19 June 2013

Babai Bang Naqib Saya Tidak Mahu Pergi Bulatan Gembira Lagi!

Terlalu osem untuk diabaikan. [Kredit]

Salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada setiap ikhwah dan akhawat yang bergelar murabbi adalah kebolehan untuk membaca dan menilai hadek-hadek bulatan gembira mereka. Kegagalan untuk berbuat demikian pula, akan mengakibatkan kecederaan parah pada kedua-dua belah pihak murabbi dan mutarabbi mereka.

Somebody will get hurt. Eh.

Memetik kata-kata terkenal As-Syahid Datuk Tariq Ramadhan, "Jangan petik buah sebelum masak."

Dan memetik kata-kata seorang al-akh kuat lagi hebat di atas jalan ini, "Kalau buah tu dah masak, tak perlu risau untuk memetiknya, kerana ia akan gugur sendiri."

Pergh.

Saya sudah banyak kali mendengar kes-kes ngeri di mana hadek-hadek bulatan gembira tawar hati untuk ke bulatan gembira lagi, atau tidak berselera untuk ke konferens riang, hanya kerana mereka merasakan tugasan yang diberikan terlalu berat, atau pengisian yang disampaikan terlalu ekstrem atau tidak berasa selesa dengan keseluruhan suasana, format dan tema bulatan gembira/konferens riang yang mereka hadiri. 

Bayangkan, seorang hadek yang punya gelpren keliling perut, eh, pinggang, kemudian dihidangkan dengan hentaman dan pukulan Sayonara Jahiliyyah di dalam bulatan gembiranya. Konfem minggu hadapan dia sudah tidak mahu datang lagi.

Atau seorang hadek yang baharu sahaja nak berkenalan dengan Islam dan kita sudah sibok-sibok mahu mempromosikan jemaah atau kumpulan yang kita sertai. Saya tidak hairan sekiranya di masa hadapan, dia terlanggar bahu dengan anda dan dia boleh buat-buat tidak kenal siapa anda.

Atau seorang hadek yang belum lagi bersedia untuk bergerak bersama dengan gerabak tarbiyah dan dakwah, dan kita pula dengan penuh semangat shiuhh shiuhh rambut ditiup angin memberikan taujihat membakar tentang perlunya untuk para dua't mengorbankan jiwa dan seluruh raganya untuk agama. Boleh jadi tidak lama selepas itu dia akan terjun gaung la gamaknya...!

Ehem. Betulkan tempat duduk.

Jujurnya, saya melihat situasi ini sebagai kegagalan atau ketidakmampuan murabbi menilai dan mengenalpasti potensi sebenar yang ada pada hadek-hadek mereka. Akibatnya, mereka ini dizalimi dengan diberikan tugasan yang tidak selayaknya mereka tanggungi atau diberikan pengisian yang akan menyebabkan mereka mendapat barah otak atau diwajibkan untuk melakukan perkara-perkara yang belum tiba waktunya lagi untuk mereka melakukannya. 

Akibatnya lagi, muncullah golongan-golongan yang melihat tarbiyah ini sebagai keras dan syadid. Golongan yang tidak lagi berminat untuk ditarbiyah kerana salah faham yang mereka terima daripada pengalaman pahit dan ngeri mereka. Golongan yang lari terus daripada tarbiyah dan dakwah dan tidak mahu lagi ada kena-mengena dengannya.

Uhm uhm. Menyedihkan bukan...? 

Kerana itu Datuk Tariq Ramadhan melarang sama sekali proses pentakwinan (pembentukan) yang belum tiba masanya lagi. Kerana ia menzalimi, bukan sahaja kepada subjek dakwah (mutarabbi) tetapi kepada dakwah itu sendiri. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran! Ewah kau.

Sebagai seorang murabbi yang membawa bulatan gembira, elemen muayasyah (Baca: Borak bantal) bersama hadek-hadek adalah terlalu amat penting dan tidak boleh diabaikan. Ketika inilah kita dapat mengorek sisi-sisi hadek-hadek kita yang mungkin selama ini tidak kita ketahui. Oh selepas korek jangan lupa kambus semula ya? Wahahaha.. Ketika inilah kita dapat merapatkan ukhuwwah kita dengan mereka, yang selama ini mungkin kita abaikan. Ketika inilah masanya untuk kita mengenali potensi sebenar dirinya, yang mungkin selama ini terlindung oleh hadek-hadek yang lain. 

Muayasyah. Muayasyah. Muayasyah. Ingat tu. 

Hanya selepas kita benar-benar mengenali, luaran dan dalaman, kiri dan kanan, atas dan bawah, fizikal dan emosi, kelebihan dan kekurangan hadek-hadek kita, ketika itulah baharu kita boleh mentakwin dan menyusun mereka dengan baik. Kita dapat memposisikan mereka pada tugasan dakwah yang paling muntij, sesuai dengan kemampuan dan kelebihan yang ada pada diri mereka. 

Si Sulaiman Akhlaken itu pandai bermain konda-kondi? Ok dia perlu menDF budak-budak yang selalu lepak main konda-kondi petang-petang tu!

Si Najihah Suriana itu pandai memasak? Ok untuk acara rumah terbuka raya nanti, dia kena masak kek cokolat yang terlazat di seluruh Galaksi Bimasakti ni!

Apa? Mawarid Takayama tu masih sukar nak meninggalkan jahiliyyah walaupon dah mula berdakwah? Uhm, mungkin pengisian Babai Jahiliyyah perlu diberikan kepadanya.

Ohh si Kareena Khan tu masih belum benar-benar faham konsep kemenangan Islam dari atas ke bawah? Mungkin sesuai untuk dibentangkan Proses Revolusi Islam dalam bulatan gembira minggu ini.

Weh si gabbana tu banyak sangat la mulut dia tu. Apa kata kita stapler terus mulut dia..? Eh. 

Ha, kurang lebih begitulah. Bila mana kita mampu untuk membaca dan mengenalpasti kelebihan dan kekurangan, kekuatan dan kelemahan dan potensi sebenar yang ada pada hadek-hadek kita, InshaAllah tugas kita untuk membentuk dan menghalakan mereka akan jadi lebih mudah. Mereka juga akan merasakan tarbiyah dan dakwah ini relevan dan sesuai untuk mereka, lantas seronok dan gembira untuk bersama-sama dengan gerabak ini. 

Meskipon tarbiyah dan dakwah tidak perlu menjadi relevan kepada sesiapa dan kitalah yang sewajarnya merelevankan diri kita untuk perjuangan ini, ia tidak bermakna kita boleh cincai boncai dan caca marba sahaja dalam membentuk, menyusun dan menghalakan hadek-hadek kita. Tarbiyah dan dakwah itu ada fasa-fasanya dan setiap fasa ada hak-haknya.

Kata kuncinya adalah sabar. Tidak perlu rasa gundah melihat hadek-hadek orang lain sudah laju ke hadapan dan hadek-hadek kita masih mengikat tali kasutnya. Tidak perlu garu kepala menyaksikan hadek-hadek orang lain sudah berterbangan di udara dan hadek-hadek kita masih mahu belajar mengepakkan sayapnya. Tidak perlu panas punggung melihat hadek-hadek orang lain sudah boleh mengeluarkan kamehameha sedangkan hadek-hadek kita baharu nak masuk Pertandingan Kungfu Antarabangsa. Wah.

Yang penting kita tarbiyah mereka pada haknya. Didik mereka dengan tarbiyah yang sebenar. Dan kita bimbing dan taujih mereka dengan penuh ikhlas dan sabar.

Kerana yang kita nak tarbiyah, bentuk dan sentuh adalah hati-hati manusia, dan bukannya enjin dan wayar robot! Jangan sampai hadek-hadek mengucapkan "Babai jumpa lagi di sorga saya sudah tidak mahu berbulatan gembira!" dek kegopohan dan kecuaian pada diri kita! Aduhai.

Ingat! Bukan laju mana yang telah kita lalui itu yang utama. Tapi destinasi yang ditujui itu yang menjadi ukurannya. Biar lambat, asal selamat! 

Senyum.

-gabbana-

InshaAllah mulai esok, saya, beberapa orang ikhwah dan hadek-hadek akan mula berjaulah. Destinasinya? Biarlah rahsia. Eheh. 

Doakan keselamatan kami sepanjang perjalanan kami. Dan yang lebih utama, moga kembara ini berjay meraih redhaNya.

Sumpah tak sabar! Eh?

21 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 19/06/2013, 11:40  

nk ikut g jaulah gak,,

fatihah azemi 19/06/2013, 11:49  

Yeay biar lambat asal slamat. Semoga syahid di jalanan akhi! Moga Allah reda

fatihah azemi 19/06/2013, 11:49  

Yeay biar lambat asal slamat. Semoga syahid di jalanan akhi! Moga Allah reda

Akhmal Hisyam 19/06/2013, 11:51  

harap sgt dapat ikut skali berjaulah..T_T

Umie Nadhirah 19/06/2013, 11:55  

ameen. moga dipermudahkan urusan.

Ayako A. 19/06/2013, 12:37  

terfikir nak start menulis macam inche gabbana dalam novel sy, i mean style dakwah tu. tapi tak reti. just follow the flows laa jadinya. btw, pendekatan berhemah tu penting. memang tak boleh nak paksa orang untuk berubah, kan? :)

Anonymous 19/06/2013, 13:00  

"Kalau buah tu dah masak, tak perlu risau untuk memetiknya, kerana ia akan gugur sendiri."

kalu durian xpela gugur, kalo epal dah penyek sket jatuh ke tanah... masa mengambil kena tepat supaya masuk ke mulut jadi lazat..nyum3

Anonymous 19/06/2013, 13:03  

Pengisian Babai Jahiliyah. I laughed at that one. And then I realised that I need it. Mungkin Inche boleh buat satu entri mengenai itu? Hehe. InsyaAllah.
Allah permudahkan!

QueAe 19/06/2013, 13:55  

taaruf tafahum ta'awun takaful ^^

Anonymous 19/06/2013, 13:57  

Babai jumpa lg di syurga tu ayat ak tuh. Tp ak tmbah skit la kt blkg. Cara kita bbeza, destinasi kta ttp sma. Babai abg naqib.

Anonymous 19/06/2013, 16:41  

"Kalau buah tu dah masak, tak perlu risau untuk memetiknya, kerana ia akan gugur sendiri."

tapi, mcm mana pulak kalau ada org tu tak nak datang sbb rasa diri dia disekat. terlalu semangat nak buat itu ini, tapi disekat sbb adik-beradik yg lain belum dapat lagi the big picture. sampai kan orang tu rasa, baik tak payah berbulatan gembira kalau mcm ni.

Anonymous 19/06/2013, 17:36  

kdg2 rasa malas nk join. sbb semua nak guna term2 arab yg tak pernah dengar. ada kereta dsb nak pergi program2 mcm2. rasa mcm terpinggir je sbb sy tak faham pun apa yg diorang bincangkan.

Anonymous 19/06/2013, 19:18  

huuuuuuuaaaa..

agak jeles dengan seorang akh/ akhawat yang dapat trace karenah adik2..

doakan ya inshaAllah..

nice inche gabbana..
(kali ni entry agk ringkas tp padat)

Anonymous 19/06/2013, 21:01  

inche gabbana, tak semua orang tahu ayat2 bahasa arab tuu laa =) Boleh adakan translater laa kot kt nota kaki =)

Anonymous 20/06/2013, 00:48  

ya, saya sokong pada komentar2 di atas. kdg2, kalau ad orang share blog or sth, saya akn baca. tapi yang baru terkedek2 ni, tak faham pun terms tuh. smpai kena google bagai. and sometimes, rasa mcm berat. bg saya, guna bahasa mudah lebih mudah difahami bukan? [eh?]. apa2 pun, terima kasih ig!

Anonymous 20/06/2013, 06:25  

:)

Shazmie 20/06/2013, 10:07  

inche gabbana mantap! Moga Allah memberi kekuatan untuk terus thabat dan memberi inspirasi kepada pendakwah lain. :)

jika tidak keberatan, jemput like page saya:

https://www.facebook.com/MudaBertenagaCeria?fref=ts

dan juga blog:

http://mudabertenaga.blogspot.com

Anonymous 15/07/2013, 07:15  

Suka entry yg ni. Rsa cm nk bg kt semua sis tu baca je.. kesian kt kwn2 yg bru nk join bulatan gembira for the first time, tp komitmen dan pengisian.. astaghfirullah. Kecewa sgt :( sudahnya, semua lari. Sy pun lari gak. -IA-

Nur Khairiyah Munit 15/07/2013, 17:17  

salam IG.
saya pun pernah rasa 'keberatan itu' bila memikirkan komitmen yang perlu ada menjadi 'hadek-hadek'.jati diri kena kuat.bukan senang nak teguhkan iman nak teruskan bulatan gembira ni.

pernah sekali saya menangis sebab rasakan beratnya tugas kita ni as pendakwah.rasa beratnyaaa tanggungjawab ni bila dah join usrah.tapi saya munasabah diri balik, benda ni semua berat sebab nak capai Syurga Allah tu bukan sesenang mana pun kan.

i'm still fighting until now.may Allah give us strength to walk and jihad on the right path.amin...

Anonymous 17/07/2013, 19:21  

Buat pengkomen2 di atas. Pesan saya,

Bezakan antara ketidakmampuan dengan alasan.

Barangkali kita terlalu kreatif mencipta alasan, hanya kerana tak sanggup bermujahadah.

Bagaimana hendak tahu ianya alasan atau ketidakmampuan? Muhasabah. Anda sendiri tahu benar itu alasan yang sengaja dibuat, atau sekadar hendak mengelak.

Jika hendak pergi jauh dari jalan dakwah, jalan ini tidak akan rugi. Anda yang rugi.

ameerah syaheedah 27/12/2013, 16:15  

alhamdulillah geng usrah kat ofis dah mula jatuh chenta dgn APG. sampai jadi trend pulak. Smoga tsabat akhi fillah.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP