9 October 2011

Jalan-Jalan Cari Sorga

[Kredit]

Semalam saya sepatutnya menjadi penyampai suatu pengisian bertajuk 'Sungguh Ummppphh!' (SU), namun perancanganNya mendahului segalanya, program yang memerlukan saya menjadi penyampai itu dibatalkan di saat akhir.

Maka untuk tidak membuang masa begitu sahaja, saya telah membuat perancangan sokongan (Baca: Back-up plan) di mana saya bercadang untuk mencari alat-alat solek kecantikan dan penjagaan badan untuk BukuMac Pro saya. *koff koff* Sayugia Inche K lah yang menjadi mangsa untuk menemani saya, kerana saya telah pon mengajaknya untuk menemani saya ke program SU sebelum itu.

(Nota: Ini adalah Inche K yang sama dalam kisah 'Inche Malang Yang Memakai Deodoran' dan 'Sabar Itu Bukan Saudara-Mara Puan Sabariah.' Dia juga merupakan salah seorang daripada hadek bulatan gembira saya hoyeeaaahhhh!)

Destinasi kami..? Destinasi cinta. Eh. Low yat la harusss mana lagi kan..?

Tetapi sebelum itu, saya terlebih dahulu pergi menghadap Puan Ummi, mak cik kepada Inche K. (Adoyai, malasnya nak cita, tapi kalau tak cita nanti tak faham pula. Secara ringkasnya begini; Inche K bermalam di rumak mak ciknya itu dan saya pergi menjemputnya. Inche K yang suka menanam tebu di pinggir bibir, telah menceritakan perihal diri saya kepada Puan Ummi waima saya hanyalah seorang yang marhaen lagi hina dina. Arakian Puan Ummi begitu kepingin untuk berjumpa dengan saya...)

Kami telah bertemu Puan Ummi di sebuah sekolah rendah kerana Puan Ummi adalah Puan Guru Besar di sekolah itu dan dia bertugas pada hari itu. Ya sungguh berdedikasi lagi bergaya; hari Sabtu pon masih ke sekolah lagi. Saya fikir, sebentar sahaja bertemu dengan Puan Ummi; hai hai bai bai sahaja begitu kurang lebih. Tanpa pengetahuan saya, Allah ada perancangan yang lebih osem daripada itu.

Saya dan Inche K telah diberikan pengisian percuma bertaraf tujuh bintang daripada Puan Ummi. Sumpah sungguh tarbawiyy pengisian (a.k.a. nasihat) yang diberikan oleh Puan Ummi. Penuh dengan panduan dan nasihat ikhlas seorang ibu, seorang guru dan seorang manusia yang sudah cukup berpengalaman dalam hidup ini. 

Lebih mengujakan apabila dia bercerita pengalamannya melaksanakan tugas Syahadatul Haqnya. Pernah dia bersenam di sebuah kawasan taman bertasik dan dia terlihat sepasang belangkas yang sedang bercengkerama di bawah bulan purnama. Eh. Dia lantas pergi menegur mereka tanpa berlengah-lengah lagi. Katanya, dia tidak boleh duduk diam kalau terlihat maksiat di depan mata. Dia pasti akan terus pegi menegurnya, kerana menurutnya kalau tidak ditegur, tidak dicegah, dia berdosa dan pasti akan dipertanggungjawabkan nanti.

Zaaaaassss. Shhrrreeetttt.. Uih, bunyi apa yang macam terkoyak itu...?

Air mata mengalir laju tengsomuch Puan Ummi. 

Kalaulah orang macam Puan Ummi, yang tidak pernah disentuh dengan tarbiyyah secara formal, apatah lagi mendengar pengisian Saya Hosem pon boleh berbuat begitu, kita ini sepatutnya lebih lagi la kan...?

Air mata tertumpah lagi.

Di dalam hati saya berfikir, alangkah bagusnya kalau semua orang di dunia ini bermentaliti seperti Puan Ummi. Pasti sudah aman damai arnab melompat riang burung berterbangan bebas di dunia ini! 

Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Puan Ummi, saya dan Inche K meninggalkan sekolah Puan Ummi itu dengan seribu kenangan, sejuta penghargaan. Akan kami pastikan mutiara-mutiara berharga yang kami peroleh tidak kami sia-siakan dan akan kami pastikan panji-panji Islam kembali tertegak di muka bumi ini...!

Ok over sikit. 

Nak pendekkan cerita, selepas itu bermulalah pengembaraan saya dan Inche K mengelilingi Kuala Lumpur. Dari Low Yat ke Masjid Jamek, kemudian ke Komplek Pertama, Sogo dan kemudian ke Masjid India untuk solat 'Asr. Sumpah penat. Terasa nak tercabut lutut dan kaki. 

Sepanjang pengembaraan kami, banyak yang telah kami borakkan. Tapi of kos la saya telah mengaplikasikan teknik mengorek rahsia dan menyoal-siasat tanpa disyaki yang telah saya kuasai sejak dahulu lagi. Wahahaha.. (Matilaaa Inche K baca ni nanti.. Peluh.) Kiranya, jalan-jalan kami semalam alhamdulillah, berjaya mengeratkan lagi hubungan kami. (Ok hadek-hadek lain sila berasa jeles sekarang juga.. Hohoho..)
    Tetapi apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah ketika saya bertanya kepada Inche K satu soalan cepu tembaga; apa pendapatnya tentang bulatan gembira yang sedia ada dan adakah apa-apa yang boleh ditambahbaik. Dan tipulah sekiranya saya katakan, saya tidak mengharapkan apa-apa jawapan yang mengipas punggung daripada Inche K kan..? *koff koff*

    Alhamdulillah, secara jujurnya jawapan Inche K amat neutral; ada positif dan ada negatifnya. Dan yang lebih penting, syukur sangat-sangat yang saya berjaya merendahkan/mengawal ego saya daripada mengamuk tak tentu pasal. Bayangkan, menerima teguran daripada hadek bulatan gembira sendiri. Tercabar juga kejantanan saya yang diwarisi sejak turun-temurun ni kan..? Err.

    Ini merupakan kejayaan peribadi yang agak besar buat saya. Kepada anda yang mengenali saya secara peribadi, espeseli yang telah lama mengenali saya pasti sudah masak dengan perangai dan akhlak saya yang sumpah buruk; kadang-kadang ego saya lebih besar dari gajah jantan Afrika. Air mata menitis-nitis. Membesar dengan memegang pelbagai jawatan dan memenangi anugerah itu dan ini, sememangnya saya dan ego itu ibarat buku-buku dan jualan murah Serigala Besar Yang Jahat. Eh.

    Satu lagi bukti betapa dakwah dan tarbiyyah cukup berkuasa mengubah seseorang, hatta sejahat Raja Raksasa Syaitan Pikor sekalipon. Untuk mengawal, apatah lagi merendahkan ego seseorang itu merupakan satu kerja gila yang sangat sukar. Tetapi dakwah dan tarbiyyah berjaya mengawalnya. Alhamdulillah, tsummal hamdulillah.. (Saya tidak mendakwa yang saya telah bebas sepenuhnya daripada bahana ego ini, tapi alhamdulillah, telah begitu banyak perubahan semenjak berada di atas jalan yang sumpah panjang ini...)

    Kerana bahaya ego ini amat besar. Yang benar bisa jadi batil kerana ego. Yang terang bisa menjadi kabur kerana ego. Yang jelas bisa jadi keliru kerana ego. Pendek kata, ego adalah virus yang cukup merbahaya, yang berupaya menjangkiti diri seorang dai'e dan akhirnya menyebabkan

    Di dalam post 'Menjadi Super Saiya Pasti Dapat Menewaskan Raja Raksasa Syaitan Pikor' telah saya ceritakan bagaimana seorang sahabat besar, Thufail bin Amru ad-Dausi yang akhirnya mendapat hidayah kerana kejayaannya menumpaskan ego dan nafsu dirinya sendiri. Dan kita sendiri amat arif bukan dengan kisah Iblis laknatullah? Bagaimana dia dihalau dari syurga akibat ego dan keangkuhannya..?

    Begitulah.

    Memang mudah dan 'seronok' sebagai murabbi, kita segera menidakkan teguran atau pandangan hadek-hadek bulatan gembira kita. Tidak susah untuk kita memberi seribu satu alasan, menjelaskan kelemahan dan kebobrokan diri kita yang tampak jelas di mata hadek-hadek kita. Cukup memuaskan hati kita sekiranya kita dapat mematikan hujah adik-adik dengan segala tok nenek penjelasan yang kita rekayasa di dalam kepala kita. Ya tidak sukar. 

    Tetapi ketahuilah, tarbiyyah yang didalangi dengan ego akan menghasilkan orang-orang yang ego juga. Jangan terkejut siamang nanti sekiranya hadek-hadek juga amat mudah memberikan seribu lapan ratus tiga puluh tujuh alasan setiap kali anda menegur mereka. Jangan pengsan berbuih mulut seandainya mereka juga suaut hari nanti pantang ditegur, dan sekiranya ditegur sekalipon, akan terus lincah melompat bersilat-pulut mempertahankan diri.

    Murabbi kencing berdiri, hadek-hadek wajiblah kencing berlari berganti-ganti...! Adeh.

    Kalau ada yang sampai tahap begini dengan hadek-hadek sendiri, sila terjun masuk gaung sekarang juga... [Kredit]

    Sekiranya rasional dan benar teguran daripada sesiapa pon, terimalah dengan hati yang rendah. Terima dan berazamlah untuk mengubah kelemahan yang ada pada diri. Espeseli kelemahan, kekurangan dan kebobrokan yang bisa melemahkan dan melambatkan lagi deru angin dan laju lari dakwah dan tarbiyyah.

    Dan seandainya teguran atau pandangan daripada sesiapa pon itu tiada asasnya dan perlu untuk anda tegakkan kebenaran, maka perbetulkanlah dengan penuh kasih-sayang. Jangan sesekali marah atau menyimpan dendam. Ketahuilah, mereka amat menyayangi anda; kerana itu mereka sanggup menolak perasaan sendiri ke tepi untuk melihat anda menjadi insan yang lebih baik dan cemerlang, gemilang dan terbilang. Eh. Senyum besar.

    Kepada Inche K, terima kasih tahu..? Perjalanan dan pengembaraan semalam benar-benar menarik dan mengujakan. Pasti akan saya simpan sehingga nyawa dicabut dari badan. Ok sedikit hiperbola di situ. Pastinya tiada kebetulan bukan..? Kerana sesungguhnya kebetulan itu bahasa Argentina. 

    Terima kasih, untuk jalan-jalan sumpah riang gembira dalam mencari redha dan sorgaNya. Senyum kenyit mata.

    -gabbana-

    1 Caci Maki Puji Muji:

    solehah 22/10/2012, 14:16  

    salam

    d sini ingin ana utarakan pendapat buat kita berfikir sejenak akan tujuan kita beribadah kepada Allah.

    ap mungkin kita hidup di dunia ini melakukan ibadah hanya semata2 untuk mengejar sorga Nya? atau mungkin untuk menghindar dr neraka Nya semata2? jika Allah tdk mewujudkan kedua2nya untuk kita, apa kita akan terus beribadah kepadaNya?

    makanya beribadahlah kita semata2 mahukan redhaNya..I'Allah apabila kita ddlm redhaNya, sorga dtng mengejar kita pula :)

    maaf nya inche, ana sekadar berkongsi pendapat dn ilmu shj.
    ini yang ana dpt pabila ana berada d dlm bulatan gembira:)

    betapa ana sangat mengharapkan redhaNya bkn lain melainkan redha dari Nya. hanya itu I'Allah

    Related Posts with Thumbnails
    "Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

    Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

    -At Taubah, 9:111

      © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP