4 March 2013

Sembilan Belas Dua Puluh Empat

[Kredit]

1924. Tahun matinya Vladimir Lenin dan naiknya Josef Stalin memegang tampuk pemerintahan kerajaan Soviet.

1924. Syarikat Mercedes Benz ditubuhkan oleh Gottlieb Daimler dan Karl Benz.


1924. Protokol Geneva diadaptasi oleh Liga Bangsa pasca Perang Dunia Pertama.


1924. Nenek Mah, pengasas serunding daging bakar terkenal di Kelantan dilahirkan. Eh.


1924. Khilafah Uthmaniyyah secara rasminya dibubarkan apabila Khalifah Abdul Majid II turun takhta.


1924. Syarikat IBM...


Op op. Gostan balik bahagian khalifah tu. Ha, yang pasal Uthmaniyyah tu.


1924. Khilafah Uthmaniyyah secara rasminya dibubarkan..


Ha ha, yang tu..! Besarkan sikit boleh..?


1924. Khilafah Uthmaniyyah secara rasminya dibubarkan.


Gasp. Betul ke Inche gabbana..?


Haah. Betul sangat. Anda tak tahu..?


Ya, pada 3 Mac 1924, sistem khilafah Islamiyyah, yang dimulakan oleh para sahabat selepas kewafatan ar-Rasul SAW lebih seribu tahun yang sebelumnya, akhirnya menemukan ajalnya. Pada 3 Mac 1924, sebuah sistem yang amat digeruni lagi dihormati oleh orang-orang bukan Islam akhirnya terkubur, menggali kuburnya sendiri. Pada 3 Mac 1924, benteng dan pelindung umat Islam yang selama itu menjadi perisai dan tombak umat Islam berlindung, akhirnya kalah tertewaskan dengan pelbagai fitnah dan tribulasi yang menyerang bertubi-tubi.


Nanges. 


Mari kita lihat beberapa fakta menarik dan penting tentang sistem khilafah untuk memahami betapa signifikannya sistem ini kepada umat Islam, agar melahirkan rasa 'izzah dan menaikkan semangat untuk kita kembalikan semula khilafah di muka bumi Allah ini. 


1) Ada banyak dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan untuk menegakkan khilafah Islamiyyah ini. Antaranya, di dalam al-Quran, Allah menyebutnya di dalam surah an-Nur:

"Allah telah menjanjikan kepada orang-orang antara kamu yang beriman yang mengerjakan kebajikan, bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebemul mereka berkuasa..."
[an-Nur, 24:55]

Di samping itu, ada banyak hadith-hadith yang menerangkan tentang urgensi untuk mendirikan khilafah Islamiyyah. Tetapi di dalam ruang yang terhad ini, ijinkan saya memetik sepotong hadith:

"Dahulu para nabi yang mengurus Bani Israil. Apabila wafat seorang nabi diutuslah nabi berikutnya, tetapi tidak ada lagi nabi setelahku. Akan ada para Khalifah dan jumlahnya akan banyak.” Para Sahabat bertanya, 'Apa yang engkau perintahkan kepada kami?' Nabi menjawab, 'Penuhilah bai’ah yang pertama dan yang pertama itu saja. Penuhilah hak-hak mereka. Allah akan meminta pertanggungjawaban terhadap apa yang menjadi kewajipan mereka.'"

[Hadith Riwayat Muslim]

Manakala sekiranya kita mengkaji sirah, kita juga akan mendapati betapa para sahabat mendokong dan memperjuangkan sistem khilafah ini. Yang paling menarik adalah apabila mereka secara sepakat menunda pengebumian ar-Rasul SAW usai kewafatan baginda, sehingga tiga hari lamanya. Sedangkan urusan pengkebumian jenazah adalah sesuatu yang wajib disegerakan, apatah lagi jasad yang mahu dikebumikan adalah manusia teragung di seluruh alam semesta! Namun ada urusan yang lebih utama dan penting yang mereka perlu selesakan dan segerakan; itulah pelantikan seorang khalifah, pemimpin bagi menggantikan tempat baginda. Hal ini menjadi hujah kepada keutamaan dan kepentingan seorang khalifah bagi umat Islam.

2) Sistem khilafah berjalan selama seribu dua ratus sembilan puluh dua tahun lamanya. Atau dengan bahasa mudahnya, 1,292 tahun, Eheh.


Wah, lamanya Inche gabbana! Benarkah fakta ini..?


Tanya anda sambil melopongkan mulut hingga kelihatan gigi anda yang rongak itu.


Ya, benar. Khulafa' ar-Rasyidin (Khalifah yang empat) bermula sebaik sahaja kewafatan baginda, pada tahun 632M hinggalah apabila Saidina Ali r.a. meletakkan jawatannya pada 661M.


Selepas itu, bermulalah sistem khilafah secara dinasti apabila Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan r.a. menggantikan tempat Ali. Khilafah Umayyah bertahan sehingga tahun 750M sebelum digulingkan dan diambil alih oleh Khilafah 'Abbasiyyah. Dinasti 'Abbas bertahan sehingga awal abad ke-16 (tahun yang tepat sukar ditentukan kerana banyaknya khilaf di sini).


Akhirnya, naik pula khilafah Uthmaniyyah sehingga tamatnya riwayat sistem khilafah Islamiyyah pada tahun 1924M. 


3) Dikisahkah di zaman pemerintahan 'Umar Abdul Aziz, seorang khalifah Super Saiya di zaman Khilafah Umayyah, kemakmuran dan keamanan negara Islam ketika itu mencapai tahap moksya apabila tiada seorang pon yang memerlukan bantuan Baitul Mal (badan zakat) sehingga para petugas Baitul Mal terpaksa pergi dari sebuah rumah ke rumah yang lainnya untuk memastikan siapa yang layak menerima bantuan.


Ini.. Ini.. Ini sumpah mengagumkan..!


4) Puncak kegemilangan pemerintahan khilafah Islam adalah apabila hampir dua pertiga daripada permukaan bumi ini berada di bawah naungan khalifah. Keluasan wilayah jajahan dan naungan kerajaan Islam ketika itu dapat digambarkan daripada kata-kata lejen Khalifah Harun ar-Rasyid, seorang khalifah soleh di era 'Abbasiyyah. Ketika itu, beliau sedang berdiri di beranda istananya, apabila baginda melihat tompokan awan dan berkata:


"Wahai awan! Turunkan hujan di mana-mana sahaja yang kau sukai. Kerana akhirnya hasilnya pasti akan sampai kepadaku!"


Walaweh. Sila buat muka kagum.



Keluasan jajahan wilayah Islam di era Umayyah. [Kredit]

5) Imam-imam mazhab yang empat - Imam Ahmad, Imam Shafi'e, Imam Malik dan Imam Hanafi - serta tokoh-tokoh Islam agung dan sering disebut-sebut nama mereka seperti Imam Ghazali, Ibn Taymiyyah, Ibn al-Qayyim, Imam Qurtubi, Ibn Sina, Ibn Khaldun, al-Khawarizmi dan lain-lain lagi, kesemua mereka ini hidup di era 'Abbasiyyah.

Di zaman ini kemajuan sains dan teknologi mencapai suatu tahap luar biasa di luar jangkaan manusia. Aktiviti-aktiviti penterjemahan dan pengumpulan buku dan ilmu giat dijalankan. Ketika ini, taraf ilmu berada di kemuncaknya. Umat Islam, dengan keimanan dan akhlak yang tinggi, menjadi rujukan seluruh umat manusia yang lainnya.

Ia menjadi bukti betapa umat Islam mampu menggegarkan dunia apabila pemerintahan Islam yang adil dan saksama menguasai dunia. Hal ini juga menjadi hujah betapa dakwah mereka ketika itu fokusnya adalah pada pembinaan tamadun dan penyebaran ilmu pengetahuan. Kerana dengan cara yang demikian, ramai orang akan tertarik untuk menyerahkan diri mereka kepada Islam. 

Di mana Salahuddin hari ini..?? [Kredit]
6) Salahuddin al-Ayyubi, insan yang bertanggungjawab dalam memimpin umat Islam membebaskan kota al-Quds daripada cengkaman para tentera Salib, adalah seorang berbangsa Kurdish dan bukannya Arab seperti yang disangka oleh kebanyakan orang. Ketika itu, Salahuddin berkhidmat untuk Sultan Nuruddin al-Zinki. Salahuddin kemudiannya naik menggantikan beliau menjadi Sultan Mesir dan as-Sham, dan mengasaskan dinasti Ayubi. 

Beliau telah berjaya memimpin para tentera Muslimin menentang tentera Salib untuk merangkul kemenangan demi kemenangan. Para tentera Islam yang suatu ketika pernah hilang semangat jihad akhirnya kembali berbara semangat mereka melihatkan ketokohan dan kepemimpinan Salahuddin. Peperangan Hittin adalah antara peperangan yang paling berjaya di bawah pimpinan Salahuddin dan tidak lama selepas itu, kota al-Quds berjaya pula dibebaskan. Takbir!  

7) Jika umat Islam berbangga dengan tokoh agung Salahuddin al-Ayyubi yang membebaskan al-Quds, umat Islam juga wajar berasa 'izzah dan bangga hidung kembang kempis dengan kelahiran seorang lagi tokoh dan pahlawan lejen yang diberi nama Muhammad al-Fateh yang telah membebaskan kota Konstatinopel daripada cengkaman kaum Kristian pada usia yang tersangat muda (awal 20-an). Beliau merupakan anak kepada Sultan Murad II, khalifah Uthmaniyyah ketika itu. 


Beliaulah yang disifatkan oleh ar-Rasul SAW di dalam sebuah hadith sebagai sebaik- baik pemimpin yang memimpin sebaik-baik tentera, apabila berjaya menumpaskan pertahanan kota Konstatinopel lantas membebaskannya pada tahun 1453M.


Ulama' sering menjadi rujukan dalam apa jua urusan semasa pemerintahan khalifah. Kini..? [Kredit]

8) Islam di bawah pemerintahan khilafah Uthmaniyyah mula melemah di abad ke-19 lagi, dek khalifah yang suka berfoya-foya dan umat Islam yang mula meninggalkan semangat jihad dan asyik dengan dunia (sebab yang sama yang membawa kepada kejatuhan khilafah 'Abbasiyyah). Malah, kerajan Turki Uthmaniyyah pernah digelar 'lelaki sakit Eropah' (the sick man of Europe) kerana hutangnya yang banyak dan kekuatan tenteranya yang semakin melemah.

Apabila kesilapan besar kerajaan Turki Uthmaniyyah adalah apabila ia bersetuju untuk bersekongkol dengan Jerman di dalam perang dunia pertama. Kekalahan pakatan mereka dalam peperangan tersebut membuka jalan kepada musuh-musuh Islam untuk menamatkan riwayatnya pada tahun 1924 melalui pelbagai perjanjian dan tipu daya seperti Deklarasi Balfour, peranan yang dimainkan pengkhianat besar Mustafa Kemal Attaturk dan sebagainya.

Sultan Abdul Majid II [Kredit]
Melalui perancangan Zionis dan musuh-musuh Islam yang lainnya yang bersungguh-sungguh dan terperinci, akhirnya Sultan Majid II, khalifah terakhir khilafah Uthmaniyyah dipecat dan dibuang negeri. Menarik juga untuk digarishitamkan di sini, bahawa di tengah-tengah kekhalifahan yang melemah di penghujung riwayat Uthmaniyyah, muncul seorang khalifah yang tegas dan teguh mempertahankan Islam dan kerajaan di bawah naungannya, yakni Sultan Abdul Hamid II. Apabila rombongan Zionis datang menemuinya dan menawarkan untuk membeli tanah Palestin dan membayar segal tok nenek hutang yang ditanggung oleh Kerajaan Turki Uthmaniyyah, beliau dengan tegas menolaknya. 


Harga yang terpaksa dibayar oleh Sultan Abdul Hamid II akibat bertegas dengan Zionis begitu mahal. Dia dipecat dan dihalau daripada istananya sendiri. [Kredit]

9) Musuh-musuh Islam sebenarnya gerun dan menghormati pada masa yang sama sistem khilafah yang ada. Mereka melihatnya sebagai ancaman terbesar ke atas mereka dan berusaha sesungguhnya untuk menghapuskan sistem tersebut. 

Antara kata-kata mereka terhadap Islam dan sistem khilafahnya: 

"Sesungguhnya kesatuan Islam sedang tidur. Tetapi kita mesti meletakkan di bawah perkiraan kita bahawa, orang yang tidur boleh jadi akan bangkit." - Arnold J. Toynbee, sejarawan British.

 "Pokoknya Turki telah dihancurkan dan ia tidak akan bangkit kembali, kerana kita telah memusnahkan kekuatan spiritualnya; khilafah dan Islam." - Lord Curzon, Setiausaha  Luar Negara Kerajaan British, 1924

 "...Apa yang dinamakan terorisme di Amerika, tapi sebenarnya adalah kebangkitan Islam radikal terhadap dunia sekular, dan terhadap dunia demokratik, atas nama untuk mendirikan semula sistem semacam khilafah." - Henry Kissinger, bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat

Kerana itulah, musuh-musuh laknatullah ini berusaha sebaiknya untuk memecah belahkan kesatuan umat Islam. Antara teknik yang digunakan adalah dengan dasar 'Pecah dan Perintah' dan membahagi-bahagikan tanah di semenanjung Arab dan Afrika mengikut suku kaum dan bangsa. Lawrence of Arabia bertanggungjawab menghasut Abdul Aziz as-Saud untuk membebaskan negara Arab yang ketika itu di bawah naungan kerajaan Turki Uthmaniyyah.

10) Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan oleh Imam as-Syahid Hassan al-Banna pada tahun 1928, 4 tahun selepas kejatuhan khilafah Uthamniyyah meletakkan mengembalikan semula sistem khilafah ke muka bumi sebagai misi dan matlamat utama penubuhannya.

Tidak hairanlah Zionis dan musuh-musuh Islam begitu ketar lutut dan kecut perut apabila parti Keadilan dan Kebebasan (al-Huriyyah wal 'Adalah) yang bernaung di bawah Ikhwanul Muslimin menang besar dalam pilihanraya Mesir tidak lama dahulu, lantas mengatur pelbagai helah dan tipu daya untuk menjatuhkan kerajaan yang telah diundi secara demokratik. Takut benar mereka, sistem khilafah yang begitu agung dan gah itu akan terdiri semula!

Al-Huriyyah wal 'Adalah. Keadilan. Kebebasan. Adakah kita di sini memperjuangkan perkara yang sama..? [Kredit]
Fuh.

Jujurnya, sepuluh fakta terpilih tentang khilafah Islamiyyah tidak cukup untuk berlaku adil kepada sebuah sistem yang cukup haibat yang telah bertahan seribu tahun lamanya, merentas padang pasir dan sungai, gunung dan lautan. 

Masih banyak yang saya amat teruja untuk berkongsi dengan anda semua; kisah kepahlawanan Saifuddin Qutuz menentang tentera Monggol dalam peperangan Ain Jalut, pengaruh Syiah dalam sistem khilafah, kegemilangan Islam di Andalus, kisah khalifah Mu'tasim yang mahu menghantar segerombolan tentera yang ingin membela nasib seorang wanita, perancangan Theodor Herzl, bapa Zionis moden dalam mendirikan negara haram Israel, siapa itu Mustafa Kemal Attaturk dan banyak lagi.

Kalau nak tahu lebih lanjut, kenalah dengar pengisian Ini Sungguh Kool! Eh. Promo percuma pula. Jelir lidah.

Saya kita, cukuplah sekadar ini, cukup untuk menunjukkan betapa di bawah pemerintahan khalifah Islam, addeen yang agung ini pernah berada di puncak, menjadi rujukan segenap alam semesta. Juga apabila umat Islam alpa dan leka, para pemimpinnya chenta pada dunia dan suka berfoya-foya, rakyatnya pula dua kali lima, jauh daripada cahaya Islam yang sebenar, mereka akan jatuh tersungkur, lantas menjadi sehina-hina bangsa. 

Antara semalam dan hari ini, lapan puluh sembilan tahun yang lalu, sebuah sistem yang paling berkuasa yang pernah disaksikan dunia, secara rasminya telah tamat riwayatnya. Pada hari yang penuh hitam dan malang itu, sebuah sistem yang bernasab hingga ke Rasulullah SAW akhirnya menemukan ajalnya selepas perancangan yang tersusun dan berterusan oleh musuh-musuh Islam. Dan pada tanggal yang wajar tidak luput dalam ingatan setiap umat Islam itu, sebuah sistem yang amat digeruni dan dihormati oleh orang-orang bukan Islam akhirnya berjaya dilumpuhkan lantas dihukum mati.

Tanggal 3 Mac 1924, adalah tarikh keramat yang penuh malang dan musibah buat setiap umat Islam, tapi wajar menjadi muhasabah dan ibrah besar buat kita semua.

Tanggal 3 Mac 1924, adalah tarikh yang akan kekal dalam sejarah umat Islam betapa suatu ketika dahulu, kita telah gagal mempertahankan kedaulatan ummah ini dek kelalaian dan kelekaan kita mengejar dunia.

Tanggal 3 Mac 1924, adalah hari di mana menjadi saksi, betapa janji Allah itu akan kekal dan tetap benar, bahawa sesungguhnya, barangsiapa yang ingkar dengan suruhanNya dan curang dalam menjaga agamaNya, pasti Dia akan menyerahkan tugas mentadbir alam ini kepada segolongan manusia yang lainnya.

"Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah zaman khalifah yang berjalan sepertimana zaman kenabian. Maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit. Berlaku zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya juga, kemudian berlakulah zaman pemerintahan diktator (zaman penindasan dan penzaliman), dan berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula zaman khalifah yang berjalan diatas cara hidup zaman Kenabian."
[Riwayat Imam Ahmad, Bazzar dan at-Tabrani dari Abu Hudzaifah al-Yamani]

Umat Islam akan kembali bersatu, di bawah panji khilafah Islamiyyah yang akan tertegak semula, menerangi seluruh alam buana. Ketika itu, di mana kita..? [Kredit]

Antara semalam dan hari ini, janji Allah itu pasti.

Antara semalam dan hari ini, kita lupakan luka yang silam dan bangkit semula menuju cahaya kejayaan.

Antara semalam dan hari ini; biarkan mimpi negeri dan titik hitam menjadi semalam, agar kita pasang impian baru yang lebih cerah pada hari ini dan agar ia menjadi kenyataan gemilang di esok hari.

Ayuh!

Allahu ghayatuna!

Ar-Rasul qudwatuna!

Al-Quran dusturuna!


Al-Jihad sabiluna!

Al-Mautu fi sabilillah, asma amanina!

-gabbana-

Artikel ini sepatutnya diterbitkan semalam, bersempena dengan ulangtahun ke-89 kejatuhan khilafh Islamiyyah. Bukan untuk dibanggakan. Bukan untuk disambut dengan kek dan lilin, belon dan permainan.

Tetapi untuk menjadi iktibar kepada kita semua agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Juga menjadi pembakar semangat kepada kita semua, agar kitalah yang akan menegakkan kembali kebanggaan umat Islam ini!

Kitalah ar-ruhul jadid, fi jasad al-ummah! Allahu akbar! 

11 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 04/03/2013, 18:00  

Promosi percuma dari saya : Ini Sungguh Kool [Ini Sejarah Kita],
I. Allah pda 18-20/3/2013 di Masjid Besi, Putrajaya. Tema: Jejak Palestine

Jzk

Lollies 04/03/2013, 18:06  

Kejatuhan Khilafah Islamiyah bermula lagi awal dari itu. Iatu apabila sentimen nationalisme mula berputik di turki sendiri terutamanya antara mereka yang muda yang terpengaruh dengan sekularisme.

Saya copy sedikit timeline di status facebook saya (nak cepat copy paste aje ya)

end of the 19th century nationalisme sentiment began to play among the young turk. Ideas of secularism began to creep in especially from the students studying abroad. 1908 The Young Turk revolution occured.

Early 20th century, the Arabs also beginning to develop the idea of nationalism.

1916-1918 - The Arab revolt years. heavily funded by the British and France. Nationalism spirit is fueled by TH Lawrence, British Intelligence, based in Jordan. The Arabs got what they wanted and the inevitable crack of the Muslim empire began.

The British entered Jurusalem. Modern arab countries formed. Countries like Qatar and UAE celebrate their "independence" till this day.

About 30 years after the Arab revolt, the occupation of Phillistine happened and worsened.

100 years after the Arab revolt, the supposedly centre of the Arab empire in Syria, is now a war torned country.

In between those 100 years, the Arab countries went from Golden age into what we have now.

Allah knows best.

Sedikit pengalaman saya kongsikan

http://lolliesplace.blogspot.com/2013/02/who-is-this-guy.html

Anonymous 04/03/2013, 18:07  

So sekarang kita kat zaman mana wahai incik gabbana?

Anonymous 04/03/2013, 20:27  

Salam incik gabbana, saya perhatikan saudara ada menggunakan istilah MOKSYA dalam menegaskan lagi pendapat awak, saya rasa istilah MOKSYA tu tidak sesuai digunakan kerana istilah MOKSYA merujuk kepada salah satu pegangan bagi penganut agama Hindu. Mohon berhati-hati di lain masa.

Anonymous 04/03/2013, 22:20  

inche sangat suka tulis panjang2. waaupun sangat sibuk tetapi sentiasa diberi keizinan oelh Allah untuk menulis entry yg panjang2. saya rasa mesti kepantasan menaip inche tahap super saiya ke12.hehe..perkongsian yng menarik. cuma bab sejarah ni agak memeningkn kalau xde timeline

...miSS fAi... 05/03/2013, 09:53  

program ini sungguh kool tu bile enche gabbana?? teringin nak join.

Anonymous 07/03/2013, 16:46  

Promosi percuma dari saya : Ini Sungguh Kool [Ini Sejarah Kita],
I. Allah pda 18-20/3/2013 di Masjid Besi, Putrajaya. Tema: Jejak Palestine

Jzk


Comment di atas terdapat kesalahan sedikit pada tarikh : 8-10/3/2013

Anonymous 12/03/2013, 16:53  

emm,agak keliru,sultan abdul majid II khalifah terakhir,so siapa sultan abdul hamid II?

Inche gabbana 12/03/2013, 17:14  

Enonimus: Sultan Abdul Majid II adalah khlaifah terakhir di atas kertas.

Sultan Abdul Hamid II pula adalah khalifah terakhir yang memerintah dengan kuasa sebenar. Maknanya, selepas dia disingkirkan, khalifah-khalifah selepasnya semuanya adalah boneka semata.

Allahu a'lam.

Anonymous 06/03/2014, 19:08  

open invitation utk ISK?? hurmm.. menarik..

Anonymous 04/03/2015, 10:01  

Keturunan khalifah terakhir sdg berada di Perancis. Pada awalnya merempat dan mengemis di jalanan :'(

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP