19 January 2011

Bukan, Ini Bukan Cerita Seram: Panduan Altimet

Ini adalah sambungan kepada post sebelum ini, 'Bukan, Ini Buka Cerita Seram: Muqaddimah.' 

Kepada anda yang hampir diserang sakit jantung semalam atau terasa nak bunuh orang kerana cerita bersambung, hihihi, terimalah...

***

Anda meraba-raba dan... Aha...!!!

Anda mencapai sebuah buku manual untuk Volkswagen Golf GTI yang tersimpan kemas di dalam sarung kulit berwarna hitam. Manual tersebut cukup rapi dan bersih; kerana itu pertama kali anda menggunakannya..!

Anda memetik suis lampu di dalam kereta untuk membantu anda membaca manual tersebut dengan lebih jelas. Pada masa yang sama anda berasa tidak percaya mengapalah dari awal-awal tadi anda tidak terfikir untuk menggunakan manual tersebut. 

Ini manual lama maka kelihatannya kurang bergaya... [Kredit Gambar]
Anda belek dan belek. Belek dan belek. Belek lagi. Mencari-cari apakah punca kereta kesayangan anda itu tidak mahu bergerak. Akhirnya anda terjumpa satu seksyen pada mukasurat tujuh puluh tiga di bawah topik besar: Sayangilah Kereta Anda. Seksyen tersebut bertajuk: Belaian Manja. Anda membaca:

"Kadang-kadang kereta anda perlu juga dibelai dan dimanja. Selain daripada membawa kereta anda mandi dan ke spa, juga memasang minyak wangi 'One Drop Perfume' di dalam kereta, anda juga perlu membisikkan..."

Biar betul ni, fikir anda yang seperti tidak percaya. Mata anda kelihatannya sedikit terbeliak.

"...kata-kata penuh kasih sayang dan mesra. Usapan penuh manja pada bahagian depan dan..."

Anda menelan air liur. Menggaru-garu kepala yang tidak berapa gatal.

"...atas kereta juga amat digalakkan. Para jurutera Jerman telah membuktikan tindakan sedemikan boleh menambahkan prestasi kereta anda. 

Apabila kereta anda dilayan seperti mesin dan seolah-olah tidak berperasaan, jangan terkejut suatu hari nanti kereta anda akan merajuk! Antara rajukan yang boleh terjadi termasuklah pancutan minyak hitam secara tiba-tiba, lampu berkelip-kelip di lebuh raya tanpa anda mengawalnya menyebabkan orang di hadapan menyangkakan anda sedang memberi high-beam, kereta tidak mahu bergerak secara tiba-tiba, pengelap cer.."

Eh eh! Anda terperasan. Tolong ulang balik..!

"Part yang mana...?"

Part yang kereta tak mahu bergerak secara tiba-tiba tu..! Kata anda.

"Kereta tidak mahu bergerak secara tiba-tiba... Dah, puas hati..?"

Anda terus menutup buku manual dan menjerit Yahooooo...! Kali ini betul-betul kuat dan bukan di dalam hati. Anda terkejut dengan jeritan sendiri dan memandang kiri dan kanan, takut-takut mambang kelapa sawit bertanduk lima terbangun dengan jeritan anda itu. Bukan, ini bukan cerita seram.

Ceh takde kena mengena dengan enjin rupanya... [Kredit Gambar]
Anda membuka pintu dan terus keluar daripada kereta. Anda terus usap kereta anda, cium tingkap dan hud hadapan serta menggosok-gosok bahagian atas kereta seperti membelai kucing lagaknya. Anda masuk semula dan cuba menghidupkan enjin. Gagal. Anda garu kepala dan keluar semula. Kali ini anda seolah-olah memeluk kereta, mencium lagi dan mengusap-usapnya sambil membisikkan kata-kata manis penuh mesra.

(Tidak perlu disebut kata-kata menanam tebu di pinggir bibir itu, dikhuatiri anda semua akan muntah biru secara berjemaah nanti.)

Dan kali ini anda yakin anda telah berjaya membidik mata kerbau (Baca: Hit the bull's eye). Oleh kerana terlalu yakin, anda terus masuk ke dalam kereta, kunci pintu dan siap-siap memakai tali pinggang keledar. Senyuman anda melebar sehingga ke belakang telinga. Dan anda terus memutarkan kunci kereta untuk menghidupkan enjin..

Vrrrooommm...! Vvvvrrrroooommmmm....!!!

Yabedabedu...! Terima kasih Volkswagen..! Terima kasih untuk manual yang telah anda bekalkan itu...! Memang panduan yang altimet ah! Anda terus memecut laju. Tidak sanggup lagi untuk berada lama-lama di situ. Sementelah anda yakin anda ternampak seekor makhluk berkaki dua tinggi menggalah bertaring lapan berambut kerinting berbulu tebal ketika sedang mengedjas cermin pandang belakang sebentar tadi. Bukan, ini bukan cerita seram.

Vvvrrroooommmmm.....!

Volkswagen: Das Auto. Tibe.. [Kredit Gambar]
***

Uish, takkan habis kat sini kan..? Bukan karya Inche gabbana la kalau habis di sini sahaja, tiada pengajarannya..! Wahahaha..

Tapi sebelum saya bocorkan rahsia apakah pengajaran super best daripada cerita mengarut ini, hehe, apa kata saya uji anda dahulu..? Senyum comel. Anda rasa-rasalah, apakah pengajaran atau tema utama daripada kisah ini..?

Cepat cepat cepat..! Pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat..! Dapat apa..?? Dapat pengajaran yang best tu la..! Hihihi.. ;)

Selamat maju jaya kepada anda..! Jangan lupa baca doa hekzem sebelum menjawab..! Wahahaha.. xD

-gabbana-

18 Caci Maki Puji Muji:

anak murid 19/01/2011, 16:11  

aduh..susah betul soalan ni..tapi sebab cikgu gabbana nak menguji anak murid alam maya dia, saya pun sahut la cabaran ini.

pada pendapat saya, cerita ini bertujuan..aduh skema, cikgu, sy buat ayat sempoi yer..maafkan kesalahan tatabahasa.

citer ni nak ingatkan kita yang dalam hidup kita, especially hati perlukan penjagaan. eventho dlm manual dah specify camne nak jaga, org x amik peduli until dah betul2 teruk/ atau mengalami simptom2 mahupun gejala2 sosial yg semakin meruncing. dalam konteks personal, maybe kereta tu mcm hati kita dan manual tu adalah panduan hidup kita yakni Quran. dlm quran, byk disebut camne nak jaga hati i.e hidup sejahtera n x jadi makhluk perosak mahupun yg rosak. sekalipun mcm senang dan mudah, org x mahu ikut jugak. rs mcm x relevan jer sebab manusia zaman la ni dah biasa sgt dengan cara2 utk teruskan hidup/hiburkan hati dengan cara jahiliyyah. last2 x nak ikut until dah xde cara lain dan dalam ketakutan yg amat-akhirnya menyerah pada Allah dan ikut apa yg Allah suruh yakni baru nak bukak quran and follow what Quran says.

wallahua'lam.

sori cikgu gabbana, x sempat nak susun dulu isi-isi penting. masa ujian dah tamat...

fifi 19/01/2011, 16:39  

eh, rasenye hari tu inche gabbana stori pasal kete iswara.. ni apesal tiba2 volkswagen lak nih? :P

Mohammad Aiman 19/01/2011, 17:46  

ahaha... betul lah! ini bukan cerita seram !

arissa myana 19/01/2011, 18:15  

---------> setuju dgn komen anak murid ^^

moral of the story...? AlQuran itu memang panduan hidup, manual untuk setiap sisi kehidupan supaya kita tak tersasar drpd laluan sebenar matlamat hidup inshaAllah.

humm... AQ turun untuk mengubat hati manusia yg lara ----> x tahu tujuan hidup. kita perlu baca, tadabbur dan menghayati setiap isi kandungannya bukan untuk dapat pahala semata-mata. pahala tu kira macam side effect dan juga motivation.

Allah hu'Alam.

seriyes ini bukan cerita seram :) great attention getter though. may Allah bless ^^

Inche gabbana 20/01/2011, 22:20  

anak murid: wahahaha.. sy sgt bangga dgn anda...!

jawapan anda sipi-sipi je lagi nak dapat 100% 5 bintang..! Hehee..

tp pandangan yg mentoopp dan torbhoooeeekkk di situ...! ;D

jzkk atas perkongsian..!

Inche gabbana 20/01/2011, 22:21  

fifi: anda baca post mana pulak ni..? ke anda baca belog lain...? ^__^"

Inche gabbana 20/01/2011, 22:21  

aiman: kan dah cakap dah...? duh. ;p

Inche gabbana 20/01/2011, 22:22  

arissa myana: woah, anda semua ini, semua dah bagus dah bagi pengajaran.

so tak payah la saya tulis post pengajarannya..! Wahahaha.. ;)

Anonymous 21/01/2011, 09:43  

saya rase pengajarannya...

en gabbana akan melangkah ke alam baru dalam sedikit masa lagi..betul tak?

itachi 21/01/2011, 11:25  

buku manual yg perlu dibaca dan difahami m'gunakn hati :D

Inche gabbana 21/01/2011, 16:21  

enonimus: -____-" sungguh propa dan speku di situ.....

Inche gabbana 21/01/2011, 16:22  

itachi: yezzzzaaaaa... ;) saya bagi anda 9 [perpuluhan] 27 markah di situ...! ;p

Anonymous 21/01/2011, 16:43  

owh,bukan benar ke en gabbana? dah bersedia ke alam memiliki liabiliti terhebat zaman kini?memilikinya menyebabkan kesesakan luar biasa tetapi tidak memilikinya memberi azab siksa public transport malaysia... kereta aper? audi r8?

spekulasi saya sebab encik selalu cerita psl kereta nih...

Inche gabbana 21/01/2011, 16:46  

oh alam baru yg itukah...??? wahahahaha.. xD

Saya igtkan alam yg 'satu' lagi tu...! hihihih..

hakikatnya, dua-dua pon tak ready lagi..! *koff koff*

XO 21/01/2011, 18:32  

sorry ganggu..=)


Saya sudah follow blog awak..
Awak bila nak follow blog saya..
http://pangkahbulat.blogspot.com/

Inche gabbana 21/01/2011, 22:29  

iAllah nnt saya lawat belog anda.. :)

terima kasih..! ^^

shinju 30/06/2011, 14:12  

boleh komen lagi x? suka baca cerkon2 encik.

tapi nak tanya, betul ke dalam manual tu dia tulis camtu?kena belai..etc..mcm xcaya je..

apapun, sblm baca post ni, saya dah pun melakukan perkara ni. dan mmg terbukti "sentuhan" spt ini sgt baik utk kereta. bahkan, sejak saya berikan nama kepada kereta saya, dia menjadi sangat "manja". setiap pagi nak pergi fakulti saya akan bercakap dgn dia. kalau drive sorg2 pun saya akan berbual dgn soleh, kereta kesayangan saya.

kata2 positive kan punya aura. bahkan bila kita bercakap, kita generate gelombang. dan gelombang akan sampai kepada persekitaran. aura poitif mampu menghantar signal positif kepada persekitaran kita. Macam dalam buku the secret dan quranic law of attraction. kita sntiasa mghantar signal kpd pskitaran kita.jd, stiap yg berlaku adlh ksn dari aura yang kita bebaskan.. wallhua'alam..

buat la cerkon lagi encik!

Anonymous 22/11/2012, 12:10  

sungguh osem cerita inche!
lpas ni bolehla buat tutorial tok hasil ceritera yg menareeeek mcam inche buat :3

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP