22 April 2013

Jiwa-Jiwa Yang Kechiwa

[Kredit]
 
Semalam (20 April) adalah hari penamaan calon bagi PRU13. Maka kita sudah pon mengetahui calon-calon daripada pelbagai parti yang akan bertanding di 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri di seluruh Malaysia.

Kita juga sedang menyaksikan suatu fenomena di mana ramai ahli-ahli parti tertentu yang tidak dicalonkan, membuat keputusan untuk keluar parti dan bertanding atas tiket bebas. Antara yang sedang hangat diperkatakan termasuklah Datuk Seri Mohd Shariff Omar, John Fernandez dan Datuk Kamilia Shamsudin.

Saya menggelarkan mereka ini sebagai orang-orang yang kechiwa; mereka kechiwa tidak dicalonkan dan disokong oleh parti sendiri, sehingga mengambil tindakan untuk mengkhianati partinya dengan bertanding sebagai calon bebas. Ada juga yang keluar parti, tetapi melompat masuk ke dalam parti yang lain, dengan harapan dapatlah dia dicalonkan pula apabila menyertai parti tersebut. Yang ini, saya panggil mereka katak yang kechiwa. Eh. Akibatnya? Berlakulah suatu situasi yang amat ditakuti dan sebaiknya cuba dielakkan oleh parti yang terlibat; pecah undi.

Sudah banyak berlaku di masa lalu, apabila pecah undi ini terjadi, parti yang dijangkakan menang akhirnya kalah, kerana tidak mendapat jumlah undi yang mencukupi. Undi yang diharapkan berpindah tangan kepada calon yang bertanding bebas tadi.

Pandang kiri, pandang kanan. Oh, ini bukan artikel politik daripada saya. Belum lagi. Ini hanya ada bau-bau politik. Eheh.

Dalam tarbiyah dan dakwah juga ada fenomena yang sama; orang-orang yang kechiwa dengan perjuangan ini lantas mengambil keputusan untuk keluar daripada jemaah yang disertainya dan bekerja sendiri-sendiri.

Saya gelarkan golongan ini sebagai jiwa-jiwa yang kechiwa. Mereka yang merajuk, patah hati dengan sesuatu keadaan atau situasi yang tidak dipersetujuinya lantas mengambil keputusan drastik untuk tidak lagi bersama-sama dengan perjuangan secara berjemaah. 

Ada yang kechiwa kerana tidak mendapat jawatan atau kedudukan dalam jemaah yang disertainya.

Ada yang kechiwa kerana merasakan dirinya dilayan seperti rakyat kelas kedua dan ketiga.

Ada yang kechiwa kerana mendakwa suaranya tidak dihiraukan dan didengari oleh pihak pimpinan.

Ada yang kechiwa kerana tidak lagi yakin dan percaya pada perjuangan jemaah.

Ada yang kechiwa kerana masalah ukhuwwah yang berlaku pada dirinya, sehingga menyebabkan dirinya tidak lagi percaya dengan sistem yang ada. 

Ada yang kechiwa kerana merasakan tarbiyah diri sudah terlalu lama diabaikan dan dibuat biskut sahaja.

Dan pelbagai lagi faktor kekechiwaan yang lain, yang tidak mungkin untuk saya senaraikan satu-persatu di sini. 

Akibatnya?

Tidak mahu lagi mengikuti bulatan gembira.

Tidak mahu angkat telefon apabila ada ikhwah yang menghubungi.

Lari jauh-jauh buat-buat tak nampak apabila nampak ada ikhwah yang datang menghampiri.

Kalau yang lebih menggaru kepala?

Siap tulis status-status dan kicauan yang berbaur kekechiwaan agar diketahui oleh seluruh dunia. 

Padam terus senarai kontek ikhwah di dalam telefon pintarnya.

Sentiasa sangsi dan curiga dengan pergerakan ikhwah yang benar-benar jujur mahu mendekatinya.

Lagi garu kepala sampai botak..?

Kembali kepada jahiliyyah lama.

Siap tolong promosikan aktiviti-aktiviti maksiat dan taghut kepada orang ramai.

Malah ada juga yang tolong kempen, mengutuk, mencaci dan menjatuhkan pertubuhan lamanya dengan penuh riang gembira. 

Alahai. Inilah kekechiwaan tahap badak air Somalia Utara..! Allahu rabbi.

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (di masa jahiliyyah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk." 
[ali-Imraan, 3:103]

Orang-orang begini, maaf, saya rasa ada masalah hati yang sangat kritikal. Terutamanya pada soal keikhlasan ketika awal-awal menyertai gerabak tarbiyah dan dakwah dahulu. 

Mungkin mengharapkan balasan. Mungkin mengharapkan pujian. Mungkin mengharapkan kedudukan. Mungkin mengharapkan kekayaan. Mungkin mengharapkan akhawat rupawan. Eh.

Mungkin. 

Dan yang lebih menakutkan dan mengerikan, apabila situasi ini membawa pula kepada keadaan 'pecah undi', di mana golongan ini menyebabkan orang lain turut sama menjauhi perjuangan dan pergerakan menegakkan Islam ini. Na'udzubillah. Geleng kepala. 

Ketahuilah, dakwah ini tidak memerlukan anda, saya, kita semua atau sesiapa sahaja. Ia akan terus bergerak dengan kehendak dan ijinNya, dengan atau tanpa kita. Malah kitalah yang membutuhkan dan memerlukan dakwah ini. Kerana ia adalah suatu seruan yang menghidupkan. Hanya dengan memenuhi seruan ini sahajalah, hati dan jiwa kita akan benar-benar hidup dan segar. 

"Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan ar-Rasul, apabila di menyerukan kepada sesuatu yang memberikan kehidupan kepadamu..."
[al-Anfal, 8:24]

Dan kita yang bergabung dengan dakwah ini, tidak sewajarnya mengharapkan apa-apa ganjaran dan balasan di dunia ini, melainkan keredhaan Allah yang hakiki.

Bukan dengan mendapat kekayaan yang melimpah ruah.

Bukan dengan dipermudahkan urusan menjawab hekzem.

Bukan dengan naik pangkat cepat.

Bukan dengan berkahwin dengan akhawat pilihan.

Bukan dengan mendapat pujian dan penghargaan.

Bukan. Bukan. Bukan.

Tetapi kita menyerahkan segala-galanya kepadaNya untuk menilai dan memberi balasan kepada setiap usaha yang telah kita curahkan demi tarbiyah dan dakwah yang kita chentai ini. 

Ayuh kita ikhlaskan hati, Ayuh kita perbaharui niat kita dalam berintima' dengan dakwah ini. Dan ayuh kita koreksi dan refleksi diri. Tiada apa yang sempurna di dunia. Menjadi tanggungjawab kitalah untuk bermuhasarawak dan memperbaiki kelompongan dan kebobrokan yang ada. Merajuk dan melarikan diri bukanlah caranya. 

"Barangsiapa mengkehendaki kehidupan dunia dan dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan sedikit pon.

Itulah orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat kecuali neraka, dan sia-sialah di sana apa yang telah mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yang telah mereka kerjakan."
[Huud, 11:15-16]

Nanges laju-laju. 

Ketahuilah, andai kita takut kita akan dikechiwakan, jalan ini penuh dengan kekechiwaan. Jika kita khuatir untuk dikechiwakan, maaf, kita akan dikechiwakan berkali-kali dan lagi dan lagi sepanjang jalan ini. Dan sekiranya kita tidak boleh menerima kekechiwaan, ketahuilah, sememangnya sudah mejadi sunnah di jalan ini bahawa setiap yang menelusurinya pasti akan dikechiwakan. 

Kerana itu kita diseru dengan panggilan "Hai orang-orang yang beriman!" Kerana hanya orang-orang yang beriman sahaja, akan bangkit setelah dikechiwakan. Hanya orang-orang yang beriman sahaja yang tidak akan pernah putus-asa. Dan hanya orang-orang yang beriman sahaja, yang akan kekal istiqamah dan ikhlas dalam bekerja, hingga hanya dua perkara yang berlaku pada dirinya; hidup mulia atau mati syahid merangkul sorga.

Dan andai kita merasakan diri kita ini sering sahaja dikechiwakan, kembalilah kepada Allah. Yakinlah, Allah tidak pernah dan tidak akan mengechiwakan.

Kepada anda yang pernah kechiwa, kembalilah. InshaAllah kami sedang menanti anda dengan tangan yang terbuka. Kepada anda yang pernah dan masih merajuk, sudahlah. Kami memerlukan anda untuk bersama-sama kami menyusun saf-saf ini. Dan kepada anda yang masih menaruh perasaan dan dendam, cukuplah. Ayuh kita sama-sama bergabung tenaga menegakkan al-haq, sehingga tiada lagi al-bathil di muka bumi ini. 

Apalah sangat harga sebuah kekechiwaan di dunia yang fana, kerana akhirnya kita mahu melihat wajahNya yang mulia di akhirat sana. Senyum.

"Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menmuiNya."
[al-Insyiqaaq, 84:6]

-gabbana-

15 Caci Maki Puji Muji:

manman 22/04/2013, 00:33  

T..T

Anonymous 22/04/2013, 01:47  

yang ni memang buat gua nanges laju2 lepas baca.

Anonymous 22/04/2013, 04:01  

Sambung la cite politic tu.. tengah
best tadi...
Eh, ade org putus cinte nak join sini boleh? Nak cari centa akhwat akhwit..

Anonymous 22/04/2013, 07:53  

salam encik. nnt kalau free kene tukar jam awak tu. its british summer time already. jzkk

wawe 22/04/2013, 08:48  

Knape tk crite sebelh sana tu, yg melompat2 lah, going bebas laa.Jgn highlight Camellia Parker ke, tu yg belah sana nun..nama2 ape ntah..Ini tidak adil, tidak adill...protes!
Be fair la Inche', dosa tau biased portrayal.=)

Anonymous 22/04/2013, 10:59  

Jazakallah Khayr Inche Gabbana.

Ana mmg dlm dilema dgn jemaah ana. Dengan kekecewaan yg dtg dek kerana kurangnya kasih sayang dn tarbiyah yg diterima.

Tp selepas baca entry Inche Gabbana, ana dah sedar yg kitalah yg kena 'adjust' dgn environment kita.

Selain berdoa, kita kena usaha utk menggembirakan diri kita. Sbb jln dakwah ni bukanlah hanya terdapat kemanisan ukhwah semata. Bukanlah cuma seronok berkonferens riang cuma.

Jalan ini lebih dr itu. Jadi, bila kekecewaan dan kesedihan menyapa, kita tidak boleh terus melatah dan merajuk. Ana sgt memuhasarawak diri dengan entry anta ini.

Jazakallah Khayr!!

Anonymous 22/04/2013, 11:54  

'Bukan dengan mendapat kekayaan yang melimpah ruah.
Bukan dengan dipermudahkan urusan menjawab hekzem.
Bukan dengan naik pangkat cepat.
Bukan dengan berkahwin dengan akhawat pilihan.
Bukan dengan mendapat pujian dan penghargaan.'

Allah ~
Di mana kita letak kan IKHLAS kita?
Bekerja krn mengharapkan balasan?

:') jzkk atas peringatan.

Anonymous 22/04/2013, 15:02  

ceh rasa mcm kena perli pun ada...x merajuk aih...just need time to adjust back.....but really true makin lama makin syaitan tahap general mai menghasut.....Istigfar berpuluh-puluh kali pun macam tak makan......

Anonymous 22/04/2013, 16:51  

Kalau tak tahu cerita sebenar Dato' Shariff Omar tak payah nak cakap.

Anonymous 22/04/2013, 17:38  

Dh sebulan x usrah. Bru ingt nk mrajuk dgn naqib sbb kurang kasih syg. Sentap ow baca artikel ni :'(

Anonymous 22/04/2013, 20:18  

speechless.. T.T
saya ketagih dgn artikel en.ghabanna.
moga Allah trus beri kekuatan kpd enci ghabanna untuk trus menulis.

Anonymous 23/04/2013, 18:58  

ana masih mencari dimana letaknya kekuatan ana dalam dakwah ni sheikh....

Anonymous 25/04/2013, 12:04  

saya dah baca artikel ni beberapa hari lepas, hari saya baca lagi.

saya keluar usrah, atau bulatan gembira, atau apa-apa nama lain yang mungkin sebahagian rasa "cool" atau "bes" atau whatnot. hampir satu semester dah. alhamdulillah, tak ada isu kembali kepada jahiliyyah. really. ada masanya, kita yang baru berjinak dengan usrah ni masuk usrah tak pun berangan nak jadi naqib usrah, tolak tawaran jadi naqib lagi adalah. kita tak ada masa nak bergaduh berbeza pendapat, sebab Islam itu luas dan kita faham kepelbagaian dalam Islam. kita bukan nak akhwat, really, nak kata fikir pasal perempuan jarang sekali. bukan nak jalan-jalan, bila ada program, ikhwah lain suka ria, kita tak pun mahu berjalan melawat tempat2 "menarik", kita pergi program, kita balik. tu je semata-mata. tak ada apa-apa yang kita kejarkan.

tapi apabila yang menjadi naqib usrah tu, entah macam mana boleh dilantik sebagai naqib oleh badan-badan atau institusi yang tertentu, melakukan hal jahiliyyah bukan kadang-kadang, tapi hari-hari dalam persekitaraan terbuka, kita yang baru join usrah ni tawar hati nak pergi usrah lagi. yang dibincang dalam usrah lain, yang diluar usrah lain. confused! kita baca muntalaq, suruh tinggal jahiliyyah. tapi naqib usrah dengan gembiranya berjahiliyyah, pulak tu dengan kakak usrah.

APG, really. saya betul-betul sedih bila saya terpaksa mengeluarkan diri daripada usrah. saya sangat suka usrah. tapi terperangkap dalam universiti (luar negara) yang populasi ahli bulatan gembiranya kurang 30 orang, buat saya rasa terpaksa meninggalkan usrah. bila ditegur, alasannya, "takkan nak tunggu perfect baru aku boleh jadi naqib usrah?" bila post di facebook, dia merajuk pulak, patut yang baru nak kenal usrah ni yang merajuk. bila si naqib merajuk, buat usrah tak ajak adik usrah yang baru nak kenal islam ni kerana tak mahu "kene judge" dengan adik usrah. eh? aneh-aneh sahaja.

saya keluar usrah supaya tak perlu berada dalam keadaan jahiliyyah atas nama "silatirrahim", atau "ukhuwwah" atau atas alasan "tarik orang masuk usrah". tari masuk usrah atau tarik masuk jahiliyyah bertopengkan usrah??? keliru, saya tak mampu lagi berdiri dalam saf bersama golongan ini, saya tinggalkan.

walaubagaimanapun, masih lagi saya peduli membaca buku seperti mutalaq dan sebagainya. tercari-cari islam sendiri-sendiri. apabila dalam locality kita halnya begini, terangkan, apa logiknya untuk saya terus bersama-sama mereka? apa logiknya?

yang kecewa,
Encik Patah Hati

Anonymous 28/04/2013, 21:53  

Buat Encik Patah Hati,

Assalamualaikum buat kamu akhi,

Perasaan patah hati/kecewa/rungsing sebab naqib tak seperti yang dibayangkan memang sentiasa terjadi. Tapi mengertilah ya akhi, tiada manusia yang sempurna dan tiada manusia yang sangat senang untuk meninggalkan jahiliah yang telah lama berkarat dalam diri.

Kita selalu dipesan untuk husnudzon tambah2 lagi sesama ahli jemaah. Mungkin naqib akhi ada terbuat salah sini sana tapi ya akhi, tegurlah dia dengan cara paling mulia. Dia diberi tugas menjadi nabiq, satu tugas yang sangat berat dan mungkin sebenarnya dia juga masih tidak bersedia untuk tugas seberat itu. Tambah2 lagi akhi ada mengatakan bahawa persekitaran usrah akhi hanyalah dalam skop yang kecil jadi akhi harus faham sebenarnya dia sedang struggle untuk memperbaiki diri tapi dalam masa yang sama Allah telah mentakdirkan dia sebagai seorang naqib.

Akhi kecewa dengan naqib dan meninggalkan usrah, tiada siapa yang rugi melainkan diri sendiri. Naqib akan datang silih berganti. Mungkin di masa hadapan, jika akhi bersabar dengan sebaik-baik kesabaran, Allah kurniakan naqib yang terbaik buat akhi.

Selamat bermujahadah ya akhi!

Aqilah 02/05/2013, 17:29  

sedih baca. :/

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP