20 October 2011

Super Saiya Dari Seberang

[Kredit]

"Aku telah doakan engkau dalam sembahyangku supaya Allah memberi ampun atas dosamu. Aku bergantung pada janji Allah, bahawa walaupun sampai ke lowong langit timbunan dosa, asal memohon ampun dengan tulus, akan diampuni-Nya. Adapun dosamu pada diriku sendiri, menganiaya aku, menuduhku dengan tuduhan palsu, mengecewakanku dengan anak-cucuku sampai kami menderita bertahun-tahun, di hari perpisahan terakhir ini, aku jelaskan bahawa engkau telah kuberi maaf."

 - Buya HAMKA, ketika menziarahi jenazah Jeneral Sukarno, Presiden Republik Indonesia yang pertama.

*Sumber: Dr. Hafidzi Mohd Noor, Jejak Risalah Di Nusantara VI: Gerakan Islam, Penggerak Kemerdekaan Indonesia, hlm. 106 (nota kaki)

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Rabbmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan."

[Ali-Imraan, 3:133-134]


Apa lagi yang mahu dikatakan..? Buya HAMKA itu jelas sekali seorang Super Saiya peringkat kelapanbelas tahu..??

Moga Allah merahmatinya di alam sana dan meletakkan dia di kalangan hamba-hambaNya yang soleh lagi dichentaiNya!

Tunggu saya Buya HAMKA! Saya mahu menyertai anda di sorgaNya! Dan saya juga mahu menjadi seorang Super Saiya..! Kamehamehaaaa...! Eh.

-gabbana-

Seriyes saya rekomen ada untuk baca biografi Buya HAMKA. Kalau tak mengalir air mata kekaguman sekalipon, paling koman pon hidung anda akan kembang-kempis kerana terlalu bersemangat dan teruja dengan kisah perjuangan dakwah dan tarbiyyahnya. Sumpah!

12 Caci Maki Puji Muji:

Suria Arjuna 20/10/2011, 22:35  

buya hamka..bukan calang2 orang..haha.. semoga sifat2nya dapat kite same2 ikut..ye tak inche gabbana~..hoho

Otromen dhaif 21/10/2011, 09:54  

Tolong2..
seriyes saye sedang mencari buku Dr Hafidzi ni..
kat mane nak beli buku ni ye?
mcm susah nak dapatkan sekarang..

Anonymous 21/10/2011, 11:20  

ade typo kat word 'lorong'--> 'lowong'..

ke mmg lowong sbnrnye?

erk.

Anonymous 21/10/2011, 20:50  

baca dari wikipedia ka? share link?


setakat ni tak der lagi hukum kata haram, dan setakat yang saya faham, saya tak involvekan iklan haram, kira halal lah.

boleh ke gitu?

Anonymous 21/10/2011, 21:52  

SALAM. MUNGKIN BOLEH BG TAU DIMNE BOLEH DPTKAN BUKU BIOGRAPHY MUROBBI NI... KAT KEDAI BUKU MNE? JZKK

oxytocin 21/10/2011, 22:10  

hamka must be hensem hero time muda even pic tua pun nampak lagi kehenseman senyuman tu..

Inche gabbana 23/10/2011, 10:24  

Otromen dhaif dan enonimus: uhm, saya rasa buku2 ni tak banyak jual di kedai2 buku. sy pon beli bila g dgr ceramah dr. hafidzi.

cuba try cari kat JIM media atau email mereka, tanya mcm mana na dapatkan.

aaseef tak byk membantu..

Inche gabbana 23/10/2011, 10:25  

enonimus I: mmg lowong. saya salin bulat2 je.. hoho..

Inche gabbana 23/10/2011, 10:25  

darus interferon: hhmmm.. cadangan saya, kena gak tanya org yg lebih faqih dalam bidang ni, i.e. ustaz2 atau sesapa yg tahu.

selagi tu saya tak tenang ah.. haih..

Anonymous 23/10/2011, 16:18  

ok, saya sebab blm cashkan lagi...sama2 lah kita cari, kalau jumpa, kita kongsi? amacam?

pernah tanya saiful islam.com, kenapa dia tak letak iklan kat blog dia, nuffnang etc etc...tapi dia tak reply pun

IMANSHAH 23/10/2011, 20:23  

salam

saya dah dua kali sampai ke rumah kelahiran buya hamka..

Otromen dhaif 24/10/2011, 13:07  

ooo..baiklah!
insyaAllah akan diusahakan.
Jazakallahukhairan kathira..

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP