19 November 2013

Allah Itu Baik. Terlalu Baik.

[Kredit]

Allah itu baik.

Sekiranya anda ragu-ragu atau skeptikal dengan kenyataan saya itu, jom kita buka al-Quran, ayat-ayat chenta yang turun terus dari langit.

Oh, sebelum itu ambil wudhu' dahulu ya! Senyum.

Baiklah. Bismillah. 

Dalam al-Quran Allah cerita macam-macam tentang keampunanNya, tentang maghfirahNya yang tiada tolok bandingnya. Walau sebesar mana dosa kita, meski seraksasa mana pon diri kita, keampunan Allah itu tetap setia menanti buat mereka yang mencarinya.

"Dan bersegeralah kamu mencari keampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa..."
[ali-Imraan, 3:133-134]

Allah itu baik kan...?

Benar, dalam al-Quran Allah bercerita tentang azab neraka. Allah beri amaran kepada mereka yang suka berbuat dosa. Allah mengugut mereka yang sering ingkar dan tidak peduli pada janji-janjiNya. 

Namun, pada masa yang sama, Allah juga bercerita tentang sorga dengan riang gembiranya. Dikisahkan perihal sorga yang begitu indah dan nikmat itu dengan seteliti yang mungkin, meski mustahil untuk akal fikiran manusia membayangkannya. Allah janjikan sorga yang penuh dengan nikmat itu buat mereka yang bertaqwa; khas untuk mereka yang taat dan patuh padaNya sewaktu hidup mereka di dunia dahulu. 

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, ditempatkan di dalam sorga dan kenikmatan. Mereka bersuka-ria dengan apa yang diberikan Tuhan kepada mereka; dan Tuhan memelihara mereka dari azab api neraka."
[at-Tuur, 52:17-18]


Nah, Allah itu baik bukan? Kerana Dia terus-menerus memberikan pengharapan. 

Selalu juga di dalam al-Quran, Allah tidak menunjukkan pengharapan itu secara terus dan terang-benderang. Terpulang pada kita untuk mentadabburnya, untuk benar-benar merasakan betapa manisnya kasih-sayang dan chenta Allah kepada kita.

Misalnya, dalam pengkisahan Nabi Yusuf AS.; diceritakan bagaimana pada mulanya Nabi Yusuf yang dianiaya oleh abang-abangnya, kemudian difitnah pula isteri al-Aziz sebelum dihumban ke dalam penjara. Namun Allah akhiri kisah ini dengan pengakhiran yang gembira. Bagaimana baginda diangkat menjadi menteri yang menjaga perbendaharaan negara Mesir dan dipertemukan semula dengan ayahanda dan adinda yang terchenta.

Bukankah itu memberikan kita harapan? Betapa kita sewajarnya yakin dan tsiqah pada perancangan Allah yang Maha Mengetahui dan Bijaksana itu?

Atau dalam kisah Nabi Musa AS. Bagaimana baginda yang sudah diberikan pelbagai kelebihan dari segi kekuatan fizikal dan wahyu yang beraneka jenis itu, masih punya kelemahan yang menghalangnya untuk berdakwah dengan baik; yakni kegagapannya dalam berbicara. Lantas, apa solusinya? Allah kuatkan baginda dengan saudaranya sendiri, yakni Harun AS yang lebih petah dan baik tutur katanya. 

Wahai, bukankah itu memberikan kita harapan? Betapa andai kita punya kelemahan dalam mahu menyampaikan dakwah dan hal tersebut menjadikan kita lemah, kita tidak perlu khuatir dan gundah? Kerana kita punya teman, ikhwah dan akhawat, yang sama-sama akan menguatkan kita di atas jalan ini. Senyum.

Begitu juga dengan kisah Musa AS dengan seterunya yang utama, Firaun laknatullah 'alaih. Meski sudah diketahui umum bahawa Firaun adalah seorang manusia egoistik yang cukup zalim dan kejam, yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kedudukannya, Allah tetap mengarahkan Musa AS untuk pergi berdakwah kepadanya. Bukan setakat itu, Allah juga mengarahkan Musa agar berlembut dengan sang raja yang bengis itu! Walaweh!

"Maka katakanlah (kepada Firaun), 'Adakah keinginanmu untuk membersihkan diri (dari kesesatan), dan engkau akan ku pimpin ke jalan Tuhanmu agar engkau takut kepadaNya?'"
[an-Nazi'at, 79:18-19]

Anda tahu apa yang menyebabkan saya sehingga ke hari ini tidak dapat mengotakkan dengan baik kisah antara Musa dengan Firaun ini? Sehingga ke hari ini menyebabkan saya terus takjub dan kagum dengan kehebatan Allah itu? Nah, meski Allah sendiri sudah mengetahui lebih awal bahawa Firaun akan mati sebagai seorang kufur, ditenggelamkan oleh Laut Merah sebagai seorang manusia yang bongkak dan sombong, namun Allah tetap mengarahkan Musa AS untuk pergi berdakwah kepadanya, menyampaikan risalah kebenaran kepada si Firaun itu! Sila beritahu saya, kebaikan tahap apakah ini...??

Potong bawang dengan pisau tajam. 

Bukankah kisah-kisah sebegini memberi harapan yang cukup besar kepada kita semua? Sekiranya Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan - satu kemungkaran akbar yang cukup terkutuk - itu pon Allah masih berikan harapan, takkanlah kita ini tiada can untuk mendapatkan keampunanNya yang maha luas itu...?? 

Allahu Allah. 

Anda masih bersama dengan Quran anda? Bagus.

Kadang-kadang kita mengomel, betapa Allah tidak sayangkan kita. Kadangkala apabila kita mula membandingkan diri kita dengan orang lain yang tampaknya lebih baik nasib mereka berbanding dengan diri kita ini, kita mula bersangka-sangka yang tidak baik dengan Allah. Apabila kita ditimpa musibah dan masalah, kita cepat mengeluh, merasakan Allah tidak berlaku adil kepada kita.

Aduhai, betapa dangkalnya kita.

Anda, sekiranya benar Allah tidak sayang kepada kita, andai benar Allah tidak peduli kepada kita, jika benar Allah tidak mengasihi dan ambil berat tentang kita, mengapa agaknya begitu banyak sekali di dalam Quran Allah 'mengajar' kita bagaimana mahu menjadi orang-orang yang bertaqwa, bagaimana mahu menggapai redhaNya? Mengapa agaknya Allah begitu bersungguh-sungguh menurunkan firmanNya yang mulia, berkaitan dengan tips-tips dan cara untuk masuk sorga? Tidak cukup dengan itu, Dia hantar pula ar-Rasul SAW yang mulia lagi terchenta, untuk mengajar dan membimbing kita, supaya kita lebih dengan faham dengan tuntutan ayat-ayat chentaNya..? 

Aduh duh duh. Manis kan Allah? Baik kan Allah..? Ah, terlalu baik!
 

Nanges.  

Terlalu banyak yang boleh saya nukilkan tentang kebaikan Allah, tentang betapa lembutnya Allah dan betapa chentanya Dia kepada hamba-hambaNya. Tetapi, apalah guna semuanya itu sekiranya kita sendiri yang menjauhkan diri daripada rahmat dan kasih-sayangNya? Apalah manfaatnya semua itu andai kita sendiri yang telah berputus-asa dengan chentaNya? Apalah faedah semua itu jika kita sendiri yang tidak yakin bahawa dengan kegelapan kegelitaan yang ada, pasti akan ada sinar mentari cerah yang akan menerangi seluruh alam buana..? 

Kita hidup dengan harapan. Kita kuat dengan harapan. Dan kita bangkit dengan harapan. Dan Islam sememangnya menawarkan harapan. Allah sentiasa menawarkan harapan. 

Namun kitalah yang seringkali membungkam dan menguburkan harapan. Kitalah yang seringkali menjadikan harapan itu tampak kelam dan tiada masa hadapan. Dan kita jugalah yang seringkali menjadikan harapan itu musuh kepada perubahan.

Bak kat Mat Luthfi, "Jika agama gagal menawarkan harapan, ia bukan dari Tuhan."

Eh betul ke macam tu?

Saya tutup penulisan kali ini dengan hadith yang saya kira, cukup memberkas pada jiwa dan raga saya. Moga ia juga memberikan kesan yang sama kepada anda semua. 

Dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,

"Allah SWT berfirman, 'Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepadaKu dan berharap kepadaKu, akan Aku ampuni apa yang telah kamu lakukan, Aku tidak peduli.

Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepadaKu, akan Aku ampuni.

Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepadaKu membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepadaKu tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu pon, pasti Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.'"

[Hadith riwayat Tirmidzi]

Bagaimana? Sudahkah anda merasakan chenta dan kasih-sayang Allah yang melimpah-ruah itu..?

Allah itu baik bukan? Terlalu baik!

Senyum sambil lap mata yang masuk habuk.

-gabbana-

18 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 19/11/2013, 13:49  

Allah..
*Mata berkaca. Sebak membuak di dada.
Jay zack kay kay apg. Anda telah memaknai pagi saya di sini.

Manisnya Allah. Baiknya Dia. Berterusan memberi nikmat padahal aku pembuat maksiat.

Terima kasih ya Allah. Alhamdulillah. Baiknya Allah sedarkan saya melalui anda.

Semoga Allah mengganjarkan sebaik baik ganjaran kepada anda.
Alhamdulillah.

Anonymous 19/11/2013, 14:16  

masyaAllah...sgtlah baik Allah pd kita. Kita ja yg dok menghitung kebaikan yg Allah kasi kat kita, ckp xcukup lah apa la...

Moga Allah terus bg kenikmatan pd kita yg selalu lalai ni..

T_T

Qaseh Dalia 19/11/2013, 14:25  

;'( Allah maha pengampun , setiap kali buat silap mengadu pd Allah , Allah dtgkan balik ketenangan tu , berulang kali Allah bukakkan peluang =(

Unknown 19/11/2013, 22:34  

Allah itu Maha Penyayang :')

Anonymous 19/11/2013, 22:36  

Indeed... Super baik! Allah suka test kita spy kita ni sentiasa dalam keadaan bersedia.walaupun banyak kali juga lah fail test2 yg diberi, namun pengampunanNya melaut luas. Cuma
time penat menggila+semua benda tend to be failed miserably+semua org salahkan kita=ssh juga nak mengharap di situ...
selalu tgk langit sat,lps tu baru ingat nak cecahkan dahi di bumi dan mengadu. Siapa yg lebih baik dari Allah dalam kita mengadu?

Anonymous 20/11/2013, 04:03  

Bukankah Allah itu Ar-Rahman;)

Anonymous 20/11/2013, 05:35  

http://dhia-sakura.tumblr.com/

Anonymous 20/11/2013, 11:23  

hati terkesan dgn hadis tu..Jzkk akhi. JOM! Apa lah maknanya jika hati kita tersedar dgn suatu peringatan, tp tidak disusuli dgn amal..akhirnya, kesedaran sampai disitu sahaja..Moga Alah Redha..

qaseh 20/11/2013, 12:43  

Alhamdulillah & terima kasih
di saat kelalaian dlm mengingati Allah itu baik menjengah..inche gabbana diberi ilham untuk menegur secara tidak langsung..manusia..manusia..mak cik hidayah dah bagi salam berpuluh-puluh kalipun takkan sedar dari lena..belum lagi kalau ostad ostazah yg bg salam.dh mula terasa tercabar...itulah manusia
(doakan agar diberi kekuatan untuk berubah kerana Allah dan semuanya kerana Allah, sesungguhnya hati manusia ini mudah berbolak-balik)

Anonymous 20/11/2013, 16:05  

Maaf kalau komen kal ni xde mengena dengan post awak..
Just nak highlight kan kepada para daie di luar sana..
Ehem3


X perlu nak terasa alim, tawadu'
Andai dalam kelas, kita yg paling famous lewat datang kelas, ponteng

X perlus rasa aku lebih alim dari kau sebab aku pegi usrah, haedk2 aku ramai
Andai assignment x siap, buat cincai, semua org tau kau malas

X perlu pandang rendah dekat org yg yg x ikut usrah,
Andai kau yang ikut pun, mulut pedas berapi, ikut kepala sendiri

X perlu rasa hebat bertudung labuh,
Andai tgk kawan2 yg free hair atau tudung pendek, dilayan ala2 saje, sebab x cukup alim macam kau

Ye, in the end of the day, tiada manusia sempurna, kita hidup untuk menjadi hamba. Namun ingat, andai kita memilih untuk menjadi daie, haruslah seiring dengan sikap kita, jangan hanya hebat di medan usrah, mukhayyam, tapi bila dia hari2 sehariab, jahiliyah kita jauh lagi hebat dari rakan2 lain..

Anonymous 23/11/2013, 05:03  

kejap.nak tisu satu.
ok dah
pernah kena marah,sampai satu rumah bising,gaduh dengan semua orang.bersepah rumah bagai.masuk bilik,kunci pintu.sunyi.
Allah,kau tak marah ke dengan aku?
sensed macam Allah tengah senyum sambil usap kepala.macam dapat rasa kasih sayang tu sampai tumpah
Ya Rabbi...aku mintak maaf,aku tau aku salah aku memang buat salah,tapi kau baik je dengan aku.
sekelip mata je.tak kering pun lagi air mata.tapi dah rasa macam forgiven.malunya...kenapa la aku ni teruk sangat.dapat Tuhan yang baik tahap gaban pun tak boleh nak jaga lagi.

Unknown 23/11/2013, 22:59  

urm,rse dush sentap jiwa raga,sense tenang cket. at least ade tazkirah yg boleh ketok pintu hati.

Anonymous 19/02/2014, 22:42  

Melilau cari naqibah yang menunggu lama di suatu tempat, bersalah giler! My phone out of service; mati. Hopeless terlampau bila public phone rosak, tak tau nak buat apa. Fikiran kosong, wahat should i do. Monolog sesorang. Tak pernah kot rase kelam giler! And rasa nak nanges bila Allah still bagi harapan bila someone was gave me her phone to call my naqibah. Wua wua.

Unknown 19/02/2014, 22:47  

http://bicaradiriku.blogspot.com/

Jika ada kelapangan,jom baca :)

Anonymous 20/02/2014, 11:12  

Thanks..mungkin saya masih belum rasa apa-apa..
Tapi saya percaya, kalau saya berusaha mencari, hidayah ALLAH tu mesti akan sampai kan..
Walaupun saya lahir memang asalnya islam.., tapi nur Islam yang sebenar tu masih belum saya temukan..
Doakan saya supaya boleh berubah..
Sekali lagi thanks, inche gabbana..
Teruskan berdakwah.. Saya akan terus membaca blog awak.. :)

Anonymous 22/02/2014, 05:21  

salam inche gabanna.

saya ada satu soalan. sebab sekarang tgh mendf seorg kawan yg x yakin dgn keadilan Allah. mcm mana saya nak jawab soalan dia klulah mcm kes firaun tu, Allah dah memang tetapkan dia akan mati dlm keadaan kufur, so bg lah apa2 ayat pasal rahmat Allah pun tp Allah dah tetapkan pengakhiran utk dia. so mana keadillannya di situ. mohon inche gabanna or sesiapa yg ada jwapan tolong share idea.

Anonymous 23/02/2014, 02:15  

Enimos 05:21

Mungkin blh relate/tadabbur surah Al Fajr yg mana kat situ Allah ada befirman yg DIA akan menghakimi kita nanti & penghakiman DIA sgt teliti, tiada yg terlepas pandang. Before ayat tu, Allah ada ceritakan pasal Seerah kaum Ad, Samud. Yg mana Allah binasakan kaum tersebut kerana melampui batas. At the last Allah pujuk/ajak jiwa kita ke syurgaNya. Allah masih bagi harapan kat kita yg masih hidup nie. Semoga Allah bantu anda dengan cara apa yang DIA kehendaki dalam proses DF tu. Keep strong & optimis selalu! Kita ambik ibrah ketika yang lain mengatakan Umar tidak akan masuk islam selagimana untanya peluk islam dulu. Tetapi Rasulluwa s.a.w terus optimis & hasilnya alhamdullilah Umar menjadi logam hebat! Allahuakbar

Anonymous 06/06/2014, 02:03  

What can I say. .. May Allah bless you... Keep on writing.... (ashD)

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP