19 October 2011

Doa Hari Ini #3


لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

La ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zhalimin.

None has the right to be worshipped but You (0, Allah), Glorified (and Exalted) be You above all that (evil) they associate with You. Truly, I have been of the wrong-doers.

Tiada Tuhan melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

***

[Kredit]

Doa Nabi Yunus.

Seorang hadek Kolej Yang-Dirahsiakan-Namanya menghubungi saya malam semalam untuk bertanyakan tentang doa ini. 

Menurutnya, sekiranya doa ini dibaca sebagai doa sebelum peperiksaan, dia tak nampak di mana konsep 'zalim' itu dapat diaplikasikan.

Penjelasan yang sedia ada tidak memuaskan hatinya; zalim sekiranya tidak bersedia sebaiknya sebelum menjawab peperiksaan tersebut.

Jawapan saya mudah. Orang yang benar-benar bersedia sekali pon, tiada masalah untuk membaca doa ini. Malah digalakkan pula untuk membacanya. 

Mengapa..? Kerana bukankah setiap daripada kita adalah orang yang zalim..? 

Garu kepala.

Apa maksud zalim..? Bukankah zalim itu bermaksud meletakkan sesuatu tidak pada haqnya..? Nah, tanya diri anda; berapa kali dalam sehari kita berlaku zalim..? Jangankan hari, berapa jam, minit malah saat...??

Berapa kali dalam sehari kita melewat-lewatkan solat kita? Berapa kali dalam sehari kita diberi peluang untuk mengingatiNya, tapi kita memilih untuk melakukan perkara-perkara yang lagha, yang melalaikan..? Berapa kali dalam sehari kita punya ruang untuk berbakti kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti kita, namun kita tak mengendahkannya..? Berapa kali dalam sejam mata, telinga, tangan dan kaki serta hati kita digunakan untuk perkara-perkara yang haram..? Dan berapa kali agaknya, dalam setiap masa dan ketika, kita diberi peluang untuk menyentuh hati-hati di sekiling kita, tapi kita buat dono hai hai bai bai sahaja..??

Wahai, bukankah itu zalim namanya...?  

Tik.. Tiiikkk.. Eh bunyi apa tu..?

Yang lebih menarik, sekiranya anda perhatikan maksud doa itu, tiada satu perkataan atau frasa pon yang sebenarnya berupa doa. Dengan kata lain, tiada langsung bentuk permintaan di dalam doa itu!

Garu kepala lagi.

Maha Suci Allah, yang menurunkan Nabi Yunus untuk mengajarkan kepada kita ibrah besar daripada doa yang tidak berupa doa ini (dari kaca mata konvesional dan tradisional). Rupa-rupanya, salah satu syarat untuk doa diterima adalah si peminta hendaklah meminta dengan penuh rendah hati, bergantung harap sepenuhnya kepadaNya! Apatah lagi yang kita yang meminta itu adalah manusia yang penuh dosa dan noda; yang meminta itu adalah makhlukNya yang zalim!

(Nota: Yang diItalikan adalah versi ulang kaji. Maka sesiapa yang telah membaca post ini awal-awal selepas ia diterbitkan, sila baca sekali lagi sekian terima kasih hey!)

Arakian sebagai manusia yang berlaku zalim setiap masa dan ketika, kita panjatkan doa kepada Yang Maha Kuasa, merendahkan diri dan hati kita serendah-rendahnya kerana hakikatnya, kita tidak punya apa-apa.

Kita miskin, dan Dia kaya.

Kita lemah, dan Dia perkasa.

Kita hina, dan Dia mulia.

Kita jahil, dan Dia bijaksana.

Kita tidak punya apa-apa, Dia miliki segalanya!

Wahai sekalian hamba di luar sana, mintalah padaNya dengan jiwa yang tulus, hati yang ikhlas dan sanubari yang penuh keyakinan. Ya, kita hanyalah hamba, tapi kita punya Tuan yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui lagi Maha Mensyukuri. Ya kita tidak punya apa-apa, tetapi Yang Memiliki segalanya itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya kita zalim tetapi ketahuilah, Dia Maha Pengampun lagi Maha Mencintai mereka yang kembali kepadaNya.

Mintalah dengan sesungguh dan seikhlas hati, nescaya Dia akan mendengar dan memakbulkannya, biidznillah...

Allah itu osem tahu..?

 -gabbana-

6 Caci Maki Puji Muji:

Smiley Twinklee 20/10/2011, 02:41  

Vogue!!

Anonymous 20/10/2011, 04:01  

osemmmm :)

Primadona 20/10/2011, 07:13  

Nice.First time drop comment kat sini.Such a beautiful reminder for me. :)

Mar 21/10/2011, 21:57  

peh, ini memang amat terasa

Anonymous 22/10/2011, 16:48  

alhamdulillah lebih phm maksud zalim.if we noticed dlm al-quran Allah byk mention 'zalim'. Mungkin ramai dan termasuk diri sendiri phm maksud zalim tu hanyalah seperti pemerintah yg xtunaikan hak pada rakyatnya, tp zalim tu sendiri lebih dr itu. Semoga kita meletakkan hak yg sepatutnya pada diri kita. semoga hari ini lebih baik dr semalam amin. :)

Anonymous 25/10/2011, 14:11  

salam, jazakallah kher untuk entry yang sungguh ohsem! teringat cerita tentang nabi yunus dalam surah al-qalam. ibrah cerita; bayangkan macamana nabi yunus bertaubat dalam keadaan berasid pekat dalam perut ikan nun tu. huhu. ketika allah selamatkan dari perut ikan pun kulit nabi yunus larut dalam perut dek kerana highly acidic condition then. (check zilal)kuat sungguh ujian yang diterima oleh seorang nabi untuk membawa deen ini. persoalannya; apakah kita sudah buat yang terbaik untuk deen ini? tepuk dada tanya iman then.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP