25 March 2013

Konspirasi Tarbiyah

[Kredit]

SATU

"Pssstt psstt... Cuba kau tengok diorang tu hah. Saspisyes betul lah. Seminggu sekali, mesti ramai-ramai kumpul kat rumah si Badrul Teppanyaki kat hujung tu. Lepas tu semua kasut bawak masuk dalam.. Ish, macam buat benda tak elok je tu."

Azim Ramli memulakan bicara di kedai kopi, sambil tangannya ligat mengatur buah dam.

"Eh yelah, aku pon perasan jugak. Aku kira kira, ada lah jugak tujuh lapan orang yang dok ulang alik, ulang alik. Kuriyes jugak aku nak tahu, apa yang diorang buat kat dalam tu."

Daud Bejana pula memberikan pendapatnya.

"Tak boleh jadi ni.. Kalau dibiarkan, aku rasa mereka akan buat onar kat kampung kita ni! Kita kena buat sesuatu!"

Mereka berdua lantas menyambung main dam, pekena dua tiga cawan kopi berhutang, kemudian bergegas ke rumah Lebai Saifudin Tukiran, imam surau kampung mereka. 

"Pak Lebai! Kita tak boleh biarkan mereka ni terus-menerus bergiat dengan aktiviti mencurigakan mereka tu. Entah-entah mereka sedang sebarkan ajaran sesat! Ish, bahaya ni pak lebai! Bahaya untuk kita, umat Islam seluruhnya.

Azim Ramli bersuara. Pandai pula kau berhujah en. Eh?

Akhirnya setelah puas memujuk Lebai Saifudin Tukiran untuk berbuat sesuatu, Pak Lebai akhirnya bersetuju untuk melakukan Ops Cegah bersama dengan Ahli Jawatankuasa surau yang lain. Minggu hadapan, pada hari yang sama, mereka akan beramai-ramai menyerbu rumah Badrul Teppanyaki untuk menangkap mereka yang terlibat menyebarkan ajaran sesat lagi menyesatkan seperti yang didakwa.

Arakian nak dijadikan cerita, minggu hadapan, segerombolan penduduk kampung yang diketuai oleh Lebai Saifudin Tukiran, dan diapi-apikan oleh Azim Ramli sambil dimeriahkan dengan pukulan gendang oleh Daud Bejana menuju ke rumah Badrul Teppanyaki. Ketika mereka menghampiri rumah Badrul Teppanyaki, semuanya mendiamkan diri kerana tidak mahu mereka yang berada di dalam rumah menyedari  kehadiran mereka semua. 

Sayup-sayup kedengaran orang membaca sesuatu di dalam rumah. Nyaring dan berlagu bunyinya.

"Haaa. Kan aku dah kata, diorang ni bawak ajaran sesat?? Bida'ah! Dolalah!"

Bisik Azim Ramli tak berapa nak berbisik kepada ahli-ahli rombongan yang lain. Selepas mengatur strategi dengan Lebai Saifudin Tukiran, mereka semua bersetuju untuk merempuh masuk rumah tersebut, agar mereka yang berada di dalam tidak punya can untuk melarikan diri.

Gedebuk! Pintu dirempuh.

"Haaaa...! Kamu semua buat apa kat dalam rum...."

Kelihatan sekumpulan lelaki sedang duduk di dalam bulatan, khusyu' membaca al-Quran. Konsentrasi mereka terganggu dengan rempuhan tersebut.

"Salaam a'laikum warah matullah."

Badrul Teppanyaki bersuara.

"Ye saudara-saudara sekalian..? Bagaimana kami boleh membantu anda..? Anda nak sertai bulatan sorga kami, yang penuh bahagia ini..?"

Badrul Teppanyaki tersenyum penuh mesra.

Lebai Saifudin Tukiran tercengang, mulut ternganga. Mata Azim Ramli terbeliak tidak terpercaya. Wajah Daud Bejana merah padam, tidak tahu nak sorok mana. 

***

DUA

"Aku seriyes kuriyes, apa yang si Leha Sudirman dengan Maimunah Ayubi tu buat setiap hujung minggu. Bila tiba hujung minggu je, mereka hilang. Bila mereka hilang je, hujung minggu. Eh."

Maria Mariana menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada besfren forevernya, Diana Daniella. 

"Dahla pakai tudung labuh sampai kaki. Tak panas ke...?? Ish."

"Aku rasa lah, diorang simpan bom dalam tudung tu. Setiap hujung minggu tu, diorang pergi belajar macam mana nak pasang bom!"

Berderai hilaian tawa mereka berdua, seperti pontianak lagaknya.

"Ha, kalau kau nak tahu sangat, apa kata kita pergi intip diorang tu hujung minggu ni..?"

Diana Daniella memberikan cadangan yang boleh tahan bernasnya kepada Maria Mariana. Bolehlah tahan. 

"Hmmm. Menarik gak tu. Tapi.. Kalau kantoi dengan diorang tu nanti, macam mana..?"

"Alaaah. Kacang cap Pagoda je tu! Kalau kantoi, cakaplah kita kebetulan ada kat kawasan tu. Nak lagi lebat, kita cakap je kat diorang yang kita berminat nak join diorang tu! Amcama..? Ada bran..?"  

Berkerut dahi Maria Mariana memikirkan cadangan sahabatnya itu. Hallo, susah sangat ke nak buat keputusan? Bukannya sains roket pon. Eh. 

TIdak semena-mena, terukir senyuman sedikit keji di bibir Maria Mariana.

"Deal!"

Dia menghulurkan ibu jari tangan kanannyanya untuk dicelek (betul ke perkataan ni..?) oleh Diana Daniella. 

Hujung minggu itu, mereka berdua dengan berhati-hati mengekori Leha Sudirman dan Maimunah Ayubi dari belakang. Ada lah dalam tiga ratus meter begitu. Leha dan Maimunah naik bas, mereka pon naik bas. Leha dan Maimunah lompat longkang, mereka pon lompat. Leha dan Maimunah lari dalam guni, mereka pon.. Ok mengarut. 

Tidak lama selepas itu, kelihatan Leha dan Maimunah berhenti di sebuah rumah kedai. Setelah memerhatikan sekeliling, mereka berdua naik ke atas. 

"Uisssh... Aku dah agak dah! Diorang ni mesti ada agenda tersembunyi ni! Kau tengok tu, diorang nak buat apa kat rumah kedai macam tu. Kawasan ni kawasan Cina Jinjang kot??"

"Diorang ni jual badan agaknya...!" Celah Diana Daniella. 

Mereka berpandangan sebelum masing-masing tersenyum sinis. Mereka bergegas ke kedai runcit di tingkat bawah.

"Toke, u tau ka, tadi itu dua orang perempuan pakai tudung besar itu, dia orang buat apa naik atas..?"

"Apa fasal anda cakap pelat macam orang Cina? Apa anda ingat saya tak tahu kah berbahasa Melayu baku? Saya dahulu cikgu Bahasa Melayu tahu..??"

Akward moment. Shiuuhh shiuhh angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. 

"Err.. Maaf pakcik. Uhm.. Macam mana kami nak tahu, mereka tu buat apa ye..?" 

"Aiyoh. Apa fasal yang anda semua ni nak sibuk-sibuk..?"

"Sebab.. Kami syak mereka berbuat sesuatu yang tidak baik pakcik! Dan kalau benar sangkaan kami tu, maka kami nak cegah! Kami nak bantu mereka ni!"

Ok poyo. 

"Benda apa yang tak baiknya..? Mereka tu datang sini untuk berkonferens riang. Belajar agama. Dengar ceramah agama. Cipipi cipika. Berukhuwwah fillah bagai. Dahla semuanya sopan dan berbudi bahasa. Memang calon menantu terbaik! Ha, anda beritahu saya, tang mana yang tak baik tu..??"

"Err.. Oktengsbai pakcik!"

***

TIGA

Muaz Muawiz berasa tidak sedap hati. Dia ragu-ragu. Was-was.

Layanan yang diberikan oleh Abang Faizul Sumarjo kepada dirinya cukup baik sekali. Walhal tidak sampai sebulan mereka berkenalan, setelah Muaz Muawiz melanjutkan pelajarannya ke universiti tempat mereka belajar itu. 

Malah seingat Muaz Muawiz, sejak hari pertama lagi Abang Faizul Sumarjo sudah melayannya dengan penuh mesra dan kasih-sayang. Ketika hari pendafataran, Abang Faizul Sumarjo lah yang menunjukkan bilik penginapannya. Abang Faizul Sumarjo membantunya mengangkat beg pakaiannya dan perkakasan yang lain. Cadar pon siap dipasang Abang Faizul Sumarjo! Pergh. 

Semenjak hari itu, Abang Faizul Sumarjo kerap mengunjungi bilik Muaz Muawiz. Setiap kali kunjungannya, pasti dia akan membawa makanan bersama-sama. Kadang-kadang tu, makanan yang ringan-ringan sahaja seperti Nini Cokelat Celup, Celup Celup!, pisang goreng, buah anggur tanpa biji dan keropok ikan bilis. Tetapi kadang-kadang tu, dibawanya set makanan lengkap, siap dengan pembuka selera dan pencuci mulut sekali Walaweh! 

Siapa yang tidak berasa istimewa kan apabila dilayan sebegitu rupa..? Muaz Muawiz pada mulanya memang seronok dan teruja dilayan sebegitu rupa. Lagi pon, jimat duit beb, orang selalu belanja makan percuma! Wahahaha. Ok keji.

Namun lama-kelamaan, dia berasa sangsi dengan niat Abang Faizul Sumarjo. Baiknya lain macam! Tidak pernah Muaz Muawiz jumpa manusia sebaik itu sebelum ini. Apabila diminta tolong, pasti tidak akan ditolaknya, walau pertolongan yang diminta di tengah malam atau perkara yang remeh sahaja. Apabila sengkek, dia tidak lokek meminjamkan wangnya. Apabila jatuh sakit, dialah orang pertama yang akan datang bertanyakan khabar. Wah, ini manusia atau malaikat..? 

Kesangsian Muaz Muawiz bertambah kuat apabila ada rakan-rakannya yang menghasutnya, yang mendakwa Abang Faizul Sumarjo ada niat jahat yang tersembunyi. Dan Muaz Muawiz bakal menjadi mangsa.

Ada yang menuduh Abang Faizul Sumarjo sedang merekrut kader untuk mengedar dadah.

Ada yang mendakwa Abang Faizul Sumarjo adalah seorang pendatang tanpa izin, maka memerlukan seseorang untuk menjadi penjaminnya kelak.

Dan ada juga yang membuat propa bahawa Abang Faizul Sumarjo itu mempunyai nafsu songsang dan sudah jatuh chenta dengan Muaz Muawiz yang boleh tahan jambu itu!

Astaghfirullah. Telan air liur Muaz Muawiz dibuatnyanya apabila memikirkan tuduhan yang terakhir itu. Dia sememangnya tidak mahu percaya langsung kepada tuduhan dan hasutan yang dilemparkan, kerana dia mengenali Abang Faizul Sumarjo sebagai seorang yang sangat baik, menjaga solat dan ibadahnya dan mempunyai budi pekerti yang sangat mulia. Cuma, yalah, hati manusia mana yang tidak terusik dengan tuduhan-tuduhan liar sebegitu rupa? 

Akibat tidak tertahan lagi dengan perasaan curiga dan was-was yang membuak-buak, Muaz Muawiz mengambil keputusan untuk berhadapan dengan Abang Faizul Sumarjo dan bertanyakan niat sebenarnya. Konfrontasi. 

"Abang Faizul Sumarjo.. Uhhhmm. Saya nak tanya.. Harapnya Abang tak berkecil hati.. Saya nak tahu... Kenapa Abang baik sangat eh dengan saya..? Bukan apa.. Tak nampak pon Abang baik dengan orang lain macam tu.. Kenapa saya..?"

Terbeliak mata Abang Faizul Sumarjo mendengar pertanyaan jujur Muaz Muawiz itu. Namun kemudian dia tersenyum. 

"Anda betul-betul nak tahu..?"

Muaz Muawiz teragak-agak sebentar, sebelum mengangguk perlahan kepalanya. 

"Mari ikut saya." 

Muaz Muawiz pada mulanya sedikit ragu-ragu dengan pelawaan itu. Namun dia tewas dengan perasaan ingin tahunya yang amat kuat. 

Mereka lantas menaiki sebuah bukit di tepi bangunan utama universiti.

"Nampak tak bintang tu..?" 

Abang Faizul Sumarjo memuncungkan mulutnya, menunjuk kepada sebutir bintang di tengah lautan langit malam yang pekat hitam.

"Ha..? Yang mana satu..?"

"Tu, yang paling cerah antara semua tu.."

"Oh ok.. Ha, nampak nampak."

Abang Faizul tersenyum sebelum menyambung bicara.

"Ada orang kata, bintang tu sorga.."

Muaz Muawiz berkerut. Lantas dipandangnya Abang Faizul Sumarjo dengan wajah sedikit pelik.

"Ok.. Maka..? 

Abang Faizul Sumarjo memandang tepat wajah Muaz Muawiz, mengukir senyuman manis sebelum memandang kembali pada bintang tadi.

"Saya nak bawa anda ke sana.. Ke bintang itu. Ke sorga. Ya.. Saya nak masuk sorga dengan anda..."

***

Anda benar. Kami memang ada konspirasi. Kami memang ada rancangan tersembunyi. Dan kami memang punya pelbagai strategi yang telah kami rancang sejak dahulu lagi. 

Kami nak tangkap anda. Kami nak jerat anda. Kami nak ikat kaki dan tangan anda.

Kemudian kami nak bawa anda lari jauh-jauh. Kami nak pukul anda sampai lebam. Dan kami nak bakar dan cincang-cincang tubuh hati anda. 

Kemudian kami akan minta wang tebusan daripada keluarga anda. Kalau mereka tidak mahu, kami akan buru mereka pula. 

Wahahaha. Anda takut..? Kecut perut..? Dada semput..?

Jangan. Sebab kami nak tangkap, jerat dan ikat kaki dan tangan anda, kemudian campak anda masuk sorga.

Kami nak bawa anda lari jauh-jauh dari tebing neraka. Kami nak pukul anda agar anda sedar dari kelalaian dan kelekaan anda selama ni. Kami nak bakar hati anda, cincang-cincang jiwa anda, agar ia kembali basah dan hidup, untuk berinteraksi denganNya. 

Dan kami nak minta tebusan daripada keluarga anda, agar demi nyawa mereka yang ada di tanganNya, kami berjanji untuk membimbing anda hingga kita sama-sama masuk sorga. Kami berjanji, yang kami akan menyayangi anda sesungguhnya, demi kasih sayang dan chentaNya yang agung lagi mulia.

Ya, kami memang ada konspirasi. Sensasi. Penuh misteri.

Namanya konspirasi tarbiyah. Menggugah. Demi redha Allah.  

"Katakanlah, 'Inilah jalanku; aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Maha Suci Allah, dan daku tidak termasuk orang-orang musyrik.'"
[Yusuf, 12:108]

Ada sesiapa berminat nak jadi ahli geng konspirasi kami..? Eheh.

Senyum kenyit mata.

-gabbana-

27 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 25/03/2013, 16:43  

senyum kenyit mata. Silakan ikat kaki dan tangan. Silakan bawa daku pergi..

ENCIK MUSAB 25/03/2013, 16:54  

Bawa daku pergi....jauh dari sini..

enino enoni 25/03/2013, 16:58  

im interested. sila bawa diri ini pergi~

usrah ikram 25/03/2013, 17:00  

Benci benar bc blog anda... Sebab mostly mcm kisah hdup saya sendiri... T_T.. Stp kali baca saya mesti mnangis... Muahaha.. Saya benci anda wahai en gabbana.... Menangisss...

Anonymous 25/03/2013, 17:08  

dunia ini OSEM

Rasyiq 25/03/2013, 17:11  

Konspirasi tarbiyyah . Saya sanggup terjun ke dalamnya !

usrah ikram 25/03/2013, 17:14  

Pertolongan anda masih belum kunjung tiba untuk mngkap seorang akhi..masih tiada response kedua dr anda... Mungkin anda tiada sudi.. Xmgpala... Hurmm..

Anonymous 25/03/2013, 17:22  

Jinjang?

lebahmanis 25/03/2013, 17:39  

en gabbana..menarik kisah satu, dua tiga..

mohon share dlm bentuk komik ;)

mintak izin guna idea..huu

Anonymous 25/03/2013, 18:21  

interested! nak jonnnnnnnn!

Anonymous 25/03/2013, 22:29  

sila email/pm/mesej/bagtau ke en. gabana kalu nak join..erkk..en. gabbana pasti melayan anda huhu

Anonymous 26/03/2013, 06:03  

so, are you saying that sorga is just for those yg berusrah?

Anonymous 26/03/2013, 11:15  

Ha'a ye. tekojut I.(ref Anon atas)

Nurulaqidah Muhd Anuar 26/03/2013, 11:26  

DAkwah dan tarbiyyah...besar nikmat org@ yg berada di dalamnye..

Anonymous 26/03/2013, 13:19  

Ikat daku bawa pergi :3

Anonymous 30/03/2013, 03:00  

"so, are you saying that sorga is
just for those yg berusrah?"

kepada anon:
eh tak de lah gitu. bknnye dgn usrah bdk2 usrah konpem msk syurga, cumanya usrah mbantu kami jage iman dan lebih dkt dengan pcipta sorga :)

Anonymous 31/03/2013, 09:39  

Bagi diaorang nih, usrah membantu diaorg, bagi org lain, cara laen..no more no less effective .. wallahuaklam.
To others not categorized by this so called group, not to worry,ada jalannya, just do it.
I know quite a number of them, am close to them, but I'm not sure all they do is right, the same way what others are doing are all correct.
Only God knows. God is fair... walau sebesar zarah kebaikan. Yang pentig niat. Jangan memperkecilkan keberuntungan dn usaha org laen.
APG wants to hear the truth abt what others are thinking, right? =)
Anon immdtly above,it boils down to the same thing, what you are saying as to the above, above anon.

Anonymous 31/03/2013, 10:04  

Kalau ibu/bape tk kasi pergi mmna, jangan pergi. Jgn pula curi2 pergi tanpa izin. Nak buat sesuatu bbncng dgn mrk mohon keberkatan. Jika tk dpt izin jgn melulu tuduh mrk tk sokong. Mungkin mrk blm fhm hal aktiviti korang, tak bermakna mrk bangkang. Mana husnuzonnye? Yang penting bg mrk, safety. Kalau anak perempuan pergi kmana2 tk berteman, ke tempat tah mna2 ceruk jin btdg (Jinjang/Hulu what?),naik public transport ..?? Sape organizer nye? Tk dbitau plk!Anything happens camtu, bukan takdir namanye, kalau tak ambil precautionary measures.

Unknown 02/04/2013, 20:59  

dalam process untuk diculik sang tarbiyah dan dakwah. insyaALLAH.ehem..hati redha di pukul hingga lebam asal tak lari daripada jalan yang lurus ini..jalan menuju syurga-Nya.

...miSS fAi... 03/04/2013, 12:17  

dari dulu mencari jika ada siapa2 yg sudi menerima ahli usrah yang baru. saya nak!!!!!!!!!!

Blaze1995 14/10/2013, 09:53  

Senyum kenyit balik...blink2 banyak kali smpai cabut bulu mata :D
mari2 saya hulurkan kaki tangan untuk diikat tapi jgn ketat2 nanti terpaksa potong sbb darah xmengalir :P
Alhamdulillah, cerita yg berhikmah~

Unknown 16/10/2013, 20:42  

Sweeet gitu. Allahu. Senyum sampai terkoyak pipi

Anonymous 28/12/2013, 23:19  

Nop... Tapi salah satu caranya untuk bawa mereka2 dluar sana kesyurga... InsyaAllah dunia Dan akhirat...

Unknown 29/12/2013, 12:47  

"Walau tarbiyah bukan segala-galanya,tetapi segala-segalanya bermula dgn tarbiyah"
{syeikh mustafa masyhur}

Anonymous 13/08/2014, 23:20  

Kalau usrah tu, dia jalankan semuanya secara senyap. Kalau boleh apa2 aktiviti tak nk bg tahu kat mana apa semua rahsia. Then, dia ada sylibus.Tu ke usrah sebenar apg? Ade satu lg jenis yg usrahnya mengaji sama2. Aktiviti takda rahsia. Jadi, Usrah sbnr yg mcm mana?

Anonymous 14/08/2014, 00:25  

Aku rasa macam kurang best lah entry yang ni. Tak feel. Macam takde ruh. Mungkin hati aku yang kering.
Mungkin entry ni dituju untuk orang biasa yang pandang serong dengan gerabak tarbiyah ni. Tapi, tak semua macam tu. Dan aku rasa anda yang menyertai gerabak tarbiah ni memandang kami yang biasa2 ni dengan pandangan yang 'ehh,,, dia ni tak ikut usrah, mesti dia tak suka dgn geng kita', atau apa2 pemikiran yang lebih kurang begini.
Maaf, ni memang ape yang terlintas kat hati bila baca entry ni.

Anonymous 26/08/2017, 23:24  

Defensif ke sbb strategi tembus secara rahsia, take over dan monopoli jemaah dan organisasi lain IRC/JIM/IKRAM dah terbongkar?

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP