24 February 2014

Chenta Maathurat

[Kredit]

Hatinya berdebar-debar. Kencang. 

Jari-jemarinya rancak menderam pada meja kayu di hadapannya. Dia cuba menenangkan hatinya, namun selagi kelibat Aliyah tidak kelihatan, dia tidak mampu untuk memujuk perasaannya.  

Tidak lama selepas itu, terukir senyuman lebar pada bibirnya. Aliyah berjalan perlahan memasuki dewan kuliah bersama teman-temannya yang lain. Aliyah memeluk beberapa naskhah buku dan fail pada dadanya. Sopan. Ayu.

Bergetar hati Uwais melihat kelibat Aliyah. Matanya tidak berkedip, mengekori setiap langkah Aliyah. Tudung labuh berwarna hitam yang dipakai Aliyah menggerbang senada dengan langkahnya menaiki tangga kuliyah.

Tidak semena-mena Aliyah tersenyum lebar, entah pada jenaka temannya mungkin. Matanya bulat bercahaya. Keningnya tebal, turut tertawa sama. Lesung pipitnya dalam. Merah padam wajahnya menahan tawa.

Aduuuhhh manisnyaaaaaa. Uwais mengetap giginya. Geram. 

Sepantas itu Uwais mengalihkan pandangannya. Ditampar Makcik Hidayah agaknya. Dengan segera dia terkumat-kamit beristighfar. 

Dia tahu apa yang dilakukannya itu salah. Merobek kehormatan seorang wanita dengan pandangan matanya yang bernafsu itu. Nafsu syaitan!

Namun dia tidak dapat menahan dirinya. Apatah lagi sejak kebelakangan ini, dia sering ditembak dan dilontarkan dengan soalan-soalan cepu gangsa yang menyebabkan telinganya bernanah.

"Wes, aku rasa, semua ikhwah kat muka bumi ni dah BM, kecuali kau. Bila lagi...? Kekeke."

"Akhiiii. Bila lagi anta nak naik tangga ni...?? Takkan nak tunggu eskalator siap kottt...??"

"Uwais, kau tunggu apa lagi ni..? Janganlah cerewet sangat. Tutup mata, baling dadu, pilih satu! Eheh."

Siapa yang tidak tergugat dengan desakan-desakan sebegitu? Meski Uwais tahu rakan-rakannya itu hanya berjenaka dan mahu mengusiknya sahaja, tetapi hati siapa yang tidak terkesan dengan gurauan sebegitu rupa? 

Walhal dari segi umur, Uwais masih boleh dikira muda lagi. Masih lagi seorang pelajar universiti yang punya setahun pengajian lagi untuk dihabiskan.

Namun mungkin kerana ramai ikhwah dan rakan-rakannya yang berkahwin muda, maka sedikit sebanyak ia mengesani Uwais. Melihatkan rakan-rakannya ramai yang sudah mendirikan masjid bertangga, malah beberapa orang sudah pon menukar foto profail Mukabuku dengan foto selfie mereka dengan anak pertama yang gebu lagi tembam, menjadikan Uwais kadangkala tidak keruan. 

Dalam keserabutannya mencari teman hidup, muncullah Aliyah dalam bentuk seorang akhawat yang menepati hampir semua ciri-ciri idaman Uwais. Waduh, kalau bukan suratan, apa lagi yang Tuhan mahu tunjukkan...?

Dulu Uwais tidak begitu. Dia tidak minat pada perempuan-perempuan berhijab dan berbaju longgar. Apatah lagi pada mereka yang bertudung labuh dan berjubah besar.

Dibesarkan dalam keluarga yang agak moden, bersekolah pula di sekolah bandar yang bercampur antara lelaki dan perempuan, Uwais punya minat dan kriteria tersendiri pada perempuan yang menjadi taruhan perasannya. 

Dia amat mudah teruja apabila melihatkan perempuan-perempuan yang tidak bertudung, berambut hitam lebat dan panjang, berbaju ketat, ranggi dan seksi. Apatah lagi dengan suara-suara lunak yang manja, dengan senda-gurau yang mesra, Uwais mudah sekali jatuh hati pada mereka ini.

Meski Uwais tidak pernah punya pengalaman berteman wanita yang serius, namun teman biasa tapi mesranya ramai. Kononlah mereka ini dilayan seperti teman-teman lelaki Uwais yang lain. Sama rata. Tiada diskriminasi. Namun seperti lelaki-lelaki tulen yang lain, tiada siapa yang bisa menahan nafsu ketika ia rancak bergelojak raksasa. Bukan sekali-sekali Uwais melempiaskan nafsunya dengan berzina mata, mulut dan hati dengan mereka ini. 

Dasar lelaki.

Dan teman-teman perempuannya pon seakan-akan tidak kisah. Selamba badak air sahaja. Gurau senda dan gelak tawa, sentuh-menyentuh dan kejar-mengejar itu ibaratnya sudah biasa sahaja. Kawan biasa-biasa sahaja kan..? Tidak lebih daripada itu kan..?

Hakikatnya, seorang perempuan tidak mungkin menjadi hanya seorang sahabat biasa kepada seorang lelaki. Pastinya akan jadi lebih daripada biasa.

Selera Uwais serta-merta berubah apabila dia ditumbuk Makcik Hidayah dan dicampak masuk ke dalam kandang tarbiyah. Pada mulanya dia tidak perasan dengan perubahan hormonnya itu. Namun lama-kelamaan, dia mula sedar bahawa dia tidak lagi minat pada perempuan yang tidak menjaga auratnya. Dia rimas mendengar gelak-tawa manja kaum Hawa. Dia jelik dengan perangai sesetengah rakan-rakan kuliahnya yang tergedik-gedik meminta perhatian dan belas.

Dia seperti tidak punya lagi perasaan terhadap spesis ini. 

Namun minat dan hatinya beralih kepada perempuan-perempuan yang bertudung. Bukan sekadar bertudung biasa, tetapi bertudung labuh dan berpakaian longgar. Menutup aurat mereka dengan sempurna. Bergaya. 

Dia tahu itu adalah ujian untuk dirinya yang baharu setahun jagung dalam tarbiyah. Dia tahu dia perlu kuatkan mujahadah. Dia tahu semua itu hanyalah sebahagian daripada tribulasi dan mehnah, dalam pengembaraannya menuju jannah.

Dia tahu semua itu. Dia tahu iblis memang bijak meniupkan sangkakalanya dan bermain senjata!

Tapi sejak kebelakangan ini dia sering tewas. Tewas pada keayuan Aliyah. Kalah pada gerak-gerinya yang sopan dan berbudi bahasa. Jatuh chenta pada keakhawatan yang jelas terpancar pada diri perempuan itu! 

Selama ini entah mengapa, dia tidak menyedari kewujudan Aliyah. Walhal sudah lebih satu semester mereka berkuliah bersama-sama. Hanya selepas Aliyah dan rakan-rakan sekumpulan projeknya membentangkan hasil dapatan mereka di hadapan untuk dikongsikan dengan semua, baharulah Uwais menyedari keberadaan Aliyah.

Selepas itu hidup Uwais tidak keruan. Solatnya tidak khusyu'. Tilawahnya tersekat-sekat. Bacaan Mathuratnya tidak lancar. Setiap masa dan ketika, dia akan cuba mencari-cari peluang untuk terjumpa atau terselisih dengan Aliyah. Tidak tergambar perasaan bahagianya setiap kali dia berjaya berbuat demikian.

Dia pernah menyuarakan perasaannya itu kepada murabbinya. Dan murabbinya berjanji untuk diusahakan hasrat Uwais untuk mendirikan al-Baitul Muslim dengan Aliyah.

Namun sehingga kini, belum ada apa-apa perkembangan yang positif dari murabbinya itu. Itu tiga bulan yang lalu. Apabila ditanya tentang status permohonannya itu, murabbinya itu hanya menyuruhnya untuk bersabar kerana dia masih lagi berusaha untuk mencari jalannya.

Alahai aku nak kahwin pon susah. Bukan mintak nak kahwin dengan Heliza Helmi pon!

Uwais tahu dia perlu berbuat sesuatu. Dia perlu cepat bertindak. Dia tidak sanggup lagi berzina begitu setiap hari. Dan tidak dapat digambarkan kehancuran perasaannya andai Aliyah jatuh ke tangan orang lain!

Dia menghubungi salah seorang rakan rapat Aliyah, Sarah, yang ditakdirkan merupakan rakan sekolah Uwais dahulu. Dia meminta jasa baik Sarah untuk menyatakan hasratnya kepada Aliyah; betapa sekiranya Aliyah masih belum berpunya, apalah kiranya Uwais mahu ke taman memetik bunga. Ewah.

Dia tekad. Meski dia tahu tindakannya itu tidak tepat dan penuh kontroversi, dia terpaksa melakukannya demi kemaslahatan umat sejagat.

Dikirimkan bersama-sama dengan hasratnya itu senaskhah maathurat nipis, sebagai hadiah kepada Aliyah. Diletakkan penanda khas berwarna kuning terang pada ayat dua puluh satu surah ar-Rum:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang."

Terangkat kening Sarah apabila Uwais mengirimkan maathurat itu bersama. 

"Perlu ke...?" 

Uwais hanya tersengih sebagai jawapan. 

Lama Uwais menunggu jawapan daripada Aliyah. Sepanjang tempoh itu, hidupnya benar-benar tidak tenang. Sehinggakan Uwais terpaksa meminta izin daripada murabbinya untuk tidak hadir ke usrah, khuatir Aliyah akan memberikan jawapannya ketika sesi usrahnya sedang berjalan. Tak pasal-pasal dia menjerit penuh kegembiraan (atau kesedihan) dan berlari mengelilingi kompaun kampusnya nanti.

Benarlah penantian itu satu penyeksaan. Dan seksaan yang sedang dihadapi Uwais ini lain macam peritnya.

Tidak pernah dirasakannya perasaan seumpama itu. Jawapan daripada Aliyah bakal merubah hidup Uwais. Buat selama-lamanya. 

Ya atau tidak. Ya. Atau tidak. Ya atau. Tidak.

Genap seminggu, akhirnya Sarah menghubungi Uwais. Rasa seperti mahu meletup dada Uwais dan terbeliak biji matanya apabila menerima pesanan ringkas Waksep daripada Sarah. 

"Aku kena jumpa kau. Sebab Aliyah pon ada kirim barang." 

Sepanjang perjalanannya untuk bertemu Sarah, tiada apa yang didengari Uwais melainkan bunyi degupan jantungnya. Peluh sejuk tidak berhenti-henti dirembeskan dari tepi dahinya.

Tiba di tempat yang dijanjikan, Sarah sudah setia menanti, ditemani oleh seorang lagi rakan perempuannya. Dia memegang sebuah beg kertas kecil. Sebaik sahaja pandangan mata Uwais jatuh pada beg kertas itu, ia tidak berganjak ke tempat lain lagi. 

"Nah."

"Apa ni..?"

"Entah. Aku pon tak tahu. Tengoklah sendiri."

Sarah dan temannya itu pantas berlalu pergi.

"Eh tunggulah!"

"Laaah nak apa lagi...?"

"Dia cakap apa...?"

"Tengoklah sendiri!"

Jelas kehampaan pada wajah Uwais. Dia menyangkakan yang Sarah akan datang membawa berita gembira untuknya. 

Tanpa berlengah lagi, dengan rakusnya Uwais segera mengambil apa yang terkandung dalam beg kertas itu.

Eh ini maathurat yang aku bagi hari tu. Apa ni...?

Penanda kuning yang diletakkanya dahulu sudah tiada. Tapi ada tiga penanda baru yang diletakkan Aliyah. Merah. Hijau. Dan ungu. 

Jantung Uwais berdegup kencang. 

Penanda merah:


"Katakanlah: 'Aku berlindung kepada Tuhan manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (Kejahatan) ke dalam manusia. Dari jin dan manusia."

Uwais terasa seperti ditampar. Dia menyelak pula muka yang bertanda dengan penanda hijau.


"Ya Allah, sesungguhnya aku berpagi di dalam nikmat, kesihatan dan perlindungan dariMu. Maka sempurnakanlah nikmat, kesihatan dan perlindunganMu untukku di dunia dan akhirat."

Mahu gugur jantung Uwais. Dia tidak pasti sama ada dia mahu meneruskannya.

Namun dia tidak dapat menahan rasa ingin tahunya. Perlahan-lahan diselak pula muka yang bertanda dengan penanda ungu.

"Aku mohon perlindungan dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dan dari kejahatan makhluk yang Dia ciptakan."

Uwais terduduk. Terkedu.

-gabbana-

Antara komen-komen yang boleh saya jangkakan daripada cerita pendek ini termasuklah:

"Mabruuuukk IG! Dah tak lama dah tuuu! Jangan lupa ajak kami nantiii!"

"Pak kepuk kepuk kepak kepak kepuk kepuk! Eh bunyi kompang mana pulak tu...??"

"Ish IG ni, asyik-asyik post pasal kahwin. Asyik-asyik post pasal BM. Dah takde topik lain ke..? Dah sampai seru la tu!" 

Muka biskut Meri baru lepas cicah teh-o panas. 

47 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 24/02/2014, 13:10  

maaf IG. tak berapa faham ayat last tu. serius loading

Anonymous 24/02/2014, 13:19  

salam ig,

pada pendapat saya, perempuan biasanya bila berkawan dgn lelaki, dorg memang akan selamanya 'kawan'. lelaki yg biasanya 'akan lebih dari biasa'.

WA. nice post btw! :)

Bee Hoon 24/02/2014, 13:24  

Tak faham... Last sekali x dapat tangkap. I think she not accept u(uwais)

Anonymous 24/02/2014, 13:24  

Tahniah IG. Tulisan yg baik.
Baik juga andai kiranya kita kurangkan menyakat ikhwah dan akhawat yg belum bernikah dgn sakatan2 yg kita rasa "lawak atau comel" spt yg dilakukan oleh rakan2 uwais.

Bukan apa, ini soal hati. Hati sgt fragile. Takut gurauan2 tu menyebabkan hati kita kurang mengingati Allah.

Wallahua'lam

Anonymous 24/02/2014, 13:25  

Yup she rejected him

Anonymous 24/02/2014, 13:43  

Alhamdulillah .. ak suke cite nie .. btw , pakcik taufik xde plak ek .. hehehe

Anonymous 24/02/2014, 13:46  

Salam. Assumption itu tidak tepat. Sbb sy rmai kwn ppuan yg pd mulanya hnya kata ingin brtukar ilmu. Tetapi at certain point mreka luahkn prasaan mreka n sy trpaksa kcewakn mreka. So jgnla lyn sgt ppuan ni.

Anonymous 24/02/2014, 13:55  

deep :)

Anonymous 24/02/2014, 14:05  

Maaf, tak berapa faham kaitan ayat yg Aliyah tandakan tu dgn apa yg jadi. Anyone care to explain?

Anonymous 24/02/2014, 14:21  

x bape paham :'(

Unknown 24/02/2014, 14:23  

2 thumbs up IG!

Anonymous 24/02/2014, 14:24  

?

Anonymous 24/02/2014, 14:41  

dahulukan cinta Allah dan cinta RasulullahSAW sebelum cinta nak kawin...
nice sharing ^_^

menyibok 'se'komen... 24/02/2014, 14:46  

boringg....hahaha :P

Anonymous 24/02/2014, 14:49  

Aku faham. I like the way Aliyah komunikasi dengan 3 penanda tersebut. Deep :)

Aqilah Rohizad 24/02/2014, 15:14  

Nice. Surah an-nas dan doa dalam al-mathurat..benar2 muslimah yang menjaga hati dan takut pada Allah..moga akan jadi begitu juga.

Fird 24/02/2014, 15:16  

Uwais hanya memfokuskan satu part daripada Al-Mathurat. Kalau ikutkan, lebih untuk digunakan untuk kepentingan diri dia dengan harapan dapat menarik hati Aliyah la.

Tapi, Aliyah balas dengan 3 part daripada al-mathurat, yang dimana lebih penting.

Memang sentap habis Uwais.

Unknown 24/02/2014, 15:21  

cerita ni sgt deep.. smpai x faham maksud yg terakhir.. sad ending ek..

Anonymous 24/02/2014, 16:32  

kalau pasal BM mesti ramai orang komen dan dengan pantasnya

Anonymous 24/02/2014, 17:27  

Best short story ni but the ending quite unclear. Hihihi. Nice. (y)

Anonymous 24/02/2014, 17:42  

BM tu apa? Mohon pencerahan :3

Anonymous 24/02/2014, 18:45  

best sharing ini sebab menggunakan zikir dan doa dari mathurat sebagai menyatakan hasrat dan tujuan perkahwinan dan penolakan perkahwinan . berhikmah wal mauzul hasanah

Anonymous 24/02/2014, 19:07  

sy setuju dgn pndpt anda.sakat menyakat @ gurauan mcm tue x perlu sebnar nya.

Anonymous 24/02/2014, 20:10  

Baitul muslim

farizah farr 24/02/2014, 21:14  

Inche Gabana,

Tq for sharing..dis story sgt menarik but unclear ending..2/3 kali bc nk relatekn ngn ayat2 reply dr aliyah tru maathurat.

Pas bc feedbck dr yg lain br clear n nmpk sket its ending.. overall berbintang2 utk IG ;)

Anonymous 24/02/2014, 22:50  

Maka sempurnakanlah....wuuu

SubhanAllah, betapa hanya yang betul memahami mampu merasai. Hebatnyaa ayat cinta Allah! Betullah, org yg betul2 menghayati Quran mampu hidup dengannya, tak pernah terfikir yg mathurat dh tunjukkan dah cmne cinta yg sbnrnye hehs~

Mabruk IG! Moga beroleh samara,till Jannah :)

Anonymous 24/02/2014, 23:13  

Best juga baca post ni, ada anak dara baru masuk kolej, nak juga tahu teknik2 org bujang merisik, hmmm mathurat pun boleh jadi satu method.
Brilliant Uwais
Tapi tak sangka aspek lain tentang ketaqwaan itu jadi jawapannya questionabe.
Meaning Uwais kena upgrade lagi iman dan taqwa

Anonymous 25/02/2014, 03:59  

mabrukkk!! subhanallah!! semua pun ada. perempuan mmg kena jaga serba serbi ttg dirinya. tidak hanya trjaga di depan lelaki, ckap pun tunduk menyembah bumi, bila d alam maya, paling rancak sekali berborak dengan ajnabi. xseiring kan?? btw, to ig, kisah yang sgt deeeep meaning..thumbs up!!

ein 25/02/2014, 10:21  

Salam IG.

Saya taktau nak ngadu kat sape. Malu nk ckp kat kakak usrah. Begini, seorang ikhwah merisik sy & menyakan keseriusan utk memiliki saya. Namun kenapa cara dia bg saya agak beradap dan tak seperti BM yg digambarkan oleh IG. Dia nyatakan hasratnya melalui waksep sahaja.kenapa tak melalui org tengah. Sy sgt tak selesa. Dia seorang ikhwah yg tinggi juga mustawanya. Btw saya masih sgt muda dan baru je join usrah2 ni. Mohon pencerahan IG.

Anonymous 25/02/2014, 12:37  

Best..i expect aliyah akan accept ken..tu trick je...btw..kepak kepuk kepuk...=p

Sarah Zulkifli 25/02/2014, 13:25  

deep betol sume story apg . sgt deep meaning . scrol atas , scroll bwh baru paham .

Anonymous 25/02/2014, 15:43  

BM tu apa?

Anonymous 25/02/2014, 16:14  

kecewa, ingatkan entry ni pasal cintakan maathurat. huhu

Anonymous 25/02/2014, 16:39  

baitul muslim

Anonymous 25/02/2014, 18:23  

Buat cerita ttg sahabat pulak.. Ig.Yg confuse bila dia dh tahu indahnya persahabatan dlm islam. Tp dia tak tahu mcm mana nk jalaninya.

Anonymous 25/02/2014, 18:27  

Especially bila Dah berpisah. Buatla tema bertemu dan berpisah kerana Allah

♥ Nana BamBam ♥ 25/02/2014, 22:25  

Allahurabbi , sangat mendalam cerita ini.

Hani 26/02/2014, 00:08  

sambung la lgi

Anonymous 26/02/2014, 10:36  

tersentuh baca... kalau perempuan yang mulakan dulu... boleh ke... just nak tahu...

Zyra Roxx 26/02/2014, 16:08  

bagus, tak payah komen lagi. hincik ig dh bagi komen kat bawah :3

Anonymous 28/02/2014, 16:36  

Untuk setiap cerpen anda. X penting ending, y penting isi. :) *tanda aman*

Anonymous 03/03/2014, 13:56  

Assalamualaikum. Maknaya kena islah diri dulu baru buleh berumah tangga. Kan?

Anonymous 04/03/2014, 10:08  

Apa yg dimaksdkn al maathurat dlm ni.
Adakat ayat2 yg dihimpunkn oleh imam hassan al banna ?
Atau bende lain.ana tak pahan...

Anonymous 06/03/2014, 00:10  

Ada 2 cara.

1. Reply dekat akh tu minta gunakan org tengah ( sama ada naqib akh tersebut atau pakcik)

atau

2. Inform kakak usrah anti. Die tahu la nak buat ape nanti :)

Manusia sentiasa melakukan kesilspan, begitu juga ikhwah dan akhawat. Walau setinggi mana pun mustawa, syaitan tetap akan menggoda kita.

Saya yakin ikhwah tu akan faham, biar makcik hidayah tampar die balik. :)

Anonymous 13/03/2014, 15:29  

Sy ada pengalaman dilamar tp terlalu direct melalui sms. dan akhi tu siap panggil 'syg.' sy betul2 tak selesa sbb pd awalnya sy berkawan dgnnya hanya kerana majlis ilmu yg dia selalu kongsi jadualnya dgn sy.. sy tolak dia atas alasan sy belum bersedia. tp umur sy tk de la muda sgt. sy pun belum rasa nak solat istikharah. cuma decide ats dasar belum bersedia. harap apa yg sy buat ni betul

Anonymous 17/03/2014, 10:30  

To be honest knp aliyah reject uwais? Maksudnya ig ingin gambarkan bgaimana chenta mathurat ini mnjdi pelindung kpd muslimah ye? Ke sbb cara uwais tu tak betul or sbb aliyah sudah brpunye?hehe mohon pencerahan

Anonymous 22/10/2014, 22:01  

Dah lama x baca blog APG. Tp bila baca. Hmmm. Baca perenggan atas. Terus scroll bawah and baca footnote bawah. Hakhak. Don't know what its all about. Tertarik nak baca sebab title. Bila masuk cerita perempuan laki perempuan laki rasa malas lak. Tapi rajin bebenor mengomen. Kahkah. Okbye.

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP