12 February 2011

Saya Nak Jadi Rakyat Mesir Boleh Tak..?

Tahrir Square, tempat bersejarah, saksi kebangkitan rakyat Mesir! [Kredit Gambar]

Salaam 1Mesir..! Heh. Harapnya tak terlambat untuk saya mengucapkan syukur alhamdulillah dan gazillion jillion tahniah kepada seluruh rakyat Mesir atas kejayaan mereka memaksa firaun Mesir Hosni Mubarak untuk akhirnya meletakkan jawatan. Saya amat berbangga dengan anda semua dan saya amat berbangga menjadi rakyat Mesir! Eh. 

Tapi betullah. Siapa sangka kan, dua tiga minggu yang lepas tiada siapa yang menyangka rejim zalim Mubarak yang bertahan lebih 30 tahun akhirnya jatuh tersembam menyembah bumi. Pastinya Mubarak sendiri terkejut beruk kerana dalam masa lapan belas hari sahaja, rakyat negaranya berjaya menjatuhkan air mukanya (kalau mukanya masih berairlah!). Teknik keganasan dan menakut-nakutkan yang selama ini digunakan Mubarak ke atas rakyatnya tidak lagi berkesan, malah telah menembaknya kembali (Baca: Backfire). Walaupun Mubarak cuba bertahan dan berkali-kali bertindak degil, akhirnya dia akur dengan kuasa kamehameha rakyatnya. Syabas rakyat Mesir..!

Akhirnya Firaun abad ini berjaya ditumbangkan! [Kredit Gambar]

Betul, rejimnya masih belum sepenuhnya jatuh. Figur-figur daripada rejimnya yang terdahulu seperti Marsyal Padang (Baca: Field Marsyal) Mohammed Hussein Tantawi kini memikul tugas besar memimpin Mesir buat sementara. Dan saya yakin, Omar Suleiman, pengkhianat besar umat Islam juga akan memainkan tangan-tangannya dalam merencanakan kerajaan sementara ini. Namun et lis kepala kepala rejim terkutuk itu sudah berjaya dicantas. Harapan saya agar rakyat Mesir dapat mencantas pula kepala-kepala ular Medusa lain yang masih meliar!

Pada masa yang sama, jangan kita lupa pada penderitaan berterusan rakyat Palestin. Sekiranya kita membuka laman-laman yang dikhususkan buat rakyat Palestin contohnya palestinkini.info, kita akan terkejut gorilla kerana rupa-rupanya saban hari ada sahaja tindakan syaitonirojim yang dilakukan oleh rejim laknatullah Zionis ke atas rakyat Palestin. Hanya media-media sahaja yang tidak melaporkannya. Kerana mereka ada kerja yang lebih sibuk untuk dilakukan contohnya melaporkan tentang penceraian artis ini, pergaduhan artis itu, ahli politik ini menghulurkan derma ikhlas dan ahli politik itu lompat parti.

Hakikatnya, selagi mana kita tidak mempunyai sifat aku peduli ke atas nasib umat Islam di seluruh dunia, selagi itulah umat Islam akan terus ditindas dan diperlakukan seperti sampah sarap. Anda tahu apa yang sedang berlaku di Kashmir..? Anda tahu apa nasib umat Islam di Sudan dan Somalia? Anda tahu sejarah umat Islam di Algeria..? Masing-masing pun nak jaga tepi kain sendiri-sendiri kan..? Yalah, kubur masing-masing lah katakan..! 

Eh tapi nanti jangan marah pulak ye kalau kain anda ditarik sama masuk neraka...! Hohoho.. (Peringatan untuk diri sendiri juga... TT__TT)

Kita di Malaysia..? Aduhai mak minah sayang. Disibukkan dengan benda-benda remeh. Manjanya umat Islam di Malaysia ni. Tatkala muda-mudinya sibuk memikirkan nak bagi hadiah Valentine apa untuk kekasih terchenta, muda-mudi Palestin sedang mengorbankan jiwa untuk mempertahankan tanah air mereka. Ketika anak-anak muda Malaysia menangis kesedihan kerana gagal dalam peperiksaan lantas tidak dapat melanjutkan pelajaran, rakyat Palestin menangis kerana kehilangan suami, anak dan sahabat baik akibat dibedil syaitan Zionis. Ketika rakyat Malaysia sibuk bekerja keras untuk membayar hutang ini dan itu, menambah pendapatan untuk cope dengan kenaikan harga barang, rakyat di Mesir bersatu,  berjuang di jalanan bagi menjatuhkan firaun zalim Mubarak. Ketika kita di Malaysia... Alahai. Malunya nak sebut....

Uish seronoknya tengok orang Palestin lari-lari, ada asap sume. Tengah main perang-perang ke, macam kami kat Malaysia main paintball..? ^__^" [Kredit Gambar]

Tidak hairanlah Islam di Malaysia ni lambat nak berkembang. Ruh perjuangan itu tidak mengalir di dalam darah rakyatnya! Tidak peliklah dakwah di Malaysia begitu lembap dan tidak mendapat sambutan, kerana para penggerak dakwahnya pun begitu culas untuk berkorban..! Baru kena jentik sikit dah merengek. Baru kena cubit sikit dah menjerit! Alahai.. 

Kepada rakyat Mesir dan Palestin, saya amat sangat paling teramat berbangga dengan anda semua...! Perjuangan anda semua masih jauh, ya, tetapi sekurang-kurangnya anda semua sudah pun memulakan langkah-langkah bayi anda (Baca: Babysteps). Kalau rakyat Palestin, anda telah pun berjalan laju, sikit sahaja lagi nak berlari. Kami di sini... *Air mata mengalir teramat deras sambil pipi merah menyala malu* 

Doa saya bersama anda semua. Doakan juga kami di sini, agar kami dapat menyertai perjuangan anda suatu hari nanti...!

Allahu musta'an..!

-gabbana-

6 Caci Maki Puji Muji:

Mohammad Aiman 13/02/2011, 00:54  

mesir sudah mencipta sejarah mereka..

kita bila lagi?
at least bukan mencipta pun, nak jugak menjadi sebahagian daripada mereka yang mencipta sejarah..


p/s :
inche gabbana, pi jumpa JPN mintak tukar warganegara.. haha

ghuraba' 13/02/2011, 12:31  

salam'alaykum inche gabbana..
oh sungguh menyentap dan tersentap tulisan ini....teringat cerita di dalam isk ketika zaman kejatuhan kerajaan agung abbasiyyah dimana pemudanya menangis kerana tidak diberikan pelacur untuk berhibur...adekah itu yg sdg dilalui oleh pemuda2 kita? oh sungguh merefleksikan diri ini moga tidak menjadi dai'e yang patah kaki atau tempang kerana tidak bergerak!

jom sama kita mengorak langkah kedepan ;) org mesir dah mencipta sejarah..kite bile lagi?

Inche gabbana 14/02/2011, 08:16  

aiman: selagi mana kita hanya syok bergoyang kaki dan terus bersifat aku tak peduli, sehingga itulah kita hanya akan mencipta sejarah sebagai bangsa yang pemalas dan pentingkan diri... -___-"

Inche gabbana 14/02/2011, 08:17  

ghuraba': well said. ;)

"In-tang surullaha yang surkum.."

Kalau bukan kita yang memulakannya, siapa lagi..?

Anonymous 28/06/2011, 08:03  

kita mulakan..,harap kite krgkn sindiran2 pedas kt rakan seperjuangan.,sindiran xslalu bwak kpd bnde y elok.,tegur scre behikmah.,mulakan ngn usaha ykecil b4 y besar cm mesir.,

saifullah91 23/01/2012, 09:39  

x baik meruntuhkan sebuah kerajaan islam secara paksa.. islam x ajar.. kita hendaklah berhikmah dan berlembut dlm mnasihati pmimpin..
-kata ILMU
p/s:keh3..pah ceroh...

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP