12 March 2014

Erti Hidup Pada Memberi

[Kredit]

Saya mengenali tarbiyah pada usia yang boleh saya katakan muda, meski tidaklah semuda ramai ikhwah dan akhawat di luar sana.

Saya berkecimpung dalam tarbiyah ini dengan mentaliti bahawa semua bulatan gembira (Baca: Usrah) itu sama sahaja; baik di sekolah, di institut-institut pengajian tinggi, di kantor atau di mana-mana sahaja. 

Saya menyertai dan bergaul dengan geng-geng tarbiyah ini dengan pandangan yang sedikit skeptikal dan tipikal tentang mereka ini; mereka ada agenda tersendiri, mereka poyo, bajet baik dan sebagainya. 

Oleh sebab itu, di awalan tahapan tarbiyah yang saya lalui, saya lebih banyak menerima daripada memberi. 

Menerima kasih-sayang yang dicurahkan oleh murabbi dan ikhwah.

Menerima bimbingan dan nasihat daripada mereka yang peduli.

Menerima taujihat dan penaik semangat.

Menerima arahan dan tunjuk ajar.

Menerima dengan tangan dan hati yang terbuka apabila ada ikhwah yang mahu belanja. Ehem.

Menerima, menerima dan terus menerima. 

Sehingga hilang rasa urgensi untuk bermujahadah kerana segala-galanya selesa dan mudah, ibarat berbaring tenang di atas padang nan menghijau dihiasi dengan rimbunan bebunga dafodil mekar dan arnab-arnab gebu berlari riang. 

Hal ini berubah apabila saya mula membawa bulatan gembira saya yang sendiri. Dan bulatan gembira ini adalah bulatan gembira yang sebenar-benarnya, bukan yang main-main itu, bukan pula cobaan ala Pendekar Bujang Lapok. 

Makanya, saya terpaksa belajar untuk memberi. 

Memberi dan mencurahkan kasih-sayang kepada mutarabbi.

Memberi bimbingan dan nasihat kerana saya peduli.

Memberi taujihat dan penaik semangat.

Memberi arahan dan tunjuk ajar.

Memberi makan dan minum, sebagai antara umpan dan jerat untuk menangkap hadek-hadel agar masuk ke dalam kandang tarbiyah dan dakwah ini.

Wahahaha gelak boleh tahan keji. 

Dan apabila saya mula memberi, perasaan dan rasa hati saya terhadap jalan perjuangan ini mula berubah. 

Saya mula merasakan ruh untuk benar-benar seriyes di atas jalan yang sumpah panjang ini. Saya mula merasakan betapa nikmatnya sebuah pengorbanan yang sering disebut-sebut itu. Dan saya mula memahami dan lebih berlapang dada terhadap ikhwah dan akhawat di luar sana.

Semuanya kerana tabiat menerima kini sudah berubah menjadi memberi.

Dan apabila kita terus memberi dan memberi, sehingga suatu tahap kita tidak lagi mengharapkan apa-apa balasan apatah lagi pujian, melainkan keredhaan Allah semata-mata, ketika itu memberi sudah menjadi sebahagian daripada darah daging kita. Memberi sudah menjadi nafas dan nadi kita. Kita tidak mungkin hidup tanpanya. 

Memberi masa yang kita ada bersama-sama dengan hadek-hadek terchenta.

Memberi tenaga yang tersisa untuk tarbiyah dan dakwah, meski dibelasah teruk di kantor atau dewan kuliah.

Memberi emosi dengan menjadi pendengar setia kepada ikhwah yang ingin mencurah rasa atau meminjam bahu buat ikhwah yang sedang mengalami saat-saat yang sukar.

Memberi harta meski sedikit cuma bagi membantu perjalanan dakwah setakat mana yang termampu. 

Memberi sepenuh jiwa dan raga untuk sebuah kehidupan yang bernama Islam. 

Ya, kerana memberi itu adalah proses untuk jatuh chenta. Jatuh chenta sepenuhnya dengan perjuangan yang penuh dengan onak dan duri, paku dan kaca ini. 

The more you give, the more you get back. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak pula kita menerima.

Tapi kali ini bukan menerima seperti yang dahulu itu; bukan menerima untuk kepentingan diri semata. Tetapi menerima dalam erti kata ia menguatkan lagi keyakinan dan keteguhan kita di atas jalan ini. 

Kita memberi kefahaman Islam kepada orang lain, entah bagaimana kita pula semakin yakin dan faham dengan jalan ini.

Kita memberi masa yang kita ada demi dakwah yang imani, subhanallah, masa kita sentiasa mencukup dan diberkati.

Kita memberi harta kita untuk diinfaqkan fisabilillah, harta kita sentiasa bertambah setiap hari. 

Kita memberi tenaga untuk dihabiskan demi kerja-kerja menyebar risalah agung ini, mashaAllah, entah mengapa kita sentiasa kuat dan bersemangat.

Kita memberi chenta kepada orang lain, yakinlah Allah akan membalas chenta kita itu.  

Dan ketahuilah, apa yang kita beri itu bukan milik kita. Ilmu, harta, tenaga, emosi, kebijaksanaan, pengalaman dan apa-apa sahaja yang ada pada kita, hanyalah pinjaman dan kurniaan Allah kepada kita.

Arakian apa yang kita beri itu, hanyalah berkongsi dengan yang lain apa yang telah diberikan kepada kita! Layakkah kita untuk kikir dengan apa yang kita ada...?? Siapa kita untuk berlagak sombong dan angkuh dengan kelebihan-kelebihan yang telah dipinjamkan Allah kepada kita...?? Aduh. 
 .
Pandang ke langit. Mata berkaca-kaca.

"Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan, (sambil berkata) "Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah kerana mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak mengharap balasan dan terima kasih dari kamu."
[al-Insaan, 76:8-9]

Memberi apa yang paling kita sukai. Memberi kepada mereka yang amat memerlukannya. Dan memberi untuk chentaNya yang hakiki. 

Itulah caranya kita memaknai erti memberi. 

Sekiranya selama ini kita hanya tahu menerima, sudah tiba masanya untuk kita memberi pula.

Dan seandainya kita sudah biasa memberi, teruslah memberi dan memberi. Jangan sesekali lelah dan bosan memberi.

Kerana pada memberi itu ada kehidupan. Dan memberi itu sendiri, menghidupkan jiwa-jiwa kita.

Senyum.

-gabbana-
 

9 Caci Maki Puji Muji:

Anonymous 12/03/2014, 13:17  

sentap
mantap

Ayyid 12/03/2014, 13:32  

Anda mahu tahu sesuatu yang pelik? Seringkali bila saya terfikir sesuatu untuk ditulis, tiba tiba sahaja anda terlebih dahulu menulisnya.

Kali ini paling creepy. Seriyes baru sahaja terfikir tajuk Erti Hidup Pada Memberi pagi tadi. Seriyes.

Oh well. Dah sefikrah nak buat macamana. Wakakaka

Aman :3

Anonymous 12/03/2014, 15:46  

Ohoh.
Baru pagi tadabbur al-insaan.
Dan mata asyik melekat kat ayat 8-9.
Sungguh, indahnya aturan Tuhan.
Petang ni bukak apg dah dapat pencerahan.

Ewah.
*sengih*
#prayformh370

Anonymous 13/03/2014, 17:35  

Assalamu'alaikum.. sy ukhti. mcm mn nak sertai usrah? sy berminat tp seumur hidup sy kurang mendapat peluang utk mendekati golongan2 ini. setiap kali ke surau atau masjid, susah utk bertemu. lebih2 lg sy agak penyegan. bagaimana utk bermula? Syukran jzkk

Anonymous 13/03/2014, 22:23  

sambil baca sambil dengar lagu maher zain . alahaii meleleh air mata ni ,sebak terfikir betapa dulu mengharapkan balasan orang setiap kali lepas memberi . lepas tu mula nak mengungkit , Allah .
terima kasih :D

Anonymous 15/03/2014, 11:48  

terbaik..melalui enta la ana berminat nak berdakwah melalui penulisan

Unknown 18/03/2014, 18:44  

:)

Anonymous 20/03/2014, 16:07  

Dear Ananymous (at the top), please 'like' Fb JUS (Jom Usrah) and boleh contact person in charge!

Illani 12/06/2014, 13:53  

Assalamua'laikum Inche Gabbana,
Saya ni kategori follower yg agak baru dan tertinggal jauh ketapi Inche Gabbana...
Anyhow.. Moga Allah redha dgn usaha Enta.. Being involved in diz 'sumpah jalan yg panjang' truly memberi impak yg tersangat2 besar buat hati sendiri..
Pernah merasa 'futur' itu bagaimana lewat setahun yang lalu... Benar ape yg Enta sampaikan... Hati itu tidak akan mampu menafi fitrah... Segala 'isi tarbiyyah' yg pernah 'membentuk hati' setegar besi waja (dulu sewaktu zaman kampus) bukan jaminan utk terus tsabat di atas jalan dakwah... mmg betul ujian yg tersangat hebat di luar sana... x pernah membiarkan diri sepi tanpa di goda Syaitonirrajim... Tp dalam pada merasa down,lelah itulah... kasih syg Allah kembali menyapa diri... Sehingga suatu ketika saya 'sengaja menjauh' dri jalan dakwah, karat2 jahiliyyah seorang dai'e yg sengaja di biarkan membaluti diri... akhirnya hati saya yang menangis seorang diri... at one time terasa x mampu lagi hipokrit dgn TUhan... x mampu menipu diri sendiri lagi... x mampu melarikan diri dari sesuatu yg telah sebati dgn jiwa sedari zaman kampus.. jalan tarbiyyah...
Kagum dgn enta... Al-Akh pakai jeans... Style heh... tp saya seorang akhawat... which is saya rase cabaran dan mujahadah sy jauh lbh berat... Miracles bilamana hanya berbekalkan jihad kecil dlm hati... Selebihnya semata rahmat kasih TUhan... ALlah bantu saya utk 'come back'... kembali pada jalan yg mendewasakan sy sendiri... Dan till now.. Mudah2an sehingga akhir nafas sy... sebagaimana di jalan tarbiyyah dan dakwah ini saya kenal Allah & Rasul-Nya serta ISlam sbg cara hidup.. Moga2 di jalan ini juga saya syahid meninggalkan alam sementara ini... Daebak Inche Gabbana... Saya baru dpt buku Inche Gabbana... Honestly... setiap satu karya dlm buku itu sangat2 membunuh hati sendiri... bukan sekadar membuat hati sy meraung... tp hancur berkecai krn di bom dgn peringatan2 yg mmg sy sgt2 perlukan... Your way of thinking and your love towards Tarbiyyah (Bulatan Gembira) really inspiring me... Moga hati saya juga sekuat enta untuk tsabat mencintai jalan tinggalan Rasul & para Sahabat.. ameen!
**Maaf...x berniat nak puji melangit tp... Seriously... Bile saya terima buku yg di tempah ade nota bertulis ini
'Untuk Illani,
Jadilah Muslimah yang LUAR BIASA, kerana Sorga itu tidak murah harganya!'
Saya menangis... Sgt2 membuka mata hati yg sdkt leka dgn karat2 jahiliyyah dunia...
JazakaLlahu Khoir! Peace~

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP