1 March 2012

Saya Hensem, Saya Best dan Sayalah Yang Paling Kool!

[Kredit]

"Apalah diorang ni! Pagi Ahad macam ni pon nak repair jalan ke..?? Macam la takde time lain.." 

"Takde time lain la tu. Sebab tu la diorang buat sekarang tu.." 

 "Apa pulak takde...?? Haish.. Buat la tengah malam ke, time takde orang. Ni tak.."

"[Inche gabbana].."

"Teruk la diorang ni..! Tak fikir orang langsung! Kan dah jam jalan..?" 

"[Inche gabbana]..." 

"Apa...?" 

"[Inche gabbana] tahu tak..? Lately [Inche Papa] perasan, [Inche gabbana] selalu merungut. Selalu sangat..!" 

"Mana ada.."

"Tu tandanya [Inche gabbana]  dalam keadaan yang stress. Sebab asyik merungut je.."

"Pandai-pandai je [Inche Papa] ni. Suka keluarkan teori sendiri.."

"[Inche gabbana] toksahlah argue dengan [Inche Papa] dalam benda-benda camni.."

Diam. Saya meneruskan pemanduan saya dalam keadaan yang senyap sebelum memulakan topik yang lain.

Begitulah kurang lebih perbualan (atau perdebatan..?) antara saya, Inche Papa dan Puan Mama di dalam kereta, seusai pekena roti canai garing dua keping di Restoran Mamak Dharbar. Sebaik keluar ke simpang jalan, saya pelik mengapa pagi-pagi sebegitu jalan sudah sesak. Rupa-rupanya jalan sedang dibaikpulih. Maka terjadilah dialog seperti di atas. 

Kenyataan Inche Papa bahawasanya saya banyak merungut kebelakangan ni menyentap saya. Bukan, menyentap bukan bermakna saya geram atau marah pada kenyataan sebegitu. Tetapi menyentap kerana ia membuatkan saya berfikir panjang. Dan bermuhasabah. Benar ke aku banyak merungut..? Kalau benar, itu sumpah tidak kool. Muka sedih.

Kebelakangan ini, saya selalu memikirkan tentang prestasi atau pencapaian tarbiyah diri saya, sepanjang terjebak dan terperangkap di dalam arena yang penuh onak duri ini. Saya selalu tertanya-tanya sama ada sepanjang pengembaraan saya di atas jalan yang sumpah panjang ini, saya sudah berubah menjadi manusia yang lebih baik atau masih di takuk yang lama. Yang lebih menggetarkan lutut adalah sekiranya saya sebenarnya lebih teruk daripada dahulu..!

Lebih teruk..? Ish tak logiklah Inche gabbana ni! Sekurang-kurangnya Inche gabbana kini dah menyertai gerabak dakwah dan tarbiyah. Inche gabbana dah bawa bulatan gembira. Dan Inche gabbana sering menulis tentang perkara-perkara yang Islamik. Takkanlah Inche gabbana lebih teruk daripada dahulu..??

Uhm, kalau dilihat dari sudut itu, sememangnya tampaknya seolah-olah saya kini sudah menjadi insan yang lebih baik. Malah, alhamdulillah, saya turut merasakan beberapa perubahan positif pada diri selepas menyertai gerabak yang osem ini. Sungguh. Terima kasih Allah!

Tetapi pada masa yang sama, saya amat khuatir dan risau sekiranya saya dijangkiti oleh penyakit yang amat marabahaya, espeseli untuk seseorang yang menggelarkan dirinya da'ie. Penyakit ini cukup-cukup berbahaya kerana sekiranya seorang da'ie itu jatuh sakit akibat penyakit ini, amat sukar untuk dirinya dirawati. Hantarlah ke Tok Batin Kampung Orang Asli Hutan Semambang atau bomoh Siam yang paling hebat di Kampung Tenggiling Sakti sekalipon, belum tentu lagi penyakit tersebut dapat diubati! Ok khurafat di situ. Hohoho..

Penyakit apa tu Inche gabbana..? Tanya anda yang sudah mula mengesan bunyi dup dap dup dap di dada sendiri.

Aduhai. Berat hati ini mahu menyatakannya. Tetapi demi kebaikan umat sejagat, izinkan juga untuk saya menyebutnya.

Tarik nafas. Hembus nafas. Tarik nafas. Ok.

Penyakit syok sendiri. Ya, syok sendiri.

Bukan sahaja merasakan diri itu sudah bagus, tetapi yang lebih mengerikan adalah apabila merasakan puas dan cukup dengan apa yang ada. Pejam mata, tarik nafas-nafas panjang-panjang.

Merasakan diri sudah cukup baik dan bersopan-santun. Merasakan hadek-hadek bulatan gembira sudah bagus-bagus dan besar-besar semuanya. Merasakan tarbiyah dzatiyah diri sendiri sudah lebih daripada mencukupi. Merasakan tidak perlu lagi membaca buku-buku fikrah. Merasakan diri ini tidak perlu beramal jamai'e bersama yang lain kerana memandang orang lain hanya melambatkan dan melembabkan pergerakan dakwah anda.

Semuanya itu adalah antara simptom-simptom yang menunjukkan anda sedang menghidapi penyakit syok sendiri. Tetapi kalau anda mula menyedari simptom yang satu ini, tidak syak lagi yang anda sedang parah dijangkiti oleh virus-virus syok sendiri.. Itulah, amat suka apabila dilambung tinggi dengan puji-pujian tetapi mudah emo dan rasa nak beri pelempang percuma kepada mereka yang menegur dan mengkritik anda. Aduhai.

Inilah bala besar yang bisa melanda seorang dai'e; apabila semakin lama dalam dakwah dan tarbiyah, semakin merosot dan menurun pula prestasi diri. Hal ini tidak sewajarnya berlaku, kerana sifat tarbiyah seharusnya itu meningkatkan kapasiti diri sendiri. Maknanya, logiknya diri seorang dai'e itu sepatutnya lebih baik pada hari ini daripada hari semalam; lebih baik di tahun ini daripada tahun lepas dan seterusnya. Kalau tahun ini Inche Galapagos Schumichael yang sudah mengikuti tarbiyah selama dua tahun masih belum lancar membaca al-Quran, sewajarnya sudah ada penambahbaikan pada kelancarannya mengaji pada tahun hadapan. Seandainya Puan Sutini Wirayonto masih belum berkemampuan untuk menyampaikan pengisian Saya Hosem kepada hadek-hadeknya pada bulan ini, dia sewajarnya mempersiapkan dirinya sebaik mungkin agar dapatlah dia memenuhi tanggungjawab itu pada bulan hadapan.

Begitulah. Ada penambahbaikan yang konsisten dan menaik sifatnya.

Benar, kita hanyalah manusia biasa. Walau bagaimana kuat kita berusaha sekali pon, akhirnya kita hanyalah seorang manusia yang punya seribu satu kelemahan dan kekurangan. Itu tidak dapat untuk saya nafikan.

Cuma kerisauan saya adalah apabila kita menjadikan hujah sebegitu sebagai alasan untuk kita tidak pergi lebih jauh. Saya amat khuatir apabila setiap kali kita dilanda dengan saat-saat genting kefuturan, kita membiarkan ia berlalu begitu sahaja kerana alasan yang kita ini hanyalah manusia. Dan saya takut dan ngeri benar setiap kali iman kita jatuh, kita terus membiarkannya jatuh merudum hanya kerana keyakinan dangkal kita yang terus-menerus berpegang pada konsep kita ini manusia marhaen tanpa alasan yang munasarawak!

Iman yang sepatutnya yazid semula, terus yankuz dengan riang gembira sekali tanpa menghiraukan cuaca dan kelajuan angin di luar sana! Eh. Dan kalau yazid sekalipon, ia tidak lagi yazid pada kadar cemerlang seperti yang lepas, tetapi yazid dengan kadar yang sangat-sangat menyedihkan! Semuanya hanya kerana kita syok sendiri, tidak reti-reti bahawa diri kita amat perlu diselamatkan!

Tikk tikk tiiik. Eh minta maaf, tertumpah air pada baju. 

Iman kita sepatutnya seperti garisan kaler biru itu; walaupon ada turun naiknya, tapi hasil akhirnya memuncak ke langit kelapan! Sedangkan rugilah kita yang seperti garisan kaler merah itu; prestasi iman yang di akhirnya jatuh merudum dumm dummm! T__T

Yang lebih menakutkan sehingga rasa mahu terkencheng-kencheng adalah apabila kita sudah mula dikuasai oleh penyakit syok sendiri ini, kita tidak lagi menghiraukan tentang jahiliyyah yang ada pada diri. Lebih teruk daripada itu, adalah apabila kita langsung tidak menyedari bahawa apa yang sedang kita lakukan itu adalah sebenarnya jahiliyyah! Allah.

Kerana jahiliyyah bagi seorang dai'e itu sewajarnya bukan lagi bermain game, atau menonton movie tanpa henti atau membaca Manga sampai muntah darah atau bukan juga berpeleseran lelaki perempuan tanpa batasan. Bukan. Tetapi boleh jadi jahiliyyah bagi seorang dai'e itu adalah membuang masa dengan penuh sukarela lagi penuh teruja. Boleh jadi jahiliyyah bagi seorang dai'e termasuklah malah dan culas bermuayasyah dengan hadek-hadek terchenta. Boleh jadi juga jahiliyyah bagi seorang dai'e itu adalah apabila dia memandang ringan pada tilawahnya sehari-hari, qiamnya, puasa sunat dan amalan-amalan lain yang sepatutnya bukan lagi suatu pilihan tetapi sudah menjadi keperluan.

Dan boleh jadi, jahiliyyah terbesar bagi seorang dai'e, yang kononnya menggelarkan dirinya sebagai Ansarullah dan Hawariyyun itu adalah penyakit hati. Termasuklah penyakit marabahaya syaitonirojim dan raksasa gorgon bernama syok sendiri..!

Err.. Sekejap ye, saya nak pergi tukar baju. Dah basah kuyup baju saya ni.

Untuk itu, saya menyeru diri saya dan anda semua di luar sana, ayuh kita sama-sama bermuhasabah diri yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan ini. Dan jangan hanya berhenti pada muhasabah itu, berasa sedih dan insaf tetapi keesokannya, pergi pekena nasi lemak ayam goreng berempah dan teh tarik kaw gelas besar, merasakan indahnya dunia dan riang rianya kehidupan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Err. Peluh kecil.

Susuli muhasabah yang telah kita lakukan dengan azam dan kesungguhan untuk benar-benar melakukan perubahan pada diri sendiri. Buat mutabaah amal secara konsisten untuk memastikan adanya penambahbaikan pada amalan sehari-hari. Dan lakukannya secara amal jamai'e agar dapat kita kekalkan momentum perubahan pada diri kita, biidznillah.

Akhirnya semuanya bergantung pada diri kita sendiri jua. Perubahan itu sewajarnya datang dari sudut hati kita yang paling dalam. Rasa mahu benar-benar berubah itu hanya boleh lahir daripada jiwa yang bersih dan hati yang tulus serta ikhlas. Dan anda tidak mungkin boleh menipu diri anda sendiri; hanya anda yang tahu sama ada anda benar-benar seriyes mahu berubah atau pon tidak.

Kerana ketahuilah, Allah tidak akan mengubah nasib kita selagi kita sendiri tidak mahu melakukan perubahan. Maka jangan sesekali biarkan diri anda terperangkap dengan penyakit syok sendiri. Kerana sekali kita terjebak dan dihinggapi dengan penyakit maut ini, belum ada gerenti yang kita boleh diubati!

*Berlari masuk, tukar baju sekali lagi*

-gabbana-

Pejam celik, pejam celik, sudah lebih tiga tahun saya berkecimpung dalam dakwah dan tarbiyah ini. Tidak pastilah sama ada kini saya sudah menjadi insan yang lebih baik daripada dahulu atau pon tidak. Hohoho..

Semoga Allah memandu kita semua dalam menjadi hambaNya yang Super Saiya. Kerana sesungguhnya, jalan ke sorga itu penuh dengan fitnah dan mehnah; maka hanya panduan rabbani sahaja yang mampu menyelamatkan kita! Allahu musta'an!

17 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 01/03/2012, 14:34  

alhamdulillah wa syukrulillah.. ana suka posting kali ni; ketuk minda separa sedar cket (ana la tu..)

tahniah atas prestasi 3 tahun anda dalam dunia dakwah :) moga terus istiqamah & thabat dgn shield anti-imanic protected from virus syoksendirik.

ma'assalamah.
zathuraspaceship; PUJ

im 01/03/2012, 16:25  

memang sentap! saya teringat prof muhaya setiap kali before she ends her session at ikim, she will say, saya mintak maaf kpd para pendengar kalau saya ni BAJET BAGUS atau perasan baik..macam tu la lebih kurg ayat dia. So no point kalo kita rase kita dah cukup baik n bagus bila dah buat amalan sebanyak sekian sekian. sebab iman yazid wa yankus. memang kene AUDIT diri hari2. jazakallahu khairan sebab bagi peringatan ini tepat pd masanya.

Pemimpi Tegar 01/03/2012, 23:03  

Anda kena ambil masa sejenak, untuk tilawah sejam dengan betul2 khyusyuk. Saaampai kena tukar baju sepuluh kali ! Dakwah memang berat, tp dipenghujungnya ia menyenangkan :D

*jemput baca artikel terbaru,

Mahukan sahabat seperti Said bin Rabi?

Anonymous 02/03/2012, 16:43  

salam..
saya sangat ingin menyertai bulatan gumbira dan bersama2 dengan saudara seagama dalam konferens riang...

eni konteks???

~ saya ingin berubah~

dear yayah 02/03/2012, 17:08  

bia indah dipandang Allah :)

Anonymous 03/03/2012, 00:20  

assalamualaikum..

u just put everything in my head for the past few weeks in an orderly manner...trima kasih..

itulah..kekadang tuh, selalu diketuk2 kepala ini dan dirobek2 hati ini dengan persoalan seperti "betul ke aku ni? apa yang aku dah buat dgn diriku selama ini? apa yang telah aku uar2kan kepada semua orang selama ini hingga terkadang bicara2 bibirku boleh mengakibatkan rakan2ku memandang sinis pada aku? perbualan tidak serancak dahulu, hilai tawa berkurangan..etc" wallahua'lam

Liyana 03/03/2012, 09:08  

terasa habissss TT____________TT

Anonymous 04/03/2012, 09:51  

x faham la when you say 'kena tukar baju' sebab basah? ... x fahaam..

Inche gabbana 04/03/2012, 23:38  

enonimus yang bertanya pasal bulatan gembira: boleh anda hantarkan maklumat diri anda ke email saya..?

dolcegabbana08@gmail.com

iAllah akan diusahakan. ;)

Inche gabbana 04/03/2012, 23:38  

enonimus yg tak faham pasal baju basah: err.. anda ni mmg hanif. hihihi.. ;)

syabaab islam 11/11/2012, 07:05  

inche gabbana..

ketika mana saya membelek-belek belog anda
saya dapati anda ada mendelete post anda.kenapakah?
series nak tahu..

'maka tanyalah orang yang lebih tahu sekiranya kamu tdk mengetahui'
-an nahlu 43 dan al anbiya'7-

Inche gabbana 11/11/2012, 07:24  

Syabaab Islam: akhi, post yg mana ye..?

Anonymous 27/11/2012, 11:42  

inche gabbana ni otg mna? penang gk kaa?

Anonymous 28/05/2013, 13:18  


Jika kamu fikir, mereka yang ter'jauh' itu adalah KERANA kamu,, maka kamu silap.
apa kamu fikir hidayah itu dalam tangan kamu? Sungguh, hidayah itu milik Allah, yang berkuasa untuk memberi atau tidak memberi hidayahNya itu.
Kita adalah pendakwah, bukan penjatuh hukum. Sedangkan, Abu Jahal pun tidak ter'islam' dek nabi.. inikan pula kita.
Sungguh Allah itu tidak memandang natijah, namun pada usaha. Pun begitu, natijah itu faktornya pada usaha. Adakah usaha yang sedikit cuma selayaknya dibalas hasil sejuta.
Selalu orang meletakkan TAWAKKAL pada hujung usaha.. Namun, bukankah, yang sebenarnya, pada setiap butir lafaz dan setiap derap langkah perlu ada tawakkal padaNya?
Maka, jika kamu fikir kamu lemah.. Teruskan sahaja dengan usaha 'dakwah'mu, menarik hati-hati manusia yang sedang tandus.. Teruskan sahaja.
Agar kamu hanya bertawakkal pada Allah.
bukan, BERTAWAKAL PADA USAHAMU.

Anonymous 28/05/2013, 13:24  

"aku menasihati kamu, bukanlah kerana akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan jua kerana, akulah yang paling soleh dalam kalangan kamu. Kerana aku juga selalu melampaui batas diriku sendiriku. Namun, jika kamu fikir hanya yang SEMPURNA sahaja yang boleh menyampaikan dakwah, maka akan menjadi sedikitlah orang-orang yang menyampaikan kebenaran"
(Imam Hassan alBasri)

Anonymous 28/05/2013, 13:25  

Dakwah itu berseni,
Dai'e itu penyeri..

kasni 09/09/2013, 15:08  

Kagum dgn Inche Gabbana dan penulis Islamik yg lain, kerana anda mempunyai banyak jalan utk membuat kebaikan..dan dr penulisan Inche Gabbana, anda berjaya menghadam bahan dan akhirnya menterjemah fikrah dlm bentuk alternatif yg mudah dihadam dan boleh dimanfaatkan oleh masyarakat pelbagai latar belakang. Teruskan penulisan yang baik..

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP