16 May 2012

Menjadi Murabbi Yang Hoyeeaaahhhh!

[Kredit]

Ramai orang yang pernah diajar oleh seorang cikgu. Dan jumlah cikgu di luar sana juga cukup ramai bilangannya.

Tidak ramai yang pernah merasa dididik oleh seorang guru. Kerana jumlah pendidik sebenar di luar sana tidaklah seramai cikgu.

Tetapi, lebih sedikit orang yang pernah merasai sentuhan murabbi hoyeeaaahhhh, yang tanpa mengenal erti penat dan lelah menyentuh hati-hati di luar sana. Sayugia jumlah murabbi, jika hendak dibandingkan dengan guru dan cikgu, jauh lebih sedikit bilangannya.

Eh, apa beza cikgu, guru dan murabbi hoyeeaaahhhh..?

Cikgu mengajar.

Guru mendidik. 

Sedangkan seorang murabbi hoyeeaaahhhh itu menyentuh hati-hati yang dahagakan kasih-sayang dan bimbingan.

Itu sahaja?

Seorang cikgu mengajar di sekolah.

Seorang pendidik barangkali seringkali menghabiskan masa di luar sekolah untuk terus mendidik.

Walhal seorang murabbi hoyeeaaahhhh itu sentiasa menyentuh dan membentuk individu-individu di luar sana tidak kira tempat dan masa. Ada juga sekolah; namanya madrasah tarbiyah. Senyum.

Lagi?

Seorang cikgu mengajar dalam tempoh waktu yang ditetapkan; masuk jam 7.30 pagi dan pulang jam 2 petang.

Seorang guru jarang sekali pulang tepat pada waktunya; banyak masanya dihabiskan untuk murid-murid dan para pelajar yang memerlukan perhatiannya yang lebih.

Seorang murabbi hoyeeaaahhhh? Eh, ada tempoh waktu ke? Bukan bekerja setiap masa dan ketika..? Ahah.  

Uuuhhmmm. 

Seorang cikgu mengajar kerana itu kerjayanya; dia tiada pilihan. (Dulu masa jadi budak sekolah tak nak belajar pandai-pandai!)

Seorang guru mendidik kerana ikhlas mahu membantu anak bangsa berjaya; selalunya bekerja lebih daripada apa yang telah ditetapkan dalam portfolionya. (Kadang-kadang ada di kalangan mereka yang punya ijazah dari universiti yang terkemuka!)

Sedangkan seorang murabbi hoyeeaaahhhh itu mentarbiyah kerana benar-benar mahu melihat manusia di sekelilingnya kembali kepadaNya, sebagai seorang hamba yang taat dan patuh. (Siapa-siapa pon boleh jadi murabbi hoyeeaaahhhh - tukang sapu sampah, pemandu keretapi laju Tanah Melayu hatta seorang peniaga di pasar malam sekalipon - asalkan punya keikhlasan, kefahaman, kesungguhan dan semangat untuk berkorban! Walawww!)

Ok. Ada lagi..?

Seorang cikgu mengajar untuk memastikan setiap bulan dia akan mendapat gajinya.

Seorang guru mendidik kerana kesungguhannya yang berkobar-kobar mahu melihat anak muridnya menjadi manusia yang berguna. Soal gaji boleh tolak tepi.

Walhal seorang murabbi hoyeeaaahhhh, dia mentarbiyah untuk tiada yang lain melainkan mendambakan keredhaan dan memburu chentaNya yang abadi. Gaji? Makhluk apakah itu...?

Anda mahu lagi..? 

Seorang cikgu jarang sekali ada pusat tuisyen.

Seorang guru selalunya sama ada bekerja di pusat tuisyen atau memiliki pusat tuisyen sendiri.

Seorang murabbi hoyeeaaahhhh juga ada pusat tuisyennya; dipanggil sebagai bulatan gembira dan konferens riang! Wahai!

Belum cukup..?

Seorang cikgu apabila melihat kita dalam kesedihan, di dalam hatinya berkata, "Ada aku kisah..??" 

Seorang guru pula, apabila melihat kita dalam kemurungan, akan bersimpati dengan kita dan akan berusaha sedaya-upaya untuk memujuk kita.

Manakala seorang murabbi hoyeeaaahhhh, apabila melihat kita kegusaran dan dalam kesedihan, akan turut gusar dan bersedih sama dan bersungguh-sungguh akan cuba menggembirakan kita. Kesedihan anda adalah kesedihan buat dirinya juga!

Nak lagi..? 

Seorang cikgu akan cepat naik angin dan menyampah apabila terpaksa melayan karenah anak murid yang banyak cengkadak.

Seorang guru marah, marah juga bila mana berhadapan dengan anak-anak murid yang banyak songeh. Tapi selalunya marah dengan penuh kasih-sayang.

Seorang murabbi hoyeeaaahhhh? Selalunya dia bagi penampar terus pada mana-mana anak buahnya yang naik tocang ni. Tapi penampar pada hatilah, bukan pada pipi! Wahahaha...

Dan lagi..?

Seorang cikgu itu seorang cikgu, belum tentu lagi dia seorang guru atau murabbi.

Seorang guru itu sudah pasti seorang cikgu, tapi belum tentu dia seorang murabbi.

Seorang murabbi hoyeeaaahhhh? Konfem-sekonfemnya dia adalah seorang guru dan cikgu. 

Akhirnya..

Seorang cikgu merintis jalan untuk gedung-gedung ilmu yang begitu luas di luar sana.

Seorang guru membuka jalan untuk peluang yang lebih besar di masa hadapan.

Sedangkan seorang murabbi hoyeeaaahhhh itu, dia membimbing tangan kita untuk sama-sama melangkah dan menelusuri jalan ke sorga. Kerana dia tidak akan sesekali membiarkan kita walau selangkah mendekati neraka!

Jadi... Yang mana satu anda mahukan..? Seorang cikgu, guru atau seorang murabbi yang hoyeeaaahhhh??

Dan yang mana satu kita kepada manusia di sekeliling kita? Seorang cikgu, guru atau murabbi hoyeeaahhhh...?

-gabbana-

Selamat Hari Guru 2012 buat anda semua yang bergelar guru dan pendidik di luar sana! Tulus ikhlas dari Angel Pakai Gucci. ;) [Kredit]

Ok saya akui, ini adalah plagiat kepada post 'Erti Persahabatan Yang Hoyeaahhh!' Tapi tidak mengapalah, post saya juga en..? Wahahaha..

Selamat Hari Guru/Murabbi kepada semua yang bergelar guru dan murabbi di luar sana, sama ada yang pernah mendidik diri ini atau pon tidak.

Ucapan penghargaan khas buat guru-guru di Sekolah Kebangsaan Ladang Krenberi, Sekolah Bintang dan Kolej Yang-Dirahsiakan-Namanya; tanpa didikan, asuhan, bimbingan dan kasih-sayang yang telah anda semua curahkan, saya tidak mungkin berdiri dan berlari seperti pada hari ini. Sila halalkan dan redhai segala tok nenek ilmu, pengalaman dan pengetahuan yang tidak ternilai harganya itu, yang telah anda semua curahkan tanpa sebarang kompromi ke atas diri ini.

Juga, buat semua murabbi di luar sana yang telah banyak berjasa pada diri ini. Siang dan malam, setiap masa dan ketika, tanpa mengenal erti penat dan lelah, yang tidak punya kepentingan diri, tidak pernah jemu menyenthuh hati ini. Tidak pernah pula lelah berkali-kali menyelamatkan diri ini daripada jurang api neraka. Air mata mengalir perlahan. Sungguh, saya akan menjadi saksi di akhirat nanti yang anda semua telah banyak berjasa pada diri ini!

Jika saya mati, hidup semula, mati dan hidup lagi sekali pon, saya tidak akan bisa membalas jasa kalian semua! Moga Allah membalas kebaikan dan pengorbanan anda semua dengan sekuntum bungan mawar chenta di dalam sorga nanti!

p/s: Mula-mula cadang nak tulis satu cerpen, bagi menggantikan Cikgu Zara yang sudah bersawang ini. Tapi maaf, tidak cukup kekuatan (a.k.a. malas/banyak cengkadak/banyak bagi alasan) untuk melakukannya. Maka silalah melayan Cikgu Zara buat sekian kalinya! Ahah!

6 Caci Maki Puji Muji:

anamuzakkar =.= 16/05/2012, 17:44  

saya nak jadi murabbi hoyyyyyyeah
muahahahaha (gelak terlebih suda)
inshaAllah sama2 mengajak orang menuju syurgaNya yang abadi dan menatap wajahNya di akhirat kelak...
seronoknyeeeeeeeeeeee

keyboard warrior 16/05/2012, 17:49  

selamat hari guru Inche Gabana, anda telah pun membantu saya dalam dunia2 tarbiah secara tidak langsung...

semoga ALLAH merahmati anda juga murabbi yg berjuang demi ISLAM..:)

lelaki melayu terakhir 17/05/2012, 03:13  

mengimbau kenangan lalu di kala mlm sepi memang menyentuh emosi..ternyata pengalaman adalah guru kehidupan terbaik.

"sbg insan kita dilarang melawan takdir hadapi suratan takdir dgn kuat iman dan kental sabar"-ust farid

hari ini ust farid pasti terharu di alam "sebelah sana" melihat anak didiknya ini sbg lelaki sejati yg cekal dan sabar dlm menjalani suratan takdir diri dgn iman dan sabar walaupun kgdkala sukar menghadapi kerenah kemanusiaan.

semoga IG terus mendidik..jln ke syurga sememangnya sukar.

mimsinlammim Ilyas 18/05/2012, 10:07  

As Salam..akan cube menjadi Murabbi yg HOOYYEEEEHHH..Insyallah..setakat ni penampar 5 jari menjadi pilihan hati..akan cube menggunakan methode Penampar hati pila selepas ini..Penampar hati lahir dari hati yg IKHLAS...semoga istiqamah menjadi CIKGU-GURU-MURABBI yg HOYEEEHHHH..Kolarhijau.blogspot

ENCIK MUSAB 16/05/2013, 00:26  

in sha Allah, moga kita sama-sama dapat jadi murabbi hoyeahhh :D

Irfaan Muhammad 21/05/2014, 23:35  

Tanamkan niat nak menjadi Murabbi yang Hoyeahhh sekarang juga!

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP