, maka saya akan membuat spender sahaja kepada komen anada itu, kerana ia tidak membantu saya dalam merealisasikan projek saya ini. Harap maklum.

Ok saya tahu anda semua pening kepala. Izinkan saya memberikan beberapa contoh.

Ok saya akan mulakan dengan memberikan sepotong ayat. 

Contoh:
"Angin petang itu bertiup lembut, sepoi-sepoi bahasa."

Jadi anda yang berminat untuk menyertai projek ini akan menyambung ayat saya seperti berikut:
Anonymous: P

Angin petang itu bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa. Kelihatan Amin duduk temenung di pangkin rumah kayu beratap zink neneknya.

Atau jika anda seorang jantan, eh, lelaki:
Anonymous: L

Angin petang itu bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa. Segar.

Wahahaha. Faham kan..?

Dan selepas itu, orang yang ketiga, keempat dan seterusnya, apabila hendak menyambung cerita, tidak perlu bermula daripada awal. Cukup menulis semula ayat orang yang sebelumnya.

Contoh:
Sapeah: P

Kelihatan Amin duduk termenung di pangkin rumah kayu beratap zink neneknya. Tiba-tiba dia terdengar suatu sorakan tidak jauh daripada rumahnya.

Atau...
Encik Misteri: L

Segar. Ah, sudah lama aku tidak merasa aman seperti ini, getus Saodah.

Eh faham kan semua..? Mudah je. =)

Oh suka untuk saya ingatkan yang projek ini tidak akan berjaya sekiranya penyertaannya tidak menggalakkan. Jadi sila bantu saya untuk sebar-sebarkan projek kemanusiaan abad ini ok..? Senyum lebar. Sekali sekala saya mungkin akan tumpang sekaki juga, pada bahagian lelaki lah sudah tentunya!

Ini linknya [http://angelwearsgucci.blogspot.com/2010/12/projek-kemanusiaan-abad-ini.html] jika anda berminat untuk menyebar-nyebarkan projek ini. Senyum sekian terima kasih.

Baiklah.

Tema cerita untuk projek kita adalah kemanusiaan, keinsafan dan mencari jalan yang benar. Along that line lah. Kiranya, cerita ini nanti ada mesej la. Takdelah merepek merapu takde pekdah kan..? Gunakanlah kreativiti anda untuk menjadikan cerita ini lebih menarik dan seronok untuk dibaca. Lawak jenaka juga amat dialu-alukan. Unsur-unsur tarbawi dan keagamaan lagilah amat digalakkan.

Tapi awas! Sebarang ayat-ayat lucah, lawak bodoh dan apa-apa sahaja yang terkeluar daripada tema tidak akan dilayan. Harap maklum sekali lagi.

Oh, projek ini akan berlangsung selama satu minggu lamanya. Tapi kalau responnya sangat menggalakkan, mungkin akan dilanjutkan lagi. Kita tunggu dan lihat. Dan selepas tamat tempoh projek, saya akan postkan hasil karya anda semua! Kita lihat siapa yang kena..! Hihihi.. Pasti sangat menarik..! 

Eh apa jadi ye kalau ada lebih daripada seorang yang menyambung ayat yang sama..? Uuuhhhm. Kita osom la ayat sapa yang akan dipilih! Hihihi.. Komen sapa yang keluar dulu, itu yang akan dipilih. Ok..? Harap tiada sapa yang akan bergaduh disebabkan ini! Hohoho..

Baiklah. Saya akan golekkan bola untuk memulakan projek ini dengan satu ayat. Anda, baik lelaki mahupun perempuan, akan menyambung ayat saya ini dengan ayat anda sendiri yang original dan bergaya. Ok..? =)

"Aneh."

Wahahaha.. Selamat maju jaya..! ;D (Seriyes tak sabar nak tengok apa hasilnya..!! Weee...! ;p)

-gabbana-

28 Caci Maki Puji Muji:

Mohammad Aiman 10/12/2010, 12:43  

Aiman L :

Aneh. Aku lihat kebanyakan manusia zaman sekarang, tetap menyembah yang Esa, namun pada masa yang sama, masih lagi membuka aurat dan berlaku zina yang seolah-olah seperti solat ini hanyalah adat harian.


(^_~)

rossiza17 10/12/2010, 13:17  

Inilah penyakit diakhir zaman iaitu kehidupan yang lebih mencintai dunia (hubbuddunya) dan tidak langsung takut atau ingat pada mati yang tidak akan bisa ditunda apabila telah sampai waktunya.

Anonymous 10/12/2010, 14:45  

P: Inilah penyakit diakhir zaman iaitu kehidupan yang lebih mencintai dunia (hubbuddunya) dan tidak langsung takut atau ingat pada mati yang tidak akan bisa ditunda apabila telah sampai waktunya.
mungkin dalam x sedar aku pn sebahagian dari mereka.

Anonymous 10/12/2010, 15:06  

L:Apakah itu yang dikatakan memeluk Islam secara kaffah(keseluruhan)? Hatta, jika diberikan umur seribu tahun sekali pun, mungkin ada di kalangan manusia yang tidak mampu mengelakkan diri dari azab Allah ( al-Baqarah: 96). Di manakah al-Quran di dalam hidup manusia. Benarlah sabda RasululLah di dalam firman Allah (al-Furqaan:30)

Inche gabbana 10/12/2010, 15:23  

menarik menarik..! ;)

maaf inche enonimus, saya terpaksa menolak penyertaan anda kerana tidak mengikut syarat-syarat yang telah digariskan. maaf ya..?

jadi kepada peserta LELAKI yang seterusnya, sila sambung daripada saudara Aiman di atas. mekasih. ^^

anon P 10/12/2010, 17:10  

P:
mungkin dalam x sedar aku pn sebahagian dari mereka.
'Allahuakbar allahuakbar', terdengar azan subuh berkumandang dari iPadku.

Anonymous 10/12/2010, 19:56  

Aneh. Aku lihat kebanyakan manusia zaman sekarang, tetap menyembah yang Esa, namun pada masa yang sama, masih lagi membuka aurat dan berlaku zina yang seolah-olah seperti solat ini hanyalah adat harian.

L: oh itu tidak aneh, I am non-practising muslim!

Anonymous 10/12/2010, 20:56  

P :

'Allahuakbar allahuakbar', terdengar azan subuh berkumandang dari iPadku.

Aku segera bangkitkan diri dan terus menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk sekaligus menunaikan solat subuh untuk pagi yang dingin itu.

xx 10/12/2010, 21:43  

P:
Aku segera bangkitkan diri dan terus menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk sekaligus menunaikan solat subuh untuk pagi yang dingin itu.
selesai solat subuh,aku terdengar pintu rumah diketuk.

Atiq-chan 10/12/2010, 22:55  

P: ketuk berulang-ulang dengan kuat.

afiqah 10/12/2010, 23:29  

afiqah : P

'Allahuakbar allahuakbar', terdengar azan subuh berkumandang dari iPadku.

Jam menunjukkan 5.50 pagi, matahari belum menunjukkan wajah untuk memberi cahaya kepada penduduk bumi yang dalam kegelapan.

mohon izin untuk sambung ayat ke 2 saya..

Walaubagaimanapun,laungan azan itu seperti hidayah memberi cahaya kepada hatiku yang gersang.

Abang 11/12/2010, 06:44  

L:
oh itu tidak aneh, I am non-practising muslim!
Balas seorang kawanku bila aku ajukan keanehanku tadi kepadanya.

Anonymous 11/12/2010, 07:45  

L:Balas seorang kawanku bila aku ajukan keanehanku tadi kepadanya.

Hatiku tersentap sebentar,tiba tiba seolah2 ada bisikan di pangkal hati "indah juga,hidup sebegitu,boleh cium perempuan,x payah sembahyang,lagipun pegangan Ahli Sunnah wal Jammah tidak menghukum kafir seorang pelaku dosa",mungkin lebih baik hidup seperti dia,ya! no-practising muslim,menarik!

Anonymous 11/12/2010, 13:19  

Anonymous L :


Hatiku tersentap sebentar,tiba tiba seolah2 ada bisikan di pangkal hati "indah juga,hidup sebegitu,boleh cium perempuan,x payah sembahyang,lagipun pegangan Ahli Sunnah wal Jammah tidak menghukum kafir seorang pelaku dosa",mungkin lebih baik hidup seperti dia,ya! no-practising muslim,menarik!


Astaghfirullah, dengan segera aku beristighfar atas ketelanjuranku tadi, tidakkah ku sedar itu hanya nikmat dunia semata-mata nak dibandingkan dengan nikmat syurga Allah yang kekal abadi di sana?

Anonymous 11/12/2010, 23:17  

L:

'Ko ni bajet baik ke ape?' Suatu suara berbisik kepadaku.

Inche gabbana 12/12/2010, 12:31  

afiwah: maaf ye. komen xx dan atiq chan ditulis dahulu. =S

harap anda boleh menyambung tulisan atiq chan pula..! ;)

mr.helianthus 13/12/2010, 14:30  

eh,sape pulak yg datang subuh2 ni?hari minggu plak tuh..

mr.helianthus 13/12/2010, 14:34  

alamak...silap amek yg P plak...okeh,previous comment automatically rejected..(ceh,memandai amek alih tugasan mr gabbana)

Farah 13/12/2010, 14:34  

p:
Ketukan itu seperti akan roboh pintu rumahku. Frekuensi dan kenyaringannya bertambah. Aku kaget;perlukah aku membukanya?

Anonymous 13/12/2010, 17:10  

L:
'Ko ni bajet baik ke ape?' Suatu suara berbisik kepadaku.

'Woi! Bangunlah! Hebat istighfar masa tidur, tapi subuh gajah! Bangooooon!' suara menyinga menyentap dan membangkitakn aku dari tidurku. Adam Effendy!

clarky 13/12/2010, 18:17  

P: Ketukan itu seperti akan roboh pintu rumahku. Frekuensi dan kenyaringannya bertambah. Aku kaget;perlukah aku membukanya?

Aku mencapai tongkat milik arwah atuk, berjalan ke pintu perlahan-lahan dan memegang kejap tombol pintu.

Inche gabbana 13/12/2010, 21:41  

mr. helianthus: hahaha.. takpe takpe. jgn putus asa, cuba lagi..! ;p

Inche gabbana 13/12/2010, 21:42  

farah: walaupun anda tidak mengikuti peraturan yg telah ditetapkan, tetapi disebabkan clarky telah menyambung cerita anda, maka saya terima sahajalah..

lain kali jgn buat lagi ya..? hihihi. ;)

pape pon, mekased kerana menyertai projek ini! ^^

Inche gabbana 13/12/2010, 21:43  

Enonimus: cis.

maaf, tapi komen anda tidak boleh diterima ke dalam projek ini. Bukan, bukan sbb saya dengki pada anda (O__o), tetapi kerana anda gagal mematuhi peraturan.

cuba lagi tahun hadapan. wahaha.... ;)

clarky 14/12/2010, 05:54  

eh eh kalau nak ignore ayat aku ignore sajalah inche gabbana :p

bila aku baca ayat Farah seperti tiada kesinambungan dengan ayat sebelumnya ;p

shinju 22/06/2011, 02:50  

eh ape kesudahan projek ni inche gabbana? nak link full cerkon ni. (sebennonye pening baca komen2 aka idea pembaca ni. kan bagus kalau dulu inche delete je komen yg x terpilih..-huh~berkalau nampaknya

Inche gabbana 22/06/2011, 08:06  

shinju: kesudahan projek ni boleh dibaca di sini:

http://angelwearsgucci.blogspot.com/2010/12/pkai-keputusan-juri-adalah-muktamad.html

Anonymous 28/01/2012, 20:59  

to inche gabanna...
dah penat dah carik kesudahan projek ni, tak de pon... nak jgk tau teori inche gabanna berdasarkan penulisan lelaki dan pompuan tuu...

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP