20 March 2013

Trem Merah Vienna

[Kredit]

Nadira berlari-lari mengejar trem merah itu.

Jarum jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 11.40 malam. Menurut perkiraannya, trem bernombor tujuh itu adalah trem terakhir yang ada untuk dia kembali ke tempat penginapannya.

Dia berlari-lari. Tercungap-cungap.

Tunggu... Tunggu...!

Terlepas. 

Nadira bagai tidak percaya yang dia baharu sahaja terlepas menaiki trem itu. Mulutnya separa ternganga. Keningnya terangkat, menyebabkan peluh yang terkumpul di atasnya jatuh membasahinya wajahnya.

Aaahh sudaaahhh.. Macam mana aku nak balik ni.. 

Nadira dan beberapa orang rakannya - Suhana, Emilia dan Adibah -  sedang bercuti di Eropah. Jalan-jalan pusing Eropah. Kononlah nak berjaulah, cari ibrah di tengah-tengah masyarakat jahiliyyah. Tapi sebenarnya mereka semua nak pergi membeli-belah! Barang-barang berjenama pada harga teramat murah, ish, siapa yang tidak endah..?? 

Naqibah mereka hanya mampu mengetap bibir dan menggeleng kepala apabila pertama kali mendengar perancangan mereka itu. Walhal, sudah ada program yang dirancang untuk cuti musim bunga kali itu. Namun dia tidak memaksa. Dia faham benar, di tahapan itu, mereka itu tidak boleh dipaksa untuk bersama-sama dengannya. Kuncinya kasih-sayang dan hubungan hati. Nampaknya, mereka itu masih belum tersentuh lagi, si naqibah bermuhasabah sendiri. Dia hanya mampu mendoakan agar Allah pertemukan mereka dengan hidayah di sana nanti. 

Tempat perhentian mereka yang pertama adalah di Milan, Itali. Tujuan utama mereka? Sudah tentulah Galleria Vittorio Emanuele II! Tempat di mana mereka sudah bercita-cita untuk membeli-belah sakan! Katedral Milan yang cukup terkenal, diperbuat daripada batu marmar putih keseluruhannya itu pon hanya dipandang sebelah mata sahaja. Cukuplah tangkap gambar dengan Instagram sebarang dua untuk dimuatnaik ke dalam akaun Mukabuku mereka. 

Dua hari di Milan, mereka ke Vienna pula. Kota romantik yang penuh bersejarah itu. Puas mereka menjelajah seluruh Vienna - menangkap gambar di Istana Hofburg, menonton kumpulan koir Vienna yang terkenal itu di Staatsoper dan berjalan-jalan di zoo yang tertua di dunia,  Tiergarten Schönbrunn - mereka tercari-cari tempat untuk menginap pada malam itu. 

Mereka mencari tempat penginapan yang paling murah sekali, memandangkan mereka hanya sehari sahaja di sana. Esok mereka akan bertolak ke Budapest pula. Menyesal pula mereka tidak menempah secara atas talian, sebelum mereka bertolak ke Eropah dahulu. 

Dalam kumpulan mereka itu, Adibah telah dilantik sebagai ketua, sesuai dengan karakternya sebagai kakak besar dalam kalangan mereka. Suhana menjaga hal-ehwal kewangan sedangkan Emilia sepatutnya merancang perjalanan mereka, termasuklah tempat-tempat menarik untuk dilawati, pengangkutan yang perlu dinaiki dan gedung membeli-belah yang paling wajib untuk mereka ziarahi. Nadira? Dia tanpa syak lagi menjadi tukang tangkap gambar rasmi untuk perjalanan mereka kali itu. Apa guna dah beli DSLR mahal-mahal kan..?  

Akhirnya, setelah puas mencari, mereka mengambil keputusan untuk menginap di Hotel Gablergasse, di tengah-tengah kota Vienna. Pada harga 15 semalam untuk seorang, kadar itu boleh dikatakan berpatutan untuk pelajar seperti mereka. Namun sebab utama mengapa mereka memilih hotel itu bukanlah kerana harganya, tetapi kerana lokasinya yang berdekatan dengan Mariahilfer Straße, jalan yang terkenal dengan yang dengan kedai-kedai pakaian dan aksesori yang mempesona. Tidak ubah seperti Oxford Street di London atau Orchard Road di Singapura. Ceh.

Cuma Nadira lain sedikit. Dia tidaklah gila untuk membeli-belah sangat. Nafsu itu memang ada. Tapi tidaklah raksasa seperti rakan-rakannya yang lain. Dia lebih berminat dengan pemandangan indah, binaan eksotik dan monumen bersejarah. Dan kota Vienna benar-benar telah membuatkannya jatuh chenta. 

Maka pada malam itu, ketika rakan-rakannya yang lain beriya-iya, penuh semangat waja mahu tawaf Mariahilfer Straße, mencari-cari beg tangan yang tidak akan pernah cukup dan kasut yang tidak akan mungkin memuaskan mereka, Nadira memberitahu rakan-rakannya tentang hasratnya mahu menerokai kota Vienna, mencari-cari khazanah yang tersembunyi. Seorang diri.

Adibah, sebagai ketua perjalanan, pada mulanya keberatan untuk membenarkan Nadira berjalan malam seorang diri. Namun setelah dipujuk manja oleh Nadira, kemudian memikirkan pula masa yang semakin singkat untuk dia dan yang lain menunaikan hajat mereka itu, dia pantas melepaskan Nadira pergi.

Arakian bermulalah pengembaraan Nadirah menjelajah kota Vienna seorang diri, kota mimpi tempat kelahiran pakar kaji otak yang pelik, Sigmund Freud itu. Dia seperti terpukau, terkesima dengan keindahan kota berusia ribuan tahun itu.

Klik klik klik. Tangannya pantas menekan punat DSLRnya.

Klik klik klik. Tidak henti-henti dia mengabdikan Vienna di dalam kameranya itu.

Dia begitu leka dengan kemilau kota Vienna, sehingga dia terlupa untuk merancang perjalanan pulangnya. Dan ketika itu, dia sudah pon berada jauh dari tempat penginapannya.

Ketika pertama kali melihat jam di tangan, dia sedikit kaget. Dia berlari-lari mencari stesen trem yang terdekat, kaedah pengangkutan yang paling murah dan mudah untuk ke tempat penginapannya. Tatkala dia akhirnya menjumpai tempat perhentian trem, trem merah bernombor tujuh baharu sahaja melepasinya.
 


Terkocoh-kocoh Nadira berlari mengejarnya.

Tunggu.. Tunggu...!

Terlepas. 

Nadira rasa seperti mahu menangis kerana terlepas trem itu. Itu satu-satunya cara yang dia tahu untuk kembali ke Hotel Gablergasse. Mahu naik bas, takut ke laut pula nanti. Mahu tahan taksi, duitnya tidak mencukupi. Dan dia tidak cukup berani untuk menaiki teksi seorang diri. 

Dia tidak punya pilihan melainkan terpaksa berjalan kaki pulang. Mujurlah dia membawa peta mininya bersama. Setelah menelaah peta itu untuk kesekian kalinya, dia terasa seperti mahu menangis buat kali kedua, memikirkan jarak antara tempat dia berada dengan tempat penginapannya. Mujur juga ketika itu sudah di penghujung musim bunga. Andai ketika itu Vienna dilanda musim sejuk, sudah pasti Nadira akan menjadi monumen beku di tengah-tengah kota Vienna itu. 

Nadira menghela nafasnya. Kemudian mengambil langkahnya yang pertama, memulakan perjalanan untuk kembali ke tempat penginapannya. DSLR yang disangkut di lehernya dipegangnya kejap.

Dia menyesal. Menyesal kerana terlalu leka dengan pesona Vienna. Menyesal kerana tidak merancang perjalanannya dengan lebih bijaksana. Menyesal kerana tidak awal-awal lagi mengenalpasti tempat perhentian trem yang ada. 

Di sepanjang perjalanannnya itu, dia tidak lagi berminat dengan pemandangan kota Vienna. Sungai Danube yang mengalir tenang, memantulkan refleksi kota Vienna yang cukup indah di waktu malam juga gagal menarik perhatian Nadira.

Dia penat. Dia sudah tidak larat. Namun dia perlu menapak juga untuk sampai ke hotel dengan selamat.

Ketika itu, entah mengapa, insan yang paling dia ingati adalah Arinah, kakak naqibahnya. Tiba-tiba, tidak semena-mena, terbit rasa bersalah yang amat kerana menolak ajakannya untuk ke program musim bunga di Bristol. Dan satu-persatu, ingatannya bersama Arinah datang menerpa.

Dia masih ingat dengan jelas lagi bagaimana ketika dia awal-awal sampai di Edinburgh dulu, Arinah adalah orang pertama yang menjemputnya di lapangan terbang. Entah mengapa, baik benar kak Arinah pada dirinya dan rakan-rakannya yang lain. Nak kata ada agenda tersembunyi, Arinah nampak benar-benar ikhlas dan tulus sekali. 

Dia paling terkesan apabila pada musim sejuk yang lalu, dia jatuh sakit dek tidak dapat lagi menyesuaikan diri dengan perubahan cuaca yang mendadak, Arinah adalah orang yang paling selalu di sisinya, menjaganya setiap masa dan ketika. Siap masakkan sup ayam panas dengan kentang lagi tu! Meleleh air mata dan hidung Nadira semasa hirup sup. Patutlah masin! Ahah.

Arinah lah yang telah memperkenalkan Nadira kepada bulatan gembira. Pada mulanya, Nadira macam orang lain juga; tidak berminat, degil dan suka memberontak. Tetapi entah, lama kelamaan dia mula jatuh chenta. Terutamanya setiap kali Arinah mentadabbur ayat-ayat chenta. Sup sup sup, memang terus, tepat masuk ke dalam kalbu. Basah. Ayat kegemarannya..? Sudah tentulah ayat dua dan tiga surah at-Talaq:
"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.."

Nadira memerhatikan jam tangannya. Jam 12.15. Sudah hampir setengah jam dia berjalan kaki. Dan dia baharu satu perlima mungkin, daripada keseluruhan perjalanannya. Dia mendengus kuat. 

Fikirannya kembali melayang kepada Arinah. Pernah suatu hari, ketika berborak bantal dengan Arinah, Nadira bertanyakan suatu soalan kepadanya.

"Kak.. Ira tak faham la kak."

"Uhm..?"

"Kenapa.. Kenapa Allah uji manusia ek..? Kalau Allah sayang kat seseorang tu, kenapa Dia perlu uji..? Bagilah bunga ros ke, seguni emas ke. Tapi kenapa ujian..?"

Arinah tersenyum. Lama dia mengukir senyuman sebelum dia menjawab. Sambil itu tangannya mengusap rambut Nadira.

"Ujian tu sebenarnya satu isyarat chenta daripadaNya Ira.."

"Chenta..? Ish macam tak logik je.."

Arinah tersenyum lagi.

"Betul... Kalau kita yang manusia ni pon, bila mana kita chenta seseorang tu, kita mesti nak uji dia, sejauh mana dia chenta kat kita. Betul tak..? Allah pon begitu juga. Dia nak tengok sejauh mana kita benar-benar chentakanNya. Sejauh mana kita boleh bersabar dengan mehnah dan cobaan yang menimpa. Sejauh mana kita kekal teguh dan tabah dengan kechentaan kita padaNya, walau apa pon yang berlaku, kita tetap setia padaNya.."

Nadira tekun mendengar. Sekali sekala dia menggaru hidungnya yang tidak gatal. 

"Siapa manusia yang paling Allah sayang dan chenta..?"

"Uhmm.. Nabi Muhammad..?"

"Yezzaa. Ira tahu tak, ujian dan mehnah yang baginda terima cukup berat dan menyempitkan dada baginda..? Setiap masa dan ketika, baginda akan diasak dengan ujian, akan dihunjam dengan cobaan bertubi-tubi. Kemuncaknya di Thaif, apabila baginda hampir-hampir berputus-asa. Nak ceritanya, lagi sayang Allah pada seseorang tu, lagi besar dan berat ujian yang akan dihadapinya."

Nadira mengangguk-angguk tanda setuju.

"Tapi kak.. Dalam surah apa tu, alam nasyrah tu, kan Allah sebut, selepas kesusahan pasti akan ada kesenangan..? Kan..? 

"Haah."

"Kalau orang tu sepanjang hidupnya sengsara, derita, merana.. Bila masa yang dia nak senangnya..? Tak aci ah macam tu.. Sian kat dia."

Arinah tertawa kecil. 

"Ada la Ira. Dia pasti akan dapat kesenangan juga. Kalau bukan di dunia..."

Nadira merenung tepat wajah kakak naqibah kesayangannya itu.

"...di sorga."

Tiba-tiba air mata meleleh membasahi pipi Nadira. Suam. Tidak semena-mena, perasaan rindu yang membuak-buak pada Arinah datang menerpa. 

Dia menyesal kerana tidak menerima pelawaan Arinah untuk ke program musim bunga itu.  Dia mahu pergi pada mulanya. Malah dia hampir-hampir sudah mahu membeli tiket keretapi ke Bristol. Namun dia tewas pada bujukan Emilia dan Suhana, dua rakan baiknya sejak kolej dahulu. Kata mereka, bila lagi mereka mahu pergi berjalan makan angin bersama-sama. Asyik-asyik program tarbiyah, asyik-asyik aktiviti dakwah. Sekali-sekali kena manjakan diri juga!

Dia berasa bersalah kerana pastinya dia telah mengecilkan hati Arinah yang bertanggungjawab memperkenalkan dirinya kepada Quran zip, nota bulatan gembira, sirah Nubuwwah, kelazatan ukhuwwah, makan dalam talam, peluk-peluk laga pipi, tadabbur Quran, bangun malam dan macam-macam lagi. Pastinya dia telah mengguris hati seorang manusia mulia yang telah banyak membimbingnya untuk kembali semula meghargai agamanya. 

Malah apabila difikirkan semula, terlalu banyak perkara lagha yang telah mereka berempat lakukan sepanjang percutian di Eropah itu. Dengan solat yang tidak terjaga, sering bergaduh atas perakra-perkara yang remeh, boros membelanjakan wang, bergosip sakan, gelak macam mak lampir dan banyak lagi benda yang apabila dimuhasabahkan secara telus, pasti membuatkan Nadira berasa malu dengan dirinya sendiri.

Nadira menggeleng kepala. Tersenyum sendiri. 

Dia berazam, balik sahaja daripada Eropah nanti, dia segera mahu berjumpa dengan Arinah dan meminta maaf daripadanya. Dia tidak mahu lagi buang masa dengan aktiviti yang sia-sia. Dia mahu kejar semula apa yang telah dia ketinggalan. Ya, dia mahu berubah!

Kling kling kling.

Tiba-tiba, dia merasakan seperti ada objek besar yang bergerak tidak jauh daripada tempat dia berada. Dia segera menoleh ke belakang dan dia hampir sahaja tidak mempercayainya kalau bukan kerana bunyi loceng yang dikeluarkan oleh objek besar itu. 

Trem merah bernombor tujuh. 

Dan Nadira baru teringat yang dia lupa untuk menukar jarum jam tangannya sejam lebih awal kerana dia berada di tanah besar Eropah. 

Matanya berkaca. Senyuman lebar terukir di wajahnya.

Terima kasih Allah.

Dia pantas membuka langkah, mahu mengejar trem itu.  

Tunggu... Tunggu...!

-gabbana- 

12 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 20/03/2013, 16:53  

SALAM...
Baca blog ni buat saya rasa rindu. Rindu yang pelik. Sbb apa? Sbb saya rindu punya naqibah yg ikhlas cintakan saya keranaNya, rindu mahu mngenal bulatan gembira, jaulah & yg seangkatan dengannya. Entah kenapa, Allah masih belum temukan saya dgn yg seumpama itu. Makanya, semua cerita2 akhi buat saya rindu. Rindu pada yg belum ketemu. Doakan saya sang akhi, biar saya bertemu semua ni sebelum ajal menjemput. :)

Anonymous 20/03/2013, 17:15  

Inche Gabbana, terima kasih, sejak dari minggu lepas x abes2 makcik hidayah datang mengetuk pintu hati saya, mula dgn post enta sindrom segan, pemergian akhi iman, curchat dengan naqib usrah, cipika cipiki dengan rakan usrah, xde nikmat yang lebih besar selain dari merasa dekat nya hari dengan yang Maha Esa.. terus kan menulis, semoga enta berjaya mengetuk lebih banyak2 hati2 yang keras diluar sana.. InsyaAllah

Usrah IKRAM.. 20/03/2013, 17:23  

Erm ... teringat menegnai diri sndri.. bila ada prgram luar yg saya kepingin sgt nk pergi je, kdg2 selalu bertembung dgn program yg diadakan oleh naqibah saya .. pernah bbrpa hari lepas, saya mesej beliau tanyakan pd beliau boleh tak say xhadir usrah since saya kepingin nk ke majlis lain.. dlm hati rs "geram" mulanya yela usrah sptutnya hari lain tb2 di tunda pd hari yg saya dah siap2 chopkan nk ke sana.. hohoho...

saya mesej meminta izin pd beliau untuk tidak ke usrah sebaliknya untuk ke program yg saya nak pergi.. dalam hati dgn yakinnya pasti beliau akan ckp OK..last2.. tik tik bunyi mesej.. arghhh.. isi kandungan mesejnya mmg buat saya "hard" rasanya.. hahahaha...

last2 mmg ke usrah... diri ini selalu tewas dgn kata2 naqibah... bbrpa hari ini sahaja jiwa saya perlukan pengisian.. baru sebentar tadi bermonolog dalam hati nak ke mana malam ini.. tup2 dpt mesej dr beliau mengajak ke program mlm ini.. huhuhu..

Teringin nak bisikkan satu mesej pd beliau nk cakap "saya syg anda".. tapi tah mengapa diri ini masih malu.. hahahaha... wahai naqibah ku saya mmg syg anda kerana ALLAH...

Anonymous 20/03/2013, 17:23  

For anonymous above, i hope u will come back here and take my phone number : 0179873816

I.Allah i will grab u.
I'm proud of u sebab mencari. Jika bukan rezeki saya grab kamu dan jumpa kamu. Saya doakan moga u will found what are you searching. Amin amin amin

Moga allah berkahi, pelihara dan saya doakan semua kebaikan untuk kamu.

Anonymous 20/03/2013, 19:47  

Mcm train dekat istanbul je....taksim..kalau x silap

Anonymous 20/03/2013, 22:27  

Usrah IKRAM..sweet la awak..urm, jgn lupa bisikan n katakan mesej chenta awak kat naqibah awak tu tau ;)Moga Allah redha=),dlm solat dlm doa,tiap hari kita minta petunjuk dr Allah,,,dikurniakanNya sorg murobbi itu juga merupakan salah satu petunjuk buat kita=)..walau sblm ini kita merasa murobbi kita itu,,huh annoyingnya msg2 bagai kacau masa berehat dhujung minggu..tp, hakikatnya, murobbi itu, sngt menyayangi mutarobbinya, seperti syg nya sorg bapa kpd anaknya=)..

Usrah IKRAM 21/03/2013, 00:47  

anonymous:hehe.. adakah anda mengenali saya..??hahahaha... Erm ye sy sntiasa doakan beliau.. walaupun sy xpernah mengungkapkannya tp jauh disudut hati mmg syg kan beliau dan sgt berterima kasih pada beliau..

Sebabnya waktu diri ini dalam pencarian, beliau la yg sy jumpa dan banyak mengajar diri ini ke kancah DNT ni.. sekarang sumpah jatuh chenta dan ketagih dgn DNT.. hehehehe...

Dok tera dok tau,acu tera dulu baru tau.. cewaaaahhhh...

Semoga dua tahun lagi dri ini boleh memiliki bulatan gembira sednri pula.. InsyaALLAH.. tapi mampu kah diri ini??huhuhu...

Anonymous 21/03/2013, 21:03  

assalamualaikum en gabana, saya ada kemusykilan and dah send email. kalau rajin, nak mintak baca n bg pendapat sket

Anonymous 22/03/2013, 22:30  

tolongggg.hati ni rasa kering sangat.nak buat macam mana.i ve join all the tarbiyah things since 2years back. tapi saya still terumbang ambing.iman stil boleh dicocok cocok lg.kadang kadang, baca bahan tarbiyah or tgk video yang biasanya mruntun jiwa pon da tadak feel.hati saya keras sgt ke?ke da mati?knape makin mnurun je ni.. what should i do when i dont know what to do?try istigfar byk by pon xjd..TOLONGGG.tanak rasa ni.

Anonymous 23/03/2013, 07:41  

OUCH. ahahaha. terasa gila. D''':
isnin lepas ada program islamik tapi tak datang. camping kat tempat best wuu/ program dia pun sangat menarik. tapi kononnya sebab freshman, nak menjelajah ke sana sini lah katakan. sebijik macam cerita ni. hm. memang nak pergi, tapi apakan daya, rakan2 ajak berjalan. nak jalan jugak. :/ bila fikirkan balik, rasa rugi tak pergi. DDD': terima kasih sebab post cerita ini. insaf.

Unknown 16/06/2014, 23:08  

anymous:perkara normal yang berlaku pada setiap manusia...iman dlm dri kta bersifat turun dan naik... apabla kta futur... cpt2 cntct akhwat/ikwah...mnta dy membooster kn smangat kte blik...ana pernah lalui sume 2,dmana merasa kan hati sgt keras.. apa yang murobiyah ana bgthu... mse thjud 2 muhasabah blik dri..knp kter jadi cmnie? fikirkan layakah aku untk ke sorga dgn keadaan ku cm ni...? mngadu pada Allah...Dia Maha Mendengar...mgkin ada silap disisi kita y mnybabkan kter rase cm tu... sdikit yang ana mampu kongsikan..smga bermanfaat.....:) smga Allah merahmati mu...I.G~nice entry...deep.

Anonymous 22/10/2014, 23:41  

Nak ceritanya, lagi sayang Allah pada seseorang tu, lagi besar dan berat ujian yang akan dihadapinya."

Statement yg jadi antidot hati aku. Nais (read : nice)


Aku selalu doa gini "Ya Allah dakaplah hati aku" bila aku sedih.. Aku rasa macam terpujuk dan nak Allah pujuk hati aku.

Aku memang tak melatah kat mulut. Aku jarang mendengus atau merepek bila ujian datang. Muka aku nerd giler + tader perasaan. (Peratus aku melatah dekat mulut dgn ujian 20/100)

Tapi aku berbicara dgn hati aku. Aku persoalkan kenapa itu berlaku, kenapa ini berlaku dalam keadaan aku tak sedar aku menidakkan kuasa Allah/erti lain tak redha. Im weak!:( (peratus melatah dalam hati 100/100)



Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP