25 February 2011

Eh?

"Alhamdulillah, sepanjang I pergi clubbing, tak pernah lagi kena tangkap ke, kena serbu ke.. Alhamdulillah lah.."

Pengsan.

"Life is unfair. Kenapa Pak Cik X yang tamak dan suka aniaya orang tu, anak-anak dia semua cantik, berjaya. Pergi haji hari tu tak kena pape pon..? Saya ni, dah la gemuk... Unfair!"

Peluh.

"Ujian? Part tu aku tak faham. Kenapa pulak Allah nak uji..? Dia dah usaha macam nak rak, tapi still miskin jugak. Pada hal orang lain tu, dah la kafir, dah kaya bertambah kaya, suka menipu.. Ish tak paham la aku.."

Pandang kiri, pandang kanan. 

[Kredit Gambar]

Uhm, lebih kurang beginilah dialog-dialog yang masuk ke dalam telinga saya dalam masa dua puluh empat jam ini. Ya, dua puluh empat jam. Sebahagiannya malam semalam dan sebahagian lagi pagi ini, setelah ditokok-tambah-tolak-darab-bahagi-puncakuasadua dan ditambah rempah ratus garam gula oleh Chef Besi Inche gabbana. Wahahaha.. Eh.

Susah sebenarnya nak jawab pada masyarakat. Apabila kita bersama ikhwah/akhawat (atau senang kata kawan-kawan kita la..) yang faham dengan tanggungjawab mereka untuk menegakkan Islam di muka bumi ni, senang cerita sket. Kiranya, bila mana kita bersama dengan orang yang 'baik-baik' pijak semut tak mati dan kentut pun wangi, memang amat senang untuk bercakap tentang soal tarbiyyah, tujuan hidup kita, peranan kita sebagai khalifah di muka bumi, bla bla bla.

Tetapi realitinya berbeza apabila kita berhadapan dengan masyarakat massa. Pada mereka, Islam itu solat, puasa dan zakat. Kadang-kadang puasa sunat Isnin Khamis. Bila ada duit lebih sedikit, sedekah. Bila cukup duit, pergi haji. Tak boleh mencuri. Arak itu haram. Zina itu haram. Tapi bergaul bebas lelaki perempuan tidak mengapa; itu laivsetail apa..? Bila solat kena tutup aurat tapi luar waktu solat, dedah-dedah sikit apa salahnya..? Bila susah ingatlah Allah, bila senang, Allah tu entah ke mana. Bila kita dianiaya, bukan main lagi mintak Allah bayar cash pada si keparat itu. Tapi kita boleh pulak suka-suko aniaya orang kan..? Itulah Islam di Malaysia, di mana-mana juga sebenarnya. Aduhai. 

As much as we despise it, that's the reality. Accept it. Tapi bukan sekadar menerima dan pasrah begitu sahaja. Kita mesti lakukan sesuatu. Jangan mengharap perubahan itu akan jatuh gedebup di atas betis dan paha kita. Kalau kita mahu melihat perubahan, biarlah perubahan itu datang daripada diri kita.

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi mana mereka tidak mengubah nasib mereka sendiri.."
[Ar-Ra'ad, 13:11]


Masyarakat mesti diubah. Itu wajib. Kita mesti ada azam untuk mengubah masyarakat di sekeliling kita supaya menerima dan memeluk dan mengamalkan dan memahami Islam secara keseluruhannya. Bukan Islam Hadhari, bukan Islam liberal, bukan Islam konservatif dan bukan juga Islam Wahhabi. Tetapi Islam. Fulsetop. Dan perubahan itu letaknya di  dalam genggaman tangan kita; kita sendirilah yang memutuskan sama ada kita mahu berubah atau tidak. Tiada orang yang memaksa kita untuk berubah.

Masalahnya, adakah kita sudah mengambil langkah yang pertama untuk berubah...? Hhhmmm. Dan Allah tidak akan membantu kita untuk berubah dan berjaya selagi mana kita tidak merangkak, berjalan dan akhirnya berlari ke arah perubahan itu.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membantu agama Allah, pasti Allah akan membantu kamu.."
[Muhammad, 47:7]

Allahu a'lam...

-gabbana-

11 Caci Maki Puji Muji:

nuraiman 25/02/2011, 23:27  

dunia adlah syurga bagi mereka yg tidak beriman(bukan Islam)~
ya,mmg pun....Allah bg semua yg kaya yg mewah yg pandai yg superb yg ape tah lg kat org kapir sbb nnt kat sana,sana tu,akhirat nnt xde tmpat utk mereka di Syurga-Nya yg maha Mewah.subhanallah!kita akan diuji,sbb Allah nk bagi gnjaran,bonus kelak!insyaAllah,semoga kita semua akan mndpt bonus tu.(; YA,kita SEMUA umat Islam ^^
tapi~ mmg betul.kita kna berubah lah dulu.dismping memahamkn masyarakat.untuk faham Islam!oh semoga kuat ya inchek penulis~~~haha

Al-Mufakkir Hamidi 26/02/2011, 10:45  

Salam.

ana igt dah dpt jawapannya. Tak sangka pula penulisan anta berhenti camtu jer.

Camner ye nak jawab soklan2 camtu?

Salam. :)

incik neng 27/02/2011, 01:22  

tiap tiap kali pon neng insap

tunduk tunduk

Inche gabbana 28/02/2011, 09:44  

nuraiman: suka dgn analogi bonus anda. ;)

terima kasih. semoga anda juga terus kuat. ^^

Inche gabbana 28/02/2011, 09:45  

hamidi: iAllah nnt kalau diizinkanNya, saya akan cuba jawab yea..? ;)

Inche gabbana 28/02/2011, 09:45  

neng: alhamdulillah. ;( jgn insap je neng, kena ada tindakan susulan juga. ^^

Anonymous 28/02/2011, 12:36  

kire ni FAQ jugak lah SEJAK AKHIR2 INI... kenapa,kenapa,kenapa musti org2 ni(YG INGKAR pada Allah) yang dpt,kenapa kita ni yg serba serbi kurang,kecewa dan kalah?

biasanya saya jawab dgn soalan jugak -"kita nak apa sebenarnya dlm hidup ni?"

if mereka jwb "senang", ckp kita stat2 lahir dah struggle, agak2 dlm hidup ni kenalah struggle jugak kan? kalau nak senang bukan manusia la tue...

ada satu ayat AQ pasal Allah akan terus-terusan beri nikmat kepada org2 yg sesat untuk menambahkan kesesatan mereka.nauzubillah. x ingat ayat apa tapi dlm AQ bgn bwh belah kanan.

so,kalau kita x diberi kesenangan tu maknanya Allah nak kita still berusaha mintak kat Dia, mengadu kat Dia dan merayu habis-habisan kat Dia. if kita dah tahu hanya Allah yang blh bagi,surely kena jaga apa yg Dia suka n apa yg Dia x suka kan? if kita x jaga,lagi2 lah susah nak dapat. even kita dpt without kita usaha, kan membazir jer duduk kat bumi sebab ianya sementara...which berbalik pada KENAPA KITA DILAHIRKAN?

wallahu'alam

Inche gabbana 01/03/2011, 10:52  

enonimus: well said. ;)

dalam surah al-balad, allah berfirman:

"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran." (90:4)

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Biarlah susah di dunia tapi senang di akhirat nnt IAllah.

Jgn kat dunia susah, kat akhirat nnt pon susah..! Sia-sia je..! Hohoho..

gagah berlari 11/07/2011, 22:20  

salam alaik

td dgr radio ikim, ustaz zul ckp
- akrab dgn manusia (hablu minan nas)itu penting utk tahu masalah ummat. pastu, akrab dgn Allah (hablu minallah) itu penting utk mencari solusi kpd masalah tu.

kalo asyik lepak dgn ikhwah/akhwat je, bila ye nk turun padang, ye tak?

saidina 'umar al khattab pernah ckp, "aku takut nk tido di siang hari kerana masih belum memenuhi hak manusia, dan aku takut nk tido di malam hari kerana masih belum memenuhi hak Allah . Subhanallah

wallahu'alam

Inche gabbana 12/07/2011, 15:22  

gagah berlari: masha-Allah.. sgt best komen anda ni..! tak tahu nak komen mcm mana dah..! hehe..

jzkk! ;)

Aqilah 12/04/2013, 17:22  

assalamualaikum :DD

tadi saya tergoogle angelpakaigucci blogspot, keluar nama farris hanafi. orang yang sama kee lain? haha. saja tanya pasal tgh takda kerja. kbye!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP