21 February 2011

Hidup Ini Seperti Sub Hari Ini 'Ayam Terriyaki'

[Kredit]

Siapa suka makan Subway..?? Saya! *Angkat tangan*

Eceli saya mula belajar makan Subway ni kat London dulu. Sebelum fly dulu tak hingin pon nak makan Subway tu. Tak tau kenapa. Sebab macam mahal dan berkonsepkan sandwich kot. So rasa tak berbaloi.

Bila kat London, Subway dikira antara makanan segera yang murah (£2 untuk Sub Hari Ini [Baca: Sub of The Day]. Dululah, sekarang ni dengarnya dah naik harga) dan agak mudah didapati. Lebih-lebih lagi bila Subway dah halal, lagilah teruja untuk makan Subway.

Awal-awal balik Malaysia dulu, tak la terasa nak makan Subway sangat. Sebab ada nasi lemak, roti canai, nasi campur lauk masak lemak cili api siput sedut, nasi ayam Hainan spesel dan nasi minyak ayam masak merah, so dah tak pandang sangat la Subway ni. Hihihi.. Tapi baru-baru ni, nak jaga badan punya pasal *koff koff*, Subway menjadi pilihan apatah lagi bila perut tak lapar sangat.

So malam tadi saya ke Subway untuk makan malam. Saya memang dah tahu pada hari Ahad, Sub Hari Ini adalah Ayam Terriyaki. Hari Selasa tuna, hari Rabu bebola daging Marinara dan hari Khamis Ayam Panggang atau B.M.T. (bergantung kepada stok). Eh hafal. Hihihi.. Kali terakhir makan Ayam Terriyaki adalah di London dulu. Dan memandangkan saya tak berapa lapar dan tak mahu makan nasi lagi di waktu malam, maka Subway Hari Ini Ayam Terriyaki terus menerjah minda saya sebagai pilihan utama.

(Nota: Sub Hari Ini menjadi pilihan kerana pada RM7.50, saya rasakan itu sahajalah Subway yang berbaloi. Lebih RM8 untuk roti panjang sebegitu, lebih baik saya pergi makan roti John! Hoh.)

Mujurlah orang tidak ramai di Subway itu. Saya terus membuat pesanan dengan memilih roti Keju Parmesan. Antara perkara yang paling digemari saya ketika berkunjung ke Subway adalah memerhatikan bagaimana para pekerja Subway menyediakan hidangan saya. Tidak seperti restoran-restoran makanan segera yang lain, Subway menghidangkan sandwich segar dan panas di depan mata anda. 

Mula-mula roti akan dipotong. Kemudian diletakkan menu utama di antara roti tersebut (dalam kes saya, potongan Ayam Terriyaki) dan diletakkan pula beberapa kepingan keju di atasnya. Kemudian roti tersebut akan dibakar di dalam ketuhar selama dua puluh saat. Selepas itu, tiba giliran untuk saya memilih sayur-mayur pilihan hati. Seperti biasa, saya memilih sayur salad, tomato, cili besar (capsicum) dan bawang. Sosnya pula? Kali ini saya memilih Pulau Ribu (Baca: Thousand Island), Bawang Manis dan sos cili. Uuuuhhhh.. *kelenjar air liur merembeskan cecair liur dengan banyaknya*

Dan hasilnya..? Suatu kenikmatan dunia yang tiada bandingannya..! Ok sedikit melampau di situ. Tapi sumpah! Memang best tak terkata apabila menikmati Subway Hari Ini Ayam Terriyaki yang masih panas dan segar dan menyelerakan..! *tiba-tiba perut berbunyi* Peluh kecil sedikit.

*gulp* [Kredit Gambar]

Saya terfikir. Apa jadi agaknya kalau Subway saya dihidangkan tidak mengikut prosedur seperti yang saya jelaskan sebentar tadi? Contohnya; letak ayam terriyaki, sayur-mayur dan sos-sosnya ke dalam ketuhar dahulu. Kemudian baru letakkan keju dan terakhir sekali sumbatkan semua itu ke dalam roti yang telah dipotong hey! Err. Atau pon, panaskan ketuhar selama dua puluh saat tanpa meletakkan apa-apa di dalamya, kemudian tuangkan sos di atas keju, gaulkan dengan sayur dan letakkan di atas roti. Terakhir sekali barulah letak kepingan ayam terriyaki! Walaweh. 

Anda rasalah, apa yang akan terjadi..? Mungkin tidak lagi dikenali sebagai Subway, tetapi Underway. Eh. Wahahaha.. 

Sebenarnya, kehidupan kita sehari-hari tidak jauh bezanya daripada proses membuat Subway itu; hendaklah mengikut aturannya dan dalam keadaan yang tersusun dan berdisiplin. Ya, boleh juga kalau tidak mahu mengikut aturan yang telah ditetapkan, tetapi akibatnya? Carca-marba seperti Subway Hari Ini Ayam Terriyaki yang tidak disediakan mengikut prosedurnya! 

Setiap hal, setiap perkara dan setiap urusan di dunia ini hendaklah mengikuti susun aturnya, barulah sempurna hasil dan keputusan yang akan dicapai. Itu suatu sunnatullah. Dan  lebih besar dan penting sesuatu urusan itu, lebih perlulah ia mengikut susun atur dan prosedurnya. Hal ini amat jelas di dalam al-Quran apabila berkali-kali Allah menceritakan proses kejadian langit dan bumi, syurga dan neraka, malah penciptaan manusia sendiri tidak memakan masa seketika sahaja, tetapi ada tempoh-tempoh masanya.

Pernahkah anda terfikir apakah hikmah di sebalik tempoh penciptaan seperti itu? Sedangkan apabila Allah mengatakan 'Kun' pastilah 'Fayakun..?' Kerana pastinya Allah mahu manusia belajar sesuatu daripadanya; sesuatu perkara itu hendaklah dilakukan mengikut prosedurnya dan secara berperingkat-peringkat. 

(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. 
[Yaasiin, 36:40]

Dan pastinya suatu perkara yang amat memerlukan susun-atur yang kemas dan penuh dengan disiplin adalah gerak kerja dalam berdakwah. Sedangkan untuk urusan dunia seperti bekerja dan belajar kita boleh begitu fokus dan tersusun, mengapa urusan dakwah kita kucar-kacir dan tunggang-langgang..? Tidak tersusun dan begitu gopoh..?

Dan apa akibatnya sekiranya dakwah dan tarbiyyah yang kita lakukan tidak tersusun, tergopoh-gopoh untuk mencapai sesuatu objektif? Kata Saidina 'Ali,
"Jahiliyyah yang tersusun pasti akan menewaskan kebenaran yang kucar-kacir.."

Ingat! Kita bekerja dan jahiliyyah juga bekerja! Dan sekiranya jahiliyyah bekerja dalam saf-saf yang tersusun (-___-"), masakan kita mampu untuk gopoh dan tunggang tebalik..?? Bukankah kita sewajibnya mengemaskan susunan gerak kerja kita dan berdisiplin dengan prosedur dalam mencapai kejayaan..?? Sekiranya kita gagal menyusun gerak kerja kita denagn penuh disiplin, maka secara automatiknya kita telah memberikan kemenangan percuma kepada jahiliyyah..! Adusss.

Kerana itu ISHAB datang dengan formula 'Maratib Amal' yang diekstrak kaedahnya daripada al-Quran dan as-Sunnah. Mula-mula kena menjadi individu Muslim yang lengkap dengan muwosafatnya, kemudian berkeluarga dan kemudian bermasyarakat. Dan begitulah seterusnya.. Setiap tingkatan itu ada hak-haknya, ada perkara-perkara yang perlu dicapai sebelum kita boleh berpindah ke tingkatan yang seterusnya.


Kena naik satu-satu ye kak, tak boleh nak naik lif terus ke atas tu! Hohoho.. ^__^" [Kredit Gambar]

Mana mungkin kita terus mencapai status negara Islam, apatah lagi Professor kepada alam sekiranya kita gopoh dan tidak bersedia? Sekiranya kita menyusun strategi dakwah kita tidak mengikut prosedur yang sepatutnya..?? Lupakah kita kepada kegagalan IM di Mesir suatu ketika dahulu, yang begitu yakin akan menguasai tampuk pemerintahan Mesir? Atau kita tidak mahu belajar daripada kesilapan Revolusi Sudan..?

"Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halya; Aku (Allah) akan perlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanKu; maka janganlah kamu meminta disegerakan (kedatangannya)."
[al-Anbiyaa, 21:37]


Sama ada kita akan mencapai hasil akhirnya atau pun tidak, bukanlah persoalannya. Kan Allah tu tak melihat kepada hasil, tetapi kepada usaha ikhlas kita yang gigih dan bersungguh..? Sabar bang, sabar. Tak perlu gopoh-gopoh! Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran..! Aduhai. Insha-Allah kalau kita ikut cara-caranya, penuhi hak-hak yang sepatutnya dan santuni kaedahnya dengan penuh berdisiplin, Allah pasti akan memberikan kemenangan agung kepada para pejuang agamaNya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." 
[Ali-Imraan, 3:200]


Subway Hari Ini Ayam Terriyaki dapat, perut pon kenyang..! Hohoho..

Allahu a'lam.

-gabbana-

21 Caci Maki Puji Muji:

cucu hasan 21/02/2011, 17:17  

tak pernah p or makan insan malang [sunway] pon.. (kesiannnyaaaa)..

Murabbiyah 21/02/2011, 19:16  

first time dengar pasal subway (oohoo....betapa hilirnya saya)

Thanks inche gabbana utk prkongsian. Mmg sy stuju sngat dlm brdakwah kita perlu mgkt thp2nya. Untuk bina bangunan yang besar@hebat kita perlukan tapak yang sangat2 kukuh. Dan orang nak buat bangunan tak akan buat bumbung dulu baru pasang tapak...

nuraiman 21/02/2011, 19:17  

salam.
terima kasih,kinda get the point!yeah!tersusun~ betul!Suka analogi Subway nih.Pergh~betul2,klu dah ala2 dia bntai buat ikot sukasuki,mmg erk!*gulp* xnk bli lah.haha.agak nye,mcm tu jugak klu kita bntai buat kerja selekeh2,kan?org pong x lalu daa~

insyaAllah.jgn semua nak buat sekali gus,yg penting Istiqamah,x gitu Inche Penulis? (;

Kenangan Lalu 21/02/2011, 19:47  

Chicken teriyaki~! Huhu~ Bila lu nak blanja wa, der?

Inche gabbana 21/02/2011, 21:34  

cucu hasan: eh kat farmer's river takde subway ke...? kesian.. xp

eh tap takde apa pon subway tu. roti panjang dan isinya mcm sandwich bese je. boleh bwat sendiri..! ;)

Inche gabbana 21/02/2011, 21:36  

murabbiyah: et lis sekarang anda dah pernah dgr kan..? ;)

btol btol. dakwah dan tarbiyyah ni mmg mcm nak bina bangunan. anda pernah dgr analogi KLCC..?

kalau blom, saya cadangkan anda baca ni:

http://angelwearsgucci.blogspot.com/2010/02/menara-berkembar-petronas.html

moga bermanfaat iAllah..! ^^

Inche gabbana 21/02/2011, 21:37  

nuraiman: haha.. menarik juga extension anda pada analogi saya tu. mekaseh..!

setuju! yg penting istiqamah dan tsabat.. jzkk! ;)

Inche gabbana 21/02/2011, 21:37  

nyamouq: nak belanja apanya.. ada elearning la, besday ni la, kenduri tu la..

mandi sungai tak ajak lak tu.. hmphh...! xp

arissa myana 22/02/2011, 11:42  

terasa... haha somehow, bg idea juga utk kembali menyusun langkah.

trying to cater and do everything at one time, nyata bukan langkah yang bijak though killing 4,5 birds at a time tu berbunyi efektif dan efisien. tapi, kalau dah sampai langkah berterabur, ape cer, kan?

jzkk ya utk sharing

smoga jalan menuju Dia dipermudahkn :)

Inche gabbana 22/02/2011, 11:56  

arissa myana: kalau mampu, silakanlah. tapi fitrahnya, memang manusia kena buat sesuatu kerja tu stage by stage.

dan tak bermakna buat kerja stage by stage tu tak efektif dan efisien kan..? ;)

barakillahu fik. IAllah.. ^^

Unknown 22/02/2011, 15:45  

meaningful entry!
sangat bagus penulisan di blog ni.
thnx! :)

Mohammad Aiman 23/02/2011, 07:10  

cis.. dah la baca ni time pagi2, tak sarapan lagi... ceh..

btw, nice la! boleh kaitkan subway dengan dakwah ^__^

Inche gabbana 23/02/2011, 09:39  

elly: terima kasih. terimakasih juga kerana sudi menjadi pengikut saya. ;)

selalu2lah datang menziarah ye! ^^

Inche gabbana 23/02/2011, 09:40  

aiman: sume benda boleh dikatkan ngna dakwah aiman. sama ada kita nak celikkan hati kita tau pon tidak je.. ;)

allahu a'lam.

Anonymous 23/02/2011, 14:31  

aduh, subway mmg kelas.especially masa kat london, tgh lapar after jalan2, dpt plak tawaran buy 1 free 1... haih, buat sy sgt2 lapar...roti toast yg rangup diluar lembut di dalam, meatball yg besar dan tak kedekut, sos yang luar biasa, kesegaran sayur mayur, olives... aduh...memanglah nikmat dunia...

but, i got ur point mr gabbana. kena tersusun dengan susunan yang betul. possible jer kita ni tersusun tapi susunan yg salah i.e prioriti salah.

Inche gabbana 24/02/2011, 09:17  

enonimus: errr.. deskripsi anda terlebih detail di situ.. huhu..

yuppa! betul tu. dan mcm mana kita pastikan susunan/prioriti kita betul..? tingkatkan kefahaman dan kuatkan saff! ^^

Anonymous 27/02/2011, 23:57  

nak tanya satu soklan bleh?
smpai bila dakwah pd individu muslim ni perlu diteruskan..utk kte ke baitul muslim dan seterusnya nak dakwah pd masyarakat...

sy xpham..adakah kena make sure semua org didakwahkan then baru proceed ke daulah..
if that the case...for how long? sbb semua org pasti iman nyer naik dan turun..which means that when u dakwah to A, then he/she dpt faham islam..pastu kte ke B..what happen then to A?itu kalo hanya ad A dan B...how about individu di KL, or In Msia...or lg dasyat di dunia..
kan mcm impossible nak cater or dakwah semua org satu2 and at the same time make sure dia ttp utuh di jalan Allah...kalo dunia sekeliling media sgt 'busuk' lg 'kotor dan keji'...yg boleh membawa mereka hanyut balik.

Anonymous 28/02/2011, 00:02  

i'm the same anonymus as above..

my point is if you say it is stage by stage...how long the time is given for us to proceed the next stage...or else if there is no time limit...how can i proceed to the next selagi ianya (individu muslim) tak setel2 lg?

i'm really2 confuse about this...help me bro.

Inche gabbana 28/02/2011, 08:43  

enonimus: salaam a'laikum. woah, sgt menarik soklan anda nih! malah, soklan ni dikira hot gak la, dan selalunya digunakan oleh pihak2 yg tak bertanggungjawab untuk memutar-belitkan fakta.

anyway, soklan anda amatlah valid; 'Bila kita nak tahu nak berpidah dari tangga ke tangga kan..?'

untuk tiga tangga yg pertama, jawapannya mudah. usrah dan jemaah. dalam usrahlah kita berbincang, assess diri dan bersyura untuk memastikan kita dah ready untuk naik ke tangga seterusnya (dari IM ke BM). dan sekiranya naqib kita menggunakan kaedah yang betul dan telus, iAllah keputusan untuk menaikkan kita dari satu tangga ke tangga yang seterusnya adalah keputusan yg betul.


dan sekiranya proses ini dapat dilakukan secara massa dan bersistematik, maka secara otomatiknya akan terbentuklah masyarakat Islam, yakni tangga yang ketiga. ;)

untuk menaiki tangga seterusnya, ha ni, a lit bit tricky. kalau kita tgk sirah, di zaman Nabi SAW, tiada pun rancangan untuk berhijrah ke Madinah, apatah lagi untuk membentuk kerajaan Islam Madinah. setelah allah menurunkan perintah untuk berhijrah, dan Nabi SAW disambut dengan begitu baik di Madinah dan bersedia untuk meneriman baginda sebagai pemimpin, barulah terbentuk negara Islam yg pertama.

In other words, Allah hanya akan memberi negara Islam tu bila umat Islam dah ready, dah ada prasarana2 yg mencukupi. Sbb kalau kita tak ready, tergopoh-gapah nak bentuk kerajaan dan negara Islam, pastinya kerajaan Islam tu tak akan bertahan lama sebab tak cukup kuat untuk bertahan daripada serangan musuh, taghut dan jahiliyyah yg dtg dari pelbagai arah.

tp wajib untuk kita semua menanamkan azam untuk membentuk kerajaan dan negara Islam tu. kiranya, mmg kita kena berusaha ke arah tu..? mcm mana..? apa lagi, dgn mentarbiyyah dan mendidik masyarakatlah..! dan apabila sudah cukup bilangannya (tak perlu semua! tapi cukuplah untuk menyokong pembentukan negara Islam tu..), IAllah Allah akan bagi negara Islam tu kat umat Islam. bila..? Wallahu a'lam. bukan tugas kita untuk meletakkan tarikh2 tertentu, tetapi tugas kita untuk berjihad dan berusaha sesunguhnya ke arah itu.

tp sy yakin jemaah di peringkat tertinggi sentiasa merancang dan mengambil kira semua faktor yg ada sebelum membuat keputusan untuk menyiapkan diri ke arah pembentukan negara Islam.

Dan apabila negara Islam yg kuat dan mantap telah terbentuk, saya percaya tangga2 yg seterusnya mudah dan cepat untuk dicapai. samalah ketika zaman khulafa' ar-rasyidin dan kekhalifahan setelah mereka.

wallahu a'lam. byk point yg saya tak dapat nak sentuh sebab komen je ni, so tak best nak type pjg2. tp harapnya dapat melegakan sedikit kekusutan anda..! ;)

Anonymous 04/03/2011, 11:34  

salam

erk..
i want subway right now.

Inche gabbana 04/03/2011, 14:44  

jom...?? ;)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP