30 January 2011

Bertemu Hassan Marican Memang Mengujakan, Namun Berjumpa Ikhwah Lebih Menyeronokkan!

Salaam semua...! Anda semua pasti amat rindu dengan saya sekarang ini sehinggakan hampir-hampir sahaja dimasukkan ke dalam wad kecemasan akibat demam panas kan...?? Wahahaha..

Alhamdulillah, dapat juga saya bersiaran walaupun berada di bumi orang sekarang ini. Bumi orang..? Ooppps. Hihihi..

Saya di mana biarlah rahsia. Yang lebih utama adalah pengalaman menarik dan pengajaran berguna yang boleh saya kongsikan bersama anda semua. Senyum kacak.

Hari Khamis yang lalu, saya telah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk bertolak ke suatu negara rahsia. Hohoho.. Penerbangan saya dijadualkan akan berlepas pada pukul sepuluh empat puluh lima pagi. Alhamdulillah, perjalanan saya ke KLIA lancar dan tiada masalah. Malah, saya tiba di KLIA seawal jam lapan pagi.

Mungkin ada yang sudah tahu perkhidmatan keretapi terbang (Baca: Aerotrain. Kalau aeroplane diterjemahkan sebagai kapal terbang makanya aerotrain haruslah diterjemahkan sebagai keretapi terbang bukan..? Wahahaha) KLIA untuk ke balai berlepas diberhentikan buat sementara waktu untuk kerja-kerja penambahbaikan. Sayugia ia digantikan dengan perkhidmatan bas shuttle/feeder pula.

Anda tahu siapa yang menaiki bas bersama dengan saya. Tan Sri Hassan Marican. Bukan itu sahaja, malah dia berdiri betul-betul sebelah saya...! Walaweh...! Eh sebentar. Anda tidak kenal siapa Tan Sri Hassan Marican...?? *bedebopp* (Bunyi batu jatuh menghempap kepala*

Betul, inilah dia Tan Sri Hassan Marican yang menaiki Bas Feeder bersama saya itu. [Kredit Gambar]

Oh beliau dahulu merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Petroliam Nasional Berhad aka Petronas. Beliau adalah antara figur yang bertanggungjawab menaikkan nama Petronas ke persada antarabangsa dan menjadikan Petronas sepertimana yang anda lihat pada hari ini. Pendek kata, beliau memang terlalu amat kool dan bergaya..!

Anyway, oleh kerana keterujaan melampau menguasai diri, saya gagal mengeluarkan sebarang kata-kata. Terfikir juga untuk bertegur sapa mesra atau menghulurkan kad nama yang sedikit bergaya. Namun apakan daya, akibat perasaan malu dan debaran tahap super saiya, saya hanya mampu mengagumi dan tersenyum-senyum macam kerang busuk di tepi. 

Akhirnya kami sampai ke balai berlepas dan Tan Sri keluar dari bas dengan penuh selamba dan tidak mempedulikan insan marhaen seperti saya. *air mata mengalir laju* Sedikit meyesal di situ. Siapa tahu saya mungkin dijemputnya untuk bekerja dengannya di Singapura...?? Hohoho..

Alhamdulillah, urusan untuk masuk ke dalam pesawat juga lancar dan tiada sebarang masalah. Oh ya, saya memilih perkhidmatan Syarikat Penerbangan Malaysia. Patriotik sangat. Saya duduk di sebelah seorang Mak Cik berbangsa India di sebelah kanan dan seorang wanita yang tidak dikenali asal-usulnya di sebelah kiri. Saya berbual mesra dengan Mak Cik tersebut yang merupakan warga Malaysia tetapi sudah bermastautin lama di negara orang. Adik perempuannya, juga seorang mak cik duduk di sebelah kanannya. Dan saya terus mengabaikan wanita asing yang duduk di sebelah kiri seolah-olah kewujudannya boleh dipersoalkan. Wahahaha.. 

Memang tak menyesal ah naik MAS. ;) [Kredit Gambar]

Hidangan makan tengah hari memang terbhoooeeekk. Nasi putih rendang ayam, dihidangkan bersama roti sedikit keras dimakan dengan mentega dan keju. Pencuci mulut? Kek keju lazat raksasa syaitan Pikor, aiskerim Magnum fulamakatak dan cokelat Ferrero Roche yang sungguh klasik. Disudahkan dengan jus oren yang sungguh melegakan anak tekak. Saya tersenyum puas tatkala hidangan habis dijamah, seperti seorang ayah yang bangga dengan anaknya yang mendapat sepuluh A tambah dalam peperiksaan SPM. Eh. Apa-apa pun, lima bintang setengah untuk MAS..! ;)

Saya tiba di destinasi kurang lebih jam empat lima belas petang waktu tempatan. Semuanya berjalan lancar sehinggalah saya terpaksa beratur panjang di kaunter imigresen. Dan anda bayangkan, dalam ramai-ramai orang macam tu, hanya ada seorang dua pegawai yang bertugas..?? Kadang-kadang tiga orang, tetapi lebih daripada kadang-kadang seorang sahaja yang bertugas dalam satu-satu masa..!! What the fish...???

Ada juga terasa seperti hendak berlari-lari gembira mengelilingi kaunter imigresen yang ada sambil terkinja-kinja menarik rambut dan menjerit-jerit bagi melahirkan rasa tidak puas hati. Imaginasi. Kata negara dunia pertama. Ceh.

Akhirnya berjaya keluar daripada kawasan yang amat menensenkan itu sepuluh minit selepas pukul lima petang. Hampir satu jam saya di situ! Selepas saya mengambil bagasi, saya keluar ke balai ketibaan dan menantikan dengan penuh keterjuaan K Bai untuk datang menjemput saya.

Oh untuk pengetahuan semua, saya telah mereka cerita tentang kedatangan supaya bagi memberi seprais tahap ayam serama kepada ikhwah di tempat ini. Antaranya, saya rahsiakan kedatangan saya; hanya seorang sahaja yang diberitahu kerana saya khuatir nanti terpaksa tidur di kaki lima pula...! Hohoho.. Saya juga memberitahu Bai K untuk datang ke lapangan terbang bagi menjemput rakan saya, Aedil, yang baru pertama kali ke negara itu. Kalau Bai K pernah membaca Akhi, pasti sudah terkantoi siapakah Aedil itu..! Wahahaha.. 

Tapi rupanya-rupanya pecah juga tembelang saya. Bai K sudah dapat mengagak kedatangan saya! Walaupun sebelum itu dia telah membeli cerita saya, namun dek kebijakan kepala hotaknya, dia dapat juga meneka saya dan bukan Aedil yang akan tiba. Haih... Apa-apa pon, paling seronok melihat reaksi ikhwah yang langsung tidak menjangkakan kedatangan saya. Ada antara mereka yang terjojol matanya dan muka menjadi hijau dek kerana terlalu teruja. Ok saya tipu di situ. Tetapi betullah, ada antara mereka yang betul-betul terkejut apabila melihat saya. Oh sungguh menghiburkan..!

Beginilah seronoknya mereka apabila berjumpa saya. xp [Kredit Gambar]

Perasaan berjumpa dengan ikhwah yang sudah berabad lamanya tidak berjumpa? Priceless. Rasanya kalau berlanggar bahu dengan Maher Zain di tepi kaki lima Masjid India pun tidak sehebat ini perasaannya. Sumpah tak bohong..! Terasa kepenatan menaiki kapal terbang berjam-jam lamanya hilang dalam sekelip mata apabila melihat wajah-wajah ikhwah yang dirindui banget. Peh.

Benarlah kata-kata, "Hiburan bagi seorang akh itu adalah apabila melihat wajah saudaranya." Senyum.

Oh teruja juga dapat berkenalan dengan seorang makhluk unik bernama Iski Ruski...! xD (Maaf nama-nama lain tidak boleh disebut sebab khuatir lokasi rahsia ini akan diketahui nanti. Jangan berkecil hati ya..? Hihihi..)

Insha-Allah saya akan berada di sini sehingga pagi Jumaat dan kemudian akan bertolak pulang dengan perkhidmatan Udara Asia pula. Harapnya semuanya akan berjalan baik dan semoga Udara Asia tidak akan mengecewakan saya. Sila doakan agar saya selamat kembali ke Malaysia nanti..! ;)

-gabbana-

23 Caci Maki Puji Muji:

The President 30/01/2011, 17:25  

syeikh gabbana..nnti jgn luper tlong belikan buku2 murah di sana yep...slamat berjalang2(trgnue version)... :)

meowwmania 30/01/2011, 17:28  

wahh seronoknya berada di destinasi rahsia..

pape pon smoga berjaya walau apa juga tujuannya :)

Mohammad Aiman 30/01/2011, 17:29  

tuan gabbana..

haha.. MAS memang ler best..
jangan banding dengan udara asia yang kos rendah..
hehe..

:)

best tol jalan2..
bile nak berlari-lari?

Anonymous 30/01/2011, 19:36  

inche gabbana
adakah destinasi rahsia itu tempat inche gabbana belajar dahulu kala?
haha
tidak mengapa..hnya mneka..saya tahu inche gabbana tidak akan memberitahu walaupun pembaca meneka bukan?
Semoga perjalanan inche gabbana dimudahkan dan dilancarkan oleh Allah
insyaAllah ^__^

Anonymous 31/01/2011, 23:12  

benar sekali!..
antara perkara yang "terindah" di jalan ini adalah ukhuwah yang sangat sweet..yang tiada kepentingan melainkan lillahi...

ikatan yg terjalin yang tak mampu kita rakamkan..kena "feel" sendiri..

mcm hadith ni.. :)
Rasulullah s.a.w bersabda,
Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah satu golongan manusia; yang mereka ini bukan dari kalangan para nabi,bukan daripada kalangan syuhada.Akan tetapi, golongan ini sangat dicemburui oleh para nabi dan para syuhada kerana kedudukan mereka di sisi Allah S.W.T

para sahabat bertanya Siapakah mereka ini?

Rasulullah bersabda: “Mereka itu ialah manusia yang saling berkasih sayang kerana Allah, walaupun tidak wujud hubungan saudara sesama mereka dan tidak wujud hubungan perniagaan antara satu sama lain. Mereka itu mempunyai cahaya pada wajahnya, dan mereka di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia lain takut ; mereka tidak sedih ketika manusia lain sedih.”
" Sesungguhnya mereka tidak takut dan tidak bersedih hati"

wallahu 'alam.

Anonymous 01/02/2011, 00:42  

Wah perkongsian hadith yang sangat baik..mohon untuk dishare dan disampaikan kepada sahabat-sahabat saya nnti ye (=

Mr Gabbana..saya sudah mengikuti blog ini untuk suatu jangka masa..tidakkah Mr Gabbana teringin untuk menunjukkan identiti sebenar?
Hanya curious..tapi dapat rasakan bahawa Mr Gabbana tidak akan berbuat sebegitu rupa.

InsyaAllah akan terus melawat blog ini.Teruskan usaha dalam mengajak manusia ke arah kebaikan ya :D

adol ihsan 01/02/2011, 22:21  

harap2 sy pun dpt menjejakkan kaki ke destinasi rahsia tu ..
haha,,

sy nak invite join 1 contest nie,

http://hanysapek.blogspot.com/2011/01/contest-gurauan-terlampau-by-me.html

Anonymous 2 02/02/2011, 05:01  

hehe, dah tau dah kat mana :)

Anonymous 03/02/2011, 13:14  

I seldom leave comments on blog, but I have been to this post which was recommend by my friend, lots of valuable details, thanks again.

Inche gabbana 06/02/2011, 15:27  

imran: alhamdulillah, dah smpai. buku tu ada, nnt bila aku visit korunk, aku bwk iALlah.. ;)

Inche gabbana 06/02/2011, 15:28  

meowwmania: haha, terima kasih. alhamdulillah dah selamat smpai di tanah air.. ^^

Inche gabbana 06/02/2011, 15:29  

aiman: balik semalam terpaksa naik Udara Asia sbb tu paling murah.. ^__^" alhamdulillah selamat smpai..

huhu.. masih bertaih skang ni. doakan agar suatu hari nnt dpt berlari pula...! ;)

Inche gabbana 06/02/2011, 15:30  

enonimus: senyum. terima kasih atas doa itu. alhamdulillah dah selamat berada di tanah air.. ;)

Inche gabbana 06/02/2011, 15:31  

enonimus II: jzkk atas perkongsian yg sungguh bermakna.. ;)

Inche gabbana 06/02/2011, 15:32  

enonimus II: hihihi.. rasanya anda boleh mencari jawapannya pada ruangan 'Tentang' di header belog.

pape pon, terima kasih bebyk kerana sudi membaca belog yg marhaen ini.. ;)

Inche gabbana 06/02/2011, 15:33  

eh salah, komen di atas ditujukan kepada enonimus III! ^__^"

Inche gabbana 06/02/2011, 15:34  

adol ihsan: iAllah, saya doakan.. ;)

oh contest apa tu..? nnt sy tgk2 iAllah.. ^^

Inche gabbana 06/02/2011, 15:34  

enonimus 2: o__O siapa.. siapa anda....?? :O

Inche gabbana 06/02/2011, 15:35  

enonimus IV: ur comment is kinda general. thanx neways..! ;)

Anonymous 2 06/02/2011, 20:55  

Hehe, kita ada jumpa di Kompleks Rakan Muda Puchong dulu.

Bila tiba masanya saya akan bongkarkan identiti ni di fb. ;)

Inche gabbana 06/02/2011, 21:38  

:O adakah ini satu ugutan...? apa faedah yg anda dapat pon...? hohoh..

eh mcm mana anda tahu saya ke mana..? adakah anda seorang stalker yg berjaya...? -____-"

Anonymous 2 06/02/2011, 22:14  

jangan bimbang, saya takkan dedahkan identiti anda di sini :)

stalker yg berjaya? hehe :D
mungkin. saya kenal ramai kawan inche gabbana, di malaysia dan luar negara sbb itu saya tahu :)

saya juga seorang ikhwah, inshaAllah :)

Inche gabbana 07/02/2011, 08:13  

ok yg penting ikhwah dan bukan akhawat (hohohoh).. saya hepi. ;)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP