10 January 2011

Kepengsanan Yang Amat Berharga

Salaam semua...!

Tahu tahu, saya tahu. Anda semua amat merindui saya bukan..?? Tidak perlu anda ekspresikan perasaan anda itu..! Wahahaha.. ;D

Oh saya telah melalui wiken yang sungguh mengagumkan..! Sumpah!

Pada malam Jumaat saya telah bertolak ke Jugra untuk mengendalikan sebuah konferens riang yang dianjurkan khas untuk hadek-hadek kolej-kolej persediaan yang terletak di bahagian selatan Lembah Klang. 

Pada mulanya berasa agak berat untuk bertolak kerana malam sudah agak lewat. Tambahan pula apabila ditakut-takutkan oleh Inche Papa dan Puan Mama yang jalan ke Jugra boleh jadi amat menyeramkan. Tetapi saya kuatkan semangat dan yakinkan diri yang saya perlu juga sampai pada malam itu juga. Dan alhamdulillah, amat bersyukur kerana Allah kurniakan saya dengan semangat itu. Senyum.

Saya bertolak kurang lebih jam sepuluh empat puluh lima malam gitu. Dan Puan GPS membuat ramalan yang saya akn tiba di destinasi kurang lebih 3 minit sebelum jam dua belas tengah malam. DUA BELAS TENGAH MALAM...?? Woah. Ini pastinya satu perjalanan yang amat panjang dan memenatkan. Tambahan pula saya memandu berseorangan pada malam itu.

Cabaran pertama bermula apabila saya tersalah ambil simpang di Putrajaya. Maka saya terpaksa membuat satu pusingan besar di Putrajaya Sentral. Menziarahi Putraja Sentral pada waktu tersebut bukanlah suatu pengalaman yang mengujakan. Tambahan pula melihatkan Putrajaya Sentral yang agak lengang dan gelap. Meremang juga bulu roma. Setelah kesesatan yang pertama itu, Puan GPS menambah beberapa minit kepada ramalannya yang asal.

Sememangnya perjalan menuju ke Jugra agak menyeramkan. Jalannya gelap dan tidak banyak kenderaan yang lalu-lalang. Setibanya di daerah Kuala Langat, banyak pula pokok-pokok kelapa sawit di kiri dan kanan jalan. Mujurlah tiada Mak Cik berpakaian putih berambut panjang mengurai menjual nasi lemak malam-malam buta sebegitu. Tetapi tiada guna menoleh ke belakang. Perjalanan sudah dimulakan dan ia perlu dihabiskan. Jangan pandang belakang. Eh.

Kesesatan kedua berlaku apabila saya sudah pun betul-betul menghampiri destinasi. Puan GPS hanya mampu menghantar saya ke sebuah Klinik Desa kerana koordinat yang diberikan membawa saya ke situ. Kemudian dengan bijaksananya saya memasuki sebuah jalan dengan penuh yakin dan setelah agak jauh melalui jalan itu barulah saya mendapat hidayah yang saya sudah tersesat. Mujurlah saya sempat kembali ke pangkal jalan. Akhirnya berjaya tiba di destinasi 15 minit lewat daripada ramalan awal Puan GPS. 

*Gasp* Begitulah kurang lebih reaksi saya apabila pertama kali melihat tempat konferens riang itu akan diadakan; sebuah rumah yang dimiliki oleh seorang Akh. Rumahnya cukup besar humang haih dan indah dan anggun dan unggul juga..! Subhanallah.. Mungkin perkataan rumah adalah kenyataan bawah (Baca: Understatement) untuk mendiskeraip rumah itu. Singgahsana mungkin lebih tepat. Tetapi sedikit pelik bagaimana singgahsana yang cukup mewah dan hebat boleh terletak begitu jauh di pedalaman.

Lebih mengujakan apabila mengetahui singgahsana tersebut dilengkapi dengan sebuah kolam renang yang boleh tahan besarnya. Singgahsana tersebut juga dilengkapi dengan lebih daripada 5 bilik air. Para peserta juga tidak perlu mengipas-ngipas badan dengan buku program yang diberikan sekiranya berasa panas kerana singgahsana tersebut juga dilengkapi dengan banyak set penghawa dingin.  Ini bukan konferens riang, ini dah macam percutian hujung minggu. Peluh sedikit besar. Oh tetapi yang menjadikan singgahsana tersebut betul-betul bergaya bukanlah kerana kemewahannya, tetapi lokasinya. Ia terletak betul-betul di hadapan sebuah masjid klasik yang tidak kurang gahnya. Terbaik, memang terbaik.

Okeh nak dipendekkan cerita, banyak aktiviti-aktiviti menarik dan riang gembira, disertakan dengan pengisian menyentuh jiwa dan telinga telah diadakan. Lebih teruja, gembira dan amat bersyukur apabila melihat para peserta turut bersemangat dan gembira mengikuti konferens. Alhamdulillah.. (Of kos la mereka sangat teruja kerana diberi peluang berkubang di dalam kolam renang.. ^__^") Cemburu juga melihatkan kesungguhan mereka untuk datang menghadiri konferens riang. Sungguh mereka adalah rijal-rijal yang terpilih! Bertuah..!

Antara objektif konferens ini adalah untuk merapatkan ukhuwwah antara hadek-hadek dan habang-habang yang kacak dan bergaya dan alhamdulillah, kelihatan objektif tersebut berjaya dicapai. Walaupon masih banyak perkara yang perlu dimuhasabahkan dan ditambahbaik, namun secara keseluruhnnya saya merasakan konferens tersebut telah berjalan dengan jayanya. Syabas!

Hanya keyakinan yang utuh kepada Rabb yang Esa yang menyatukan hati-hati kita..! [Kredit Gambar]
Ok dah bunyi macam laporan rasmi sekolah menengah lah pulak. Pape pon, saya amat berpuas hati dan seronok dengan pengisian yang disediakan; cukup meletopz dan mengoyakkan. Antara lampu tinggi (Baca: Highlight) pengisian adalah 'Hammiyah Tarbiyyah' atau kepentingan tarbiyyah yang disampaikan oleh as-Syaikh Ustaz Faridhul Farhan al-Injineeri yang cukup memukau dan 'Ghazwul Fikr' atau serangan pemikiran yang berjaya dikupas dengan cukup baik oleh al-Akh Tuan Taufiq. Jazakumullahu khairan kathiraa. Hanya Allah sahaja yang selayaknya membalas jasa dan sumbangan antum berdua! ;)

Dan semalam, setelah berulang-alik menghantar hadek-hadek ke destinasi masing-masing, saya akhirnya bertolak pulang ke rumah dan selamat tiba kurang lebih jam lima setengah petang. Mujurlah perjalanan pulang ke rumah lancar dan tiada apa-apa cabaran yang menguji jiwa raga. Selepas menunaikan solat Asar, saya terus baring-baringan dan akhirnya pengsan tidak sedarkan diri sehinggalah masuk waktu Maghrib. 

Penat memang penat yang banget. Tetapi kepenatan yang dirasai cukup bermakna dan berharga. Malah selepas semalam, saya berasa amat bersemangat untuk terus bersungguh-sungguh menyumbang ke arah pembinaan rijal-rijal yang begitu bersepah-sepah di muka bumi Allah ini. Ketawa kecil. Sangat rugi sekiranya saya tidak merebut peluang yang tidak datang selalu ini. Tak mahulah jadi seperti Inche Zuljaushan itu..!

"Allahumma innaka ta'lamu anna ha-dzihil qulub, qadij tama'at a'la mahabatik... Fawa-thiqilla humma ro-bithotaha, wa-adim wuddaha wahdiha subulaha..."

"Ya Allah, sesungguhnya engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu... Maka eratkanlah Ya Allah alan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya."

Senyum.

-gabbana-

Sumpah sudah rindu pada hadek-hadek semua. Juga masih tidak percaya yang as-Syaikh Faridhul membaca belog ini dan mengetahui identiti Inche gabbana.. Hhhmmm...

Oh jazakallahu khairan katiraa jazaak kepada al-Akh Firdaus kerana sudi meminjamkan kuda perang merahnya. Sungguh berjasa dan berguna..! ;)

20 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 10/01/2011, 12:37  

aduh! jealous sungguh boleh berkoferensi di singgahsana yang indah nan berseri-seri dengan jiwa2 rijal yang mantoppp!!! moga jiwa2 itu mampu mewarnai taman2 dengan bunga-bunga indah dan buah-buahan yang masak ranum dan enak untuk dimakan...

ada org ckp if dah berusaha smpi pengsan maksudnya baru sungguh2 j*had tue.nampak en gabbana dah dpt utk sehari....nak jugak merasa...

Anonymous 10/01/2011, 17:10  

program dekat banting ke?
atau bangi?

arissa myana 10/01/2011, 18:56  

salam...

"saya berasa amat bersemangat untuk terus bersungguh-sungguh menyumbang ke arah pembinaan rijal-rijal yang begitu bersepah-sepah di muka bumi Allah ini"

love that part. may Allah bless u, guide u, and make things easy 4 u

Inche gabbana 10/01/2011, 21:43  

enonimus I: =) suka dgn komen anda walaupon sedikit over. hehe.

anda masukkan taman2 sorga eh..? teringin sgt nak masuk ke situ... tapi saya masih amat jauh dari layak.... =(

oh, itu blom pape2. sumpah takde pape. org lain lagi hebat dan sungguh tinggi pengorbanan mereka...! =S (malu ngan diri sendiri)

Inche gabbana 10/01/2011, 21:43  

enonimus II: of koz la banting..! ;) oh ada prog apa kt bangi..?

Inche gabbana 10/01/2011, 21:44  

arissa myana: jzkk.. ;) (terharu)

doa yg sama untuk anda, iAllah..

doakan agar allah terus kurniakan sy dgn kekuatan dan kemahuan ntok terus berada di atas jalan ini ya..? ^^

Anonymous 10/01/2011, 23:31  

oh,yg kat banting.
ada kawan sy ajak tp sy x dapat pegi. T_T

di bangi ada program kibar.
sy x dpt join jugak. T_T

Anonymous 1 11/01/2011, 17:47  

first time kena jawab balik apa yg dikomen..huuhuu..sy x maksudkan syurga..sy maksudkan taman d&t... taman ibadah i.e. dunia ni... dan rijal2 mantap tue la buahnya...ingat tak ISHAB kata 'kita x mahu memetik buah yang belum masak'..dari situlah datangnya 'taman-taman' tue...maaflah kalau mengelirukan. cuba menggunakan bahasa melayu
yang benar setelah banyak sgt bercampur aduk dengan bahasa lain. -bahasa jiwa bangsa-

anonymous 2- syg betul anda tidak dpt menghadirkan diri ke mana2..setelah dua pilihan terbentang depan mata. sungguh hebat cabaran pulang ke malaysia ini ya...

Inche gabbana 11/01/2011, 21:51  

enonimus II: eh? KIBAR? KIBAR OZNZ ke..?

bukan kat Nur Bukit Unggul ke..?

Ish sungguh rugi tidak dapat ke Banting itu. Sungguh..!

Takpe lain kali cuba dengan lebih bersungguh ok..? ;)

Inche gabbana 11/01/2011, 21:52  

enonimus I: ooohhh... hahaha.. menarik tu..! tapi kalau taman2 di sorga pon apa salahnya kan..? ;)

btol btol, agak rugi di situ. tetapi mungkin dia ada masalah kot. kita sama2 doakan agar allah permudahkan urusannya di lain kali..! ^^

arissa myana 12/01/2011, 00:25  

aminn inshaAllah

(47:7)

:)

Inche gabbana 12/01/2011, 12:13  

arissa myana: Woah.. tapi kita dululah kena tolong agama Allah kan..? ;)

suka!

Anonymous 12/01/2011, 16:46  

Nur Bukit Unggul terletak di Bangi.

Peluang di depan mata, cuma hanya mampu berputih mata :(

Inche gabbana 13/01/2011, 09:11  

ooohhh haha.. nur bukit unggul not exactly kat bangi la. dah dkt salak tinggi dah tu.

saya berkesempatan menziarahi ikhwah di sana 2x, alhamdulillah. mungkin nak g lagi jumaat ni. nak ikut..? ;)

Anonymous 13/01/2011, 17:22  

sy tak tahu sgt map di selangor ni. cuma kawan inform di bangi.

utk Southern Gathering ke?
entah laa.
inche gabbana x kenal saya.
bagaimana mahu ikut. huhu

Inche gabbana 14/01/2011, 12:05  

enonimus: haa, SG la.

hahahaha. a;a tu takde masalah. saya amikla anda di mana2. anda bgtahu sahajalah anda memakai baju apa. cthnya, baju merah, kain pelikat dan topi koboi! kompem tak akan miss punya..! wahahaha.. ;)

atau pon tinggalkan sahaja no. telepon anda. bagaimana..? ^^

pendeka tanpa nama 14/01/2011, 12:11  

owh kalau camni nak pg jugak..boleh la kenal saper en gabbana nih...uish..dah lari niat tuh

Inche gabbana 14/01/2011, 12:26  

pendeka tanpa nama: hahahaha.. camtu pulak... kalau camtu terpaksa kensel lah! hehehe.. ;)

Anonymous 14/01/2011, 19:05  

saya kenal je inche gabbana.
saya tinggal di bangi
(tp 5 min je kalau drive dari tts ke sini)

dah lewat, tak sempat nak join inche gabbana.
(saya baru je free, siang busy)

Inche gabbana 16/01/2011, 17:46  

o__O anda kenal saya..? ini tidak adil sebab saya tidak kenal anda..! hehe..

eceli saya pon tak berkesempatan ntok menghadirkan diri pd jumaat lepas. ;(

mungkin di lain masa kita ketemu iAllah..! :)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP