18 December 2012

Berchenta Sampai Mati

[Kredit]

Saya kira saya sudah cukup matang dan bersedia untuk menulis sesuatu seperti ini. Kalau dahulu mungkin lainlah. Tapi kini... Saya rasa sudah bersedia. 

Ehem.

Dengan itu, dengan penuh ta'zim dan rendah dirinya saya nak umumkan...  

Yang saya hendak bekahwin In shaa Allah.

...

...

...

Krikk krikk.

...

...

...

Shiuuhh shiuuhh.

...

...

...

Err.. Anda..? Takkan tu pon nak pengsan..??

Ahhh. Uhmmm. Err. Memanglah saya hendak berkahwin! Siapa yang tidak mahu...?? Wahahaha..

Ok jika anda marah dan ketap-ketap gigi, sila hempuk kepala anda ke dinding sekarang juga. Eheh.

Koff koff.

Saya dapat menjangkakan penulisan kali ini bakal menimbulkan ribut taufan dan gempa bumi dalam kalangan anda para pembaca belog ini.

Ya, kali ini saya ingin menulis sesuatu tentang Bait al-Muslim. Mahligai perkahwinan muslim. Maka dengan ini, sukalah saya membuat sedikit diskelemer betapa penulisan kali ini hanya untuk bacaan anda dan anda yang berumur dua puluh tahun ke atas sahaja. Ya, dua puluh tahun dan tambah satu lagi syarat, anda yang sudah bersama-sama dengan gerabak tarbiyah dan dakwah.

Selain daripada itu, adalah dilarang dengan keras untuk meneruskan pembacaan. Sebarang kerosakan mental, kekejangan rahang sebab ngangaan yang terlalu besar dan putus urat mata akibat mata anda yang terbelalak adalah di luar tanggungjawab saya. Ok?

...

...

...

Ha dik! Kantoi! Dah cakap dah jangan baca...! Aish. Degil betul. 

Dah dah, balik rumah! Shuh shuh!


...

...

...

Lailaha illallah. Awat hang keteqaq sangat ni..?? Geleng kepala. Suka hati andalah! Apa-apa yang tidak diingini berlaku nanti, jangan bising-bising pada mak dan ayah tahu?? Senyap-senyap sudehhh..! Eheh. 

Baiklah.

Duduk tegak. Betulkan kolar. Tarik nafas.

Untuk anda yang beriman dengan maratibul amal, yakni tangga-tangga amal dalam menegakkan Islam sehingga ke makam yang paling tinggi, pasti amat faham dan jelas kewajipan untuk memastikan hak-hak dan amanah di setiap fasa/tangga dipenuhi dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab sekali. 

Sudah tentunya, tangga yang pertama, yakni Individu Muslim adalah fasa yang super duper amat paling terpenting sekali. Ok cikgu Bahasa Melayu baca ni konfemlah mengamuk kan..? Ahah. Sekumpulan individu muslim yang mantap dan ganteng akan membentuk qaedah sulbah, asas dan tulang belakang kepada pembentukan tangga-tangga yang seterusnya. Hanya qaedah sulbah yang benar-benar mantap dan faham jelas dengan amanah di bahunya, ikhlas untuk beramal dan kemudian melaksanakannya pula, dapat menjamin kepada kelangsungan perjuangan ad-Deen ini.

Ok sedikit formal di situ. Batuk.

HANYA, saya ulangi, HANYA, sekali lagi, HANYA selepas seorang individu muslim itu sudah merasakan dirinya bersedia ('merasakan diri' di sini sangat subjektif. Oleh sebab itu, murabbi memainkan peranan yang sangat penting di sini), selepas memenuhi penanda aras minimum muwasofat tarbiyah yang perlu dipenuhinya, baharulah dia dengan bergayanya dapat menaiki tangga yang seterusnya, yakni mahligai rumah tangga muslim. Saya ulangi, dengan bergayanya. 

Ha, sekarang ni bahagian yang anda semua sedang nantikan dengan penuh debaran dan degupan jantung sejak tadi - Bait al-Muslim, atau dengan nama glamornya, BM. Jujurnya, saya bukanlah orang yang paling tepat dan baik untuk berbicara tentang isu ini.

Eh? Kenapa pula Inche gabbana..? Apa salahnya..?

Sebab.. Err.. Aaahhh.. Sebab saya... Uhmmm. Kuis-kuis kaki. 

Wahahahaha. Rasa nak bagi pelempang sedas kan..? 

Ok untuk anda yang faham sila angguk-anggukkan kepala dan diam-diam sahaja. Untuk anda yang belum dan sedikit perlahan (Baca: Lumpy), teruskan berusaha! Hihihi.. 

Dahulu kala, ketika dinasor dan gajah berbulu tebal masih hidup lagi, seriyes saya sangkakan urusan berBM ini mudah dan terus ke hadapan sahaja. Terima borang, fikir-fikir sedikit, istikharah, ok saya setuju, taaruf halo-halo boleh berkenalan abang ni orang beriman..? Err. Selepas kedua-dua belah bersetuju, aturkan tarikh perkahwinan dan voila! Sah? Sah? Alhamdulillah dah sah jadi suami isteri!  

Pandang kiri, pandang kanan. Garu kepala. 

Rupa-rupanya, mutiara naga ada tujuh biji. Urusan berBM tidaklah semudah yang disangkakan. Malah sudah beberapa kali ia mengalirkan peluh besar saya. Sudah beberapa kali saya terasa seperti hendak terjun jurang Mariana disebabkan banyaknya liku-liku dan selok-belok yang terpaksa saya tempuhi. Tambahan pula kerana ia melibatkan orang lain yang menguruskannya. Allah, betapa malunya saya, kerana terasa begitu menyusahkan mereka!

Dalam kita mahu berBM ini, terlalu banyak aspek dan perkara yang diambil kira. Dan sebagai seorang anak yang rapat dengan Puan Mamanya, sudah tentu pandangan dan syarat-syarat yang diletakkan oleh Puan Mama saya amat perlu diambil kira, selain syarat dan ketetapan diri sendiri. Adoi saya tidak suka bercakap sebegini, kerana ia seolah-olahnya memburukkan Puan Mama, juga menggambarkan seolah-olahnya saya ini cerewet dan banyak songeh orangnya.

Memang pon. Ada suara berbisik. Oyy! 

Namun perbualan saya dengan seorang al-akh yang sudah berumah tangga banyak memberikan panduan kepada saya dalam membuat pilihan. Katanya, "Akhi, akhawat kan ramai? Kalau anta boleh cari akhawat yang memenuhi ciri-ciri [Puan Mama] anta, mengapa tidak..?"

Uhm uhm. Saya harap tidak ada yang terjun gaung atau mengamuk nak bakar sekampung mendengar kenyataan ini.

Jujurnya, saya merasakan ada benarnya dengan kata-kata al-akh itu. Kalau boleh puaskan hati semua pihak, mengapa tidak? Tambahan pula, saya tidak boleh bayangkan berlakunya peperangan dingin dunia kelapan antara Puan Mama dengan (bakal) zaujati nanti. Na'udzubillah.. Kalau boleh, biarlah rumah tangga yang dibina nanti, bermula dengan asas dan pondasi yang baik, tanpa mencalarkan hati dan meremukkan jiwa mana-mana pihak.

Sesi borak bantal dengan Inche Murabbi juga banyak memberi ketenangan pada hati. Katanya, "Akhi, anta nak kahwin dengan seseorang yang anta nak hidup sehingga akhir hayat nanti. Jadi jangan gopoh. Carilah sampai tenang. Carilah akhawat yang dapat berikan anta ketenangan tu."  

Anda sungguh bergaya Inche Murabbi. Nak peluk sikit, boleh..? 

Di mana Qurratul 'Aini yang bisa memberi ketenangan di hati..? [Kredit]

Berbicara tentang isu BM ini, fikiran saya lantas melayang kepada kisah seorang sahabat Nabi SAW, Julaibib r.a.. Ditakdirkan pula, kisah ini ada diabadikan di dalam Majalah Jom edisi kesembilan. Promot sikit ohoi! 

Tahukah anda siapa Julaibib? Dia adalah seorang sahabat yang sering dihina dan diperlekehkan, dek fizikalnya yang hodoh dan statusnya yang rendah pada mata Arab jahiliyyah ketika itu. Malah yang lebih menghinakan dalam kalangan masyarakat Arab ketika itu adalah Julaibib yang tidak mempunyai salasilah keturunan keluarganya. Hal ini adalah suatu kehinaan yang besar untuk masyarakat Arab ketika itu. Julaibib dihina, dikeji dan diperlakukan seperti binatang lagaknya. Sehinggakan dia sentiasa terpaksa mencari perlindungan daripada kaum wanita dek penghinaan dan seksaan yang diterimanya daripada kaum lelaki Arab Jahiliyyah ketika itu.

Sehinggalah datang ar-Rasul ke Madinah yang telah merubah segala-galanya. Julaibib diangkat sebagai salah seorang sahabat yang rapat dengan diri baginda. Julaibib dilayan dengan penuh kasih dan chenta, melompat sama tinggi dan bersila sama rendah dengan para sahabat yang lainnya. 

Ar-Rasul amat faham dengan keperluan dan fitrah seorang lelaki; maka pada suatu hari telah meminang seorang wanita Ansar untuk diri Julaibib. Pada mulanya ayah kepada wanita tersebut amat gembira kerana menyangkakan ar-Rasul meminang anaknya bagi pihak baginda. Namun apabila nama Julaibib yang terkeluar, si ayah terus terkejut gorilla. Si ibu pula menentang keras pinangan tersebut, kerana arif benar dengan perihal diri Julaibib.

Yang saya kagumkan dengan kisah tersebut adalah pada bakal isterinya, yang sewaktu mendapat tahu pinangan Rasulullah SAW untuk pihak Julaibib, meskipon ditentang keras oleh ibu dan ayahnya, dengan penuh redha dan yakin berkata:

"Tergamak kalian ingkar pada suruhan ar-Rasul? Hantarkan saya kepadanya (Julaibib); dia tidak akan membawa apa-apa mudharat kepada saya."

Dia kemudiannya membacakan sepotong ayat daripada surah al-Ahzab,

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata"
[al-Ahzab, 33:36] 

Katanya lagi, "Saya redha dan menyerahkan diri ini kepada sesiapa sahaja yang ar-Rasul SAW rasakan baik untuk saya."  

Ok ok silalah nanges dahulu kalau perlu. Perlukan sekotak tisu?

Keimanan wanita Ansar itu berada pada tahap yang tertinggi, apabila dia taat dan beriman dengan setiap kata-kata ar-Rasul. Ia juga memberikan kita panduan dan bimbingan, bahawasanya dalam memilih bakal pasangan, keredhaan Allah adalah tujuan dan matlamat utama yang perlu dikecapi. 

Dan Allah benar-benar redha pada mereka berdua. Julaibib akhirnya mati syahid dalam sebuah peperangan yang disertainya bersama ar-Rasul. Kemuliaan apakah yang lebih tinggi dan terhormat daripada mendapat gelaran syuhada'? Dan kemuliaan apakah yang lebih tinggi dan mulia untuk seorang wanita, daripada menjadi isteri kepada seorang syuhada'? 

Allah...

Membaca kisah Julaibib ini berkali-kali, tidak boleh tidak, saya memuhasabah diri. Betapa jauhnya diri ini dengan keimanan yang ditunjukkan oleh para sahabat. Betapa nafsu dan kepentingan diri banyak memainkan peranan dalam menguruskan hal-ehwal Bait al-Muslim. Nak dagu lekuklah. Nak yang ada lesung pipitlah. Nak yang putihlah. Nak yang pandai masaklah. Nak yang manjalah. Nak yang gila-gilalah. Nak yang tinggi lampailah. Nak yang bermata hijaulah. Nak yang bersuara muluslah. Nak yang hidung mancunglah. Nak yang tak pakai cermin matalah. Tak nak orang Kelantanlah. Nak yang kerja sebagai cikgulah. Aduhai, macam-macamlah! Jika begitu, kahwin sahaja dengan bidadari sorga! 

Tunduk malu, air mata mengalir laju. 

Kerana itu agaknya, as-Syahid Hassan al-Banna meletakkan individu muslim itu sebagai pra-syarat yang perlu dipenuhi, sebelum mendirikan rumah tangga. Kerana rupa-rupanya, cabaran mahu membina mahligai sorga ini amat mencabar dan menggarukan kepala. Terlalu banyak perkara yang perlu diambil kira; yang sekiranya neraca dan penanda aras yang digunakan salah dan menyimpang, pastilah Bait al-Muslim yang dibina nanti menuju bencana. Itu belum lagi dikira cabaran, mehnah dan tribulasi semasa sudah berBM dan mendapat anak nanti! Adeh.

Kadang-kadang mendengar perkongsian dan luahan rasa daripada ikhwah yang sudah berkahwin, menyebabkan diri ini berasa ragu-ragu sama ada sudah benar-benar bersedia untuk menaiki anak tangga yang seterusnya. Dengan masalah itu, isu ini, krisis begitu, insiden ini. Silap haribulan, boleh tobek kepala dibuatnya! Bukan sekali dua saya terbeliak mata dan terlopong mulut mendengar pengakuan berani mati daripada ikhwah yang bercerita tentang mehnah dan tribulasi yang terpaksa mereka lalui sebagai seorang suami. Dan jangan ingat perkahwinan ikhwah akhawat ini sudah terjamin bahagia, bahawa perkahwinan mereka ini akan sentiasa bersulamkan kuntuman bunga dafodil di samping arnab-arnab gemok berkeliaran riang. 

Tidak, kerana mereka juga manusia biasa. Mereka juga punya kelemahan dan kekurangan, yang seandainya kita tidak berlapang dada dengannya, sudah pasti amat mudah untuk kita menghukum mati mereka ini. Kerana itu juga, sekali lagi suka untuk saya ingatkan dan tekankan, betapa pembinaan individu muslim dalam setiap jiwa anda dan anda sebagai seorang dai'e layaknya, amat-amatlah penting dan tidak boleh dipandang enteng. Ia bakal menentukan halatuju hidup anda sehingga ke akhir hayat nanti.

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah buat wanita-wanita yang baik..."
[an-Nur, 24:26]


Urusan Bait al-Muslim bukanlah perkara yang main-main. Ia adalah suatu keputusan yang bakal merubah hidup kita selamanya. Ia menggabungkan dua jiwa yang datangnya mungkin dari latar belakang yang cukup berbeza, tetapi punya matlamat dan fikrah yang sama, mengharapkan keredhaan hakiki dan agar suatu hari nanti, dapat berpimpinan tangan melangkah masuk ke dalam sorga. Dan adalah suatu kesatuan yang bakal melahirkan para pewaris perjuangan menyebarkan kebenaran, mujahid dan mujahidah yang akan meninggikan kalimah Allah. Masakan perkara sepenting ini tidak didasari dengan asas dan tapak yang kukuh lagi utuh..?

Kepada adik-adik di luar sana (Eleh, saya tahu anda baca juga sampai ke tahap ini en?), janganlah sibuk mahu berBM berumah tangga bagai seandainya nak bangun qiam dan solat Subuh berjemaah pon payah. Tidak perlulah mendambakan akhawat Super Saiya sekiranya diri kita ini tersangat gemok dengan dosa dan noda. Janganlah berangan-angan nak bina rumah tangga bahagia dengan akhawat yang turun dari langit petala ketiga, andai tarbiyah lingkup, dakwah entah ke mana. 

Ia peringatan untuk diri saya juga. Agar meletakkan neraca redha Allah itu sebagai penanda aras yang utama. Bukan kecantikan, bukan kemewahan, bukan latar belakang keluarga, bukan pendidikan, bukan. Tapi chenta dan redha Allah itu yang paling sangat maha terutama. Kemudian baharulah yang lain-lainnya. 

Kerana yang saya inginkan adalah ketenangan. Yang saya inginkan adalah keredhaan. Dan yang saya inginkan adalah kelazatan iman.

Dan kerana.. Saya ingin berchenta dengan bakal zaujati, sampai mati. Saya ingin berchenta dengannya, sehingga ke mahligai sorga...

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami sebagai pemimpin orang-orang yang bertaqwa."
[al-Furqan, 25:74]


-gabbana-

Lepas baca post ini, mesti akan ada orang yang komen, atau etlis terfikir, "Wah Inche gabbana dah sampai masa ni! Tunggu apa lagi..??" Peluh besar. Tak habis-habis. Tulis pasal BM je, dah sampai masa. Tulis pasal BM je, dah sampai seru. Perlukah...?? Ok emo sedikit.

Juga saya menjangkakan akan ada orang yang meminta saya menarik balik artikel ini, kerana mungkin akan menimbulkan fitnah dan salah sangka. Sekiranya benar anda merasakan begitu, sila nyatakan mengapa dengan sebab-sebabnya dan in shaa Allah, sekiranya relevan dan penuh rasional, saya tiada masalah untuk menariknya semula. Jika tidak, saya merasakan ada perlunya untuk saya berkongsi rasa. 

Sekian terima kasih. Bilalah dunia nak aman tanpa perang ni..? 

47 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 18/12/2012, 16:07  

terbaikk inche gabbana. semoga beroleh yang terbaik :) inshaallah.

Anonymous 18/12/2012, 16:10  

Sgt besttt.. ;D

Anonymous 18/12/2012, 16:17  

Terbaik :)

Anonymous 18/12/2012, 16:19  

"Wah Inche gabbana dah sampai masa ni! Tunggu apa lagi..??"
Eheh. Aman, tanpa perang ^^V

TanpaNama 18/12/2012, 16:24  

lutut menggeletar..
seriyus rasa mcm kena tembak dengan bazooka! T__T
jzkk Inche Gabbana!

Anonymous 18/12/2012, 16:30  

Q: contoh seseorg ala2 da lulus ke tangga BM inche gabbana? Share ples... N ye sy read the article till the end...

Anonymous 18/12/2012, 17:06  

tapi . . saya dah kawin . Hoho

Anonymous 18/12/2012, 17:16  

Aduh. rs tertembak bazooka. T.T Tersedar yg diri sendiri pn mengharap supersaiya, sedangkan diri kura2 yg baru belajar merangkak. Masih belum layak ber'BM *pengsan. Jzkk for the info.

Anonymous 18/12/2012, 18:17  

pertame kali bace post APG sampai habis.haha

Anonymous 18/12/2012, 18:35  

akhi,ana terkesan dengan kisah Julaibib dan zaujahnya tu..betapa keimanan si isteri sgt meninggi kepada Allah dan Rasul..nak dapat zaujah camtu jugak,boleh ? ;)

Anonymous 18/12/2012, 18:52  

nk mkn nasi minyak kenduri inche gabbana boleh? ;D

Anonymous 18/12/2012, 18:55  

gambar tu mmg epic :)

akitod 18/12/2012, 19:35  

hantaran inche nanti ada gucci mybe?^_^

Mummy Poko tiada bocoran hanya senyuman 18/12/2012, 19:50  

Jemput saya please kalau ada kenduri. wakakaka. ^^,v

Anonymous 18/12/2012, 19:56  

jzkk akhi,,ana br berniat nak isi borg.sbb fikir x perlu syarat2 tinggi2 just nak cari yg ada ciri2 abah sndiri..balik2 ana usha naqibah ana..tp sbnrnya x pasti adakah ana ni layak or tak layak lg..tp bila baca en3 ni..hoh..J_S

Anonymous 18/12/2012, 20:41  

tq inche gabbana..terlempang seketika, terlopong mulut menganga.betapa dri ini..................haih... :(

Anonymous 18/12/2012, 21:32  

=) Inche Gabbana,, syukron atas ilmu

Anonymous 18/12/2012, 22:52  

subhanAllah...inche gabbana, sy amat terkesan dgn stp tulisan inche! syukur pd Allah krn meminjamkan sahabat2 sprt inche dlm perjalanan dunia yg kdg2 pening...hoho.
di sini sy nak share jg sdkt kisah ttg diri yg dua kali dah dpt borang bm, tp dua2 x jadi...dan yg ketiga, walau bukan ikhwah dlm usrah/gerabak dakwah...alhamdulillah punyai ciri2 org2 soleh dan lebih menepati piawaian ibu bapa...smg Allah mpermudahkan urusan kita semua..aameen

nur Hidayah 18/12/2012, 23:07  

In shaa Allah, Inche Gabbana akan temuinya,dgn kesabaran , dgn usaha, dgn munajat. Allah akan mudahkan, percayalah, bila niat kita benar. Jemputlah kami pembaca blog APG, kalau tak nak dikenali, kena pakai penutup mata ala-ala zoro ... Huh fesyen pengantin lelaki terhebat alaf ini..

Anonymous 18/12/2012, 23:11  

Kadang-kadang bila fikir pasal BM ni.. Surah Al-Ahzab;36 tu mesti terkeluar dalam benak fikir.. kerana kononnya mahukan yang perfect.. huhu.. T-T

KukuMalu 18/12/2012, 23:19  

Apakah ciri2 isteri yang diidamkan oleh Inche Gabanna selain daripada "SOLEHAH". dan apakah kriteria yang puan Mama Gabanna mahukan. Ahahaha. nak tanya sebab nak tahu. wakakakaka. ^^, mohon dibalas komen ini. :D

Dear bella 18/12/2012, 23:46  

tidak perlu ditarik balik post ini...
Apa yg diperkatakan oleh kamu adalah benar. Saya dah lihat mata kepala sendiri, betapa susahnya utk berBM. Tanggungjawabnya sungguh besar sekali..

Anonymous 18/12/2012, 23:52  

malu sy dgn dr sndr.Malu pd Allah. malu pd rasulallah..indvd mslm pon blm ckp kuat,tp dh trpkr utk b'BM.thanz 4 this entri.

thep 19/12/2012, 00:04  

Senyum :)

thepenulisjalanan 19/12/2012, 00:04  

Senyum :)

Anonymous 19/12/2012, 00:43  

yep..ada input luar biasa di situ..
moga kita mnjdi pencinta agamaNya..

kita x mmpu utk mncuri hati2 hmbaNya sesuka hati..cma stu hati shj yg kita mmpu perbaiki..adalh hati kita sndiri..

terus kita terjah dunia tarbiyyahNya !

dr 'afifah 19/12/2012, 01:18  

tersangat setuju =)
sbb tu sy sgt kagum dgn sesiapa yg sebaya usianya dgn sy tp dh mendirikn rumah tangga..krn 'merasakn diri itu bersedia' ialah subjektif..

dr 'afifah 19/12/2012, 01:18  

tersangat setuju =)
sbb tu sy sgt kagum dgn sesiapa yg sebaya usianya dgn sy tp dh mendirikn rumah tangga..krn 'merasakn diri itu bersedia' ialah subjektif..

mccheek 19/12/2012, 06:30  

Sape pn takpe. Sume ciptaan Allah belake. Yg baik blh jd tk
baik,vice versa, now or later.Sape yg baik, sape yg tidak.
You pn blm tentu baik sampai sudahh..cop..cop..'You'
means anyone.

How do you judge? Allah is the best judge. Nothing happens
without His consent.Most importantly maximise any
situation in pursuit of His redha.
Every situation is an obligation.

So, takyah anxious sgt.Tk perlu letak syarat tinggi bagai..
redha je...Ewwah! Look who is talking. Pis.

P/S : meriah sungguh responses.. exctd kot, bg yg blm..
camtu laa..

Anonymous 19/12/2012, 06:48  

Kalau Die kasi yg 'tk baek' pn, tu sbb nk tgktkn darjat anda..
itu pn kalau anda bejaye..baru test tahap super anda..
gudluck!

Mohd Rafie Izwan 19/12/2012, 09:15  

as salam.. anda wajib menjemput saya utk majlis walimah.. ada paham? ^^ sy pernah menulis ttg ini, silala bc http://rafieizwan.blogspot.com/2012/05/marriage-is-loving-together-not-just.html

Unknown 19/12/2012, 10:16  

ade sesetengah kita, individu muslim tak nak kukuhkan, baitu muslimn nak sngt2. macm mana masjid x runtuh? nauzubillahmin zalik

shamyheart 19/12/2012, 19:54  

Wah, terkesan dgn entri ini.
Suka dgn cara encik gabbana menulis. Teruskan menulis dan entri ini perlu dikekalkan. Ingin rasanya berkongsi pada kawan kawan.
Ya, bukan mudah nak berBM. nak dapat yang terbaik. Tapi siapalah kita, iman pun nipis bagai kulit bawang.

Aqilarin 20/12/2012, 01:17  

baca entri ni lepas tu juxtaposed dgn entri "berchenta dgn ALLAH dulu". memang umph.

Anonymous 20/12/2012, 06:08  

saya pernah fikir yang, kalau ber-BM boleh buat saya jadi individu muslim yang lebih mantop.
tapi...tepat sekali! Sendiri itu yang kena berusaha jaga hbg dengan Allah untuk jadi individu muslim yang baik. Tidak perlu mengada nak harap bakal zauj tolong bila dah nikah nanti. Si dia juga manusia biasa. huhu...
Mari kejar saja cinta Allah, seluruh dunia akan berebut mencintai kita.

jzkk atas entrinya~

Anonymous 20/12/2012, 20:56  

setuju!! mmg bukan semudah yang disangka!
dan setuju..xboleh gopoh..

Nur Hafizah 21/12/2012, 00:07  

Tak nak orang Kelantan lah.Okay fineee.Er.Baitul Muslim ni memang buat orang excited.Tapi apa yang di excitedkan pun tak tahu, padahal its a lifetime commitment.Seorang pakcik yang osem dalam tarbiyahdakwah ada cerita dia xada pun nak mengada-ngada nak merasa isteri masak itu ini sebab dia faham isteri dia pun sibuk juga dengan tarbiyah dan dakwah.Dia pun tak berkira sangat dengan isteri kalo ada apa-apa yang kurang sebab dia tahu syurga barulah tempat untuk benda-benda yang perfect dan betapa dia nak masuk ke syurga bersama zaujah tercinta.:)

Anonymous 21/12/2012, 01:04  

sendiri baca,sendiri berdebar debar. *echewah*
pandangan peribadi; pilihlah ikut kriteria puan mama. yang mengikut kriteria inche gabbana tu boleh dibentuk sepanjang hidup =)
p/s jzkk untuk ilmu ini!

Anonymous 21/12/2012, 07:53  

Saye rase laa..a person like you, like you (similar to you)
is quite...eeerieeee...bakal zaujah? anyone dares?
okk..only those who dare, take up the challenge

Anonymous 22/12/2012, 15:21  

Nak menaiki tangga tu mmg susah....perlu mencurahkan seluruh daya dan tenaga...
In shaa Allah berjaya...

Anonymous 23/12/2012, 22:52  

An eye opener on being a good individu muslim first. kita sering berfikir utk berBM tapi hakikatnya diri sendiri belum perkasa sebagai IM..

Anonymous 26/12/2012, 22:23  

Moga dipermudahkan urusan en gabanna dan diberikan jodoh yang terbaik

Anonymous 27/12/2012, 23:40  

Kerana baitul muslim tak sama dengan perkahwinan biasa.. (nanges).

tiger biskuat 01/01/2013, 21:14  

Inche Gabbana nak taw satu kisah yang boleh buat kita tampar diri sendiri tak pasal BM ni? Bukan kisah para sahabat dengan keimanan mereka yang jitu. Tapi kisah seorang akh yang hidup di zaman kita. Yang masih bernafas hingga saat komen ini ditulis. Seorang akh yang kalau saya sebut nama dia mesti Inche Gabbana kenal, walaupun kita tak saling mengenal.

Tak kesah la kalau inche tak nak taw saya nak bagitaw jugak.

Seorang akh dalam urusan BMnya, meletakkan satu syarat sahaja untuk bakal zaujah dia; bawa 3 usrah yang muntij. Fuiyoh, dia nk akhawat super saiya tu !!!

Alkisahnya, masa ta'aruf bakal zaujah dia bagitaw yang dia tak reti masak, tak reti cuci-cuci kemas-kemas bagai.

Dan akh tu dengan koolnya terima kekurangan tersebut, sebab yang dia persyaratkan hanya yang satu itu. Mungkin sebab apa yang dia nak bina bukan sekadar baitul muslim, tapi baitul dakwah.

Apa yang jadi kat akh tadi dengan zaujah dia (bukan bakal dah)? Lepas kahwin, zaujah dia belajar memasak, mencuci dan mengemas. Dan ternyata zaujah dia boleh je buat semua tu. Cuma sebelum ni tak pernah try je. Osem !!

Bila neraca Allah melebihi neraca dunia. Bila kita lebih memilih akhirat berbanding dunia, Allah akan bagi dunia kat kita tanpa kita minta.

Ok saya nak tampar diri sendiri sekarang jugak !!

p/s: Akh itu ialah Salim A. Fillah. Iye, Salim A. Fillah yang Inche Gabbana jatuh chenta guling-guling dengan buku dia Dalam Dekapan Ukhuwah, yang inche selalu quot tu. Osem kan ?! Kisah ni dia ada tulis dalam buku dia yang lain, Jalan Cinta Para Pejuang. Dalam buku tu dia tulis kisah seorang lelaki je, dia tak bagitaw pun tu kisah dia. Tapi saya dapat tahu dari seorang kawan yang pernah dengar pengisian dia, yang tu memang kisah dia yang sebenar.

True story, bro !!

p/p/s: Jangan lupa dapatkan buku Jalan Cinta Para Pejuang di kedai berdekatan. Ehem ehem...

Usrah IKRAM 20/03/2013, 18:34  

ermm teringat pd diri sendiri.. diri sendiri ini yg jua dahulunya memilih, nak yang hensem2 aja.. nak yg tinggi2 je sdgkn diri sendri xtinggi pun..nak yg begitu begini.. erm..

Tapi lepas ditarik ke kancah DNT, semuanya berubah... tidak ku pandang lagi semuanya itu.. tidak ku meletakkan syarat2 ketat untuk mendirikan BM seperti dahulu kala..huhu..

Redha ALLAH lebih diutamakan tika ini.. walaupun sekarang di asak2 oleh kwn2 satu usrah agar mengisi BM.. hohoho

Sesungguhnya nyawaku dalam gengamanNya.. T_T

Anonymous 04/07/2013, 09:42  

mohon diberi petunjuk dan hidayahNya =)

Anonymous 26/09/2013, 23:34  

:)
insafi diri yg maseh banyak kekurangan..
:)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP