20 December 2011

Pertandingan Video Osem APG '11: Hasil Titik Peluh #4

Maaf atas keterlewatan posting ini. Benarlah, kita merancang dan Allah jua merancang dan sesungguhnya, Allahlah sebaik-baik perancang. Ok itu alasan cliche. Wahahaha..

Semalam sumpah sibuk. Dari pagi hinggalah ke petang, sibuk berpolitik bersama Puan Mama pula (semalam saya mengambil cuti). Malam keluar untuk berjumpa dengan hadek-hadek yang terchenta. Sepulangnya saya dari berjumpa dengan mereka, internet di rumah pula yang bangkit memberontak menyebabkan saya mengambil keputusan untuk masuk tidur sahajalah. Hihihi.

Seperti biasa, moga bermanfaat dengan video-video osem ini. Terasa cemburu dengan bakat dan kehebatan yang ada pada mereka ini. Semoga Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan!

Oh Insha-Allah hari ini nak menulis pula. Sudah lama rasanya tidak menghasilkan artikel-artikel pedas lagi memanaskan punggung. Wahahaha.. Doa-doakan! 

***


Tukang Buat Video: Nuruddin (Penyertaan ketiga)
Nama Video: Selutan dakwah mencipta revolusi
Tema: Dakwah Itu Kool/Jalan Ini Sumpah Panjang
Sinopsis: Video ini berkisar tentang dakwah yang menjadi kewajipan setiap umat Islam di seantero dunia. Bait-bait puisi pada awal video ini dipetik daripada penulisan penerbit sendiri.




Tukang Buat Video: jerzey_mk (KiwiBro Production) (Penyertaan kedua)
Nama Video: Bulatan Gembira - Ini Sumpah KOOL dan OSEM!
Tema: Bulatan Gembira yang Sumpah Osem
Sinopsis: Mengisahkan perjalanan Nazmi, seorang ahli usrah tegar, ke rumah tempat bulatan gembira berlangsung. Babak seterusnya memaparkan persoalan tentang Bulatan Gembira dan jawapan umum serta jawapan mereka yg berfikrah. Diakhiri dengan kesimpulan apakah bulatan gembira sebenarnya. Didapati dalam Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 151. Itulah Bulatan Gembira =)




Tukang Buat Video: akhimuiz
Nama Video: Sebelum dan Selepas
Tema: Dakwah Itu Kool/Pengalaman Jatuh Chenta Dengan Tarbiyah
Sinopsis: Sebuah animasi rage-typografi yang menceritakan keadaan saya sebelum dan selepas bertemu dengan si dia, perubahan terhadap diri, dan bagaimana saya jatuh cinta dengannya. (Agak) Sesuai untuk tontonan UMUM.




Tukang Buat Video: Triple P Production
Nama Video: Sebuah Kisah
Tema: Pengalaman Jatuh Chenta Dengan Tarbiyah
Sinopsis: Mula-mula dapat idea untuk buat video ni bila ada sorg ukht yang dalam proses membuat perubahan pada diri kata macam ni; "Sebenarnya kadang-kadang kita ni macam salah faham je konsep hidayah tu. Kita tunggu je benda-benda besar jadi. Padahal hidayah tu ada kat mana-mana je, kadang-kadang dalam benda-benda yang kita anggap kecil." Maka lepas gabungkan ayat tu dengan pengalaman beberapa orang, maka terhasil lah video ni dengan izinNya. Kertas-kertas kuning stick-on note tu sebenarnya simbolik kepada hidayah. Pada mulanya, "saya" tak nampak pun hidayah tu, walaupun hidayah tu sebenarnya ada je. And orang lain ada yang nampak dan ada yang tolong "touch" dia dengan hidayah tu. Lama-lama sikit, dia mula nampak hidayah tu, tapi dia ignore je. Last sekali baru dia sedar dia perlukan hidayah tu.




Tukang Buat Video: bintun123
Nama Video: Babai Jahiliyyah
Tema: Babai Jahiliyyah
Sinopsis: Video ini ada 2 bahagian. Bahagian 1 : Temuramah ringkas yang sampelnya diambil disekitar kampus kami. Pertanyaan ini diajukan kepada individu muslim yang belum lagi mengenal apa itu tarbiyyah (baca: tidak join bulatan gembira). Ada 3 pertanyaan yg diajukan: 1) Pernah dengar perkataan jahiliyyah tak? 2) Kalau pernah,cuba jelaskan maksudnya dan berikan contoh. 3) Jahiliyyah ni patut ditinggalkan ke tak? Bahagian 2 : Kenapa jahiliyyah harus ditinggalkan? - kami buat pertanyaan tu dalam bahasa sunda. Kami sajikan jwpn dari sebahagian lirik-lirik beberapa lagu, mutiara kata dari sayid Qutb dan ibnu taimiyyah serta ayat quran. Lastly, kami tinggalkan penonton dengan persoalan dari Syeikh Faisal untuk refleks pada diri masing-masing.

-gabbana-

1 Caci Maki Puji Muji:

khuza hasan 20/12/2011, 11:25  

terbaek!*thumbs up*

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP