21 May 2013

Selazat Ferrero Rocher

[Kredit]

"Kak, kenapa perempuan kena pakai tudung? Ya, saya tahu, Allah suruh, Allah wajibkan. Tapi... Uhm, takpelah."

Farisya memerhatikan wajah anak usrahnya dengan pandangan sedikit pelik. Dah tanya boleh gostan pulak.

"Tapi..? Eh cakap je la. Kalau akak boleh jawab, akak jawab insha Allah."

Farisya memberikan senyumannya yang paling manis buat Ija. 

"Uhmmm. Macam ni. Budak-budak macam saya ni, kuriyes. Banyak tanya. So instead of just cakap yang kitorang kena pakai tudung sebab Allah suruh, we need more than that. We crave for more logical answers. Bukan sayalah. Tapi orang-orang macam saya. Huhu.. Kak faham tak?"

"Faham."

Farisya tersenyum lagi. Dia memang kenal benar feel spesies macam Ija ni.

"So bila ada logical answers, answers that can satisfy our intellectual need, senang la sikit nak terima. Senang la sikit nak ajak orang pakai tudung sama."

Farisya mengangguk tanda setuju. 

"Camne akak..? Akak boleh bantu saya?"

Farisya tersenyum, sehingga berlekuk pipinya. Dipegangnya tangan Ija dengan penuh mesra.

"Insha Allah, sudah tentulah boleh."

Farisya menarik nafasnya. Kemudia dihelanya perlahan-lahan. Dia berkira-kira, dari sudut pandang manakah dia mahu menjawab persoalan anak usrahnya itu. Silap jawab nanti, semakin parah pula jadinya!

"Begini Ija. First and foremost, sama ada kita suka atau tak, kita kena faham dan terima yang perintah menutup aurat tu memang diwajibkan oleh Allah. Oleh sebab Dia Tuhan dan Tuan kita, maka nak tak nak, kita kena patuhi dan akui. Asal kepada ibadah adalah syariah, dan bukannya hikmah. Maknanya, tak perlu cari hikmah-hikmah yang tersembunyi, kerana memang Allah dah suruh.

Macam solat lah. Kita solat sebab Allah yang wajibkan. Bukan sebab bila sujud, ada urat celah mana dalam otak yang akan terbuka, lantas darah boleh masuk dalam urat tu. Bukan bukan. Itu hanyalah bonus daripada solat. Hatta kalau takde faedah sebegitu pon, kita tetap kena solat sebab Allah dah wajibkan.

Sama juga dengan larangan untuk memakan babi. Kita umat Islam diharamkan maan babi sebab apa? Sebab Allah sebut dalam al-Quran kan? Memanglah kajian sains ada membuktikan yang daging babi ni mengandungi sejenis cacing pita yang tak boleh nak dihapuskan walau dengan cara apa sekalipon. Dan melihatkan kepada cara hidup babi yang pengotor dan jijik tu, ergghh, siapa yang lalu..? But just assuming, one day saintis berjaya mencipta babi yang comel berlari-lari riang di padang rumput bersama arnab-arnab gemok, lagi pembersih, yang takde seekor pon cacing pita dalam daging dia. Ketika itu adakah hukum memakan babi menjadi halal? Tidak! Ia tetap haram, sepertimana yang sudah termaktub dalam al-Quran!"

Berkobar-kobar Farisya memberi muqaddimah. Terkebil-kebil Ija mendengarnya.

"Betul kak, Ija faham je. Tapi tu lah. Manusia kan. Tak puas hati setakat penjelasan yang Allah wajibkan. Kalau boleh nak tahu juga apa bonus pakai tudung ni."

"Betul betul. Akak faham. Sebab tu penting untuk kita sendiri, melatih diri kita dan mengajak keluarga dan kawan-kawan kita untuk jadi orang-orang yang beriman. Sebab bila dah beriman, dia tak akan persoalkan lagi kenapa Allah suruh begini dan begitu. Bila dia dah kenal Allah, dah makrifatullah, dia dah jatuh chenta dengan Allah, dia akan faham mengapa Allah minta dia taat kepada segala perintahNya. Malah dia akan buat dengan sukarela dan penuh rasa tanggungjawab dan chenta. Sebab tu dalam tarbiyah kita Ija, kita ajak orang untuk kenal Allah dulu. Ajak orang untuk jatuh chenta dengan Allah dulu. Siapa Allah tu. Apa sifat-sifat Dia. Kenapa Dia turunan Nabi Muhammad sebah khatimul anbiya'. Kenapa al-Quran diturunkan berperingkat-peringkat. Supaya nak bina aqidah dan iman tu dulu. 

Aurat ni, kosmetik je Ija. Maksudnya, menutup aurat adalah manifestasi kepada kefahaman aqidah yang benar. Macam akak cakap tadi lah, bila dah kenal Allah, bila dah beriman, insha Allah otomatik seorang perempuan tu akan terus menutup aurat tanpa sebarang kompromi dan ragu-ragu lagi."

Ija mengangguk-angguk kepalanya tanda setuju. Jauh di sudut hatinya, dia masih berharap kalau-kalau kak naqibahnya akan bercerita juga tentang bonus mengenakan tudung. 

"As for hikmah bertudung... Banyak sangat Ija. Banyak sangat. Pertamanya adalah untuk melindungi diri kita daripada panahan-panahan berapi nafsu syaitonirojim kaum lelaki. In a way, kita nak bantu mereka juga. Kalau dalam artikel #Perempuan, Inche gabbana ada cakap yang nafsu lelaki ni lain sikit. Diorang ni sudah boleh terangsang hanya dengan melihat sahaja. Lagi labuh tudung yang kita pakai, lagilah selamat dan terlindung kita rasa. 

Allah ciptakan fizikal perempuan dan lelaki tak sama. Kita ada kelebihan yang tidak ada pada lelaki. Tetapi kelebihan-kelebihan ni bukanlah untuk ditonjolkan, dipamerkan sesuka hati Ija. Ia adalah anugerah Allah untuk kita. Ia adalah ujian untuk kita. Allah dah tengok, kita ni boleh jaga dan lindungi anugerah yang Allah bagi ni dengan baik, atau kita buat dia macam barang yang tidak berhaga, boleh beri dan tayang pada sesiapa sahaja  yang kita suka.

Dia macam mahkota jugalah Ija. Bayangkan kita ada mahkota yang paling mahal dan berharga. Kita nak main pakai macam tu je ke? Tayang kat orang hari-hari sesuka dan segirang hati? Kita mesti nak jaga dengan rapi kan? Kita masuk dalam peti dan kunci? Kita pakai pada hari-hari keraian dan kebesaran tertentu sahaja. Kalau tak, habislah nanti orang ambil dan curi!"

Ija tersenyum. Ada logiknya di situ.

"Dan Ija..."

Tiba-tiba Farisya tersipu-sipu. Ija menggaru-garu kepalanya, sedikit pelik dengan reaksi spontan kak naqibahnya itu.

"Aurat kita ni... Hanya berhak untuk si dia yang halal sahaja. Sebab tu dalam al-Quran, Allah tak kata yang kena tutup aurat pada semua. Tapi ada golongan-golongan tertentu sahaja yang kita perempuan ni, dituntut untuk menutup aurat kita.

Suatu hari nanti, kita aka berkahwin insha Allah..."

Merah padam pipi Farisya.

"Ketika itu, tiada lagi aurat antara kita dan suami. 

Uhm, akak nak tanya Ija. Mestilah kita nak beri yang terbaik pada suami kan..? Kalau sebelum tu kita dah dedah sana, dedah sini... Dah, tinggal apa je lagi untuk suami nanti? Kasihan la pada suami kita nanti, seandainya diri kita ni, sudah pon ditatapi dan 'dirasai' oleh mata-mata rakus lelaki-lelaki lain di luar sana, dek kelalaian dan kebodohan kita sendiri. 

Dia macam makan Ferrero Rocher la Ija. Mana lagi nikmat; makan Ferrero Rocher yang dah siap dibuang pembalutnya yang berwarna emas itu, atau perlahan-lahan kita buka pembalut tu, dengan harapan untuk menikmati coklat rangup berintikan kacang yang lazat? Perggghhh. Hehehe.. 

Mestilah yang nak kena buka pembalut tu kan! Dia built up the expectation! And the suspense! The thrill! And the ultimate joy bila dapat makan coklat bulat tu! 

Itulah hadiah kita untuk suami kita nanti insha Allah! Biar dia ternanti-nanti. Biar kita built up the expectation! Semoga dia gembira, teruja dan bersyukur dengan apa yang dia bakal dapat nanti!"

Ija tersenyum lebar mendengarkan penjelasan Farisya. Ferrero Rocher. Tidak pernah terlintas langsung di kepalanya. 

"Dan Ija... Wanita beriman itu Allah khaskan untuk lelaki beriman. Itu janji Allah. Kita kena banyakkan bersabar. Kena yakin dengan janji Allah. Suatu hari nanti Dia akan hantar juga the knight in shining armour untuk kita. Kalau bukan di dunia ni pon, Insha Allah di sorga sana."

Farisya tersenyum dan terus dia memeluk erat Ija dengan penuh kasih mesra. 

"Jazakillahu khairan katheraa jaza' kak. Sekarang Ija lebih yakin kenapa Ija kena pakai tudung. Bukan setakat tudung, tapi tudung DBKL! Hehe.. Dan Insha Allah lebih yakin juga untuk ajak kawan-kawan lain nak pakai tudung sama!"

"Dia tak semestinya pakai tudung Ija. Pakai kotak atau baldi pon boleh. Asalkan tutup aurat!"

Berderai mereka berdua ketawa.

"Kak, dok sebut pasal Ferrero Rocher, lapar pula perut ni. Hihihi.. Jom makan? Saya belanja! 

Farisya tersenyum. 

"Jom! Tapi sebelum tu, akak ada sesuatu untuk Ija."

Farisya bangkit dan menuju ke almarinya. Dia membuka laci yang pertama dan mengambil sesuatu dari dalamnya. 

"Nah!"

Dia menghulurkan sebiji bungkusan emas berbetuk bulat. Ferrero Rocher. 

Ija tertawa kecil melihatnya.

Mereka berdua perlahan-lahan dan berhati-hati membuka pembalut coklat itu. Usai membukanya, mereka saling memerhatikan coklat masing-masing sebelum tertawa lagi. 

Ija menyuapkan semuanya sekaligus, sedangkan Farisya memakannya perlahan-lahan.

Ija dengan sabar memerhatikan Farisya menghabiskan coklatnya.

"Selazat Ferrero Rocher, kan kak...?"

-gabbana-

16 Caci Maki Puji Muji:

Nazratunnaem 21/05/2013, 18:24  

ferrero rocher. nak satu En Gabbana, eh ? haha :D

pa 21/05/2013, 18:27  

analogi yg menyelerakan =) ferrero rocher. hehe

Anonymous 21/05/2013, 18:34  

Salam, saya tak berapa faham apa yang dimaksudkan dengan "Asal kepada ibadah adalah syariah, dan bukannya hikmah". Boleh terangkan tak? tq.

Anonymous 21/05/2013, 18:42  

sangat suka!

Anonymous 21/05/2013, 18:46  

Ulama berbeza pendapat mengenai asal ibadah.

Jumhur mengatakan asal ibadah adalah "ta'abbud" (menghambakan diri kepada Allah) dan bukan berasal daripada justifikasi/ sebab - sebab sesebuah ibadah.

Ibadah merangkumi hikmah paling besar dalam hidup iaitu ta'abbud.

Saya krang setuju dengan kenyataan ibadah berasal daripada syariah dan bukan hikmah.

Pada saya syariah itu sendiri adalah hikmah.

wAllahua'alam.

:: godbles_aini :: (^_~)V 21/05/2013, 19:23  

"Aurat kita ni... Hanya berhak untuk si dia yang halal sahaja". senyumtaknampakgg(:

Anonymous 21/05/2013, 19:32  

Amboi. Ferrero Rocher tu besor kot. Mane muat nak ngap semua.

Anonymous 21/05/2013, 20:26  

pd pdgn sy arahan pakai tudung ni macam arahan cikgu suruh buat keje rumah, ada jugak yg tak buat. samalah. yg buat, cikgu syg, pndai pon ye. kalau tak buat cikgu marah, untung2 dpt rotan

twit2, ferrero rocher halal tak eh?

Unknown 21/05/2013, 21:40  

Haa baru nk tanya cokelat ferrero rocher halal ke x.. Anonymous 20:26 dh tanya pulak.. Heheh.. Ragu2 nk mkn skrg ni sbb xde tanda halal kan? Aman. Tiada perang! ;)

Salma Othman 22/05/2013, 09:54  

menarik perkongsian ni.terima kasih.

A_e 22/05/2013, 20:45  

menurut kaedah fiqhiyah,

"al-aslu fil ibadah at-tahrim"

asal ibadah adalah haram, kecuali bila ada dalil pensyariatan yg menyuruh utk melaksanakan ibadah spt solat, puasa, zakat etc barulah wajib utk kita laksanakan.

dalam al-quran banyak kan dalil2 yg mensyariatkan kita supaya menunaikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa etc

dan dari sunnah/ hadis yg memperincikan lagi bila, bagaimana dan kaedah2 utk tunaikan solat,puasa, zakat etc

sbg contoh, kita melaksanakan solat fardhu lima waktu sebab ada dalil dari al-quran dan sunnah yg mewajibkan kita menunaikannya, kita juga hanya akan berpuasa selama 30 hari pada bulan ramadhan berdasarkan dalil2 dlm al-quran, kita tidak boleh sesuka hati menukar puasa ramadhan kpd bulan2 lain,

p/s kalau salah sila betulkan, wallahua'lam

Anonymous 23/05/2013, 16:04  

subhanallah...sgt2 terkesan..ape yg dr hati akan ke hati jg kan..thnks en.gabbana

Anonymous 30/05/2013, 13:52  

Thanx Inche Gabbana. Artikel menarik :)

-M-

Anonymous 12/06/2013, 20:19  

kalau orang tu tak boleh berkahwin atas sesuatu sebab?

alasan simpan untuk suami tu sesuai untk target budak-budak muda, tapi bukan yang dah pertengahan umur/ke atas.

cara digambarkan ferrero rocher tu, seolah 'simpanlah aurat untuk tatapan suami, nanti suami lagi excited nak tengok.'

habis kalau tak ada husband/bakal husband? "tak pe nanti adalah jodoh..kalau tak dunia, di syurga"

ada orang kan senyum sinis, "meh. hidup bukan sekadar nak please lelaki."

saya tau tu bukan intipati utama, tapi orang suka event highlight di hujung-hujung acara untuk dibawa as take home message. :)

Anonymous 12/06/2013, 20:24  

dan tambahan, bukan semuanya di sebalik kain pelindung aurat tu indah bak bidadari.

ada yang ada eczema, acanthosis nigricans, rambut pecah, kulit kasar, parut, stretch mark, bulu roma lebat dsb.

bagaimana kalau tak memenuhi expectation liar anda?

selaku wanita, saya lebih selesa dengan yang ini.

'menutup aurat adalah manifestasi kepada kefahaman aqidah yang benar'

sayang mak ayah, dengar cakap dorang bahagiakan dorang.

sayang Allah dan rasul? buktikan!

-missanon

Anonymous 24/01/2016, 10:41  

menarik.. sy copy utk share ya... tq ig

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP