30 May 2011

Tersungkur Di Pintu Syurga

Bukan, ini bukan suatu lagi karya cerita pendek oleh Inche gabbana, maka sila jangan berasa hampa.

Ini adalah luahan rasa. Ini adalah luahan hati seorang lelaki yang kononnya sudah mengikuti dakwah dan tarbiyyah. Kononnya lah.


Mode muhasarawak. [Kredit]

Kononnya sudah buat dakwah, tapi mengapa diri ini masih penuh dengan karat-karat jahiliyyah..??

Kononnya sudah mengikuti bulatan gembira, tetapi kenapa masih berat untuk mentadabbur al-Quran, bila ada masa-masa yang percuma..??

Kononnya diri ini sudah biasa ditarbiyyah, tetapi mengapa masih begitu malas dan culas untuk bangun malam beruzlah..??

Kononnya diri ini benar-benar teringin melangkah masuk ke dalam syurga, tetapi mengapa masih suka dan mudah memandang rendah pada 'Muslim Biasa'..??

Kononnya diri ini begitu takut dan gerun pada seksa azab neraka, tetapi mengapa begitu mudah terjerumus ke dalam lembah dosa yang hina..??

Kononnya mahu mendapatkan redha Ilahi yang hakiki, tetapi mengapa begitu mudah berubah-rubah niat di hati..??

Dan kononnya mahu dicintai Rasulullah dan duduk bersamanya nanti di syurga yang abadi, tetapi mengapa sunnahnya tidak bersungguh-sungguh dijejaki..??

Aduhai.

Malangnya diri ini. Bodohnya diri ini. Ruginya diri ini...!

Wahai.

"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin.”
[as-Sajdah, 32:12]

[Tee][Tee][Underscore][Underscore][Tee][Tee]

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya."
[as-Saff, 61:2-3]

[Tee][Tee][Tee][Underscore][Underscore][Underscore][Tee][Tee][Tee]

Switch-on mode muhasabah.

Aman.

-gabbana- 

17 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 30/05/2011, 18:46  

...sama...
adakah ini hasil zass jaulah kuantan?

Zulkifli 30/05/2011, 19:54  

Huhu. The same goes for me too.
Sometimes I feel very frustrated with myself.
But, as what I understand from 3:135-136, orang-orang yang betaqwa dan dapat syurga Allah are not only those who never transgress, they are also those who do but always seek His forgiveness.
Semoga kita tergolong dalam golongan ini. :)
Encik Gabbana masih boleh muhasabah diri, tandanya hati masih hidup, Allah masih sayang, insyaAllah. :D

Inche gabbana 31/05/2011, 09:23  

enonimus: uhm, mungkin ye, mungkin tidak.

tp perasaan tu dtg ngan tiba2... adeh.

Inche gabbana 31/05/2011, 09:25  

zulkifli: uhmm... menarik perkongsian anda. tp dalam ayat tu ada cakap minta keampunan dan tak ulangi perbuatan mereka tu kan..?

kalau dok ulang benda yg sama camne tu..? TT__TT

iAllah, harap2nya begitulah.

jzkk atas nasihat dan perkongsian!

Anonymous 31/05/2011, 10:58  

hmm...btol,setuju ngan stetment d atas ni...klo slalu sgt 'commit d same crime'.jd ala2 tebal muke pulak time nk btaubat...sbb trase kompem akan buat lagi. so, cemana tuh???

Bashir IbnDzul 31/05/2011, 11:56  

salam,

fuh sentap giler baca!! ^^

Zulkifli 31/05/2011, 13:50  

Hmm. I think we have to want to stop doing them and try hard not to do them again, but if we did, it should not be a reason to stop asking for His forgiveness. Amru Khalid explained in his book Dengan NamaMu Aku Hidup that the danger of repeating sinful acts is not that Allah will not forgive us but we ourselves will feel too ashamed to asked for it and that is our loss.
Bukankah ada hadis tentang seorang hamba yang buat dosa berulang kali tetapi tetap diampunkan Allah?
Anyway, don't lose hope dan sentiasa berbaik sangka dengan Allah. Wallahualam. :)

MYT 31/05/2011, 15:19  

Salam bro! =D

Sesungguhnya jalan dakwah tak menjamin apa2...semakin banyak yang kita cuba sampaikan, semakin banyak jugak ujian yang Allah turunkan...Allah uji kita dengan apa yang kita cakap...

Hidup tak semudah tu, ikut bulatan gembira, biasa ditarbiyah, xsemestinya kita tak buat dosa...Allah ilhamkan kita dua jalan, and insyaAllah sekarang, kita pilih jln y btol, jln takwa...tapi jgn lupa, Allah Maha Kuasa, bila2 masa Dia bole jentik hati kita....Nauzubillah...

N 4 'ulang bnda y sma' tu, kuatkn diri ye...Buat bnda yang kita ske tu mmg seronok, tapi kalau tak buat lagi baik utk iman kita...InsyaAllah, mesti bole tinggalkan terus...yakin boleh pasti boleh!!

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis...=D

*rasanya x bodoh lagi kot..still bole tulis post mcm ni..ad ilmu la tu...hihi...;p*

Unknown 31/05/2011, 16:09  

terase jugak sikit

Inche gabbana 01/06/2011, 11:00  

enonimus: rasanya zulkifli dah jawab dah dalam komen dia yg kedua. mmg cantek dah explanation dia tu.

allah tu kan maha pengampun. saya rasa dosa yang paling besar adalah apabila kita putus harapan dengan allah. huhu.. moga kita selaamt daripada berputus-asa dengan rahmat allah.

allahu a'lam.

Inche gabbana 01/06/2011, 11:00  

kahfi8: Semoga kesentapan itu akan membawa kita ke jalan yg lebih baik, iAllah. ;)

Inche gabbana 01/06/2011, 11:01  

zulkifli: jzkk. sgt88x bermakna.

allah bless, biidznillah.

Inche gabbana 01/06/2011, 11:06  

MYT: betul betul betul. saya setuju dgn sume yg anda keutarakan.

cuma kadangkala kechiwa dengan diri sendiri. sbb rasa mcm iman ni lagi byk yankuz daripada yazid. aduhai.

mutabaah amal pon semakin merudum dum dum. TT__TT

byk benda nak kena mujahadah dan muhasabah nih...

mekaseh ntok nasihat dan kata2 semangat.

Inche gabbana 01/06/2011, 11:06  

ezan idma: sket je..? byk2 la baru best.. hihihi..

terselepoh 02/06/2011, 14:11  

Huh! Tersungkur betul nih. Adeh!

Inche gabbana 04/06/2011, 23:09  

terselepoh: dah dah! bangun bangun! hehehe.. ^^

elise 06/11/2011, 17:49  

sometimes i felt the same way too

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP