25 October 2013

Perkumpulan Jejaka-Jejaka Matang

[Kredit]

Baru-baru ini anak usrah saya (ha bunyi matang sikit kan berbanding hadek bulatan gembira?) ada berkongsikan satu status yang dikongsikan pula oleh anak usrahnya; cucu usrah sayalah. Status itu kurang lebih memberi peringatan kepada mereka di luar sana supaya tidak terpedaya dengan usaha-usaha manis untuk menarik orang masuk ke dalam gerabak tarbiyah dan dakwah berbentuk belanja makan, bawa jalan-jalan, beri hadiah dan usaha-usaha lain yang boleh tahan manis sampai rosak gigi jugalah. 

Dengan kata lain, dakwah fardhiyah; dakwah individu. 

Tambah status itu lagi, golongan yang menarik itu perlu bersedia untuk berhadapan dengan generasi baru yang "...lemah dalam berfikir dan mahu 'sweet3' sahaja." Dan para pelajar yang ditarik itu pula perlu bersedia "...dengan sesetengah pihak tersebut, yang sebenarnya tidak akan ke mana selain melakukan hal-hal tipikal yang boleh dibuat orang yang tidak menyertai apa-apa kumpulan pun."

Kemudian ada pula komen-komen seperti "klise", "mengumpulkan mangsa2 DF (dakwah fardhiyyah) didalam satu majlis makan, sambil menceritakan konon-kononnya itulah yang dilakukan Rasulullah s.a.w. di rumah Aqqam bin Abi Arqam", "Yang pastinya geng2 "usrah" Rasulullah tidak menamakan perkumpulan mereka 'bulatan gembira'" dan "Kita nak melahirkan da'ie atau ayam daging?"

Yang komen terakhir itu memang layak memenangi Anugerah Lawak Pecah Perut. Seriyes. 

Ketika pertama kali membaca status dan komen-komen tersebut, perkara pertama yang saya lakukan adalah tersenyum. Ya, saya hanya tersenyum membaca tulisan-tulisan (atau kritikan-kritikan) yang telah ditulis. Sungguh, saya berasa lucu dengan komen-komen tersebut. 

Terima kasih kepada kalian yang menegur dan mengkritik. InshaAllah besar hikmahnya di situ. Sekiranya kalian ikhlas, moga Allah membalas keberanian kalian menegur dengan sebaik-baik balasan. Namun andai kalian mengkritik dengan nafsu dan punya agenda tertentu, moga Allah ampunkan dosa-dosa kalian. 

Jauh di sudut hati saya, saya berasa bangga. Bukan bangga yang riya' itu, bukan. Tapi bangga yang gembira. Kerana antara tanda dakwah yang dilaksanakan sudah mula memberikan kesan adalah apabila orang mula mengkritiknya. Subhanallah, alhamdulillah dan astaghfirullah sekiranya itu benar. 

Jika bukan kerana mahu berkongsikan apa yang saya rasa dan tahu, sudah pasti saya tidak akan menulis artikel ini, kerana tidak mahu dituduh sebagai reaktif, menggelabah, tidak boleh dikritik dan sebagainya. Bukanlah saya lebih baik dan bagus daripada yang menegur, tetapi saya rasa terpanggil untuk mempertahankan "geng-geng usrah" ini di samping menjelaskan mana yang perlu, dengan harapan sebarang bentuk salah faham atau kekeliruan dapatlah diterangkan, biidznillah. 

Bismillah. Begini. 

Dakwah fardhiyyah (DF), atau dakwah secara individu itu, sasarannya adalah hati. Apa jenis manusia sekalipon, lelaki atau perempuan, tua atau muda, besar atau kecil, tinggi atau rendah, garang atau lembut, samseng atau selalu ke surau, suka main zero point atau main bola cat, sesiapa sahajalah, sekiranya hati mereka dapat ditawan, maka tertawanlah seluruh anggota badan yang lainnya. 

Dan hati setiap orang berbeza-beza; ia punya kunci yang unik untuk membukanya. Ada orang yang terbuka hatinya dengan melihat akhlak pijak semut tak mati orang lain. Ada orang yang kunci bagi membuka pintu hatinya adalah dengan memberikan peringatan-peringatan tentang kematian dan api neraka. Ada orang yang hatinya akan cair luluh apabila bercakap tentang keluarga. Ada juga yang hatinya amat mudah tersentuh apabila ada orang yang mahu menolongnya dalam kesusahan. Dan ada juga yang hatinya hanya akan terbuka apabila ditampar, disepakterajang dan dibelasah hingga lebam. Eheh. 

Namun kebanyakan manusia di luar sana punya fitrah yang sama; yakni suka akan kebaikan, kecantikan, kemanisan dan semua-semualah yang membayangkan kegembiraan di tengah-tengah padang bunga tulip yang terbentang luas. Oleh sebab itu, di peringkat permulaan, terutamanya untuk mereka yang baharu berkecimpung dalam tarbiyah dan dakwah ini, mereka memilih untuk menggunakan cara yang manis manis (Baca: Sweet sweet) untuk menDF, kerana dirasakan cara tersebutlah yang paling mudah untuk menyentuh hati.

Cara itu tidak semestinya akan berjaya. Seperti yang saya sebutkan tadi, setiap hati punya kunci yang berbeza untuk membukanya. Tapi saya tahu, BANYAK hati yang akan mudah tersentuh dengan ayam golek, kebab kambing, daging salai masak lemak cili api, susu kocak aiskrim dan lompat tikam. Wahahaha. Begitu juga, BANYAK hati yang mudah cair apabila dibelanja main bola cat, dibawa berjalan-jalan ke taman bunga, ramai-ramai pergi berjaulah naik kereta dan yang seumpama dengannya. 

Untuk mereka yang baru nak belajar cara-cara untuk menDF, saya rasa mereka ini wajar diberikan tepukan di bahu dan usapan di kepala atas keberanian mereka mencuba. Bukan senang tahu, nak 'masuk' dengan orang begtu sahaja? Apatah lagi apabila masing-masing berasal daripada latar belakang yang cukup unik dan berbeza.   

Nah, mengapa perlu mengkondem mereka ini? Mengapa perlu menjatuhkan semangat mereka dalam mahu membuat dakwah? Mengapa mahu mengejek dan mencela mereka sedangkan mereka benar-benar ikhlas mahu mencuba menyentuh hati-hati di luar sana? Sekurang-kurangnya mereka telah berusaha dan mencuba, dan InshaAllah mereka benar-benar ikhlas melaksanakannya. Anda bagaimana..?

Geleng kepala. 

Bukankah dakwah Nabi SAW dan para sahabat itu sendiri adalah dakwah yang penuh dengan kasih-sayang dan kelembutan hati? Takkanlah di peringkat awalan dakwah itu, kita memperkenalkan Islam kepada mad'u dengan mengajak mereka pergi berjihad dan mengorbankan seluruh harta dan jiwa mereka...?? Pengsan. Silap haribulan, itulah pertemuan anda yang pertama dan terakhir dengan mereka! Ha, kan dah padan muka!

Silakan membaca 'Bagaimana Menyentuh Hati' oleh Syaikh 'Abbas as-Sisi atau 'Dakwah Fardhiyyah' oleh Syaikh Mustafa Mahsyur untuk lebih memahami apakah yang dikatakan dengan DF itu.

Namun saya setuju, bahawa sememangnya tidak sihat dan merbahaya sekiranya proses takwin (pembentukan) dalam bulatan gembira itu tidak berlaku; yang ada hanya taarif (perkenalan) semata. Asyik mahu manis manis sahaja sepanjang proses berbulatan gembira, potong kaki nanti baru tahu! Tak berkembang pula si hadek bulatan gembira; bila tiba waktu jihad, apa nak suruh mereka bawa bantal dan lolipop pergi berperang...? Hah!

Kerana itu bulatan gembira itu sewajarnya dinamik sifatnya. Dalam bulatan gembira diceritakan sirah jihad para sahabat, dikongsikan pula masalah umat yang berlaku di seluruh dunia - penderitaan saudara-saudara kita di Palestin, Mesir, Myanmar, Syria dan sebagainya -, ada pula hadith-hadith yang menekankan tentang kepentingan untuk berkorban dan dimantapkan lagi dengan bahan-bahan fikrah yang semuanya tidak lain adalah untuk melahirkan rijal-rijal dakwah yang memenuhi kesemua sepuluh muwasofat tarbiyah. 

Di samping bulatan gembira, ada pula wasilah-wasilah tarbiyah yang lain seperti konferens riang (Baca: Daurah), mukhayyam (Baca: Perkhemahan), jaulah (Baca: Jalan-jalan cari makan, eh, cari redha Allah), katibah (Baca: Gabungan antara bulatan-bulatan gembira) dan macam-macam lagi, yang semuanya saling melengkapi. Tujuannya adalah untuk melahirkan individu-individu muslim yang benar-benar mantap iman dan jiwanya.

Dan ya, kami nak melahirkan ikhwah akhawat yang suatu hari nanti boleh buka kilang memproses ayam daging sendiri! Wahahaha. 

Tarik nafas.

Bagaimana? Dah nampak permainannya di situ?

Memang benarlah, zaman Nabi SAW memang tidak disebut perkataan bulatan gembira itu. Malah, perkataan 'usrah' itu pon entah ada entah tidak. Adoyai. Yang penting adalah ruhnya itu! Yang lebih utama adalah apa yang diberikan dalam pertemuan-pertemuan itu dan apa pula hasilnya! Bulatan gembira itu hanyalah wasilah, cara untuk menarik orang ramai untuk berusrah; untuk duduk-duduk dan beriman sejenak dan mendekatkan diri kepadaNya!

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah di jalanNya, agar kamu beruntung."
[al-Maidah, 5:35]


Dan oh, kalau anda menyampah, tergaru-garu kepala dan panas punggung dengan frasa 'bulatan gembira' itu, berilah nama apa-apa pon; pertemuan lelaki-lelaki macho ke, perjumpaan seriyes ke, bulatan orang-orang nak kejar redha Allah ke, perkumpulan pemuda-pemuda matang ke, hah, suka hati anda lah. Yang penting anda tahu objektif perkumpulan dan pertemuan itu dan anda berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya! 

Silakan baca 'FAQ: Bulatan Gembira' untuk penjelasan yang lebih lanjut dan komprehensif InshaAllah tentang ruh, sejarah dan latar belakang bulatan gembira itu. 

Sudahlah, saya rasa isu ini tidak perlu diperbesar-besarkan pon. Cuma mungkin saya sedikit emo dan terasa mungkin, apabila usaha-usaha yang baik ini diejek-ejek sedemikian rupa. 

Tunduk, kuis-kuis kaki.

Kadangkala saya merasakan, kita sering bercakaran, bertelagah dan berbalah tentang perbezaan yang ada pada kita. Sedangkan kita punya begitu banyak persamaan, yang sekiranya fokus yang sepatutnya diberikan kepada persamaan dan kekuatan yang ada, Masha-Allah, saya yakin ummah ini dapat bangkit dan berlari dengan lebih laju. Tatkala kita sibuk berlawan untuk menunjuk siapa yang lebih hebat dan kuat, dan saling menjatuhkan dan memperlekehkan, musuh-musuh kita dengan rilek makan popkon atas sofa sedang menguatkan saf-saf mereka, sambil mentertawakan kita. Adeh. 

Sudah. Sudah. Sudah.

Mari kita sama-sama berpimpinan tangan, saling bekerjasama untuk menguatkan barisan kita. Tegurlah dan kritiklah mana yang perlu; bukan untuk melemahkan dan menjatuhkan, tapi untuk menguatkan dan memantapkan. Nasihatilah bukan kerana benci dan dengki, tapi kerana sayang dan chenta. Senyum. 

Boleh kan..?

Oh maafkan saya. Saya minta izin dahulu ya? Saya sudah lambat untuk menghadiri perkumpulan jejaka-jejaka matang saya! 

-gabbana-

Harap tidak ada yang melihat artikel ini sebagai reaktif atau egoistik. Nau'dzubillah. Harap tidak ada juga yang lemah semangat untuk menegur dan mengkritik selepas ini.

Tegurlah. Nasihatilah. Ingatkanlah. Kerana itulah kekuatan umat ini; saling mengingatkan dengan kebenaran dan kesabaran. Senyum.

23 Caci Maki Puji Muji:

Unknown 25/10/2013, 12:19  

Deabakk..ska dgn gaya penulisan..xyah nk bunga2 n ranting bagai...truskn

Ayyid 25/10/2013, 12:41  

Cool. Menaikkan semula hamasah yang sedikit layu. Jazakallah khair akhi^^

P/s: stujuu. Memang kedengaran lebih matang bila panggil anak usrah instead of hadek bulatan gumbira. Penuh kasih sayang gitu.ewah

memoirsandreflections 25/10/2013, 12:48  

Alhamdulillah.
Selama tiga hari, sentuhan tarbiyyah dari Professor Tariq Ramadhan pun memberi peringatan yang sama.
Kita mesti berusaha cari titik persamaan, sebab kata Professor, sebenarnya banyak je titik persamaan tu, kita je belum aware.
Jzkk, IG, for the sharing.

Amjad. 25/10/2013, 12:57  

this.lama dah cari ulasan untuk ni .sbb masa kemasukan pelajar ke ipta baru baru ni pun mmg bnyak status di fb yg suruh utk nerhati hati terhadap bulatan bulatan yg bermacam jenis ni .tak salah berhati hati ,tetapi tak perlu sehingga mengkritik begitu .sekadar pandangan .terima kasih APG atas penjelasannya .

Anonymous 25/10/2013, 13:10  

First time baca dapat felt gaya penulisan more cool+macho.

Ibrah pun ada.

menyibok 'se'komen 25/10/2013, 14:04  

sokong anonymous!

frankly, lately cam tak berapa berminat nak follow post APG sama ada di FB atau blog (yelah, memang tak mintak untuk di follow pun kan...but..well...)

sebab...sebab tak taula..rasa post masa tu cam tak berapa berwibawa sangat...macam being judgemental yang agak tak berhikmah sikit...haha *oops, ni seriously personal sight! jgn ada yang lebih glabah dari APG!
anyway saya nak bagi 2thumbs up untuk post ni. sejuk je hati baca...huhu jujurnya, saya tahu siapa punya status tu...dan memang keluar kat wall fb saya. saya pun senyum je masa baca.

tapi at one side, kadang-kadang kena ada juga orang kritik macam tu so that kita boleh evaluate DF jika supaya biar apa yang sweet2 tu harapnya berkadar langsung dengan investment dan pencapaian tarbiyyah yang kita harapkan. sure, bab ikhlas tu memang maqam paling tinggila... but kena juga berpijak pada realiti untuk muhasabah perkara2 sweet tu...

wallahu'alam.

Qalamqudus92 25/10/2013, 20:19  

Sweettt..dah macam gaya candy crush saga pula..

Apapun..jgn gelabah dan keep calm...May Allah bless..amin

Anonymous 25/10/2013, 21:54  

Salam,

memang saya salute post kali ni. matang, berwibawa dan benar2 menyentuh hati. (jgn slh phm,post2 sblum ni pn best gak,cuma kali ni mmg terbaik la). apa pun, saya anggap inilah asam garam dlm berdakwah. tak sah kalau tidak diuji. bukan kerja mudah untuk mengajak orang ke arah kebaikan dan pada masa yg sama nak kekalkan diri kita dlm tarbiyah. buat ikhwah/akhwt, muslimin/muslimat atau sesiapa saja yg ingin lakukan kebaikan, go on. jgn peduli unsur2 negatif (kdg2 kna la peduli sbb ianya utk memantapkan kita). bila kita kerja keras untuk kebaikan org lain dan kita di uji, itu tanda Allah nak didik kita erti IKHLAS. peduli pandangan Allah, bukan manusia :)))

azmi 25/10/2013, 23:26  

assalamualaikum,IG.
tumpang tanya la kan,soalan ni quite random actually.hehe
saya blh dikatakan baru jgk la start baca blog ni & nmpk IG guna arabic terms..IG mmg belajar bahasa arab ke?

Anonymous 26/10/2013, 09:37  

apg blajar bhase arab mase berbulatan gembira... mase tu lah nak biase kn diri gan term2 arab...

Ninja Anggun (NA) 26/10/2013, 16:23  

teringat masa mula-mula jumpa blog ni. BULATAN GUMBIRA.

Anonymous 26/10/2013, 16:34  

Terbaik ah! Dlm kita mmbuat kebaikan kpd mereka bkn mnghrpkn blsn dr mereka,cukupla mereka mngmbil jalan menuju Allah..

##25:57

Unknown 26/10/2013, 16:56  

senyum lebar nampak gigi.

Anonymous 26/10/2013, 17:35  

Tengah membaca buku usrah itu semua poyo! Dan rasa x sbar nak tnggu buku tulisan inche gabbana pulak

Anonymous 26/10/2013, 18:46  

"ade org terbuka hati nya dgn AKHLAK PIJAK SEMUT TAK MATI ORANG LAIN..." XD

Mohd Hisham Mohd Sharif 28/10/2013, 11:20  

Bulatan juang :-)

Salam ukhuwwah APG

Unknown 28/10/2013, 16:17  

"adangkala saya merasakan, kita sering bercakaran, bertelagah dan berbalah tentang perbezaan yang ada pada kita. Sedangkan kita punya begitu banyak persamaan, yang sekiranya fokus yang sepatutnya diberikan kepada persamaan dan kekuatan yang ada, Masha-Allah, saya yakin ummah ini dapat bangkit dan berlari dengan lebih laju. Tatkala kita sibuk berlawan untuk menunjuk siapa yang lebih hebat dan kuat, dan saling menjatuhkan dan memperlekehkan, musuh-musuh kita dengan rilek makan popkon atas sofa sedang menguatkan saf-saf mereka, sambil mentertawakan kita. Adeh."

<--- suka jiddan part yang ni, sebab selalu perasan sangat perihal perbezaan yang dicanang berlebih-lebihan. Jazakallah khair, APG. Toyyib

Unknown 03/11/2013, 10:26  

Pasal nme halaqah terigt plak ana. Klu kitorg kat usim KL panggil "smart circle". Pastu liqa kat fb plak nme "jejaka hensem". Sorg akh mahbib ni tetibe je add ana dlm grup tu. Dlm ati pikir "ap hal mamat ni xde keje ke ap join grup cmni, ajak org plak tu". Cek punye cek member dia rupenyer adik beradik smart circle jugak kahkah. Btw, apa salahnya mengajak, kan? Kami x paksa so kalau tak nak x perlu buruk2kan, take ke gitu hehe.

Semoga duat lain terus tabah.

P/s: ana junior lagi, masih belajar lg teknik kame kame ha. Super saiya tu jauh lg gamaknye huhu

Unknown 03/11/2013, 10:27  

Ops mahbub sbnrnye. Typo

Adlan 04/11/2013, 21:20  

Setuju. Even Rasulullah dulu pun, jika nak beri nasihat kepada sahabat, setiap sahabat menerima nasihat yang berbeza.

Setiap orang perlu cara yang tersendiri, baru lah mengena..

Anonymous 10/11/2013, 04:08  

IA sy pun sedang berusaha untuk menarik hati- hati mereka diluar sana..
Bkn senang untuk memenangi hati mereka kan.. Mcm yg APG ckp kan... Kunci bgi setiap hati berbeza.. IA pndekatannya juga berbeza...

Anonymous 11/11/2013, 02:34  

Keep up the good work

You never know,but your writting change people's lifes man
may Allah bless!

Anonymous 03/01/2014, 19:25  

takpe lah IG...biasa la tu...hati manusia ni kan lain2 =)...sedang hati yang satu pun berbolak-bolak.mundar mandir sana sini.sekejap nak jadi comel,sekejap nak jadi macho. ni pulak lain2 orang.macam saya jugak lah,tertarik pd APG dulu sebab ayat2 perasan kiut,but so far...kdg tu rasa geram jugak,sebab ada setengah entry tu,langit baru je nak hujan tetiba panas balik.macam kdg2 "comel-comel" yang ada tu menhijab niat sebenar IG.yelah kdg2 kan? kononnya macam baru nak keluar pedang tiba2 shincan dtg.apakejadah???putus angin ah.hilang semua.siap baca.got nothing.

mungkin kena tambah dos ikhlas kut IG.bukan maksud saya ikhlas-riak.tapi macam...ikhlas-jujur.jujur yang datang dari diri IG sendiri.bukan sebab nak tarik orang.*ah sudah,macam berbelit je".maksud saya,well sometimes-jujurlani*saya rasa it's like...fake.macam ayat yang dibuat2.macam ayat yang IG tulis balik lepas backspacekan ayat sebenar dia.macam...tak asli.tak ikhlas datang dari hati.macam ayat sebenar dalam hati lain,tapi IG tulis lain.kdg lah saya rasa macam tu,padahal ianya dari entry yang sama dan kdg2 tu entry yang sama dan ayat yg sama...tapi penerimaan dari hati saya tu lain.yang satu ni jadi tersenyum dengan air mata,yang satu lagi jadi air mata kering dengan 'hmphh'.padahal ayat sama,entry yang sama.dalam masa yang sama...pening kan hati manusia ni? tak pe lah.ikut suka hati you lah.I pening.X<

p/s-tapi backhand sarkas atau penampar jepun tu selalu sampai la...memang sesak nafas.

p/s -paham ke tak,biasa kakak saya pening bila saya cakap =D.sebab banyak sangat 'macam'.tak tau la kenapa...

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP