16 October 2012

Dakwah Sini, Dakwah Sana

[Kredit]
Tarbiyah dan dakwah adalah adalah suatu seruan yang menghidupkan. Mereka yang hidupnya untuk tarbiyah dan dakwah semata, melihat sekelilingnya sebagai medan untuk beramal. Mereka yang nafasnya adalah tarbiyah dan nadinya adalah dakwah, melihat setiap orang yang dijumpainya sebagai mad'u untuk didekati dan disentuh hatinya. Dan mereka yang memakai kaca mata tarbiyah dan dakwah yang bergaya. memanfaatkan setiap masa dan ketika sebagai peluang untuk menambahkan saham-saham sorgaNya.

Alah Inche gabbana ni, cakap je pandai. Dia ingat senang ke nak mentarbiyah dan berdakwah dalam semua keadaan dan situasi...?? Ceh.

Err. Dahulu di zaman kanak-kanak riang dahulu saya pernah kalahkan anda dalam teng-teng kah..? Wahahaha..

Anda tidak percaya? Anda skeptik? Anda terasa pergi makan cendol jagung dan apam balik basah lebih berfaedah...?

Suka hati andalah. Saya tidak rugi apa-apa pon. Oh kalau anda benar-benar mahu ke gerai cendol, saya nak kirim sebungkus cendol jagung spesel ya..? Ohoi!

Mari saya tunjukkan beberapa contoh situasi sebenar dalam kehidupan seharian kita bagaimana kita boleh mentabiyah dan berdakwah dalam apa jua keadaan dan ketika.

Mari!

Situasi: Memandu

Cara seorang dai'e memandu sewajarnya tidak sama dengan cara orang lain. Dia wajib menjadi qudwah di jalan raya sepertimana dia seorang qudwah di tempat lain. Ok ini kenyataan membakar hangus diri sendiri. Tsk tsk. 

Jika orag lain membunyikan hon dan marah-marah apabila ada pakcik yang memandu perlahan di lorong sebelah kanan, kita tidak sepatutnya mencontohi mereka. Bersabar dan ukirkan senyuman semanis boleh walaupun ketika itu jiwa da sedang memberontak kuat, menunggu masa untuk bertukar menjadi Inkredibel Hak. Sekiranya anda berpeluang memandu lalu di sebelah pakcik itu, angkat tangan dan hadiahkannya dengan senyuman. 

Oh boleh juga letakkan pelekat kool yang mengajak orang ke arah kebaikan. Misalnya, 'Jom Solat!' atau 'Back to Quran' atau 'Bosan? Tandus? APG kan ada..?' Eh. Batuk batuk. 

Ini kisah benar. Ada seorang lelaki yang sangat mahu mengajak orang ke arah Islam. Cumanya, dia merasakan dirinya tidak mempunyai kelebihan seperti bercakap atau menulis atau kelebihan-kelebihan yang seangkatan dengannya, yang selalu distereotaipkan untuk mentarbiyah dan berdakwah.

Tetapi ini tidak menghalang daripadanya untuk tidak berdakwah. Anda tahu apa yang dia lakukan?

Dia tampalkan pelekatdi belakang keretanya yang berbunyi, "Hon saya sekiranya anda mahu tahu lebih lanjut tentang Islam." Dan jika ada orang yang benar-benar membunyikan hon, dia akan memberhentikan keretanya, pergi ke bonet kereta untuk mengambil bahan-bahan bacaan atau kaset yang menerangkan tentang Islam, lantas memberikannya kepada orang yang membunyikan hon tadi. 

Walawehhh! Nak seribu daya, tak nak seribu dalih! 

Situasi: Memasak 

Masaklah dengan penuh ikhlas, kasih-sayang dan bergaya. Terutamanya sekiranya anda memasak untuk keluarga atau hadek-hadek bulatan gembira, masaklah dengan secemerlang yang mungkin.

Apabila ditanya apakah resipi rahsia masakan anda begitu lazat dan mempesona, katakan kepada yang bertanya, 


"Oh, tiada apa-apa. Mulakan dengan Basmalah dan sudahi dengan Hamdalah. Dan oh, saya belajar ni semua di bulatan gembira!"


Wah!

Situasi: Di padang bola

Tutup aurat itu suatu kemestian. Pakaian anda sopan dan tidak mempunyai lambang-lambang atau gambar yang boleh mendatangkan fitnah kepada anda atau Islam. Alang-alang sudah menyebut tentang pakaian, osem jugalah kalau anda cukup berani untuk pakai baju yang menyokong perjuangan Palestin atau mengajak manusia menyertai bulatan gembira!


Mudahnya, anda perlu menjadi qudwah di padang bola sepertimana anda menjadi qudwah di padang amal yang lain. Ajak rakan-rakan pasukan anda memulkan perlawanan bola dengan bacaaa doa, juga setelah selesai bermain. Carutan digantikan dengan pujian kepada Tuhan. Laungan jeritan gembira apabila berjaya menjaringkan gol dilaungkan dengan takbir dan tahmid penuh kesyukuran.


Oh, jangan lupa selitkan tazkirah ringkas selepas perlawanan, untuk mengambil iktibar dan ibrah daripada sepakan bola dan jaringan gol yang telah dilakukan!


Situasi: Ke pasar pagi

Bergaullah dengan peniaga dan pengusaha pasar itu dengan penuh hikmah dan bersopan-santun tatasusila adab keTimuran heyyy! Err. Kalau pergi menemani Puan Mama atau Cik Kakak Perempuan, bolehlah bagi tazkirah tentang pasar-pasar di sorga nanti. Atau suasana di Mahsyar yang jauh lebih hiruk-pikuk dan sibuk daripada suasana di pasar.


Juga elakkan pembaziran dan membeli barang-barang yang tidak diperlukan. Bolehlah sentuh tentang kesusahan orang Somalia, Palestin dan sebagainya. Jangan lupa untuk sentiasa mengukir senyuman, walaupon pipi anda sudah lenguh-lenguh dibuatnya. Eheh.

Oh jangan lupa menyantuni para pengemis dan orang susah yang ada. Kalau anda sudah mencapai makam Mahadewa Kaiou, bolehlah kunyahkan dan kemudian suapkan makanan ke mulut mereka, sepertimana yang pernah dilakukan oleh ar-Rasul SAW! Wahai!  

Situasi: BerMukaBuku/Berkicau-kicau


Haaaa, yang ini memang super penting untuk disebut. Sebab rasanya majoriti daripada kita et lis mempunyai salah satu daripada akaun MukaBuku atau Pengicau. 

Saya kurang bersetuju dengan pendapat sesetengah orang yang mengesyorkan agar dibuang sahaja akaun MukaBuku terutamanya, atas hujah betapa ia sering disalahgunakan dan mudah untuk membuatkan seseorang itu menjadi lagha. Ada benarnya hujahan tersebut, tetapi saya kira mereka ini terlepas pandang akan potensi besar untuk menyebarkan kebaikan melalui MukaBuku, Pengicau dan medium-medium atas talian yang lain. 

Dengan hanya menekan butang SHARE status-status berupa tazkirah dan nasihat-nasihat yang baik, anda telah pon melakukan satu amalan kebaikan. Belum lagi dikira anda sendiri yang menulis nasihat-nasihat tersebut. Juga, cuba nasihati rakan-rakan anda, baik lelaki atau perempuan untuk tidak mendedahkan gambar mereka yang tidak menutup aurat, atau melakukan aksi-aksi memalukan bunuh diri.  

MukaBuku dan Pengicau juga merupakan medium yang amat berkesan untuk menyebarkan berita-berita penting dan bermakna. Contohnya hebahan untuk memboikot Makcik Mekdi atau jemputan untuk menghadiri program atau aktiviti tertentu. 

Tetapi awas! Sebelum anda sewenang-wenangnya berkongsikan apa-apa bahan di MukaBuku, Pengicau atau apa-apa sahaja yang seangkatan dengannya, pastikan anda memastikan dahulu kesahihan fakta maklumat tersebut!
  
Situasi: Mandi/Buang air

Seorang Yahudi pernah berjumpa dengan seorang sahabat dan berkata:

"Aku sungguh hairan dengan Nabi kamu. Daripada sebesar-besar perkara sehinggalah nak buang air pon, dia ajar!"

Islam adalah agama yang syumul. Ia adalah cara hidup dan tidak hanya terhad kepada ritual ibadah semata-mata. Bayangkan, dengan hanya menunjukkan akhlak yang baik ketika mandi dan beristinja', anda sudah mampu memberi gambaran yang indah tentang agama ini, apatah lagi dalam urusan kehidupan yang lain! Senyum, kenyit mata.

Situasi: Di opis/tempat kerja

Seorang dai'e doktor dengan doktor biasa tidak akan sama caranya merawat pesakit. Seorang  dai'e jurutera dengan jurutera biasa tidak akan sama ketika dia bekerja di lapangan membaiki mesin dan berlumur dengan minyak. Seorang dai'e penyapu sampah dengan penyapu sampah biasa tidak akan sama caranya menyapu sampah.

Gunakan peluang anda di tempat kerja untuk mengajak orang ke arah kebaikan, ke arah menghargai dan jatuh chenta berguling-guling dengan Islam. Tidak cukup setakat itu, sekiranya anda mampu, berikan dia kesedaran tentang tanggungjawabnya sebagai 'abid dan khalifah di muka bumi ini. Lebih altimet lagi sekiranya anda berjaya membulatangembirakan rakan sekerja anda. Vavavum!

Saya sendiri alhamdulillah, telah berjaya membasuh otak seorang rakan sekerja untuk menyertai bulatan gembira. Dan dia juga telah bersetuju. Cuma sedih sekali sehingga ke hari ini saya belum lagi berjumpa dengan mana-mana murabbi yang boleh dan sudi untuk menyantuninya. Adeh. 

Situasi: Di dalam tren

Bosan? Tiada tempat duduk? Perjalanan yang panjang? Keluarkan al-Quran poket anda itu dan tilawah dan tadabburlah di dalam tren. Tak pon Maathurat atau buku-buku fikrah. Paling koman pon Majalah Jom. Eh.

Makcik mana yang tak cair dan nak buat menantu, bila melihatkan seorang jejaka kachak, berkemeja kemas, berseluar semat, tiba-tiba mengeluarkan al-Quran dan membacanya..? Wahahaha.. Pandang kiri, pandang kanan. Tersipu-sipu. 

Di samping menambahkan amal dan mencukupkan mutabaah amal mingguan anda (ooopsss), anda juga dapat menunjukkan contoh yang baik kepada yang lain. Siapa tahu, melihatkan gerak geri dan tingkah laku anda itu, anda yang tergerak hati untuk bertanyakan anda soalan-soalan agama dan sebagainya. Tapi pastikan niat anda betullah untuk berdakwah dan menyampaikan Islam, bukan untuk menunjuk-nunjuk dan riya' kononnya di seluruh galaksi bimasakti ini makhluk seperti anda sudah pupus dibakar tahi bintang heyyy!

Situasi: Bersama keluarga/rakan

Oh yang ini macam terlalu obviyes bukan..?  

Untuk keluarga, espeseli Puan Mama dan Inche Papa anda, sudah saya bebelkan panjang lebar dalam post Parti Politik Mak Bapak. Kuncinya adalah menghabiskan masa-masa berkualiti dengan mereka, sementelah anda selalu tiada di rumah demi memenuhi tugas-tugas mentarbiyah dan berdakwah. Juga tunjukkan perubahan besar anda hasil bersama dengan tarbiyah, dari seekor raksasa Gorgon kepada Sailormoon pejuang bumi dan bulan...! Err. Garu kepala. Kalau perubahan positif yang anda pamerkan itu betul-betul signifikan, perut ibu mana yang tidak sejuk mengandungkan anda dan perut ayah mana yang tidak buncit terlalu gembira dengan perkembangan anaknya..? Wahahaha.. 

Dengan rakan-rakan, jadilah sahabat yang hoyeeaaahhhh kepada mereka ini. Sekiranya anda benar-benar sayangkan dan chenta kepadanya, anda pasti tidak sanggup melihat dirinya jatuh terperosok ke dalam jurang neraka yang paling dalam bukan..? Gunakan setiap peluang yang ada untuk menumbuk, memukul, membelasah, mengkarate dan  menyilambam rakan anda itu untuk tersedar daripada lenanya. Dia mungkin marah, malah mungkin juga benci kepada anda. Tetapi percayalah, suatu hari nanti dia pasti akan berterima kasih kepada anda sambil mencubit pipi anda yang tembam itu. Oyy!

Situasi: Menyiram pokok bunga/Mengusap kucheng gemok-gemok gebu-gebu

Err. Ahhh. Uhhmmm.

Mereka juga makhluk Allah bukan..? Maka.. Err.. Mereka juga perlu diberi layanan yang baik dan saksama, sesuailah dengan status kita sebagai khalifah kepada seluruh alam.  

Sepertimana biri-biri yang tidak dibaham serigala sepanjang pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, kita juga mendambakan suasana dan keadaan yang sama suatu hari nanti.

Eh ada kena-mengena ke..? Hihihi.. 

Begitulah. Pokoknya, gunakan setiap peluang dan ruang yang ada untuk berdakwah dan menyampaikan kebenaran, dalam apa jua keadaan dan ketika. Tidak susah bukan untuk menjadikan kehidupan normal kita sehari-hari itu sebagai medan lapangan untuk beramal..? 


Di mana-mana pon kita boleh berdakwah, mengajak orang kepada Allah. Sama ada kita mahu atau tidak sahaja! [Kredit]

Dan apa tahu apa yang lebih osem tentang semua ini..?

Semua di atas hanyalah pelengkap kepada perniagaan kita yang utama, yakni membina jiwa-jiwa manusia di luar sana. Maknanya, mentarbiyah dan berdakwah hanya dengan melakukan salah satu daripada perkara di atas belum lagi mencukupi. Kerana manhaj taghyir dan asas dakwah kita adalah mengajak manusia dan mentarbiyah jiwa-jiwa mereka agar membebaskan diri mereka daripada perhambaan kepada selain daripada Allah, kepada perhambaan kepada Allah semata-mata.

Anda yang sudah dirasuk dengan jin tarbiyah dan hantu dakwah, pasti tidak boleh tidak, akan melihat segala apa yang ada di depan mata sebagai peluang keplatinuman untuk beramal sebaiknya. Nampak manusia rosak rendah akhlak? Peluang dakwah! Nampak makcik jual nasi lemak di tepi jalan? Peluang dakwah! Nampak arnab gemok berlari riang di tengah-tengah rimbunan bunga dafodil? Peluang dakwah! Err.

Semuanya pon peluang untuk anda menempah tiket ke sorga! Aiwah..!

Pintu-pintu untuk anda beramal terbuka luas di mana-mana! Gunakan masa muda anda yang genteng dan masih bergetah itu untuk dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk deenul Islam ini! 

"Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu..."
[al-Anfal, 8:24]

Dakwah sini, dakwah sana. Peluang dakwah di mana-mana, kena mentarbiyah setiap masa dan ketika..! Ayuh...!

-gabbana-

11 Caci Maki Puji Muji:

pencinta Rasulullah 16/10/2012, 17:24  

Saya belajar sesuatu yang baru dalam post ni ..syukran :D

Muhammad Nur Fitri 16/10/2012, 17:40  

Dakwah & Tarbiyah
nak seribu daya, tak nak....TAK BOLEH !!! mesti nak jugak...haha

Anonymous 16/10/2012, 17:45  

jzkk.tepat pada masanya :)

moga dipermudahkan.

pontianak keling 17/10/2012, 01:01  

situasi lokasi emosi...

adakah aku mampu pergi lebih jauh atau sekadar melukut di tepi gantang..

oh tuhan aku ingin bebas..

sekali lagi..

nurse tg rambutan 17/10/2012, 02:41  

selamat berdakwah

da'ie 17/10/2012, 10:18  

ok, nak tambah sesuatu..tentang beristinjak itu. Selalu kalau tandas awam kalau nak guna tue akan fikir 1000x sebab baunya yang begitu 'harum' bg mereka yg suka tidak membersihkan tandas setelah digunakan..makanya, as a da'ie kita seharusnya xmenjadi seperti itu, kan. Sebaliknya, selepas menggunakannya kita seharusnya memastikan tiada sampah dan siram air ke seluruh kawasan utk membersihkan dari percikan2 air najis td. Pasti bila ada org seterusnya yg ingin menggunakan tandas tersebut akan merasa selesa dan kita pun gembira. Owh..itu sungguh osem. :D

mak dara 17/10/2012, 23:30  

hanya guna tandas awam bila terdesak je...tak sanggup mak nak menahan dgn tandas awam yg kotor kat msia ni..rindu tandas awam kat spore melborne tokyo seoul..

MuslimahOsem 18/10/2012, 15:34  

Yg ni mmg takleh tahan.. >_<
'Jom Solat!' atau 'Back to Quran' atau 'Bosan? Tandus? APG kan ada..?' Eh. Batuk batuk.

Makbonda 21/10/2012, 00:08  

Terimakasih Allah kerana menjumpakan Makbonda dengan blog ini.Semoga tuan blog ini terus diberi ilham untuk meneruskan kerja-kerja da'e.

fahim 21/10/2012, 21:47  

jatuh chenta dgn ini..bukan ini tapi suma2 sekali..huhu

Unknown 09/03/2013, 23:54  

Adakah rasa beratnya seperti kita rasa kita tidak mampu lagi menggunakan diri kita, kita rasa dah sampai limit kita, kita rasa kita dah macam robot kerana dah hilang segala rasa, rasa tak boleh buat semua perkara, lepas itu ada datang pemikiran hanya ingin bersederhana dan tidak aggresive, lepas itu ada datang pemikiran untuk memaksa diri atau berehat ? Dan kemudian kita mula tak tahan ... Tapi jika nak syurga kita teruskan juga memaksa diri ... atau jika kita rasa sudah tenat kemudian dikit-dikit kita menjauhi jalan yang asalnya ingin kita tempuh dan makin longgar pengangan ... mula rasakan memaksa diri tidak mengikut fitrah ... Mcm mana bezakan ini semua sama ada tipu daya atau benar? Betulkah soalan ini? Sesuai kah? Moga Robb memberi ilham dan petunjuk ..

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP