30 September 2012

Angel Pakai Gucci

[Kredit]

Agak sibuk kebelakangan ini. Dan banyak juga perkara yang perlu diselesaikan dalam satu masa. Serabut, bersabut dan pening juga kepala dibuatnya.

Oleh sebab itu juga. daya kreativiti saya di masa-masa ini berada pada tahap yang menyedihkan. Ada idea untuk menulis, tapi tidak punya masa yang mencukupi untuk menulisnya dengan baik. Dan saya tidak suka untuk menulis sesuatu secara cincai-boncai sahaja.

Maka dengan itu, bagi tidak menghampakan anda semua, ehem, saya postkan di sini artikel pertama saya dalam Majalah JOM, khas buat anda yang tidak berkesempatan atau tidak berpeluang memilikinya.

(Ini.. Ini.. Ini sumpah teknik malas menulis! Wahahahaha.. Peluh)

Mungkin berguna juga untuk anda yang baru berjinak-jinak dengan belog marhaen ini. Harapnya selepas ini berkuranglah pertanyaan "Kenapa Angel Pakai Gucci??", "Angel ke angle?" atau "Kenapa Gucci tak Prada ke, Louis Vuitton ke, Mydin ke..??" Ahah!
 
Moga bermanfaat untuk anda, juga mampu mengukir senyuman pada bibir anda. Hoyeaahh.

(Nota: Artikel ini mungkin sedikit berbeza dengan versi di dalam Majalah JOM kerana ini adalah versi asal lagi orijinal. Sekian, aman tanpa perang)

***

“Mahukah anda menulis dalam majalah kami..?"

*gasp*

Menulis..? Tidak pernah terlintas di dalam hati  mahupon kepala hotak saya yang suatu hari nanti akan ada orang yang akan mempelawa saya untuk menulis di dalam sebuah majalah. Sumpah.

Apatah lagi melihatkan gaya bahasa saya yang tiga suku lagaknya, ish, ada ke majalah yang nak terbitkan bahasa sebegitu? Tak kena saman dengan DBP nanti..? Hohoho..

Tapi nah! Tulisan ini membuktikan yang perancangan Allah itu mendahului segala-galanya.

Tulisan yang anda baca sekarang ini, menjadi permulaan atau batu asas untuk perjuangan saya dalam bidang penulisan ini, biidznillah. (Mana tahu lepas ini ada pula yang nak terbitkan penulisan saya dalam bentuk buku pula..? Ok berangan di siang hari. Hihihi..)

Apa-apa jalan, memandangkan kemungkinan ini adalah tulisan pertama untuk lebih banyak hasil-hasil merapik kerepek selepas ini, molek juga saya memperkenalkan diri saya, atau taaruf bak kata orang Arab, untuk anda espeseli yang masih belum mengenali diri ini. Tak kenal maka tak-aruf la kan…? Wahahaha..

Baiklah.

Mengapa Angel Pakai Gucci? Mengapa Inche gabbana? Tanya anda sambil menggaru kepala yang penuh ketombe itu.

Di dalam belog saya, telah saya terangkan dengan panjang lebar mengapa saya memilih nama-nama tersebut. Tampaknya nama-nama tersebut amatlah wahan (keduniaan) dan amat jauh daripada unsur-unsur dakwah mahupon tarbiyah bukan? Tapi apabila anda buka belog saya, itulah yang anda ketemukan; perbincangan dan sok sek sok sek tentang dakwah dan tarbiyah.

*Pengsan*

Ish pelik sangat anda ni Inche gabbana. Tak soleh langsung! Kalau nak tulis pasal dakwah dan tarbiyah, gunalah nama yang elok sket! Haish. Keluh anda sambil menjuih mulut sehingga membuatkan anda tampak seperti baru lepas mengunyah sepuluh helai daun sireh. Eh.

Seorang sahabat yang memeluk Islam, Abdullah ibn Rawahah r.a. , adalah seorang penyair yang hebat sebelum keIslamannya. Dan adakah Rasulullah SAW menyuruhnya untuk berhenti bersyair selepas Islamnya ruh dan jiwanya? Tidak. Malah dia menggunakan kelebihannya itu untuk menyebarluaskan pula kalimah dan risalah Allah.

Begitulah kurang lebih konsepnya. Ya benar, pada mulanya memang saya memilih ‘Angel Wears Gucci’ sebagai refleksi kepada tajuk buku popular ‘Devil Wears Prada.’ Malah nama ‘gabbana’ juga sebagai manifestasi kesukaan dan kegilan saya pada barangan yang berjenama (Sepatutnya seorang lagi rakan, Dolce, turut menyumbang dalam belog tersebut. Tetapi setelah beberapa lama, dia tidak lagi berminat, maka tinggal gabbana seorang sahajalah)

Namun setelah disentuh dengan sentuhan chenta tarbiyah, banyak perubahan berlaku dalam diri saya. Perubahan yang positiflah, bukannya berubah menjadi otromen atau Power Rangers (walaupun kecil-kecil dahulu pernah teringin juga..) Ketika itu, saya melihat belog yang telah saya miliki itu, dapat menjadi platform yang baik untuk berkongsikan mana-mana pengalaman mahupon pengetahuan saya yang sedikit cuma itu, dengan harapan dapatlah sedikit sebanyak memberi manfaat kepada para pembaca.

Dan saya tidak perlu menukar nama pon. Kerana kini Angel Pakai Gucci juga membawa konotasi dakwah dan tarbiyah yang boleh tahan signifikan juga.

Anda tidak percaya..? Mari sini, izinkan saya untuk menerangkannya secara pantas lagi bergaya.

Jika ‘Devil’ itu berpeluang untuk memakai ‘Prada,’ mengapa ‘Angel’ perlu berpuas hati hanya dengan memakai beg cap ayam atau kasut berjenama Bata..? Tunggu tunggu, sebelum kembang kempis hidung anda menahan marah dan menuduh saya sebagai hedonis mahupun materialis, apa kata anda duduk dahulu dan dengar penjelasan saya..? Ha, begitulah.

Sekiranya kejahatan (yang diterjemahkan dengan perkataan ‘Devil’) bersungguh-sungguh dalam menyebarkan dakyah-dakyah mereka, melalui kelengkapan dan perkakas yang serba-serbi canggih dan legkap (yang difahami dengan perkataan ‘Prada’), mengapa kebaikan dan para du’at (yang diwakilkan dengan perkataan ‘Angel’) perlu berpuas-hati dengan persediaan dan pertahanan yang ala kadar sahaja? Bagaimana kebaikan mahu menang dengan kekejian dan kejahatan sekiranya persiapan kita hanya cincai-boncai sahaja..??

Allah.

Mengapa orang yang berduit begitu gilakan barang berjenama? Antara memandu kereta buatan Uganda dengan kereta Volkswagen Passat CC buatan Jerman, agak-agak andalah, yang mana satu akan dipilih oleh orang yang berada? Antara beg tangan cap Kucing Hutan buatan Mongolia dengan beg tangan kulit Marc Jacobs, yang mana satu akan menjadi pojaan hati Datin Salamah Hasbullah?

Dan adakah faktor jenama dan harga mahal yang menjadi sebab utama mengapa mereka membeli barangan berjenama tersebut? Tidak semestinya. Yang pasti, barangan berjenama dan yang lebih mahal harganya itu, punya kualiti yang tinggi. Kerana itu ia mahal. Dan kerana itu ia punya reputasi yang tinggi. Tidak hairanlah mereka ini sanggup berbelanja tinggi semata-mata untuk memiliki barangan berjenama kerana berkualiti dan tahan lama.

Oleh sebab itu, sekiranya gerak kerja Devil itu amat ‘berkualiti,’ tersusun serangan-serangannya, begitu strategik pergerakannya dan begitu licik pula ia merekrut tentera-tentera yang baru, bagaimana kita mahu memenangi peperangan ini sekiranya produk yang mahu kita jual itu tidak berkualiti? Dan siapakah yang sering memberi produk-produk yang tidak berkualiti? Mereka yang sering memandang enteng dan tutup sebelah mata pada soal kualiti ini.

Maknanya,  seandainya kita selesa dengan cara yang tidak berkualiti, malas untuk melakukan dakwah, kucar-kacir dalam menyusun gerak kerja kita, culas dalam mengatur strategi, jangan berasa hairan sambil angkat kening sebelah apabila yang berjaya kita kumpulkan adalah mereka yang tiada mutunya jua.

Kata Saidina ‘Ali:

“Kebaikan yang kucar-kacir, tidak tersusun pastinya akan dikalahkan oleh jahiliyyah yang tersusun!"

Begitulah. Begitulah rahsia di sebalik Angel Pakai Gucci. Sungguh osem bukan..? Senyum.

Untuk menang dan berjaya di dalam perjuangan ini, kita perlu bersungguh dalam mempersiapkan diri kita. Kita perlu mengorbankan kepentingan-kepentingan diri kita dalam membina saf-saf perjungan yang mantap, berkaliber dan terpercaya. Kita mesti sanggup menggadai jiwa dan perasaan kita demi Islam yang terchenta.

Kalau anda benar-benar Angel, anda mesti menanam azam untuk memakai Gucci. Walaupon terpaksa berkorban harta, nyawa, masa, tenaga dan segala-galanya.

Kerana sorga itu mahal harganya.

 "Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."
[at-Taubah, 9:111]

Salaam ukhuwwah dan mawaddah dari saya, Inche gabbana. Moga ketemu lagi di ruangan yang akan datang!

***

Moga menceriakan malam anda dalam menyambut hari Isnin di esok hari! Ohoh.

-gabbana-

Seriyes sedang menghadapi krisis kekeringan idea. Moga tidak berkekalan selamanya. Tsk. 

6 Caci Maki Puji Muji:

UNOEME 30/09/2012, 23:09  

wah!!serious osem betul asal nama angel pakai gucci nih..tapi saya mmg dah lama ingat dah nama nih diubah suai dari buku 'devil wears prada tuh'..hm, skrg lg jelas masud knapa inche gabbana ambil nama nih..keep up the good work..you inspire people with your writing..=)

Anonymous 01/10/2012, 10:21  

penuh misteri............huhu

Anonymous 01/10/2012, 15:07  

inche gabbana, boleh bg cdgn buku ape yg boleh mbasahkn hati n mnaikkan smgt kita utk kuat mnempuh jln penuh dugaan n cabaran ni?

jazakallahu khair.

Ikan 01/10/2012, 17:36  

ana ada banyak idea cuma takde stamina utk duk lelama taip pepanjang cam anta.

anta nak?

p/s : harap lepas nih anta tidak merasai extra pressure selepas pengumuman semalam.. =(

Anonymous 08/10/2012, 15:33  

salam..menarik sungguh isu yg dikupas penulis walaupun benda nih takla baru sangat..sedikit basi dah..terasa nak komen la jugak..bukan komen penulis,tapi lebih pada pembaca dan sesetengah manusia yg melabelkan diri dia ikut usrah dan dakwah2 nih..(saya tak ikut)..

saja sy tulis saya tak ikut biar senang semua membuat persepsi awal kononnya saya tak berapa faham dengan tarbiyah dan dakwah sebab saya takde dlm dakwah..bukan sebab sy berbangga tak ikut..bila org tanya kenapa tak ikut,panjangggggggggg sgt sy akan jawab..tp sebab sy malas nak type,saya tulislah beberapa sebabnya yg mgkin berkaitan dgn post nih..
ada yg tak songsang..tp sebab kemanisan ukhwah tuh betol2 dirasa..ada yg terus curiga songsang..sebab 1 ikhwah tuh sedikt lembut..ikhwah mencurigai ikhwah lain..suudzon..dah dosa

yer,ikhwah pun manusia..bukan maksum..tp selama hidup saya,saya jumpa ikhwah melayu yg merasa dia nabi jek..merasa dia baik..belum pernah la sy jumpa ikhwah yg muda2 nih menasihatkan teman sebaya dgn baik..menasihatkan penuh cinta..malah,bila teman lain melakukan kesilapan,dikeji dan dihina..dihukum mcm dia la TUHAN semesta Alam nih..

byk ikhwah yg saya jumpa..bila nak DF org..kebetulan bukan islam..dia cakap camni..

"..bro,kau sembah patung apa kau dapat..kau tak rasa kau bodoh ke?'

dgn ikhwah lain yg memiliki kepribadian sedikit lembut dan pemalu dia cakap..

"..anta jangan pondan sgt.." padahal dia takla pondan pakai lipstic ke make up tebal ke eye shadow ke..

ini lah dia ikhwah melayu..kalau nak dakwah ngn pak arab kasar consider la kot nak kasar2..tapi ngn org melayu,teknik kne baik..

penah dulu time org ajak usrah..dia penah cakap..berhikmahlah dalam menasihat dan menegur org nih..anggaplah kalo kita ditegur kasar,dinasihat kasar..apa perasaan kita?

itulah..kita semua tak suci..jauh pulak nak bebas dari dosa mcm para nabi..setiap org lemah..setiap org melakukan kesalahan..dan setiap org ada kesempatan utk kembali..

tugas kita,membantu kembalikan..bukan menghukum..ramai sgt yg menghukum dari menarik org..espcially org yg ikut2 usrah nih..

sebab tuh ramai anti usrah dan anti org usrah kat tempat saya nih..

terima kasih penulis atas artikel..sedikit luahan hati jek..:p

jazakallah..:)

Anonymous 25/03/2013, 13:14  

haha.. luculah inche gabbana ni..may Allah blez ur da'wa.. ease ur way..

maassalamah..

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP