17 December 2011

Pertandingan Video Osem APG '11: Hasil Titik Peluh #2


Tukang Buat Video: Krun R
Nama Video: Dakwah Hard, Dakwah Smart
Tema:  Dakwah Itu Kool
Sinopsis: Dakwah itu insyaAllah sangat "kool" dan sangat bervariasi. Hatta kalau potong kuku juga boleh jadi dakwah. Naqibah saya cerita :) Jadi di sini ingin terangkan kepada org ramai, dakwah itu sangat kool dan boleh dibuat bila-bila masa di mana-mana sahaja. Dengan niat kerana Allah dan menyeru org kepada Allah, dan juga Sunnah.




Tukang Buat Video: Syarifah Noor
Nama Video: Usrah Fillah
Tema: Bulatan Gembira yang Sumpah Osem!
Sinopsis: -




Tukang Buat Video: jerzey_mk (Kiwi Bro Production)
Nama Video: Sayounara Jahiliyyah
Tema: Babai Jahiliyyah
Sinopsis: Mengisahkan seorang pelajar tahun kedua, Mirul, yang sedang menuntut di luar negara, yang juga merupakan seorang pelaku amalan-amalan jahiliyyah tegar di abad ini. Namun begitu, beliau merupakan seorang yang berbakat besar, bak kata orang, logam berharga. Berkualiti tinggi, tulen dan segar dari ladang. Mirul mempunyai hobi yang tidak wajar lagi bagi usia yang sudah lanjut sepertinya, almaklum, sudah 20-an, tetapi masih mempunyai hobi seperti bermain PC games, membaca komik, menonton anime, stalk FB orang, menonton K-drama di mysoju.com, menonton movie… etc. etc. etc. Dia juga meninggalkan amalan-amalan fardu serta hidup seperti seorang yang tidak faham matlamat hidup walaupun sudah setahun lebih mengikuti bulatan gembira, mungkin juga kerana terlebih sangat-sangat gembira. Pada suatu hari (jeng jeng jeng…), Mirul diziarahi oleh naqib usrahnya, Akh Jenal. Dia buat endah tak endah, hinggalah Akh Jenal berlalu pergi dan meninggalkan sepucuk 'surat cinta'. Setelah membaca 'surat cinta' daripada Akh Jenal, Mirul mengambil keputusan untuk menenangkan fikiran agar dapat membuat keputusan yang terbaik buat dirinya. Akhirnya, Mirul meninggalkan segala amalan-amalan lamanya yang ternyata jahil lagi jahiliyyah. Beliau menjadi seorang yang qowiy (namun masih comel), serta gemar mentadabbur al-quran. The End.




Tukang Buat Video: Nuruddin
Nama Video:Kembara Memburu Redha Ilahi
Tema: Pengalaman Jatuh Chenta Dengan Tarbiyyah
Sinopsis: Video ini berkisarkan pengalaman penerbit dalam menempuh lurah-lurah akademik yang pada masa yang sama sentiasa memburu mutiara redha daripada Sang Maha Kuasa.




Tukang Buat Video: Nuruddin (penyertaan kedua)
Nama Video: Memori manis ditarbiyyah di bumi barakah
Tema: Pengalaman Jatuh Chenta Dengan Tarbiyyah
Sinopsis: Mengisarkan pengalaman penerbit dalam meraih tarbiyyah syumuliah yang ditumpahkan di institusi pengajian Darul Quran dan merangkumi tarbiyyah tsaqofiyah, jasadiyah, ruhiyah dan macam-macam lagi.




Tukang Buat Video: Nur Arinah Zainordin
Nama Video: The Journey
Tema: Kembara Mencari Redha Ilahi
Sinopsis: Normally, in competition we aim for the best but.. Not everyone can be the best. But in this journey, in this competition, everyone can be the best.. How?? DO the best and you are the best! Journey to find Allah's pleasure. Allah does not look at how good you can be.. How excellent you are.. He looks at how much you DO to be the best in His view... 

***

We want more..! We want more...! Jelir lidah.

-gabbana-

Minta maaf kerana sepatutnya post ini diauto-postkan semalam. Tetapi disebabkan masalah internet pada malam Jumaat, auto-post tidak dapat dilaksanakan. Muka sedih.

Semalam pula, saya bersama ikhwah bertarung dengan harimau kumbang dan gajah berbulu di tengah-tengah hutan belantara. Sempat singgah untuk melantak durian Raja Musang. Gelak besar.

Seronok dapat kembali semula, alhamdulillah. Insha-Allah malam ini akan post lagi.

0 Caci Maki Puji Muji:

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP