23 May 2013

Apa Ertinya Saya Berbulatan Gembira?

[Kredit]

Bulatan gembira.

Bulatan sorga.

Study circle.

Halaqah.

Usrah.

Bolatan gemok-gemok makan popkon panas sambil usap kepala arnab gebu

Eh.

Panggillah dengan panggilan apa sekali pon, ruhnya tetap sama. 

Saya mengenali bulatan gembira seawal usia tiga belas tahun lagi, ketika itu di Sekolah Bintang. Buat pertama kalinya dalam hidup saya, saya diperkenalkan dengan sesuatu yang cukup, err, lain daripada yang lain.

Untuk seorang kanak-kanak ribena yang dibesarkan sepenuhnya di bandar, yang hidupnya sentiasa penuh dengan hiburan dan segala tok nenek hedonisme yang ada, pastinya konsep bulatan gembira a.k.a. usrah ini adalah sesuatu yang cukup janggal buat saya. 

Diperkenalkan dengan tiga rukun usrah; taaruf, tafahum dan takaful (meski tergeliat-liat lidah untuk menyebutnya), buat pertama kalinya mendengar nama Imam as-Syahid Hassan al-Banna (terbayang-bayang dia menaiki kuda sambil memegang pedang) dan belajar agama luar daripada kelas Pendidikan Islam, merupakan sesuatu yang boleh tahan mengujakan buat saya ketika itu. 

Walaupon jujurnya tidak banyak yang dipelajari dan diperolehi daripada bulatan gembira yang ada, namun perjumpaan sekali seminggu itu sentiasa dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu. Apatah lagi abang naqib saya ketika itu merupakan seseorang yang cukup baik orangnya; lagilah menjadikan bulatan gembira saya ketika itu benar-benar menggembirakan.

Kemudian ketika di tingkatan tiga, saya pula dilantik untuk menjadi naqib bulatan gembira untuk hadek-hadek tingkatan satu. Wah, terujanya bukan kepalang! Saya yang sememangnya suka pada hadek-hadek pipi tembam berwajah comel *koff koff*, cukup memandang ke hadapan pada bulatan gembira saya yang sendiri. Saya berazam untuk menjadikan bulatan gembira saya itu segembira, segirang dan seriang yang boleh. 

Namun masalahnya, jujurnya kami menjadi nuqaba' tanpa bimbingan dan panduan yang baik dan tersusun. Tidak ada silibus yang tetap. Tidak ada tema atau halatuju yang ingin dicapai. Tiada bahan yang tersusun untuk dibawa. Pendek kata, bulatan gembira yang kami bawa adalah bulatan neraka. Entah macam-macam bidaah dan ilmu sesat yang kami sebarkan! Peluh besar. 

Habis pendidikan menengah di Sekolah Bintang, saya melanjutkan pula pelajaran di sebuah kolej di tempat jin bertendang. Rupa-rupanya di sini juga ada bulatan gembiranya yang tersendiri. Di tahun pertama saya berbasa-basi sahaja mengikuti bulatan gembira, sementelah bulatan yang ada bersifat umum dan dibuka untuk semua. Tahun kedua, sekali lagi saya dilantik menjadi naqib. Angkat kening. Kali ini lebih raksasa lagi; saya telah dilantik menjadi naqib 'terapung' di mana memandangkan saya sudah pon memegang jawatan yang agak besar dan penting ketika itu (ehem), jadi saya tidak punya bulatan yang spesifik dan oleh sebab itu, bila-bila masa yang saya suka, saya bolehlah menyertai mana-mana bulatan gembira yang ada. Itu gila bukan? 

Tambahan pula ketika ini adalah masa-masa hitam di mana saya mula berkecimpung dengan jahiliyyah-jahiliyyah berkarat yang bisa menggelengkan kepala sesiapa sahaja yang mengenali saya. Istighfar. Jadi kerjaya saya sebagai naqib ketika itu sememangnya tidak kena dan melanggar etika dan tatasusila skop bidang tugas saya sebagai naqib, meski naqib yang terapung.

Maka sedikit demi sedikit, sama ada secara sedar atau tidak, kepercayaan saya terhadap sistem ini semakin terhakis. Saya tidak nampak di mana hebat dan berkesannya sistem bulatan gembira ini. Saya tidak mendapat manfaatnya dan tidak pula merasakan kelazatannya.

Hal ini terbawa-bawa sehinggalah saya ke luar negara. Siapa sangka, di luar negara ada juga bulatan gembira hey! Terasa bawah lah juga pada mulanya apabila diajak untuk berbulatan gembira di sebuah negara omputih. Yalah, kita punyalah dah rancang nak berhuha-huha bagai, berlari riang ke sana sini, berseronok tak ingat dunia seperti omputih juga lagaknya. Alih-alih, kena berbulatan gembira juga! 

Tidak hairanlah di peringkat awal itu, moto hidup saya adalah 'Catch Me If You Can!' Wahahaha.. Bukanlah saya melarikan diri terus atau buat-bua tlanggar bahu di tepi jalan kemudian tak kenal, bukan. Saya masih menyertai bulatan gembira yang ada. Apabila diajak, saya pergi. Cuma tidaklah semangat hidung kembang kempis seperti sewaktu di sekolah menengah daulu. Pergi pon ala kadar je. Pergi pon semata-mata mahu memuaskan hati murabbi yang sudah berpenat-lelah berusaha menangkap saya. Eheh. 

Hah?? Usrah...?? Lari lariiiiiii! [Kredit]

Namun benarlah hidayah itu milik Allah. Kita merancang dan Dia juga merancang. Hakikatnya, peracanganNya Dia jugalah yang paling osem. Nak buat macam mana, kita ni hamba marhaen sahaja. Hohoho.. Lama kelamaaan, saya mula kenal dengan bulatan gembira yang sebenarnya. Adab-adabnya. Prosedurnya. Kaedah membawanya. Tips-tips menjadikannya riang gembira. Ruhnya yang sebenar.

Dan hanya selepas saya membawa bulatan gembira saya yang sendiri, baharulah saya benar-benar menghargai apa itu bulatan gembira. Selepas berjerih-perih, bertungkus-lumus menangkap, menjerat dan menyembelih menjaga hadek-hadek sendiri, baharulah kita tahu tinggi rendahnya kasut tumit tinggi minah omputih di sana. Eh. Selepas bertepuk-tampar, bergolok-gadai (ewah kau!) dan berpeluh ketiak berusaha bagi memastikan bulatan gembira sendiri hidup dan berjaya, baharulah kita sedar dan faham betapa penting dan berkesannya bulatan gembira sebagai wasilah untuk menegakkan al-Haq di muka bumi ini. 

Maka pada hari ini (Ya, yang semua tadi tu hanya muqaddimah semata-mata. Silalah terjegil biji mata) saya ingin berkongsi dengan anda semua, apa ertinya saya berbulatan gembira. Mengapa ia begitu berharga dan punya nilai yang tidak terkira di sisi saya. Mengapa saya begitu yakin dengan wasilah ini dalam mengembalikan Islam sebagai Ustadziyatul 'Alam ke muka bumi. Dan mengapa saya beriya-iya mempromosikan bulatan surga yang sumpah menggembirakan ini. 

Harapannya, selepas anda membaca warkah marhaen ini, anda turut dapat sama berkongsi semangat dan keterujaan saya. Kepada anda yang belum berbulatan gembira, harapnya selepas membaca ini akan lebih yakin dan semangat untuk berbulatan gembira. Dan yang lebih utama, kepada anda yang selama ini sibuk berdolak-dalih, banyak memberikan seribu satu alasan, melompat ke sana, berlari ke sini, besar harapan saya usai membaca artikel ini, mata anda akan bersinar-sinar cerah untuk membawa bulatan gembira sendiri.

Baiklah. Anda semua sudah bersedia..? Marilah!

Apa Ertinya Saya Berbulatan Gembira?

1) Bulatan gembira mengajar saya erti sebuah keluarga

Ok lame sedikit di situ. Sebabnya, memang perkataan 'usrah' itu maksudnya adalah keluarga. Tetapi betullah, bulatan gembira, yang menghimpunkan anda dan anda daripada latar belakang yang berbeza, boleh berpeluk mesra bercipiki cipika, berkongsi makanan dan rasa, bersenda gurau dan bergelak tawa seperti sebuah keluarga bahagia lagaknya. Malah saya yakin, pasti ada dalam kalangan anda yang berbulatan gembira berasa lebih 'keluarga' dan mesra dengan bulatan gembira sendiri jika hendak dibandingkan dengan keluarga yang sebenar, bukan..? Itulah ajaibnya bulatan gembira.

Malah di dalam bulatan gembira ada sesi berqadhaya, yakni sesi berkongsi masalah, baik masalah peribadi atau masalah dakwi (masalah yang berkaitan dengan isu dakwah). Sesi qadhaya ini, sekiranya dilaksanakaan dengan telus dan bersungguh, benar-benar dapat merapatkan hubungan antara ahli-ahli bulatan gembira kerana masing-masing meminjamkan telinga untuk mendengar masalah masing-masing, di samping bersama-sama berusaha untuk mencari jalan penyelesaiannya. Epik bukan? Ala-ala tengok drama Jepun sambil berdiri di tepi pantai memerhatikan matahari terbenam gitu. Eh.

2) Bulatan gembira mengajar saya erti sebuah pengorbanan

Saya masih ingat lagi, suatu ketika saya meminjam wang yang agak besar jumlahnya daripada Inche Murabbi. Pada mulanya saya agak skeptikal yang dia akan memberikan pinjaman tersebut kerana jumlahnya yang besar. Namun dia tanpa banyak tanya mahupon surat jaminan, terus meluluskan permohonan saya. Pergi bank pon belum tentu lagi lulus kau! 

Peristiwa tersebut benar-benar mengesan di hati saya. Ia mengajar saya betapa ikhwah adalah spesis manusia yang tidak berkira. Ia juga mengajar saya erti pengorbanan. Kerana nak jadi murabbi ni, rupa-rupanya banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.

Bukan sahaja pengorbanan dari segi harta, tapi dari segi masa, tenaga dan juga emosi. Bulatan gembira yang sedang saya bawa sekarang ini misalnya. Saya terpaksa bermusafir menaiki unta bonggol tiga beribu batu jauhnya sebelum saya sampai ke destinasi. Ok itu dusta. Wahahaha.. Tapi poinnya adalah, bulatan gembira benar-benar memberikan definisi baru apa itu pengorbanan. Dan ia benar-benar mendewasakan saya.

3) Bulatan gembira mengajar saya erti sebuah perkongsian

Ya, berkongsi. Siapa yang suka berkongsi? Tetapi bulatan gembira telah mengubah paradigma ini. Pelbagai perkara yang perlu dikongsikan bersama. Kasih-sayang murabbi, chenta rasa sesama ahli bulatan gembira, ilmu, tenaga, wang ringgit (Kalau di Kerajaan Bersatu dahulu wang pound sterling. Eheh!), makanan dan sebagainya. Semuanya perlu dikongsikan!

Yang paling indah adalah kerana perkongsian ini adalah perkongsian sukarela, kadang-kadang paksarela. Tapi elemen 'rela' itu masih ada. Hihihi. Ia lahir daripada hati yang ikhlas insha Allah, jiwa yang tulus dan ruh ukhuwwah yang membara. 

Perkongsian juga mengajar diri untuk menjadi manusia yang rendah egonya dan tidak pentingkan diri. Betapa dahulu saya amat sukar berkongsi bilik dan rahsia peribadi. Namun akhirnya sedikit demi sedikit, saya membuka pintu untuk berkongsi. Dan lama-kelamaan, saya pula yang menjadi seronok untuk berkongsi. Senyum.

4) Bulatan gembira adalah lubuk ilmu buat saya

Siapa sangka, di bulatan gembiralah pelbagai khazanah ilmu yang telah saya pelajari. Baik ilmu duniawi berupa cara-cara untuk memasak kek cokolat berkacang almond (Ok dalam mimpi saya je kot) atau ilmu ukhrawi yang pelbagai rupa dan rasa. Kadang-kadang belajar ilmu al-Quran, di hari lain belajar ilmu hadith pula. Ada masanya belajar seerah dan ada masanya belajar keadaan sosio-politik dan ekonomi umat Islam seluruh dunia. 

Itu belum lagi dikira perkongsian ilmu setiap hari dalam tazkirah-tazkirah harian dan ilmu-ilmu besar di konferens-konferens riang. Cukup mengujakan! Dan bulatan gembiralah yang bertanggungjawab memperkenalkan saya kepada semua ini. 

Dan kini, sebagai murabbi, tidak tergambar perasaan saya apabila melihatkan kepuasan dan kegembiraan terpancar pada wajah hadek-hadek setiap kali apabila saya selesai memberikan perkongsian. Pergh makan aiskrim cokolat dengan kacang badam pon tidak sepuas itu!

5) Bulatan gembira mengajar saya erti ukhuwwah fillah

Ya, di sinilah pertama kalinya saya merasakan kelazatan ukhuwwah fillah. Bagaimana ada ahli-ahli bulatan yang sentiasa mengambil berat tentang diri kita. Demam sakitnya kita benar-benar dibelai dan dijaga. Sentiasa bertanyakan perihal keluarga kita di rumah. Risau melihatkan kita yang terlalu banyak huha huha sampai tak ingat nak menelaah pelajaran. Pergi ke perpustakaan bersama-sama, meski masing-masing mengambil subjek yang berbeza. Masakkan makanan kegemaran kita. Buatkan teh tarik untuk kita nikmati bersama. Waduh. 

Semuanya ini tidak mungkin saya rasakan andai saya tidak berbulatan gembira. Sumpah! (Nak cerita lebih-lebih, khuatir pula stok bawang yang akan kehabisan!)

6) Bulatan gembira mengajar saya untuk meraikan perbezaan

Memandangkan ahli-ahli bulatan gembira ini terdiri daripada pelbagai spesis dan baka, sudah tentunya masing-masing punya perlbagai karenah dan ragam. Saya ni pula, memang terkenal dengan keras kepalanya. Mesti sentiasa nak menang dan jadi juara! 

Namun bulatan gembira telah mengajar saya erti perbezaan dan bagaimana meraikannya. Tiada yang tak machonya apabila kadangkala kita mengalah dan memberi laluan kepada orang lain untuk memenangkan pendapatnya. Apatah lagi dalam bulatan gembira, yang penting adalah persefahaman (tafahum) yang disemai, bukannya siapa yang lagi hebat dan siapa pula yang lagi terer. 

7) Bulatan gembira mengajar saya erti, ehem, chenta

Sungguh klise bukan? Tetapi benar, terlalu banyak yang saya belajar dan peroleh daripada bulatan gembira, sehingga menyebabkan mustahil untuk saya tidak jatuh chenta pada bulataan gembira. Ke mana-mana sahaja saya pergi, saya akan bawa sama chenta ini; saya akan promosikan bulatan gembira dan mengapa ia begitu penting sekali. Mengapa semua orang perlu berbulatan gembira dan mengapa semua orang perlu membawanya pula.

Bulatan gembira telah menyebabkan saya jatuh chenta pada tarbiyah dan dakwah. Pada ikhwah dan ukhuwwah. Pada hadek-hadek dan perhubungan suci yang menghubungkan kami. Pada al-Quran dan al-Hadith. Pada seerah dan kisah para sahabat. Bulatan gembira telah menyebabkan semuanya itu menjadi suatu kemungkinan. 

Bulatan gembira. Bulatan chenta. Senyum. 

Amacam? Sekarang bersinar-sinar mata tak nak berbulatan gembira?? Eheh. [Kredit]

Uh oh, cukuplah sekadar ini. Jujur, jika saya mahu senaraikan satu-persatu manfaat dan kelebihan yang saya perolehi daripada bulatan gembira, nescaya saya tidak habis tulis post ini. 

Saya pasti, anda punya pengalaman peribadi dan kisah sendiri yang menarik juga untuk dikongsikan tentang bulatan gembira anda, bukan..? 

Kerana bulatan gembira bukan sekadar bulatan. Ia bukan sekadar halaqah atau usrah. Tetapi ia adalah nukleus, unit kecil yang menghimpunkan jiwa-jiwa yang segar dan hidup, kepada sebuah jemaah tarbiyah dan dakwah yang lebih besar. Ia adalah manifestasi kepada kechentaan dan kesungguhan kita pada ad-deen yang mulia ini, dan ruh-ruh kita dihubungmesrakan dengan fikrah membumi yang sama. InshaAllah.

Ia bukan sekadar bulatan yang menghimpunkan hati dan jiwa sekali seminggu. Tetapi ia adalah bulatan sakti yang menghidupkan, yang menyambung silaturrahim dan perhubungan, yang memberi makan pada jiwa-jiwa yang kehausan dan kelaparan.

Ia adalah bulatan kehidupan. Bulatan chenta yang penuh kesegaran. Bulatan sorga yang menyiram keimanan.

Arakian apa ertinya saya berbulatan gembira?

Segala-galanya! 

Senyum.

-gabbana-

13 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 23/05/2013, 16:36  

Salam,

saya ingin bertanya berkenaan usrah dan keperibadian.

ada sahabat saya yg saya kenali datang dari keluarga yang sangat warak. namun saya lebih kenal beliau lebih daripada keluarganya sendiri.

beliau seorang kaki perempuan dan pernah beberapa kali melakukan persetubuhan di beberapa tempat. (bunyi agak kotor tapi memang benar)

saya mendiamkan diri kerana saya tiada saksi.

tapi apa yang menghairankan saya, beliau juga rajin datang usrah dan majlis agama.

adakah keperibadian seperti ini diterima dalam satu bulatan gembira? atau tidak ada budaya judgemental diberikan dalam suatu usrah (which is good)?

terima kasih.

Anonymous 23/05/2013, 16:49  

mohon iG jwb kekonfiusan anonymus1.this such thing goes to ramai org.or maybe org lain pon boleh tlg.syukran :)

ஐ iqwa-niera ஐ 23/05/2013, 16:52  

bulatan gembira..sgt merindui halagah..usrah..taklim..insha ALlah apbila kaki ini melangkah ke universiti ..sya akn mneruskan dgn bulatan gmbira ini..^^

Anonymous 23/05/2013, 16:53  

bila ana baca ayat ni "Saya pasti, anda punya pengalaman peribadi dan kisah sendiri yang menarik juga untuk dikongsikan tentang bulatan gembira anda, bukan..? " ana bajet enta nak buat peraduan menulis pengalaman berbulatan gembira . huhuhu

khazinahqalbu-fatiniismadi 23/05/2013, 17:54  

Saya ade pm IG tentang sahabat saya yang mencari bulatan gembira di fb.
Tapi smpai sekarang belum ade apa-apa respons dari IG..
jzkk

power ranger pink 23/05/2013, 18:45  

jazakallah. nak tambah 1 point APG. usrah mengajar saya berbahasa arab yakni bahasa syurga.so sweet! :)

goku 23/05/2013, 22:15  

Kepada khazinah qalbu, bawakkan bersabar.. Kerana apa yang saya tahu pada masa kini tidak ramai yang sanggup bawak usrah.. Ramai yg nak terima sahaja, jd mungkin itu salah satu sebab kawan anda x dpt join usrah lg.
Saya pasti inche gabana sedang melakukan yang terbaik untuk kawan anda.
Teruskan usaha cari dgn sabar dan solat :)

goku 23/05/2013, 22:16  

Kepada khazinah qalbu, bawakkan bersabar.. Kerana apa yang saya tahu pada masa kini tidak ramai yang sanggup bawak usrah.. Ramai yg nak terima sahaja, jd mungkin itu salah satu sebab kawan anda x dpt join usrah lg. Saya pasti inche gabana sedang melakukan yang terbaik untuk kawan anda. Teruskan usaha cari dgn sabar dan solat :)

Anonymous 24/05/2013, 10:37  

aku sekarang tgh confius nk sambung bslik join bulatan gmbira ke x? sebab ak dah x blh terima naqib ak dah. ade naqib yg ak suka cara pnyampaian dia tp dia plak x nak terima ak. ke hati ak yg x nk terima bulatan gembira nih?

Anonymous 24/05/2013, 12:20  

Actually I like reading your blog especially this kind of entry, as I hv also benefitted in some way. Unfrtntly, since that-ge, I somehow felt taken aback. Nevertheless, like some of us who tend to be anti-establishment, some of the posts hv incited the opposite in me, especially those lamely- religously-backed opinion. I have started reading nst and utusan, including...erhhh, i've ventured into other blogs.. for my sympathy for them, at least.. besides other reasons including curiosity, and to witness the real situation..That, inspite of having stopped buying any, since my last harakah in 2005.
btw..Kudos to this entry. At least I get to find out about something which I ignored since my school-years.

saya adalah saya 24/05/2013, 14:33  

Lams tak singgah sini.. Harini datang singgah..just nk share.. Dulu sebelum saya tahu blog IG ni, saya sering npk a few of my usrah friends share status angelpakaigucci di fb.. Saya baca.. Oh islamik statusnya tapi awat pelik benor nama angelpakaigucci ni..

Tetiba saya melamun dan cuba bayangkan sendiri.. Oh angelpakaigucci ini mungkin seorang wanita yg sering memakai kasut tumit tinggi berwarna merah berjenama gucci. Dan saya membayangkan beliau seorang wanita bila berjalan dgn kadut tumit tinggi nya pasti umpama seorang model dgn lenggang lenggoknya.. Hahaha

Nak dijadikan satu hri ternpk ken usrah share link blog IG ni.. Time tu saya try buka blog IG. Saya klik je tjuk yg ada yg saya rasa best.. Tapi saya xbaca pun.duk tgk gmbar yg cntik jr. Last jumpe satu gambar masjid biru.. Saya save gambar tu je satu sbb saya suks masjid biru. Lps tu saya ttp blog IG xbuka dah.. Haha

Satu hari lps ambil gmbr masjif biru kt blog ni. Saya terasa amatla bosan xtau nk bt apa. Tetiba teringt blog IG ni. Saya pn try buka dan cb baca post2 yg ada.. Oh akhirnya br sy tahu IG ni seorang akhi...dan berbulatan gumbira.. Hahaha..

Ok tu je..hihihi..sorry pjg sgt..

saya adalah saya 24/05/2013, 14:38  

Alahai byk typing error since pki hp..huhu
*suks=suka; ken=kwn; masjif=masjid;ksdut=kasut; jr=je

aseef jiddan byk typing error.. Hehe

Tengkubutang 24/05/2013, 16:56  

Bulatan gembira? huu.. mcm best jea namanya.. heee

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP