16 April 2011

Nak Kirim Barang Boleh..?

Kalau anda bertanya kepada saya, apakah pengalaman atau perkara yang paling berharga yang saya bawa pulang dari London sementelah tiga tahun menuntut di sana, jawapan saya mudah sahaja; senyum.

Boleh...?

Wahahaha.. Sebenarnya, saya sedikit berat untuk berkongsi pengalaman saya di sana, bukan kerana ada apa-apa yang memalukan atau ada sejarah hitam yang saya terpaksa kuburkan. Bukan begitu. Tetapi kerana terlalu banyak pengalaman dan butir-butir mutiara berharga yang saya kutip di sana, sehinggakan saya sendiri tidak tahu untuk bermula dari mana. Kena karang sebuah kitablah kalau mahu menukilkan segala tok nenek pengalaman saya di sana..! Wah!

Kalau saya hendak menyimpulkan apa yang saya dapat di sana, saya rasa tiada ungkapan yang lebih tepat melainkan dunia dan seisinya pon tidak dapat menjadi galang gantinya! Fulamaweh. 

Tetapi untuk tidak menghampakan anda para pembaca kesayangan saya, Insha-Allah untuk post ini saya akan kongsikan salah satu daripada banyak titik-tolak kepada anjakan pradigma saya. Lompatan jauh paradigma mungkin..?

Baiklah. *menekan butang 'rewind' di dalam otak untuk kembali mengingati kisah lampau*

Ketika di tahun satu di Sekolah Ekonomi London, saya merupakan seorang yang boleh tahan huhahuhanya dan juga seorang yang rebellious. Ketika orang lain sibuk berkonferens riang, saya pula sibuk berjalan ke sana dan ke sini. Saya masih ingat ketika cuti musim bunga di bulan tiga atau empat lebih kurang, saya 'melarikan' diri ke Malta dan kemudiannya Itali, sedangkan sahabat-sahabat hoyeaahhh! saya (ketika itu belum lagi sahabat hoyeaahhh! la.. Hihihi..) pula sedang sibuk mengisi ruh dan mencuci hati dengan program-program tarbawi (tarbawi = err, kira macam program untuk budak-budak baik lah... Jelir lidah). 

Ketika itu saya merasakan seolah-olah saya dikongkong; ke mana sahaja saya pergi dan apa sahaja yang saya perbuat, pasti Inche ex-Murabbi mahu mengambil tahu. Perkara tersebut menjadikan saya lebih rebellious lagi dan kadang-kadang rasa ditekan. Tidaklah saya ketahui ketika itu bahawa apa-apa yang dilakukan oleh Inche ex-Murabbi semata-mata kerana sayangkan saya kerana Allah (muka buat-buat terkejut). Kasihan kepada Inche ex-Murabbi saya, pasti dia pening kepala bagaimana mahu menangkap dan menjala saya dengan jayanya. Wahahaha.. Maaf ye Inche ex-Murabbi, bukankah itu satu tarbiyyah untuk anda juga ketika itu..? Hohoho.. 

Dan seperti yang saya sering katakan bahawa tiada kebetulan di dalam hidup ini, ketika saya 'berjaulah' ke Itali bersama seorang rakan, telah berlaku sesuatu yang menyebabkan saya mengambil keputusan yang bakal mengubah perjalanan hidup saya. Tetapi sebelum itu, izinkan saya berkongsi muqaddimahnya dahulu.

Menjadi kelaziman untuk para pelajar tahun satu mencari rumah untuk diduduki pada semester hadapan. Kebiasaannya, pelajar tahun satu akan tinggal di kediaman yang disediakan oleh pihak universiti. Namun ketika melangkah ke tahun dua, kediaman tersebut akan diberikan kepada para pelajar tahun satu yang baru tiba pula. Maka selalunya, para pelajar Malaysia seperti saya akan mula mencari-cari rumah untuk diduduki sebelum masuknya semester baru nanti.

Arakian saya telah diajak oleh Inche ex-Murabbi untuk tinggal bersama-samanya, bersama dengan beberapa sahabat hoyeaahhh! yang lain. Wah, ini taktik untuk menjerat saya ni! Hihihi.. Ketika itu saya berkeras untuk tidak tinggal bersama mereka atas beberapa alasan. Saya khuatir kalau saya tinggal dengan 'golongan' ini, lagi teruklah hidup saya akan dikongkong nanti! Tidak bebas..! Bagaimana mahu ke Amsterdam atau Madrid atau Milan pula selepas ini nanti..??

Seorang lelaki tidak berkepala kelihatan sedang melompat gembira ketika di zaman jahiliyyahnya di Pisa, Itali. Peluh besar.
Lelaki tidak berkepala yang sama dilihat pula di Malta.

Sanggup hitch-hike all the way to Paris semata-mata mahu membuat 'kerja-kerja kebajikan.' Adohai zaman jahiliyyah..! Tee tee underscore underscore tee tee. (Kelihatan di sini di Muzium Louvre, Paris)

Tetapi alasan yang saya berikan untuk tidak tinggal bersama mereka adalah kerana saya mahu berdakwah kepada dua orang rakan lain (kita namakan mereka Rakan V dan Rakan W) yang ketika itu sudah pon bersetuju untuk tinggal bersama-sama saya serumah pada semester hadapan. (Oh ketika itu, walaupon nakal dan huhahuha, saya masih gigih dan setia ke bulatan gembira. Bergaya bukan...??) Saya masih ingat, antara hujah yang berikan adalah kalau saya tidak berdakwah kepada mereka, pasti di akhirat nanti mereka akan menyalahkan saya..! Hebat bukan bakat berdebat saya..? Wahaha..

Akhirnya setelah banyak berdolak-dalih, Inche ex-Murabbi memberi dalam (Baca: Give in) kepada kekerasan kepala saya. Of kos la saya berasa lega dan gembira ketika itu. Akhirnya berjaya juga yakinkan dia yang saya tidak perlu duduk dengan serumah dengannya. 

Tetapi kelegaan dan kegembiraan itu tidak bertahan lama, apabila saya bersuka-ria bersama Rakan W di Itali. Sepatutnya Rakan V juga turut ikut serta, tetapi dia terlalu keletihan kerana baru sahaja pulang dari menunaikan umrah dan ziarah. Betullah kita merancang, tetapi perancangan Allah itu lebih hebat dan bermakna. Besar sungguh hikmahnya apabila Rakan V tidak turut serta, kerana saya dapat mengenali Rakan W dengan lebih mendalam. 

Sepanjang 'jaulah' saya bersamanya, saya mengenali perangai dan tabiat dirinya yang sebenar. Cukup cantik nasihat Rasulullah SAW yang mengatakan sekiranya kita mahu mengenali seseorang itu dengan lebih mendalam, ada tiga perkara yang kita kena lakukan; tidur, makan dan bermusafir bersama. Dan ketiga-tiga perkara itu telah saya lakukan bersama Rakan W.

Keputusannya..? Saya tidak yakin yang saya boleh tinggal bersamanya. Yang lebih penting, saya tidak yakin yang saya boleh mengubahnya. Point inilah yang menyebabkan saya berfikir panjang tentang keputusan kami untuk tinggal bersama yang akhirnya menyebabkan saya berubah fikiran. Kerana saya ingat saya cukup kuat untuk menjadi dominan di rumah kami nanti; dapatlah saya mempengaruhi mereka sedikit sebanyak. Hakikatnya, saya adalah seorang yang sangat lemah, hina dan marhaen. 

Saya lantas membuat keputusan yang alhamdulillah, tidak akan saya sesali sampai bila-bila. Saya berjumpa dengan Inche ex-Murabbi dan katakan kepadanya yang saya mahu tinggal bersama mereka (Inche ex-Murabbi dan sahabat-sahabat hoyeaahhh! yang lain) dan keputusan saya itu muktamad. (Saya yakin walaupon Inche ex-Murabbi tidak menunjukkannya di depan saya, tetapi sejurus dia pulang ke rumah, dia melompat kegembiraan sambil berkata 'Hoyeaahhh! alhamdulillah!') Wahahaha..

Itu bukanlah keputusan yang mudah buat saya. Saya telah berjanji kepada Rakan V dan Rakan W yang kami akan mencari rumah bersama dan akan tinggal bersama. Memang jenuhnya la juga mencari alasan bagaimana untuk memberitahu kepada mereka. Rakan W memang amat marah dengan keputusan saya itu; malah sehingga ke hari ini, apabila berbual tentang itu, pasti dia akan memerli saya. Hadohai.

Alhamdulillah, mereka akur dan kami bertiga mengambil haluan masing-masing (Eh tapi kami masih baik tahu...? Tidaklah putus hubungan atau apa-apa sebegitu. Malah sehingga ke hari ini masih lagi berhubungan). Mungkin ada yang berfikir selepas membaca ini, "Apalah Inche gabbana ini! Mana boleh mungkir janji..!" atau "Uish sampai hati Inche gabbana buat macam tu! Buka ke menjaga ukhuwwah itu wajib..??" atau pon "Rugi rugi Inche gabbana ni. Sepatutnya guna peluang tu untuk tarik Rakan V dan W ke arah kebaikan!"

Uhm, tak kisahlah apa yang anda nak fikirkan, tapi saya yakin keputusan saya itu tepat dan terbaik ketika itu. Dan bukankah mengurangkan yang mudharat itu lebih awla' (utama) berbanding membuat kebaikan..? Dan menyelamatkan 'aqidah' saya sedah tentunya jauh lebih utama daripada apa-apa perkara yang lain.

Masih ada sisa-sisa hidayah rupanya di dalam diri saya, walaupon kehidupan ketika itu dibelenggu dengan jahiliyyah-jahiliyyah yang mengotorkan hati dan jiwa. Dan sisa-sisa hidayah inilah yang menyelamatkan saya; mendorong saya untuk 'menjeratkan' diri ke dalam perangkap dakwah dan tarbiyyah. Terima kasih Ya Allah, kerana sungguh saya langsung tidak kisah diperangkap! Kerana terperangkapnya sayalah, saya terselamat daripada jerat dan umpan taghut yang jauh lebih marabahaya..!

Dan sehingga kini, seperti yang sudah saya katakan, saya amat bersyukur yang saya diberi kekuatan untuk membuat keputusan itu. Sehingga kini langsung tidak pernah menyesal dengan keputusan itu. Tiada perkataan yang boleh menggambarkan kesyukuran dan keterimakasihan ini.

Apa yang Super Saiya sangatnya tinggal bersama sahabat-sahabat hoyeaahhh! ini..? Anda berasa pelik sambil menggaru kepala separa botak anda yang tidak gatal. Hihih.. Anda masih ingat di awal post ini saya mengatakan keputusan ini adalah antara titik tolak kepada perubahan saya yang lebih besar..? (Kalau tak ingat sila scroll semula ke atas peace.) Sudah tentunya banyak pengalaman yang telah saya lalui, tetapi bukan untuk saya kongsikan kali ini.

Cukuplah sekadar ini dahulu kerana saya kongsikan semuanya nescaya saya tiada lagi modal untuk bercerita kepada anda semua hey..! Senyum lebar-lebar sambil kenyit mata sebelah kanan. (Selamat behujung minggu sambil membaca post-post Inche gabbana! Pastikan anda bermanfaat daripadanya tahu...?? Jika tidak, terpaksalah saya menyekeh kepala saya sendiri. Peluh.)
 
Untuk hadek-hadek tersayang yang masih menuntut ilmu kejuruteraan manusia di bumi London, saya ada satu permintaan.

Boleh saya kirim barang..?

Tolong bawa pulang dakwah dan tarbiyyah dari London tu! Tolong jangan tinggalkannya di sana..! Tahu..??

Got dakwah and tarbiyyah inside. So please handle with care! [Kredit Gambar]

-gabbana-

Insha-Allah, ini adalah siri pertama untuk saya-pon-tak-tahu-ada-berapa-siri lagi dalam berkongsi pengalaman saya dengan anda semua tentang perjalanan dakwah dan tarbiyyah saya di bumi London. Juga sebagai memenuhi permintaan Payung Kecil dan Inche Zulkifli. Tinggi harapan saya agar perkongsian yang tidak seberapa ini boleh dimanfaatkan oleh anda semua yang membacanya. Bak kata pepatah, 'Buang yang keruh, buka paiplah dapat air yang bersih lagi menyegarkan!' Eh. Wahahaha.. 

33 Caci Maki Puji Muji:

zulaikha 16/04/2011, 13:25  

salam ziarah :)

sungguh bertuah, inche gabbana, diberi peluang berhijrah ke satu tempat asing dan membawa pulang satu anugerah yang sangat berharga, dan lagi bertuah kerana diberi kekuatan oleh Dia untuk sama2 berkongsi dengan yang lain, insyaALLAH...

saya juga (sebagai pemerhati) melihat ada rakan2 yang huahuahua di sini, tetapi bila berada di benua Eropah, subhanallah, peribadi dan akidah mereka sangat mantap..insyaALLAH, moga hidayah-Nya kekal sampai bila2.

saya tidak diizinkan oleh Dia untuk berada jauh dari keluarga, merantau menimba ilmu, kerana mungkin di sini keberadaan saya lebih penting, untuk orang2 di sekeliling saya, insyaALLAH.

sedikit sebanyak saya juga mendapat semangat daripada penulisan inche gabbana untuk terus tsabat dalam dakwah dan tarbiyah ini.

so, erk...thanks..?

(maaf, x pandai langsung nak bercakap slumber cam inche gabbana, heheh, so pardon 4 my 'skema' sentences)

bukan enonimus 16/04/2011, 16:24  

Salam alayk~

Baca kisah inche Gabbana, teringat jugak kisah lampau.. hoho..
(berkaca jugak mata nih)

Pada awalnya rajin jugak join bulatan gembira, tp ada satu tahap tu, memang tekad tak nak join bulatan gembira sampai habis foundation.

lama juga la tak join, dlm 5 bulan (jangan buat muka terkejut. hoho)

Alhamdulillah ditakdirkan bertemu dengan org yg memimpin saya kembali ke pangkal jalan. orang tu kawan anda jugak. haha

lampu-meja 16/04/2011, 20:03  

thanx inche gabbana!! =)
boleh buat modal guna post ni.. :P

Zulkifli 16/04/2011, 20:22  

Wah! Jazakallah, Encik Gabbana!

Each of us has our own story, that one time (or more than one) in our life when Allah knocks on our hearts and we answer.
I like to hear these stories as they show how much Allah loves us however far we are from His hidayah at that time.
Perlu jaga betul-betul hidayah yang Allah sudah beri!

P.S.: Can't wait for the sequel. Or prequel perhaps? :P

pocong kg pisang 16/04/2011, 22:12  

bravo bro...
mmg antara org yg terpilih oleh allah,bukan senang tuh.dan2 brader dok tepis2 tarbiyah,berjaya jugak inc x-murobbi tuh.sifu mantap choyy (deep bow)
mnurut pengamatan sy yg sbulan jagung ni,wpon huha2,brader ttp hanif n cerdas-cpt absob bende baik n menjadi penggerak dlm masa yg singkat.syabassss zassss!!!

as inc zul mention,mmg bes dgr pngalaman tarbiyah stiap org...sesetengahnye mgkn kurang cerdas bbanding yg lain,tp at least allah masih memelihara kta d jalanNya alhamdulillah.

[5:54]
semoga kte tetap d jalanNya,klo x sbg kapten,askar koman pon jadikla.
"dakwah akan terus berjalan,dengan atau tanpa kita.kalau tidak bersamamu dakwah akan bersama yang lain.kalau tidak bersama dakwah,engkau mau bersama siapa???"
(quote zasssly zappping by akhi solikhin)

so,inc gab,encoreeeeeeeeeeeee
sequel,prequel,epilogue,isi kandungan...coretkan semua!hoyeah!!
smg yg lain mendapat manfaat.

P/s:choppp...inc gab nk sekeh kepala sendiri???silekan,tolong sekehkan hutang2 sy yg btimbun tu skali ek.hehe
pis bro
barakallahu alaik

clarky 16/04/2011, 22:48  

awh inche gabbana sudah lama ai tak ke sini :p

nak kirim jugak. nak kirim bas dabel deker merah sejibik. yang sini tak kira aa..sini pakcik Sani punya tak ori.

ngehehe

Inche gabbana 17/04/2011, 14:42  

zulaikha: anda bertuah kerana dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri rakan2 seperti iut. pastinya byk yg anda boleh belajar daripada mereka bukan..?

btol tu. tiada kebetulan di dalam hidup ini. pastinya baaannnyyaaakkk hikmah dan ibrah mengapa anda belajar di sini. ;)

barakallahu fik. sumenya tu dari Allah. saya hanya 'orang tengah' je.. hohoho.. allahu a'lam.

Inche gabbana 17/04/2011, 14:43  

bukan enonimus: *muka terkut* ;p

beruntunglah anda kerana diberi peluang kedua oleh ALlah. bukan selalu tu..!

jadi bagaimana anda mahu menunjukkan keterimakasihan anda kepadaNya..? Sudah tentulah dengan menyebarkan risalahNya kepada orang lain yg tidaklah seberuntung anda, bukan..?

peace.

Inche gabbana 17/04/2011, 14:44  

lampu meja: sila sila. ;)

eceli mmg tulis post ni ditujukan kepada sesetengah orang. hihihi.. harapnya mereka bacalah dan dapat manfaat daripada post ni, biidznillah.. ^^

Inche gabbana 17/04/2011, 14:46  

zulkifli: ya btol tu..! saya selalu cakap, while hidayah is here with us, we need to take it seriously and treat it well. once we start to neglect it and take it for granted, the hidayah may leave us and worst still, it might not come back. TT__TT

coz hidayah is ultimately His..!

p/s: haha.. iAllah. Doakan saya diberi kekuatan ntok berkongsi lagi..

Inche gabbana 17/04/2011, 14:49  

pocong: hahahaha.. sy tak pernah boring baca komen anda tahu...?? ;)

ya, sgt bersyukur kerana Allah nak jugak pilih diri yg hina ni, walaupon rasa diri ni sgtlah tak layak... hohoho..

btol btol. Islam dan dakwah langsung tidak memerlukan kita. kitalah yg rugi kalau taknak Islam dan taknak buat dakwah...!

=)

p/s: penggunaan 'choyy' pada frasa 'sifu mantap choyy' tak sesuailah inche pochong. ^__^" saya kecewa dgn anda... ;p

Inche gabbana 17/04/2011, 14:50  

clarky: hahaha.. ya, sudah lama tidak mendengar khabar berita anda..!

erk. tunggulah saya jadi tokey bas nnt..! hihihi.. ;)

Anonymous 17/04/2011, 15:32  

salam, Allah adalah sebaik2 murabbi, tahu mcm mana nak menarik kita kpdNya. sbb dia kenal kita

selalu terharu dgn Allah.

pocong says sorry 17/04/2011, 17:44  

i beg ur pardon,boss.
terikot senior zaman jahiliah dlu...
tq atas teguran

as u mentiond boss,yg baik dr allah semua,sy hanyalah free willy yg riang gembira

P/S:err...x kne buang negeri kan?

nuraiman 17/04/2011, 22:22  

"Kerana terperangkapnya sayalah, saya terselamat daripada jerat dan umpan taghut yang lebih jauh marabahaya...!"

eh,kalau lah semua org tahu nilai 'perangkap' yg ini,musti dah xnk dah masuk jerat yg lalai tu kan!masyaAllah~

ya,kami semua bersyukur!harap2,lagi ramai saudara2 diluar akan ter'perangkap' sama!insyaAllah~

Anonymous 18/04/2011, 01:18  

mcm mne klu da trtangkap, tp tgh dlm state meronta.. ala,mcm dlm lgu tu,'i'm torn between this life i lead and where i stand'.. hu3, xtau nape.. need an honest answer from total stranger..

Payung kecil 18/04/2011, 10:05  

akhirnya..tak perlu saya nak fikir hint ape lagi nak kasi dekat inche gabbana ni supaya cerita kisah di London :)

hoho sebenar saya pernah berkesempatan ikut jaulah..tapi bukan di sana..tapi di benua dan negara lain :)

nak tanggalkan daki jahiliyah memang susah..tapi once dah tanggal..insyaAllah tak melekat balik daki tu..dengan syarat istiqamah la kan

ok looking forward nak baca next entry!

Inche gabbana 18/04/2011, 14:21  

enonimus I: tepat. sekali. fulsetop.

;)

Inche gabbana 18/04/2011, 14:22  

pocng: haha.. takde benda yg nak disorrykan, tp ngan allah... dah mintak maap..? ;p

tak, tak kena buang negeri. tapi kalau buat perangai lagi, nnt kena buang dari belog ini..!

wahahaha.. xD














p/s: eh, gurau je. slalu2lah datang singgah dan komen lagi..! ^^

Inche gabbana 18/04/2011, 14:23  

nuraiman: btol btol btol. Ramai yg cuba diperangkap dan dah diperangkap, tapi kerana mereka tidak tahu menilai harga perangkap itu, mereka berusaha sedaya upaya untuk meloloskan diri.

what a shame.

jadi apa lagi..? kita yg tahu dan hargai nilai sebenar perangkap ni, kenalah perangkap lebih ramai orang..! xD

Inche gabbana 18/04/2011, 15:18  

enonimus: uish, menarik soklan anda tu.

uhm, first kena tenangkan diri, kiranya kena stop meronta-ronta dulu. huhu.. then fikirlah elok2, benda ni bagus atau tak ntok diri. kena rasional ah, tade bias atau dipengaruhi oleh emosi. then jgn lupa minta allah tunjukkan jalan.

fitrah manusia sukakan kebaikan dan hati yg bersih dan suci tak akan berbohong.

berbuallah dgn hati yg dipandu cahaya Ilahi, iAllah anda akan ketemu jawapannya. ^^

allahu a'lam.

Inche gabbana 18/04/2011, 15:19  

payung kecil: hahaha. ya! kalau anda masih tidak berpuas hati, tak dapek la den nak nolong eh..! ;p

oh, menarik menarik! bila pula anda nak kongsikan pengalaman anda tu..??

uhm btol2. nak istiqamah dan mujahadah tu yg payah sket. tp nak tak nak, kena buat ah sbb tu yg terbaik ntok kita..! ;)

kalau ada nxt entryla, iAllah.. ;p

AL 18/04/2011, 16:01  

baca cerita pasal rumah untuk second year ni terasa semacam la pulak.dalam situation yg sama la bang.mcm mana ni?

Inche gabbana 20/04/2011, 08:39  

faridalazim: tanya pada hatiyg bersih dan tenang, iAllah dia tidak akan menipu.

diskas la ngan org2 yg farid percaya boleh bantu farid dalam hal ni. dan banyakkan mita petunjuk daripada Dia. DIA tgh tunggu2 je Farid ntok tanya padaNya. ;)

all the best!

junaid 05/08/2011, 23:10  

Salam 'alayk,

eh ni mcm cerita akhi adam kt KILAU hari tu..

wahaha...

Cebisanwarna 22/01/2012, 19:46  

Rasanya tatkala sudah ramai umat manusia membaca post ini, rasanya sayalah juara yang paling lewat membacanya.

Berada disisi lain bumi tuhan, adalah harapan saya. Berada dalam bulatan bergembira juga, adalah harapan saya.
Cuma mungkin tuhan mengetahui, yang terbaik buat saya.

Tapi semua tu saya tak kecapi.

Mungkin dengan berdiri dan melangkah disisi lain bumi tuhan, saya akan rebah tiada upaya. Mungkin juga hanyut dan lemas, dan selut berlumpur.
Mungkin masuk bulatan juga, hanya menambah barah dalam diri. Mungkin juga menambah sikap 'rebelious' yang sejak dari dulu terpateri.

Tapi saya tahu, Allah tahu yang terbaik untuk saya.Mungkin Dia letakkan saya, dititian yang lain daripada orang lain. Mengenal tuhan mungkin bukan dengan cara Tarbiyah dan Bulatan.Semoga inche gabbana sentiasa pasakkkan rasa syukur dalam hati. Daripada rasa syukur, timbul rasa menghargai. Mungkin ramai disekeliling ince yang mahu kehidupan seperti inche. MEMBULAT dalam Bulatan. =)

Abe Am 05/02/2012, 17:03  

inche, nak tanyer, sejak bilakah ade 'ex-murabbi' nih?

bukankah sekali jadik 'murabbi', selamanya jadik 'murabbi'..
'ex-murabbi' tak wujud lam kamus Dewan T..

wohoho, kalo begitu adekah inche juga 'ex-murabbi' saye?
dan sayer 'ex-mutarabbi'..

ok, ini nanges, merajuk arrr..

=p

Anonymous 24/02/2012, 06:30  

bagaimana ya?
saya tk suka dgn BG dan KR
saya hnya nk jadi org baik2, tnpa
dipengaruhi oleh konferens riang dan bulatan gembira...

Zida 09/09/2012, 16:58  

super-osem-ness!

teringat jugak dulu pernah try larikan diri dari program tarbiyah daurah segala bagai sebab malas gila nak join, malu, segan, rasa macam semua benda ni sangat menyusahkan. pastu konon-konon, buat la alasan nak exam, ada program lain, kelas tuisyen, takde duit la (eh tapi alasan ni semua betul tau! hihi). haiiish tapi paling tak sangka pulak, murabbi saya tu sanggup nak bayarkan bila dia dengar saya takde duit. oh haiii T_________T terkesima, terharu, terjatuh rahang dan semua ter ter ter. tapi sebab dia jugak, saya makin sayang dengan bulatan riang kami, sebab dia pun super-haybat!

ps.dia pun dah jadi ex jugak, tapi tetap kekal selamanya menjadi murabbi terchenta :D

pss.mungkin boleh jemput jaulah ke mesir? haha

psss.kalau murabbi-ku terbaca, hehe, ini adalah luahan perasan ni. mohon ampun dan maaf. jumpa kat Cairo nanti :P

Inche Poco-Poco 09/09/2012, 17:41  

eheh, nampak gaya kisah chenta kita samalah. eh takde lah sama mana, cuma ade iras2 gitu hihi, cumanya saya terpilih jalan untuk tinggal bersama rakan W, rakan T dan rakan I.

sekarang ni kononya dalam proses mengubah rakan W , rakan T dan rakan I, tapi saya masih lemah eceli, mohon doakan supaya saya diberi kekuatan untuk menolak mereka ke lembah kebaikan. ^^

Ernnie Omar 09/09/2012, 19:22  

Salam,

untuk pertama kalinya saya menulis dalam runagn komen Inche Gabanna.

Jazakillah atas perkongsian.
Ehem, bolehkah saya nak berkongsi cerita saya juga kat sini?

http://purplepong.blogspot.com.au/2011/04/usrah-my-own-experience.html

mohon doa agar saya tsabat dalam jalan ini dan menjadi muslimah yang lebih baik sebab kadang2 perasaan iman menurun itu lebih berganda-ganda banyaknya dari iman yang naik :(

Cikya 27/09/2012, 22:02  

believe this is my 2nd comments.

so far. err, forgotten. but never being an Anon.

cerita pasal rebell.
Ohoi, nak claim diri jadi ratu rebell agak berlagak lah kan.

tahniah sebab berjaya ring a bell dalam otak Mr Gabbana, untuk track balik record peng hijrahan yang suci murni minyak sawet itu,

kedua.

Buat dai'e.
Peluang sedara berda'watul bil hikmah di bumi orang,

Kami,
pilih untuk mandi peluh jerih juang bawah hujan batu Malaya...

BarakAllah.

May Allah Ease then.

another comment.

I'm picky. Sorry, and thank you for these entries.

Unknown 19/07/2016, 16:37  

Alhamdulillah, terinspirasi sekejap...bila baca postingan inche gabbana yang ini rasa lebih yakin dgn keputusan yang saya telah buat...smoga Allah mengekalkan taufiq dan hidayah ini kpd diriku..

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP